Akhirnya Koperal (P) Jamain terpaksa menjadi `kambing' hitam politik apabila dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana di tuduh menembak mati remaja 15 tahun, Aminulrashid Hamzah, gara-gara melarikan diri dari sekatan polis pada jam 2 pagi.
Jamain bukan orang baru dalam pasukan polis. Amanah yang dipikul untuk menjaga keselamatan rakyat terutama di kawasan Shah Alam - umpama nyawa di hujung tanduk.
Apa lagi Shah Alam bukan lagi kawasan selamat seperti dulu. Hatta Kereta Perdana V6 milik Ketua polis Selangor pun di curi oleh penyangat dan kes pecah rumah bagaikan menjadi-jadi.
Soalnya, kejadian itu berlaku lebih jam 2 pagi...ketika manusia lain sedang lelap dalam mimpi kehidupan. Inikan pula anak-anak yang masih di bangku Sekolah.
Jamain kini dijamin oleh keluarganya dengan nilai RM10 ribu. Apakah selepas berkhidmat puluhan tahun - akhirnya terpenjara gara-gara menembak remaja bawah usia.
Ketika putaran pemikiran ini begitu ligat memikirkan nasib anggota polis yang menghadapi pelbagai cabaran, teringat pula secara tiba-tiba kepada bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Sahidan Kassim.
Suatu ketika dulu Sahidan dikritik kerana membawa idea -'Perintah Berkurung Remaja Bawah Umur'. Ramai yang tidak bersetuju dan menghetam idea gila Sahidan kononnya terkebelakang dalam dunia serba mencabar hari ini.
Jika idea Sahidan yang dilontarnya berikutan pelbagai gejala buruk berlaku di kalangan remaja termasuk kes buang bayi, dadah dan lumba haram, semestinya Amirulrashid masih lagi bernyawa dan Jamain tidak akan dihadap ke mahkamah.
Dari dulu saya menyokong idea bernas Sahidan. Biarpun Sahidan dilihat Menteri Besar yang 'gila-gila bahasa' dan semacam tidak serius - itulah idea orang berpandangan jauh.
Sahidan adalah arkitek kepada Perlis baru, biarpun tidak sehebat pencapain Tan Sri Rahim Tamby Chik membina Melaka Baru yang begitu luar biasa. Melak yang sepi kini menjadi tumpuan jutaan pelancong setiap tahun.
Sebenarnya ketika berziarah ke Perlis baru-baru ini, satu yang jelas - Perlis terlalu 'sunyi' tanpa Sahidan. Sahidan adalah 'jiwa' rakyat Perlis. Sayangnya, pemimpin yang sebegini akan terlalu cepat untuk di cantas.
Jika direnung kembali, idea Sahidan ini perlu diketengahkan semula dan 'gubal' Akta Perintah Berkurung ke remaja bawah umur demi masa depan remaja itu sendiri. Akta ini perlu dikuatkuasa ke atas ibu bapa dan denda perlu dikenakan ke atas ibu bapa jika melanggar perintah.
Hari ini, gelagat remaja begitu menjadi-jadi. Kadang dirumah 'pijak semut tak mati', tetapi bila di luar rumah mereka adalah raja kepada segalanya. Apa lagi dikalangan remaja yang kurang perhatian ibu bapa.
Cuma satu lagi pertanyaan 'ikhlas' dari hati sanubari, apakah benar tidak ada seorang pun keluarga Amrulrahsid yang anak remaja itu mencuri kereta untuk keluar rumah.
Amirulrashid mungkin dibekal dengan telipon bimbit untuk begitu mudah menghubungi rakan karibnya. Soalnya, kenapa begitu larut malam.
Kepada saya, semua ini adalah takdir dan ia adalah tauladan kepada ibu bapa seluruh negara agar lebih mengambil tahu soal anak-anak. Bukan dengan membiar tanpa sedar apa yang berlaku.
Terakhir, di harapkan Koperal Jamain akan dibebaskan dan terus menjalankan tugas sebagai anggota polis kerana kes ini adalah satu takdir dan bukan disengajakan.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata