Thursday, April 29, 2010

KICKDEFELLA MASIH 'BOY' HUSAM

Pendedahan bloger tersohor ciptaan Pas sebelum, Kickdefella, bahawa diberi peruntukan khusus berjumlah RM 4 juta untuk menghancur kekuatan Bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi, dan mempertahankan kekuasaan Pas Kelantan, sebenar bukan satu yang mengejutkan.

Sebenarnya, dariperuntukan itu - RM 1 juta untuk menanggung operasi akhbar Wasillah milik Meli Kapak jangak. Tetapi, jumlah peruntukan itu hilang di tengah jalan - entah siapa yang 'menyamun'nya.

Suatu ketika, saya juga mendekati Wasillah untuk dijadikan sebahagian dari gerakan saraf Umno-BN Kelantan, tetapi ketika itu Wasillah sudah terikat dengan Pas. Akhirnya, selepas 'manis disepah, tebu tidak berguna lagi' - Wasillah kini sudah berkubur dan tinggal nama dengan satu permainan 'politik' yang begitu licik.

Operasi gerak saraf Pas memang diketuai oleh Kickdefella. Serangan 'fitnah' kepada pemimpin Umno pusat termasuk Pak Lah, Khairi jamaluddin dan pemimpin Umno kelantan sendiri begitu galak dilakukan oleh Kickdefella - 'boy' upahan Dato' Husam Musa.

Sebelum jumpa Kickdefella, MSO adalah orang kepercayaan Husam untuk 'menalakan' pemimpin UMNO-BN, selain untuk mengharum imej Husam sendiri. Kini, MSo ditendang terajang oleh Husam, manakala Kickdefella adalah segalanya.

Husam menggunakan Kickdefella bukan setakat untuk Pas, tetapi melonjak 'kehebatan' Husam sebagai pemimpin paling hebat dalam Pas, baik di Kelantan mahupun Pas pusat.

Wang sejumlah RM 4 juta itu adalah hasil 'usaha' Husam anak Musa (kata MSO). Kesa gerak saraf Pas cukup berkesan ketika itu kerana secara kebetulan api untuk 'membakar' pemimpin UMNO-Bn begitu hebat dimainkan oleh Anwar Ibrahim.

Sebenarnya, jika isu propaganda tidak kuat dilaungkan oleh Anwar di Ibu Kota kuala Lumpur - Pas akan kecundang di kelantan pada pilihanraya ke-12 lalu. Angin perubahan sudah kuat berlaku di kelantan, tetapi warga kota Kuala Lumpur dari segala lembah yang masih mempertahankan pas kelantan.

Apa pun, Pas cuba menjulok sarang 'tebuan' dengan menyerang Kickdefella. Ketika berada dalam Pas, Kickdefella mengutip segala maklumat bertulis atau dengar cakap. Ketika berkasih sayang, segala kisah suka duka dicerita kepada Kickdefella.

Ketika bersama dengan Pas, Kickdefella bagai seorang dewa penulis dan idealis yang begitu hebat mencemarkan imej Umno, pemimpin Umno dan Pak Lah sendiri. Kickdefella bagaikan pula tempat melepas perasaan oleh sesetengah pihak yang tidak senang kepada pihak lain - agar di sampaikan kepada Husam.

Kickdefella menjadi 'jambatan' untuk kera-kera melepas perasaan agar di sampaikan kepada Husam. Justeru itu, pelbagai rahsia tersimpan kemas dalam 'hidup' mindanya biarpun baru tiga empat tahun bersama Pas. Ini kerana Kickdefella adalah 'boy' Husam, pemimpin Pas terhebat di kelantan dan Malaysia.

Hari ini, Kickdefella bercerai 'talak tiga' dengan Pas, tetapi tetap bertuan kepada Husam dengan penuh kasih sayang.

Husam masih berada dibelakang tabir untuk melontar setiap perkara yang boleh mengegarkan Pas Kelantan. kenapa Kickdefella menyerang Nik Aziz, seolah Husam begitu bersih untuk dicuit.

Menyerang Nik Aziz berterusan akan membuat orang tua itu akan berserabut dengan pendedahan pelbagai masalah, akhirnya melepas jawatan.

Isu terlalu lama berkuasa sebagai Menteri Besar, mula kedengaran dari ruang legar Pas. ketika pemimpin Muda sudah di makan usia 20 tahun menanti Nik Aziz berhenti. Pemimpin-pemimpin muda harapan pas juga sudah terlalu tua untuk terus menanti mengambil alih kuasa, tetapi Nik Aziz tidak ada tanda untuk berundur.

Dulu pas menyerang tun Mahathir dengan isu terlalu lama memerintah Malaysia. Kini Nik Aziz menjadi sasaran pemimpin muda Pas untuk diperlakukan perkara sama. Jika tidak mana mungkin tersebar 'khabar angin' Nik Aziz akan 'bersara, berhenti' dari jawatan Menteri Besar selepas pulang dari Umrah. Alasannya, sudah terlalu uzur.

Hakikatnya, bukan uzur tetapi terselak, terdedah aurat - 'rahsia' bahawa terlalu banyak dosa Nik Aziz dari kepincangan dan pelbagai perkara buruk, penyelewengan berlaku sepanjang pemerintahannya. Isyarat untuk berhenti sudah nampak jelas.

Kickdefella mendeedah semua itu untuk siapa dan bertujuan apa. Menyerang Nik Aziz seorang sahaja, ketika Exco lain masih terselamat dari serangan 'Kesah Besar' oleh Kickdefella.

Siapa yang mengulur segala rahsia sulit 'keburukan' Pas jika tidak dari kalangan pemimpin kanan Pas sendiri, malah rahsia yang berlaku dalam mesyurata Exco pula boleh diketahui. Siapa, mengapa dan kenapa....jangan pandang sebelah mata.

Barangkali, bagi pemimpin muda Pas yang sudah tidak sabar untuk menjadi Menteri Besar kelantan, kepada mereka Nik Aziz bukan faktor jlagi kepada penyumbang untuk Pas terus berkuasa di kelantan.

Kehebatan dan kekuatan pas kelantan bergantung kepada usaha mereka dan Nik Aziz selama ini bukan orang yang begitu tinggi idea politik dalam mengatur dan menyusun strategi perang yang membolehkan pas kekal sebegitu lama berkuasa di Kelantan.

Sesetengah pemimpin muda yang sudah menjadi tua selama 20 tahun sepanjang mendokong Tok Guru, sebenarnya Nik Aziz sudah 'MANDUL' akal untuk terus menjadi perancang perang Pas. Kini, Nik Aziz sekadar layak untuk dijadikan 'alat pemeran' sebagai wali yang boleh menjadi daya penarik ke arah kejayaan Pas, bukan ketua lagi.

Ingatlah, terlalu banyak rahsia keburukan Pas berada dalam tangan Kickdefella. Dia tidak berseorangan untuk menyerang Nik Aziz. Kickdefella tahu siapa pemimpin Pas yang menerima 'rasuah' dari kaki balak. Kickdefella masih 'boy' kepada Husam.

Husam adalah pemimpin Pas yang begitu hebat dan layak menjadi Menteri Besar kelantan. Jadi kenapa harus menunggu terlalu lama kerana 'kematian' sesaorang tidak terbatas oleh usia. Bagaimana jika umur 55 tahun sudah diputuskan suis nyawa oleh Allah s.w.t, ketika yang usia 73 tahun masih gagah bernafas. bila giliran AKU keran AKU juga pejuang sejati.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata