Hebat Pas kerna berjaya mengajur protes 'judi bola' di depan rumah kediaman rasmi Awang Adek di Perupok, Bachok. Rumah itu, cuma menjadi tempat persinggahan hujung minggu apabila balik ke Bachok untuk bertemu rakyatnya.
Perarakan selepas selesai solat Jumaat di Masjid Perupok itu jelas haram dan solat jumaatnya juga mungkin haram kerana satu niat yang tidak betul.
Apakah Awang Adek yang meluluskan lesen judi bola, biarpun beliau adalah Timbalan Menteri Kewangan.
Perlu diketahui bahawa jika sesuatu lesen atau dasar kerajaan hendak dibuat, ia diputuskan oleh kebinet. Untuk orang yang jahil politik - Timbalan Menteri tidak boleh menghadiri mesyurat Kebinat Kerajaan Pusat, sekalipun menterinya bercuti atau ke luar negara.
Timbalan Menteri hanya menunggu arahan kerja Menteri sahaja. Jika menteri tidak memberi kerja mengurus Kementerian - Timbalan Menteri hanya boleh 'makan gaji buta'.
Dalam sistem Kebinet Malaysia, tidak ada Timbalan Menteri pun tidak menjadi masalah kerana bidang tugas Timbalan Menteri bergantung kepada Menterinya, bukan Perdana Menteri.
Begitu juga dengan tugas Timbalan Perdana Menteri yang diberi tugas-tugas khusus oleh Perdana Menteri. Sebab itu, Timbalan Perdanan Menteri ada tugas khusus memegang satu kemeterian.
Awang Adek bukan pelulus lesen judi bola dan kerajaan pun sendiri belum membuat keputusan mengeluarkan lesen judi bola.
Kenyataan Awang sekadar untuk mendapat perhatian rakyat agar tidak bersetuju dengan lesen judi bola yang diminta oleh satu syarikat judi di negara ini.
Jika mejoriti rakyat tidka bersetuju, maka lesen itu tidak akan dikekuarkan. Ia adalah sama dengan peraturan Majlis Perbandaran jika ada permohonan lesen jual arak. Ia diiklan di akhbar untuk mendapat bantahan awam, perlu atau tidak. Jika mejoriti tidka bersetuju, maka lesen tidak boleh dikeluarkan.
Soalnya kenapa Pas begitu 'gila' sampai tidak henti-henti berdemotrasi soal judi bola. Apakah di Kelantan sendiri sudah bersih dari hal-hal judi termasuk judi bola.
kelantan sebenar membiar perjudian haram dimerata tempat. Yang berjudi termasuk yang fanatik Pas sendiri. Ramai YB Pas Kelantan tahu tempat judi haram, tetapi kenapa membisu dan tidak melapor kepada pihak berkuasa.
Ramai pemimpin Pas di kampung tahu tempat berjudi, malah tempat kedai-kedai yang menggunakan khidmat GRO terutama di Tumpat, teapi kenapa tuutp mulut.
Kenapa harus menyerang rumah Awang Adek untuk berdemotrasi. Sebagai Timbalan Menteri, beliau cuma menjalankan kewajiban yang diarah untuk menjawab segala soalan di Perlimen sekiranya Menteri tidak dapat hadir.
Lebih baik Pas mengadakan demotrasi agar kedai judi dan arak ditutup di bawah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang turut didokong oleh Pas.
Inilah yang dikatakan, Pas ini parti sundal yang tidak kenal kawan mahupun lawan. Lebih baik Pas berdemotrasi di Selangor dan Pulau Pinang yang begitu banyak tempat judi, penjualan arak di merata tempat dan pusat maksiat.
Apakah dinegeri ini Pas halalkan untuk melakukan apa sahaja atas dasar Pakatan Rakyat. jangan jadi gila untuk mengajak orang lain turut jadi gila. Sebab itu, perjuangan Pas tidak pernah mendapat tempat dan direstui oleh Allah s.w.t.
Hari ini, Pas sanggup menerima apa sahaja keinginan yang dilakukan oleh DAP termasuk soal tuntutan penggunaan nama Allah s.w.t, bebas menjual arak di Shah Alam, malah usaha memurtadkan umat Islam.
Apakah kerana kuasa hingga Pas sanggup mengadai maruah dana nilai perjuangan islam yang dilaung sebelum ini. Kenapa Pas tidak lagi bercakap soal Hudud dan Negara Islam sejak 'berpeluk sakan' dengan DAP.
Pas kini sudah menjadi parti yang lebih 'murtad' dan tertelan ludah sendiri sejak menjadi sahabat akrab DAP. DAP kini begitu ketawa kerana dapat memperkudakan Pas.
Fikirlah umat Islam kerana tindak tanduk Pas lebih kepada membawa pengikutnya menujuk Neraka dunia dan neraka akhirat. Pas sudah jauh terpesong dari perjuangan suci sebenar, sebab itu Haji Hadi menunggu waktu untuk membawa Pas lari dari tekanan DAP.
Bahana kehancuran umat Islam sudah mula menganggu pemikiran Haji Hadi apabila begitu tetekan sejak bersahabat dengan DAP. Tunggu dan lihat jika Pas tidak lari dari mulut DAP. Isyarat sudah jelas kerana Anwar juga tidak pernah setia pada janji dengan Pas.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata