Sunday, May 30, 2010

MIC: USAH CABAR, BERUNDURLAH DARI BN JIKA BERANI

Gerakan Anti Samy (GAS) diketuai oleh Mugilan, bekas Timbalan Ketua Saya Pemuda MIC yang dipecat oleh Samy Velu baru-baru ini, akhirnya berjaya menghimpun ribuan penyokong MIC yang bersetuju agar Presidennya berundur.

Saya sudah lama bercakap soal Samy. Rasanya terlalu malas kerana suatu waktu ahli MIC akan lebih sedar tentang tindak-tanduknya yang mahu menjadikan MIC milik peribadinya sendiri.

Dulu saya pernah rungkaikan bahawa Samy ibarat Raja yang mengusai MIC dan tidak akan turun sebelum mati. Akhirnya, krisis MIC yang bukan baru berikutan kuasa diktator Samy yang begitu tegar untuk memecat sesiapa sahaja yang menentangnya.

Hari ini, Setiausaha Agong MIC dipecat kerana membuat kenyataan agar Samy berfikir untuk berundur dari jawatan Presiden lebih awal. Jelas, siapa berani menentang Samy - maknanya hayat politik mereka akan berakhir.

Dulu Samy memecat Mandian Pandithan kerana melawan Samy. S,Subramaniam juga pernah diperlakukan sebegitu rupa. Malah ramai lagi pemimpin kanan MIC lain.

Biarpun, sasaran Mugilan untuk menghimpun 15,000 ahli MIC dalam perhimpunan GAS di The Mines, kehadiran yang cukup ramai yang dicetus dari orang yang kecil dari saya pemuda ternyata begitu berjaya.

Samy sudah mengarah agar pelbagai cara untuk menghalang kehadiran ahli MIC ke perhimpunan GAS yang dianjur oleh 'budak kecil' dalam MIC. Mugilan bukan CWC MIC, tetapi cuma budak kecil dari sayap kanan.

Tetapi, jika dilihat kepada semangat perhimpunan GAS itu, perhimpunan kecil di peringkat negeri akan berterusan sehingga Samy akan jatuh dan di malukan.

Tindakan Samy mempersoal ada 'orang luar' berada dibelakangan GAS - solah-olah masih menunding kepada Umno. Oleh itu, Samy mengajar anak kesayangan Vell Paari agar menghentam Umno sebagai orang dibelakang tabir kepada gerakan GAS.

'Hantu' Paari ini tidak akan berani membuat tuduhan ke atas Umno, begitu juga Ketua Pemudan MIC, T Mohan jika tidak mendapat tunjuk ajar dari orang 'kurang ajar', Presiden Samy Vellu.

Sayap Pemuda tidak akan berani membuat keputusan besar jika tidak mendapat kebenaran atau arah dari Presiden. Apalagi untuk melontar agar mengkaji semula kedudukan dalam Barisan Nasional.

Kepada saya, jika MIC mahu keluar dari BN - biarlah mereka berlalu secara terhormat. Pergilah dan bina kekuatan sendiri. Sebenarnya, terlalu banyak parti kaum India lain yang menunggu giliran untuk menyertai Barisan Nasional yang selama ini dihalang oleh MIC.

Keluarlah dari BN secara terhormat. MIC boleh bertanding atas berdera sendiri, termasuk di Sungai Siput dan Hulu Selangor. Atau MIC sudah siap untuk menyertai Pakatan Rakyat sebagai satu alternatif.

Soalnya, jika MIC menyertai Pakatan Rakyat - bolehkan tiga diktator - Kiat Siang dan Anwar Ibrahim berpadu tenaga dengan Samy yang lagi Maha diktator.

Kepada saya, lebih baik MIC keluar dari BN jika Samy masih manjadi Presiden MIC. BN tidak akan menjadi satu kerugian jika MIC keluar kerana parti India lain siap untuk bergabung tenaga, malah lebih kuat pengaruh berbanding MIC waktu ini.

Sebenarnya, jika MIC keluar - parti itu akan hancur di telan waktu dan pengikutnya akan lebih ramai meninggal parti itu.

Kebiadapan Paari dan Mohan begitu luar biasa. Orang dibelakang tabir keberanian itu adalah Samy, bukan Palanivel.

akhirnya, sudah waktu Samy pergi dan memberi ruang kepada muka baru untuk mengurus MIC dengan wadah baru. Terlalu lama di situ membuat semua orang muak dengan segala dasar tidak berubah untuk membina kepentingan umat India.

Orang muda bersemngat baru dan lebih tahu inspirasi orang muda untuk menjulang kewibawaan mesayarakat India di negara ini. Contohi Umno yang begitu bijaksana mengurus perubahan pemimpin kepada anak muda yang dibimbing sekian lama.

Setiap kali pemimpin berubah, kesegaran parti akan bertambah kuat kerana akan menarik lebih ramai pengikut baru yang lebih bertenaga. Inilah hakikat perjuangan dalam politik.

Kepada Mugilan, teruskan perjuangan ini jika dilihat tanpa Samy, MIC akan terus lebih berdaya maju dan hebat demi untuk memperkasakan perjuangan kaum India di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata