Semalam 11 Mei 2010, Umno sekali lagi meraikan ulangtahun kelahiran parti Keramat melayu yang ke-64. Usia ini sudah terlalu jauh untuk mematangkan perjuangan orang Melayu bagi meletakkan Malaysia dikenali ke pelusuk persada dunia.
Malaysia hari ini, bukan sekadar 'penonton' kepada setiap kemelut dunia tetapi kecekapan pemimpin Melayu yang lahir dari kekuatan pengaruh Umno bersama-sama dengan barisan pemimpin bukan Melayu yang berganding bahu sejak belum Merdeka pada 31 Ogos 1957, membuat Malaysia tampil sebagai 'pemain' profisional yang sering dijadikan rujukan untuk menjadi dunia lebih perkasa.
Umno menjadi teras kepada kehebatan Malaysia bersama rakan dari MCA, MIC dan parti-parti besar dari Sabab dan Sarawak yang bergabung atas naungan Barisan Nasional. Umno adalah nakhoda yang baik untuk kekuatan seluruh bangsa.
Dalam usia 64 tahun mendominasi pemerintahan Malaysia yang begitu berjaya, Malaysia kini menjadi sumber contoh kepada satu -perpaduan dan kehormonian pelbagai kaum yang menganut palbagai fahaman agama', di samping kemajuan pembangunan negara yang begitu pantas berbabding negara lain yang menikmati kemerdekaan dalam lingkungan usia sama.
kepada saya, asas utama kejayaan Umno terus kekal menjadi teras kepada pemerintahan Malaysia adalah - Islam menjadi pegangan dan rujukan - bagi menyelesaikan sesuatu isu besar.
Islam menjadi rujukan Umno yang mentarbiahkan umatnya agar hidup saling bersatu dan menghormati kaum lain yang berbeza fahaman anutan agamanya. Tolarasi beragama meletakkan kehidupan kaum begitu harmoni dan saling membahu untuk terus maju dalam meraih setiap rezeki yang Allah s.w.t kurniakan.
Di Amerika, biar pun mereka mendakwa lebih maju, demokratik dan menguar-guarkan kehidupan sama rata, - hidup rakyat mereka tidak sepadu rakyat negara ini. Mereka di Amerika tidak sebahu dan sikap tidak harmonis tidak boleh dicapai lagi hingga kini hanya semata-mata perbezaan warna kulit, sekalipun fahaman agama adalah sama .
Kehidupan 'orang hitam dan orang putih' di Amerika dan beberapa negara maju lain di Eropah tidak sehormoni kita di Malaysia. Mereka satu agama - kristian, tetapi hanya saling curiga kerana warna kulit.
Kebangkitan ajaran Islam dan penganutnya di Amerika dan Eropah kini begitu ketara hingga menjadi satu ketakutan kepada mereka. Biarpun jumlah umat islam di Amerika dan Eropah kecil, tetapi mereka begitu curiga hingga memberi pelbagai tekanan termasuk dalam soal 'pakaian'.
Golongan anti-islam terlalu lama untuk menghuru harakan Islam. Akhirnya, mereka tahu kelemahan besar umat islam adalah mempersoalkan soal pakaian. Pakaian akan menghancurkan adat resam dan budaya tradisi beragama umat Islam.
Kini, 64 tahun Umno mendominasi pemerintahan Melaysia dengan cukup berjaya terutama dalam melonjakkan Melayu hingga ketahap begitu sempurna dari segi kehidupan. Melayu keseluruhannya sudah jauh berjaya dan bebas dari belenggu kemiskinan ketara.
Melayu yang dilonjakkan oleh Umno tidak menjadi 'hamba' di bumi sendiri, kecuali kesan lonjokan kuasa ekonomi kerana Melayu sebenarnya - baru mula sedar untuk turut berperanan sebagai pemain ekonomi negara.
Dulu, Melayu takut untuk berniaga. Bila sebut berniaga - soal modal menjadi satu beban untuk difikirkan. Melayu tidak dilatih untuk menjadi peniaga. Melayu selepas Merdeka hanya diajar untuk menjaid pegawai kerajaan, bukan peniaga.
Melayu hanya didididk sebagai 'alibaba' dalam perniagaan sejak zaman penjajah. Melayu tidak berketurunan peniaga. Sebab itu, sampai hari ini - puluh ribu lesen perniagaan Melayu di daftar, tetapi cuma 10 peratus (10%) Melayu yang melaksanakan amanah dengan sendiri.
Sebahagian besar peniaga dan kontraktor Melayu mengambil jaolan mudah - 'menjual' projek untuk mendapat wang dengan mudah dan sekadar ingin hidup mewah tanpa kerja. Berbanding dengan kaum lain terutama kaum Cina yang berjaya dalam kecapaian ekonomi - mereka sanggup membeli segala projek kerana mereka gila bekerja'.
Setelah 64 tahun Umno memain p[eranan membela Melayu, jika Melayu masih lagi ada yang tertinggal dan gagal mencapai keinginan - Umno sebenarnya tidak salah. Yang silap adalah diri melayu itu sendiri yang masih dilingkakri hasat dengki, suka memfitnah dan suka membandingkan diri dengan orang lain.
Melayu yang ada - terlebih ramai Melayu yang malas. Melayu yang sekadar ingin hidup mewah tanpa bekerja dan berfikir. Melayu yang ada masih tidak tahu berterima kasih dari segala 'pemikiran bernas' pemimpin Umno yang berjaya meletakkan mereka setahpa kecemerlangan ini.
Kejayaan tidak akan tampil dengan sendiri. Jika Melayu islam yang kuat beragama - lihat melangkuai lingkungan negara lain yang sudah merdeka. paling dekat - kenapa terlalu ramai rakyat asing terutama dari India, Banglades, Indonesia dan Melayu selatan Thai membanjri malaysia sedangan mereka dari negara yang merdeka dan memiliki pemimpin hebat.
"Penghijrahan' pendatang asing yang sebegitu ramai di negara ini, membukatikan kehebatan pemimpin malaysia yang ditunjangi oleh Umno mencipta kemajuan hebat bagi negara ini.
Jika negara mereka maju dan berjaya seumpama Melaysia - sudah pasti mereka tidak datang untuk mencuri rezeki yang sebenarnya disediakan untuk rakyat negara ini. Rakyat Indoesia begitu ramai berhijrah sedangkan mereka memiliki pemimpin hebat.
Nilaiann ini adalah ukuran untuk kita bermuhasabah diri mencari kebenaran - apakah Umno dan pemimpinnya gagal meletakkan Melaysia begitu berjaya. Adakah Malaysia cuma 'syok' sendiri dengan sekadar memperkata kita hebat, sedangkan kita tidka pernah mendapat pujian orang lain.
Hakikatnya, Malaysia tidak pernah lekang dari pujian dunia, baik dari kuasa besar dunia Amerika, China, Jepun dan pemerintah dari Eropah. Apa lagi negara dunia Islam begitu meletakkan malaysia sebagai sebuah negara islam paling berjaya.
Kejayaan sejauh ini kerana Umno dan pemimpinnya menjadikan - Islam sebagai asas kepada teras pemerintahan Malaysia. Contoh dari perjanjian Madinah seawal Nabi Muhamad s.a.w berhijrah - itulah asas kepada termetrainya perjanjian 'Kontrak Sosial' pelbagai kaum yang membolehkan kita hidup aman damai sejauh ini.
Islam adalah asas kepada corak pemerintahan Malaysia yang tidak menoal dan menganak tiri kaum lain dalam pelbagai perkara. Terlalu banyak dasar Islam diserap dalam pentabiran negara, tanpa sedar.
Dalam hukum kanun jenayah pun - undang-undang islam turut diserap tanpa sedar. Hukuman gantung kepada penjenayah bersenjata dan dadah yang memberi kesan mudarat kepada umum - hukuman mati adalah salah satu hukum Islam.
Sepanjang pemerintahan Tun Mahathir Muhamad sebagai Perdana Menteri, terlalu banyak dasar Islam diserap secara tersurat di sebalik yang tersirat.
Yang pelik - ada pihak begitu beria-ia menolak Umno kononnya menolak undang-undang Islam dan dasar-dasar islam. Sebenarnya, golongan ini adalah puak 'munafik' yang sekadar mahu menjadi modal politik untuk memusuhi Umno.
Sebenarnya, setiap hukum Islam itu sudah ada dalam sanubari umat islam itu sendiri. Jika umat islam sedar soal hukum Islam, untuk apa lagi mereka memikirkan soal hukum yangh akan dijatuhkan ke atas mereka.
Sewajarnya, jika umat Islam sedar mereka itu sendiri yangh memikul tanggungjawab ke atas hukum Islam yang difardukan - umat islam akan hidup lebih aman damai - bukan purak peranda hingga terus mendokong hasat dengki dan fitnah yang tidak berkesudahan.
Justeru itu, Umno tidak akan kekal hidup mempertahankan maruah Melayu Islam di Malaysia, melonjak kehidupan Melayu islam hingga ke tahap begitu cemerlang jika Umno dan pemimpinnya tidak mempertahankan hukum islam.
Islam itu adalah asas utama kepada 'perkasa'nya Umno hingga ke tahap ini. Oleh itu, Umno terus kekal memerintah bumi malaysia kerana Allah s.w.t merestui keikhlasan pemimpin Umno yang mempertahankan maruah ajaran Islam. fikir dan renuglah bersama.
Ketika Umno sudah melonjakan dan mengharungi segala suka duka sepanjang usia 64 tahun, Dato' Seri Najib Tun Razak pula yang meneruskan kesinambungan perjuangan teras mempertahnankan maruah Melayu Islam.
Doanya, semuga Malaysia terus maju dan dihormati di persada dunia. Kerana Umno - 'Melayu Tak Akan Hilang Di Dunia'. Sewajarnya Melayu islam bersatu padu kerana itulah tuntutan ajaran islam dan bersama memperkasa Umno sebagai wadah tunggal membela Melayu islam Malaysia dan dunia islam lain.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata