Thursday, June 3, 2010

SOAL TPM ll: NUAR MAKIN GILA

Maaf kerana agak terlewat untuk menganalisis soal kebodohan Anwar Ibrahim yang bersiap sedia untuk melantik wakil DAP sebagai Perdana Menteri ll jika dapat memerintah selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Sebenarnya, terlalu banyak janji Anwar kepada DAP demi untuk mempegaruhi kaum Cina menyokong perjuangan mereka. Janji Anwar sebenarnya satu ketololan yang tidak boleh dimaafkan.

Tawaran kepada DAP itu disambut dengan senyum kerana DAP bukan sahaja akan menguasai kerusi Perdanan Menteri, malah akan dapat juga kerusi TPM ll.

Kenapa, kerana ketika itu Anwar sudahpun sedang beristirehat di Sungai Buloh untuk buat 'Haji Liwat' kali kedua dalam sejarah hidupnya. Jika bersaksikan dakwaan Saiful hingga sanggup 'bersumpah' di masjid, terbukti isu liwet Anwar akan berakhir di Sungai Buloh.

Hari ini, jelas DAP menyokong Anwar dan memberi ruang kepada Anwar bercakap yang memberi keuntungan kepada mereka untuk menarik lebih ramai pengundi Cina.

Anwar terlupa perangkap DAP dalam diam. DAP terutama Lim Kit Siang dan Guang Eng lebih kenal 'fail perangai' Anwar yang apabila berkuasa boleh mengetepikan sesiapa sahaja, termasuk DAP sendiri.

Ketika Anwar dalam penjara, Kit Siang sudah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Apakah DAP akan membebaskan Anwar dan menyerah semudah itu cita-cita mereka selama ini untuk menguasai negara ini. Jauh Panggang dari api.

Lihat ke Pulau Pinang selepas DAP bekuasa. Apakah nasib orang Melayu yang selama ini lebih terbela di bawah kuasa tadbir Umno dan Gerakan, sudah jauh terbela.

Nasib Melayu Malaysia akan kembali 'hancur' dan menjadi bangsa hamba seperti Melayu Singapura jika DAP berkuasa kelak. Untuk apa ditangisi jika nasi sudah menjadi bubur.

Kenyataan Anwar tidak disenangi oleh Pas. Lihat nanti, Pas tidak akan lebih selelsa seperti Pas di Selangor yang ditutup mulut dalam berjuang isu umat Islam, soal arak dan sebagainya.

Pas yang menjadi rakan kongsi pemerintaan Selangor tidak boleh bersuara soal kegiatan rumah maksiat dan pelacuran yang tubuh bagai cendawan lepas hujan. Apakah perjuangan Islam Pas sudah menjadi 'bacul dan pandir'.

Jika Pas memang memperjuangan isu Islam, kenapa tidak mengambil keputusan menutup separuh dari kedai judi, arak dan rumah pelacuran. Sebanrnya, Pas berjuang bukan untuk maruah Islam, tetapi lebih kepada memcari kuasa untuk bersenang lenang.

Hari ini, Anwar yang tertekan di mahkamah selepas meliwat Saiful menjadi 'kuda tunggangan' DAP untuk membuat ruang tuntutan yang tersimpul mati dalam Kontrak sosial sebelum merdeka.

Anwar hari ini bukan membela Melayu, tetapi sudah tersasur jauh menjadi pembela kaum Cina DAP yang sememangnya bencikan perjuangan Islam. melayu akan menjadi hancur kerana Melayu sendiri yang menjual maruah diri dalam perjuangan politik.

Apapun, mimpi Anwar untuk menjadi perdana Menteri cuma tinggal impian. Beliau cuma layak untuk menjadi Perdanan Menteri kepada banduan di Sungai Buloh, jika tidak melarikan diri untuk mendapat suaka politik dan merosak Malaysia dari luar.

Anwar adalah manusia penuh dendam dan berjiwa jahat demi untuk mendapat keinginannya. Kerana itu Anwar boleh becakap apa saja asal negara ini hancur di segi semangat perpaduan kaum, keruntuhan ekonomi dan berlaku huru hara.

Kepada Anwar, jika keinginannya tidak terpenuhi - biar sama pulang tangan kosong. Itulah misi hidup Anwar. Berfikirlah Melayu terutama Pas - jangan samapi hilang arah perjuangan dan terus tertipu dengan gelagat Anwar.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata