Monday, May 3, 2010

NIK AZIZ TUDUH SULTAN SELANGOR BODOH

Isu mengharaman masjid di Selangor dijadikan tempat berpolitik atas titih Al-Sultan Selangor, Tuanku Sharifuddin Shah, terus dijadikan modal keritikan berpanjangan oleh Menteri Besar kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Sewaktu berceramah di Kampung Belukar, Tumpat Sabtu lalu - Nik Aziz terus mempersoal kenapa masjid diharam untuk bercakap soal politik. Cetusan itu dilampar dalam ceramahnya ekoran titah Sultan Selangor mengharamkan masjid dari dijadikan medan ceramah politik, terutama ketika pilihanraya kecil Perliman Hulu Selangor yang berakhir pada 25 April lalu.

Nik Aziz dengan nada 'pongoh' - marah di Kampung Belukar itu mengatakan -'BODOH', bodoh' orang yang melarang bercakap politik dalam masjid. Cuba perhati dalam siaran ceramahnya dalam Berita Astro -

'Bodoh' yang dilontar oleh Nik Aziz - memang dituju kepada Sultan Selangor, tertutama yang dihurai dari titah baginda agar orang yang tidak boleh menerima titah yang menjadi peraturan negeri itu - 'agar tidak usah datang ke Selangor'.

malah, dalam ceramahnya di Kampung Belukar itu - dengan nada katawa pula Nik Aziz berseloroh bahawa - kutbah jumaat akan ditukar menjadi ceramah dan ceramah jadi kutbah.

Dari analisis gaya Nik Aziz - jelas 'takbur' bergelumang di sanubarinya. Nik Aziz selalu bangga mengatakan Nabi Muhammad s.a.w pun berpolitik dalam masjid sewaktu hayatnya.

Memang Nabi Muhamad s.a.w berpolitik dalam masjid - tetapi apakah politik pecah belah dan mengkafir golongan Islam lain dalam masjid seperti yang dilakukan oleh 'juak-juak' yang berselindung di balik serban Pas.

Nabi berpolitik untuk mengajak umat Islam bersatu padu agar pahala 27 markah yang dijanjikan dapat dipenuhi oleh janji Allah s.w.t.

Berbanding dengan dakwah Pas yang mengkafir sesama islam dalam masjid, malah di mimbar kutbah Jumaat dengan nada sindiran atau berterus terang. Ini yang ditegah oleh al-Sultan Selangor.

Terlalu banyak bukti ada iman yang dilantik oleh Pas menggunakan masjid untuk mengkafir uamt Islam lain, kononnya dari puak yang tidak sebulu dengan faham parti Pas.

Di Kelantan, contoh ini dalam pengetahuan Nik Aziz - bekas iman masjid Bukit Marak dan di jemput mengajar di masjid Gong Dermin - terang-terang mengkafir orang lain. Akhirnya, bila sudah diserang 'lumpuh' - Pas pun tak ambil tahu.

Pas menguasai masjid untuk menghentam orang yang mirip kepada Umno. Jika dalam kuliah ada beberapa kerat penyokong Umno - lagi kuat di serang dengan kafir mengkafir, mengthoghut dan pelbagai hinaan lain.

Apakah Pas ingat mereka saja yang Islam di muka bumi ini. Sebab itu, suatu waktu dulu Nik Aziz dengan 'taqabur' mendakwa bahawa jika Nibi Muhamad s.a.w hidup kembali - negeri yang pertama akan disinggahi baginda adalah kelantan kerana permerintahan islam.

Kepada saya - memang betul, kelantan akan terlebih awal untuk disinggahi kerana ingin membetulkan 'kesesatan' yang diterbiah oleh Pas. Jelas , menyeleweng dari hakikat ajaran islam sebenar.

Setiap kali menjelang pilihanraya - ungkapan kafir mengkafir, thogurt dan pelbagai cacaian hinaan lagi kerap di bawa oleh Pas. Orang Islam lain begitu teruk pada pandangan Pas. Malah menjanjikan Syurga dengan mengundi Pas.

Hari ini, saya mahu mencabar Pas dan pemimpinnya - saya siap menunggu di akhirat dan lihat siapa lebih dulu memijak kaki syurga sekalipun saya tidak pernah mengundi Pas. Amalan saya cukup mudah - ikut yang Islam ajar dan segala suruhan Allah s.w.t.

Sebab itu, saya katakan jika Pas benar-benar membawa panji-panji perjuangan Islam denganbegitu ikhlas tanpa berselingkuh dengan fitnah memfitnah - sudah lama Pas memerintah negara ini kerana Allah bersama pejuang Islam yang berjiwa bersih - bukan hipokrit dan penuh rasuah.

Tembelang pas sudah banyak yang pecah. Laknat Alllah s.w.t sudah berada di depan mata mereka - gaya hidup dengan memfitnah, mengkhafir dan doa untuk menjahanam orang lain sememang kerja 'laknat' yang dibenci oleh Allah s.w.t.

Yang pelik - mereka ini mendakwa mengaji Quran - tahu pengertian dan terjemahan al-Quran. hebat mentafsir Hadis - tetapi apa yang saya baca tidak pernah bertemu dengan apa yang Pas tafsir.

Ini kerana mereka bukan tafsir secara ikhlas mengikut ajaran Islam, tetapi perjuangan politik mereka yang begitu sempit dan jumuk.

Gaya ucapan Nik Aziz, jika hidup di zaman selepas Rasulullah - sudah lama di hukum pancung. Jika Parti Pas ini bergerak di Arab Saudi - sudah lama riwayat Pas berakhir di simbah darah hukuman pancung kerana ia boleh menyesatkan orang ramai.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata