Monday, October 26, 2009

APA DAH JADI DENGAN PAS


Kalut dua tiga hari kebelakangan ini apabila suara keramat soerang Tok guru yang tersanjung dan bakal penghuni Syurga teratas dalam senarai penduduk dunia selepas empat khalifah, Dato' Nik Aziz Nik Mat, yang juga mursyidul Am Pas mengesa dengan lantang agar satu EGM khas parti diada dengan segera bagi membuang `murtad' politik - Hadi Awang, Mustapha Ali, Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali yang dikatakan cuba membawa Pas bekerjasama dengan Umno.

Kejadian yang terlontar dari mulut Syurga Nik Aziz ini menampakkan keanehan dan berita luar biasa. Keluarbiasaannya, kenapa Hadi, Tok Pa, Nasa dan Ahsan perlu disingkar daripada takhta kuasa, sedangkan muktamar Pas baru sahaja memilih mereka.

Kenapa timbul semula isu Hadi dan pemimpin yang dituduh cuba mewujud satu kerajaan campuran dengan Umno, sedangkan muktamar sudah menolak cadangan itu sebulat suara. Pas sudah geli dengan Umno. Nik Aziz anggap Umno lebih dari babi yang haram lagi haram.

Lagi aneh, sejauh ini tidak pernah ada perundingan antara pemimpin Pas dengan Umno sudah berlaku. Kalau dalam diam, ia sukar diketahui. Tetapi untuk apa, Pas harus berkerjasama dengan Umno sedangkan Pas sudah hampir mengusai Malaysia.

Di Dewan Perlimen, bukankah ahli Perliman Pas melebihi anggota pakatan dari PKR dan DAP. Bukankah anggota DUN Pas di Perak lebih ramai dari DAP dan Pakatan. Apakah, rakyat Malaysia sudah mula `buta' bahawa Pas yang mengetaui Pakatan Pembangkang yang kini menunggu masa untuk memerintah Malaysia dan mengisytiar Malaysia Negara Islam kedua selepas Madinah.

Di Kelantan, lebih 20 tahun Pas memerintah bawah kepemimpinan Nik Aziz yang didahi sudah terlis `ahli syurga' pertama dari parti Pas dan kelima selepas Nabi dan empat khalifah, sudah pun menjadikan Kelantan negeri Islam contoh ikutan negara-negara Islam lain. Pemimpin-pemimpin negara Islam lain, termasuk dari Arab Saudi, Mesir, Libya, Plastine dan banyak lagi silih berganti melawat Kelantan untuk melawat dan mempelajari kehebatan kemajuan Islam di Kelantan.

Malah, beberapa pemimpin dunia Islam berkejar ke Kelantan untuk mengambil contoh Undang-undang Islam -Hukum huduh yang sudah dilaksanakan sehari selepas Pas memerintah Kelantan sejak 1999 lagi. Ramai lagi rombongan kalangan pegawai negara-negara Islam berkunjung ke Kelantan untuk mempelajari soal pengurusan sebuah Bandaraya Islam Kota Bharu yang begitu di kagumi.

Ramai pemimpin Paas Kedah, Perak menjadikan Kelantan sebagai contoh ikutan sebagai negeri Islam yang cukup hebat dalam segala bidang termasuk kemajuan ekonomi Islam, pembangunan sosio-budaya Islam. Kelantan kini menerima kunjungan lebih 4 juta pelancong pada tahun lalu yang memberi sumbangan ekonomi lebih 1.2 bilion ringgit.

Satu lagi yang aneh, kejayaan menarik pelancong lebih 4 juta yang memberi pulangan hasil lebih 1 billion ringgi, tetapi belanjawan untuk memajukan kawasan pelancongan cuma RM 3 juta, tidak sampai pun 10 peratus dari sumber hasil dari pelancongan. Inilah hebatnya, nilai kemajuan pemikiran pembentang budget negeri kelantan.

Selama Nik Aziz berkuasa di Kelantan, gejala sosial berada di tahap 1 peratus. Keruntuhan rumah tangga kurang dari 2 peratus, rakyat termiskin sudah 0.5 peratus. Kejayaan Nik Aziz memaju negeri Kelantan jauh lebih hebat kecapaian Tun Mahathir membina kemajuan dan kemakmuran Malaysia selama 22 tahun kekuasaannya.

Dalam kemelut Kelantan negeri contoh dan Nik Aziz juga satu contoh pemimpin terhebat membina kemajuan negeri Islam, kenapa Kedah tidak belajar dari Kelantan. Kenapa kemimpinan Pas di Perak sebelum runtuh, tidak berlajar dari Kelantan. Sepatutnya, Kelantan adalah role model terhebat untuk membangunan negeri Islam tersohor.

Kerana hebatnya, Nik Aziz yang diagongkan sebagai Tok Guru, maka suara Tok Guru menjadi keramat hidup. Apa kata Tok Guru, itulah yang wajib di ikuti dan di patuhi. Lawan Tok Guru, alamatnya orang itu tidak lama hidup atau tullah. Jika Tok Guru kata EGM, Pas kena ikut kata EGM. Ini suara Tok Guru yang tidka boleh dibantah.

Jika Tok Guru kata Hadi, Nasaruddin, Mustapa Ali dan Hasaan Ali perlu dipecat atau disingkir dari kepimpinan Pas, ahli Pas perlu ikut. Kalau tidak, kata Tok Guru bahawa orang yangmengundi Pas akan masuk syurga, nanti orang tidak percaya dan tidak boleh ikut.

Kalau Tok guru kata, berkerjasama sama dengan Umno adalah kafir kerana Umno itu kafir, tidak mungkin Hadi dan kunco-kunconya tidak takut kehilangan Syurga untuk mencarii lubang Neraka. Lebih baik berkawan dengan DAP, lebih cepat masuk Syurga sekali pun DAP secara terang-terang menolak Pas dalam soal menegakkan Hukum Hudud dan negara Islam.

Jangan malukan Tok Guru. Jangan tukar pula Syurga dengan Neraka. Tidak mungkin Hadi yang berlajar sampai ke Madinah, sanggup mengampingi Umno dan bekerjsama dengan Umno sedangkan beliau orang pertama mengkafirkan Umno. Cuba dengar Amanah Hadi.

Mustahil Nik Aziz boleh meleting dan begitu geram dengan Hadi yang juga berpendidikan agama macam Nik Aziz hingga mengarahkan Pas mengadakan EGM untuk menyingkir empat pemimpin ini. Tidak mungkin Nik Aziz terpengaruh dengan berita tidak benar yang hanya terlahir dari tulisan blog Prof Aziz.

Benar kata Nik Aziz bahawa itu adalah kehendaknya peribadinya, tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Tidak ada siapa yang boleh menasihatnya dalam soal mempertahankan maruah Pas kerana dia lebih tua dari budak-budak yang baru belajar tarbiah keilmuan politik Pas. Kata-kata Nik Aziz adalah kata-kata Tok Guru. Kata-kata Tok Guru adalah ilham bisikan dari Allah s.w.t. Kata-kata tok guru yang keramat lagi zuhud - kata sesetengah orang yang taksubi.

Ketika kecoh-kecoh berlaku, PAs tidak mungkin adakan EGM. Pemimpin Pas tidak boleh ikut kata Tok Guru biarpun kata-katanya adalah keramat hidup. Di Kelantan, kata-kata Tok Guru adalah fatwa yang harus diikut. Air tawar Tok Guru mengubti segala penyakit, cuma tok guru tidak boleh merawat penyakitnya sendiri dan terpaksa cari doktor di HUSM untuk merawatnya.

Inilah kelebihan Tok Guru politik. Apa yang orang lain buat, semua tidak betul dan tidak Islam. Kalau Tok Guru buat, tanam pokok timun cina pun, jadi timun cina Islam. Inilah lebih dan terisitimwanya Kelantan.

Bercukur anak, panggil Tok Guru belah mulut kononnya ambil berkat agar menjadi seperti Tok Guru. Tidak ada perangkaan ke, belah mulut yang tok guru buat - ada anak-anak itu sudah pun menjadi remaja sudah menjadi penagih pil kuda, penagih arak, kaki betina dan kaki lumba motor haram.

Kerana itu, dalam Islam sifat terlalu memuja dan mendewa-dewa tokoh dan ulama, apa lagi pemimpin seperti Nik Aziz yang begitu berpolitik dalam segala hal, sampai Syurga pun dijanji kepada orang Pas. Nik Aziz apakah sudah boleh dengar suara Jibrail ke atau pernah Mikraj ke langit untuk melihat kehidupan Syurga.

Jika Nik Aziz bersuara agar Pas mengadakan EGM untuk memecat kepimpinan Hadi dan kunco-kunconya, tidak akan berlaku, sebenarnya suara Nik Aziz orang dah letak kat punggung. Suara Nik Aziz sudah tidak diperdulikan dan tidak laku lagi kerana ia berkaitan dengan tuduhan dan maruah pucuk pimpinan Pas.

Pas pusat tidak akan membuat EGM. Tetapi, Nik Aziz perlu berani berdepan dengan mesyuarat Khas Pas untuk membicang tuduhan Nik Aziz. Nika Aziz perlu hadir untuk menjelaskan segala tuduhan terhadap Hadi, Nasaruddin, Mustapha dan Hassan kerana ia satu tuduhan dan membabit maruah pemimpin yang dituduh. Ia adalah juga satu fitnah jika tuduhan itu palsu tanpa bukti.

Nik Aziz perlu datang dengan membawa bahan bukti, bahawa kenyataannhya adalah benar demi kebaikan Pas. Nik Aziz perlu berterus terang biarpun pahit dan perlu berani berdepan dengan pelbagai bukti dalam sidang khas nanti. Jangan mahu lari, bila terjerat oleh kenyataan palsu. Nik Aziz, jika tersalah membuat kenyataan kerana terikut oleh adu domba orng-orang tertentu perlu meminta maaf secara terbuka bagi menghapus aib pemimpin kena dituduh. Ini baru boleh diiktiraf sebagai Tok Guru Nik Aziz yang gedeber - berani kata, berani tanggung.

Apapun, permasalahan dalam pas dan tuduhan yang mencakupi maruah dan keaibian puncuk pimpinan Pas terutama Hadi, kita akan tetap melihat sendiwaranya nanti. Namun, Umno tetap membuka ruang kepada Pas untuk berkerajsama demi untuk tidak melihat rakan seagama ditipu o;leh DAP dan Anwar Ibrahim yang bakal nazak tidak lama lagi.

DAP dan Anwar hanya ingin menggunakan Pas untuk berkuasa, bukan ikhlas dengan niat untuk berkerjasama. Lantaran itu, kerusi diperliman dari Pas begitu kecil. DAP dan Anwar cuma menggunakan Pas untuk berkuasa di Pulau Pinang dan mahu menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura ke dua. DAP dan Anwar akan menggunakan Pas untuk merampas Melaka bagi dijadikan Singapura ke tiga. Akhirnya, DAP akan menolak Anwar dan Pas untuk menguasai Malaysia dan menghina Melayu selamanya.

Ini yang bakal terjadi, jika Melayu islam itu tidak memikir nasib politik Malaysia yang sudah pun meletakkan Melayu Islam ke satu tahap begitu membanggakan berbanding seleum 1970an dulu. Sejarah tidak menipu dan sejarah adalah satu pedoman untuk mencipta satu kejayaan lebih besar untuk bangsanya. Melayu Islam yang berpecah, akhirnya Empayar Islam Melaka runtuh 500 tahun lalu. Pemerintahan Melayu yang hebat hancur dan umat Islam terkapai-kapai mencari kendiri bangsa, yang kemudiannya terbeloa semula kepuncak kejayaan selepas Malaysia Merdeka pada 1957.

Thursday, October 15, 2009

PERHIMPUNAN KHAS UMNO: NAJIB IKHLAS LAGI BERANI

Hari ini, amanat Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak, bukan sahaja dinanti-nanti penuh minatoleh kalangan pendokog Umno, tetapi seluruh rakyat yang mencintai demokrasi berperlimen. Lebih menarik apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang bersengkang mata menghalusi amanat seorang berstatus Perdana Menteri untuk 1 Malaysia.

Biar sebenci mana pun pembakang kepada Presiden Umno, realitinya ucapan Najib semepena Perhimpunan Agung Khas pad Khamis 15 Okt 2009 pasti satu amaran awal bahawa jangan mudah menabir mimpi untuk menakluk kerajaan Malaysia. Umno dan BN masih tertap kukuh dan kekal di terima rakyat sebagai peneraju kerajaan yang cukup mementingkan kemakmuran dan kebahagian rakyatnya.

Kegagalan parti-parti komponen lain - MCA dan MIC - memberi impak besar pada pilihanraya umum ke-12 lalu, memberi satu keinsafan kepada Najib untuk menarik perhatian ahli-ahli Umno agar turut memberi sumbangan bakti kepada semua kaum selaras dengan slogan terbaru negara - Rakyat didahulukan.

Kelemahan daya kepimpinan dan krisis dalaman yang bersifat sementara parti utama komponan BN - MIC dan MCA, memerlukan Umno memain peranan utama demi untuk membela nasib rakyat di semua tempat, sementara MIC dan MCA kembali pulih semula.

Inilah nilai kesatuan dan perpaduan yang sejati dalam kepimpinan BN. Yang lemah di bantu, yang disakit diubati agar BN terus hidup untuk kekal memberi sumbangan terbaik kepada rakyat.

Najib bukan sekadar dilihat lebih bepandangan jauh, toloransi dan bersikap terbuka dalam segala hal dalam pengurusan pentadbiran negara, tetapi dalam kepimpinan Umno, Najib begitu berani menongkah arus apabila pindaan perlembagan parti Umno untuk menghapus sistem kouta dan membenarkan lebih 146,000 ahli Umno memilih pemimpin yang difikirkan layak memimpin parti keramat ini.

Najib sememangnya terdidik untuk menjadi lebih berani menungkah arus. Biar pun baru menerajui Umno dan kerajaan Malaysia, tetapi sudah terselah kebijaksanaan dalam mengurus tadbir mencakupi soal ekonomi dan sosio budaya masyarakat Malaysia.

Beliau mula melakar sejarah baru, seolah-olah Najib tampil untuk membina satu mercu tanda baru kesinambungan kegemilangan era Tun Mahathir Muhamaad. Najib dilihat menyambung ligasi pemikiran Mahathir untuk mencorak Malaysia menadi negara maju dan berdaya saing dengan negara-negara lain yang sudah maju jauh kedepan.

Kemelapan di zaman Pak Lah, sudah terubat dengan kebangkitan Najib untuk membetul kembali landasan yang dibina oleh Mahathir dalam membina satu Tamadun Negara Islam moden abad ini. Malaysia kini, dilihat sudah berada di depan berbanding negara Islam lain, malah Amerika Syarikat di bawah kepimpinan baru, Obama memberi harapan agar Malaysia menjadi peneraju untuk membetul tembok Barat-Islam yang pincang sejak akhir-akhir ini.

Malaysia bukan sekadar diberi harapan untuk mengetaui dailog agama, tetapi kini menjadi perhatian dunia untuk mencari model kewangan baru - sistem kewangan Islam yang diperkenalkan di zaman Mahathir dahulu. Bukan zaman Pas.

Cara Najib memberi nafas baru kepada induk BN, baka menjadi contoh kepada parti-parti komponan lain nanti. Umno tidak bermimpi, untuk terus kekal releven oleh kecerdikan masa dan minda rakyat di beri didikan oleh Umno sendiri.

Umno tidak kalah dalam pilihanraya Umum ke-12 lalu, tetapi Umno adalah penyelamat kepada kekalahan teruk komponan BN dari MCA, MIC dan Gerakan. Menyedari hakikat itu, Najib mengajak ahli Umno turut membantu semua ahli-ahli komponan di setiap tempat demi keharmonian, kecemerlangan dan kesatuan jiwa raga anggota BN.

Kemenangan di Bagan Pinang, sudah di duga. Rakyat mula menilai beberapa pekatan pembangkang sebagai satu nilai bahawa kerajaan Umno-BN jauh lebih baik dan tidak pernah mengabai janji pilihanraya sebelum ini. Pakatan Rakyat sekadar dilihat, `hebat mulut, berat tangan'. Bercakap berdegar-degar, tangan bau tahi.

Rakayt lebih tahu menilai setiap kebaikan. Rakyat Malaysia tidak akan terus tertipu dengan kata-kata manis pembangkang, terutama raja sendiwara negara, Anwar Ibrahim. Hari ini, Anwar mula menyebar bahawa Yahudi di belakang Umno, hakikat yang di terbalikkan.

Saturday, October 3, 2009

BAGAN PINANG: ISA BAKAL MENANG BESAR

Penamaan calon pilihanraya kecil Bagan Pinang dalam perlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan bermula pagi tadi, menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Umno-Bn yang diwakili oleh Tan Sri Mohd Isa Samad dan wakil Pas adalah Zulkifli Muhamad.

Keputusan kemenangan mutlak akan diketahui pada 11 Oktober ini. Begitupun, pada ukuran awal - kemenangan sudah berpihak kepada Tan Sri Isa yang bergitu mesera rakyat dan memang menjadi idola kepada perubahan pesat bandar Port Dickson, Bandar Peranginan yang juga Bandar Tentera Malaysia.

Port Dickson seawal 1980'an cuma pekan kecil yang jauh tertinggal dalam era pembangunan yang cuma memiliki sebuah hotel bertaraf lima bintang yang dikenal Ming Court. Namun, Isa yang membawa perubahan besar dalam lanskap pembangunan daerah Port Dickson. Pertumbuhan ekonomi begitu pesat yang mempu memberi pertambahan besar kepada peniaga dan juga penduduk sekitar.

Hotel-hotel yang tumbuh bagai cendawan untuk mengamit pelancong dari seluruh negara, terutama dari warga kota Kuala Lumpur setiap hujung minggu. Jarak perjalanan menjadi begitu dekat baik melalui jalan Sepang mahupun Seremban dengan kemudahan Lebuh Raya.

Jika warga Bagan Pinang 'tidak mudah melupa sejarah', Isa akan tetap menjadi pilihan kerana perubahan Port Dickson adalah hasil kerja dan perancangan baik Isa. Malah, Isa adalah 'Bapa Pembangunan Moden' Negeri Sembilan sejak menjadi Menteri Besar sebelum ini.

Isa, biar pun dilihat kerdil di segi susuk tubuh, namun memiliki akal yang bijaksana dan begitu mesera dengan rakyat. Rakyat akan terhibur dengan keletah nakal, tetapi penuh dengan pengertian bermatlamat memajukan kehidupan rakyatnya.

Tidak mudah untuk melenyap Isa dari peta politik Negeri Sembilan dan Malaysia. Ideanya begitu bernas dan berani berdepan dengan pelbagai rintangan. Isa juga adalah seorang pendidik yang sudah berjaya melahirkan ribuan pelajar yang berjaya, malah ada pelajarnya sudah menjadi jutawan dan hartawan.

Kepada Pas, tanggapan rakyat akan menolak Isa sebagai calon Umno-BN di bangan Pinang akan pasti meleset. Isu Isa digantung selama tiga tahun oleh kepimpinan Umno atas tuduhan rasuah politik wang tidak begitu menjadi kesan besar untuk calon umno-Bn menang besar kali ini.

Ingat, tuduhan poltik wang yang dikenakan ke ataa Isa cuma satu 'muslihat' untuk menjatuhkan keria poltik Isa yang tiba-tiba muncul sebagai calon teratas yang menang jawatan Naib Presiden Umno. Ada ramai tidak senang dengan kemenangan Isa yang dianggap bermulut 'celupar' kerana bersikap berterus terang dalam segala hal. Isa bukan jenis 'yes man' kerana beliau adalah anak Tun Mahathir.

Corak dan strategi Isa dalam politik adalah bersikap 'menyerang'. Taktik bertahan dan 'menyangah' setiap pukulan lawan tidak ada dalam kamus politik Isa. Isa disenangi rakyat, bukan setakat 'mesera dan senyuman', malah boleh membuat keputusan segera dari setiap luahan dan keinginan rakyat yang membabit kepentingan umum.

Tuduhan rasuah politik sewaktu pertandingan Naib Presiden Umno yang dimenanginya, hanyalah atas sepinggang nasi yang dijamu kepada beberapa perwakilan di pejabat Menteri yang ketika itu berada di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Di Bagan Pinang, Pas dan pembangkang tidak ada isu besar untuk diketengahkan. Pas tidak boleh mengharap kepada perolehan undi pada pilihanraya umum ke-12 lalu. Umno-Bn sudah memasuki era perubahan untuk rakyat yang dijanakan oleh Perdana Menteri Baru, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Umno sudah kembali bertaut dihait rakyat sejak akhir-akhir ini. Kejayaan pemimpin negara memulih kemelesetan ekonomi mula memberi kesan besar kepada golongan peniaga. Kaum Cina dan India mula mencari jalan pulang selepas melakukan kesilapan besar dalam pilihanraya umum ke-12 lalu kesan dari politik fintah dan hasutan.

Tidak ada rakyat negara ini tidak menginginkan kehormonian, keamanan dan kesejahteraan yang sudah sekain lama berjaya memakmurkan bumi Malaysia ini. Rakyat mula menilai berberapa kerajaan negeri yang diserah kepada pembangkang untuk dinilai kekesana pemerintahannya, kini berada di ambang huru hara dan gagal untuk menyempurnakan janji-janji lunak sewaktu berkempen pada pilihanraya umum ke12 lalu.

Rakyat juga mula sedar, bahawa kes liwat yang dilakukan oleh penasihat Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, seakan ada kebenaran ketika Anwar beria-ia mahu menyelamatkan diri dari terus dibicarakan oleh mahkamah. Kelicikan Anwar untuk mentafsir beberapa perkara yang tidak pernah didengar sebelum ini dalam kes mahkamah, membuktikan kes liwat ini benar-benar berlaku.

Terbukti Tun Mahathir, bukan mengambil keputusan silap memecat Anwar demi kepentingan negara dan rakyat bahawa kaum gay yang dilaknat Allah tidak berhak menjadi pemimpin kepada rakyat yang mejororiti umat Islam. Kes liwat kali ini benar-benar menakutkan Anwar. Anwar takut sekali lagi untuk terhumbang ke penjara. Anwar mula ketakutan apabila 'sumpah' Saiful yang diliwatnya di Masjid Wilayah Persekutuan, tidak memberi kesan dari sebarang 'bala' jika Saiful sekadar membuat fitnah kepada Anwar.

Anwar yang sudah berusia 63 tahun, mukanya tidak ada cahaya seri. Anwar adalah pembohong dan iblis bertopenkan manusia yang ingin melihat negara ini berada dalam huru hara. Hari ini, Yahudi yang mendokong perjuangan Anwar juga mula menolak beliau. Agama Yahudi juga menentang golongan melakukan liwat.

Isa akan terus difitnah di Bagan Pinang. Isa akan dituduh sebagai 'perasuah' sepenjang tempoh kempen. Tetapi, rakyat harus sedar 'Bapa Perasuah' - Anwar Ibrahim yang akan menjadi dalang dalam menyebar fitnah di Bagan Pinang. Anwar juga adalah 'Raja Kroni' ketika berada dalam umno dahulu dan sewaktu menjadi Menteri Kewangan dahulu.

Anwar adalah 'Raja' kepada segalanya. Anwar adalah 'Raja BuDuBur'. Anwar begitu dipuja bukan keranas Anwar, tetapi dipuja kerana 'gaya warak' bila berupaya menghafal dan mentafsir berberapa potong ayat al-Quran, mengolah minda Hassan AlBana dari karangannya untuk dilintara dalam setiap ceramahnya. Cuma Anwar tidak pernah baca ayat-ayat al-Quran yang Allah mengazab kaum Nabi Lut.

Umno-BN akan menang besar di Bangan Pinang. Undi tentara yang memihak kepada pembangkang lebih 1800 undi pada piliharaya umum ke12 lalu tidak akan kekal begitu lama. Undi pos akan merosot kepada pembangkang.

Anggota berunifom terutama tentera dan keluarganya sudah jauh mendapat pembelaan daripada kerajaan. jika ada yang menetnang kerajaan lagi, golongan ini adalah kaum yang tidak bersyukur nikmat yang di terima. Allah s.w.t memberi rahmat dan kemuruhan rezeki dari kepimpinan kerajaan Umno-BN yang pemimpinnya begitu mengambil berat tentang kehidupan rakyatnya.

Bagan Pinang adalah kubu kepada kekutan Umno di Teluk Kemang. Isu apa pun yang akan diketengahkan pembangkang terutama serangan peribadi kepada Isa tidak akan menukar pendirian rakyat untuk berpihak kepada Umno-BN. Pencalonan Isa, membuktikan Umno berani berdepan risiko soal peribadi. Isa adalah pilihan yang tepat. Tunggulah, janji Allah s.w.t bahawa Isa akan menang besar nanti.

Tuesday, September 29, 2009

IBRAHIM ALI: HUSSAM WAJAR DIPERSALAHKAN

Kemelut pergeseran antara `Tok Wali' kepada pengikut-pengikut PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat dengan Ahli Perlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali, tercetus semula dengan lebih dasyat lagi ketika sambutan Hari Raya Aidil Fitri, baru-baru ini.

Ajaran Islam mengajur penganutnya agar saling maaf bermaafan pada hari mulia dan kemenangan itu, tetapi dalam Pas tidak di amal ajaran sedemikian. Tok Wali lebih berkuasa memberi pelbagai macam fatwa biarpun jauh bertentangan dengan ajaran Nabi Muhamad s.a.w. Hukum hakam yang diungkap oleh Tok Wali Pas ini jelas membelakangkan ajaran Islam.

Tidak benar jika khidmat kebajikan Brahim Ali kepada rakyat yang diwakilinya di Pasir Mas di anggap tidak mendapat pahala. Jika Brahim tak dapat pahala kerana dikatakan suka membuat kenyataan yang 'menghentam' Pas sejak kebelakangan ini. Kenyataan-kenyataan Brahim dituduh lebih mirip pro-UMNO dan tidak senada dengan Pas dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Pembangkang.

Brahim yang di martabat sebagai Adi Jagat Pasir Pas sewaktu berjuang dalam Umno, sebelum di bunag oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapha Muhamad, kerana dikatakan tidak begitu sebulu dengan corak kepimpinan Tok Pa.

Tidak ada orang tidak kenal stail Brahim, baik di kalangan orang politik atau rakyat biasa dikatakan 'mulut berus' atau 'mulut celupar' bila ada sesuatu yang tidak berlaga angin dengan cita rasa. Gaya politiknya satu fokos sahaja iatu `berlawan' dan pendekatan `memujuk, berdamai dan lemah lembut' tidak ada dalam kumus politik perjuangannya.

Sikap Brahim yang sentiasa ghairah dan suka buat sesuatu yang dianggapnya 'luar biasa' kerana sudah terdidik dengan kaedah politik lawan, politik demotrasi, politik tidak mudah mengaku kalah. Kekuatan pollitiknya tidak padam, malah tahu mencuri ruang untuk terus beratas di pentas teratas biar pun `melawan arus'.

Sebagai penganalisis politik Kelantan yang berada dari `dalam' dengan begitu dekat, saya tahu cara sepak terajang Brahim. Yang penting, orang yang menekannya dapat dikalahkan baik secara sedar atau tidak. Penyertaan Brahim dalam piliharaya umum ke12 lalu atas tiket Bebas berlambang Pas, juga untuk membuktikan kepada Tok Pa, bahawa dia tetap mampu berjuang untuk rakyat dan masih mendapat tempat di hati rakyat biarpun di pecat oleh Umno.

Brahim bijak mengatur langkah politiknya. Siapa akan terfikir Brahim boleh bertanding Bebas atas tiket Pas, sedangkan Brahim orang yang paling wahid hingga berani `maki hamun' Tok Wali Pas, Nik Aziz dalam setiap ceramahnya. Pemimpin Umno lain, baik Tok Pa atau Nuar Muasa, tidak pernah memaki hamun Tok Wali Pas dalam setiap ceramahnya, termzasuk dalam pertarungan hebat di Pengkalang Pasir, Pasri Mas pada pilihanraya kecil yang menyaksikan Brahim hilang wang pertaruhan tanpa bantuan Pas.

Nik Aziz pun satu begitu menadah kehadiran Brahim, kononnya akan memberi kekuatan kepada Pas pada pilihanraya umum lalu, sedangkan tokoh-tokoh Pas di Pasir Mas begitu ramai. Nik Aziz tidak perlu menyalahkan diri sendiri dan terpaksa menelan ludah sendiri bahawa Pas boleh berkawan dengan Iblis dan syaitan sekali pun asalkan Pas boleh menang dan kekalkan pemerintahan di Kelantan.

Hari ini, Nik Aziz melatahkan dan menghukum fatwa Brahim dengan begitu mudah. Ini baru Iblis dan syaitan kecil dari tindak tanduk Brahim, Nik Aziz sudah mengelabah. Bagaimana Pas akan berdenan dan iblis dan syaitan lebih besar dari puak DAP dan PKR yang tidak berminat langsung soal penubuhan negara Islam.

Sebenarnya, antara Nik Aziz dan Brahim Ali sama-sama 2 X 5. Nik Aziz yang patut di persalahkan oleh puak-puak Pas kerana tidak mendengar nasihat ramai agar tidak membiarkan Brahim Ali bertanding atas tiket Pas di Pasir Mas. Nik Aziz yang selalu menyokong kebenaran atas kehendaknya dengan alasan ---'ambo dah istiqaroh - Brahim pilihan hok ambo nampak untuk menang di Pasir Mas. Kata-kata lunak dengan penipuan Itiqaroh itu membuat pengikut Pas mengalah sepajnang waktu dalam soal pemilihan calon.

Lagu nyanyian - Itiqaroh - selalu dilagukan Nik Aziz bila Pas terkepit memilih calon. Bila Tok wali berturur, tidak siapa lagi berani membangkang. Kata-kata Nik Aziz adalah segala-galanya kerana Nik Aziz adalah ahli syurga yang dijanjikan di dunia lagi dan nantinya kuburnya akan kekal berbau wangi sebagai ahli syurga.

Dalam kes Nik Aziz-Brahim ini, sepatutnya pendepekatan kasih sayang antara anyah dengan anak-anak diguna pakai. Dalam satu keluarga, ada anak-anak yang keras kepala. Adakah kita akan menghalau anak-anak yang duhaka, bukan mengambil kaedah ajaran Islam dengan mendidik secara bijaksana. Di mana hebatnya kekuatan Islam dalam Pas jika mengunakkan kata-kata tidak beralas berdepan dengan Brahim.

Brahim itu 'darahnya' pun keluar biru. Rendam dalam laut pun, jiwa Umnonya tidak mati. Tambahan pula, rakan-rakan lamanya sewaktu dalam Exco Pemuda Umno Malaysia dahulu sudah menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Kawan lama adalah sahabat yang kekal biar pun ada yang singung dan menyingung. Kalau Brahim luka, tidak mungkin Najib akan biar luka Brahim menjadi barah, kecuali di beri ubat secara diam-diam. Begitu juga, Muhyiddin dan rakan-rakan yang sudah menjadi menteri dan timbalan menteri.

Sebenarnya, Nik Aziz yang buat silap besar dan jika hari ini beliau mengamuk untuk membelasah Brahim kiri kanan agar melepas jawatan, Brahim bukan sebegitu mudah melatah untuk mendengar kata. Malah, Brahim akan mengmabil kesempatan ini untuk bangkit dengan lebih ghairah dan 'bengkeng' melawan Nik Aziz dan Pas, serta Pakatan Rakyat yang semakin raput ikatannya.

Ketika Nik Aziz marah-marah pada awal hari raya dengan nada terlau kesal, Husam Musa terdiam tanpa kata. Husam sepatutnya melawan Brahim Ali. Husam adalah dalang 'memancing' Brahim untuk menyertai Pas dan bertanding atas tiket Pas di Pasir Mas. Bukankah Husam yang mengatur pertemuan dengan Brahim Ali di Hotel New Pasitfik, sebelum di bawa berjumpa Nik Aziz.

Husam sering menipu Nik Aziz dalam banyak hal. Lantaran itu, Nik Abduh anak kepada Tok Wali Pas Nik Aziz mengistyiar perang dengan Husam. Husam jjuga memalukan Nik Abduh yang kalah tipis dalam pertandingan Ketua Pemuda Pas Kelantan, awal tahun ini. Nik Abduh dengan kuncu-kuncunya tahu Husam bukan pemimpin yang baik dan sering memutar belit banyak perkara kepada anyahdannya, Nik Aziz yang menjatuhkan Husam dari memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas, sebelum ini.

Di Kelantan, Husam di pinggir oleh ramai pemimpin-pemimpin Pas kerana tidak begitu sebulu dengan main politik Husam. Husam membina kroni politik dan perniagaan. Banyak projek-perojek ekonomi berskala besar termasuk ladang kambing Japnapari di Pasir Mas, Ladang Rakyat yang semakin dikecilkan penerima keuntungan dan banyak lagi mula menghadapi masalah. Bermasalah berberapa projek-projek berskala besar adalah `disegajakan', kerana boleh mengambil kesempatan untuk membahagi-bahagi duit projek.

Husam yang bawa Brahim dan Dato' Rosli Ahmad bertanding atas tiket Pas. Husam juga yang mengetengahkan agat Dato' Rosli mendapat gelaran Sanator, ketika ramai lagi pemimpin Pas tulih yang lebih berhak. Husam yang mencaturkan Brahim bertanding di Pasir Mas kerana tertarik dengan kata-kata manis Brahim dan yang utama 'tawaran wang peribadi' yang begitu besar oleh Brahim kepada Husam.

Wang itu, kononnya untuk dibelanjakan dalam pilihanraya di Salor yang dikatakan Pas tergugat jika Husam bertanding di situ. Husam bukan pemimpin yang 'cakna' rakya, sebab itu Husam tidak kekal di satu-satu kawasan pilihanraya. Husam sering pindah randah dan beliau boleh berpindah ke mana-mana kerana dia yang buat keputusan akhir pemilihan calon sebagai orang kepercayaan Tok Wali.

Husam sepatutnya mencabar Brahim, bukan Nik Aziz. Tetapi, Husam tidak berani kerana bimbang Brahim akan mendedah segala habuan yang Husam dapat. Sebenarnya, gejala dalam Pas dikalangan pemimpin-pemimpinnya lebih hebat daripada tuduhan dalam Umno. Soalnya, berapa Husam dapat 'habuan' cuma Brahim yang tahu. Husam juga turut mendapat 'habuan' dari kelulusan projek Bandar Baru Pasir Mas yang masih dalam pembinaan di jalan Ratau Panjang yang dimiliki oleh syarikat Brahim Ali.

Brahim cerdik jika hendak membuka langkah dalam segala hal. Brahim memang pandai memasang perangkap politik. Segala cerita Husam raja rasuah, dalam poket Brahim. Lantaran itu, Husam tidak berani bersuara. Husam sekadar mengarah kroni politiknya, Zulkifli Ketua Pemuda Pas Kelantan yang berkokok melawan Brahim.

Husam juga yang memain peranan 'penasihat' utama kepada Nik Aziz membuka peperangan dengan Haji Hadi dalam soal `kerajaan campuran dengan Umno'. Husam bimbang peluang untuk memuncak untuk menjadi pemimpin kanan jika Pakatan memerintah Malaysia. Sebab itu, hubungan Husam dengan Anwar Brahim begitu akrab. Husam mencatur warna-warna menarik agar Pas terpaksa menelah jemuhan DAP yang menentang dasar Pas untuk mewujud sebuah kerajaan Islam di Perak, Kedah dan Selangor.

Di Perak Husam juga menjadi penasihat agar Menteri Besar Pas akur dengan semua permintaan DAP biarpun terpaksa mengakui ada 'Tanah Simpanan Cina' yang kuasa takluk selama 999 tahun. Inikah corak pemerintahan Pas untuk kekal berkuasa hingga mengadai maruah Melayu dan ajaran Islam yang dipanuti selama ini.

Husam yang menasihat Nik Aziz agar melarang Nasaruddin Mat Yasin yang mengalahkanya dalam pertandingan Timbalan Presiden Pas supaya tidak memijak bumi Kelantan gara-gara menjadi pengerak ke arah perundingan dengan Umno.

Kini Husam begitu berkuasa di Kelantan. Husam sekaan Timbalan Menteri Besar dan menyimpan cita-cita besar untuk mengganti Tok Wali Pas. Husam juga, bercita-cita untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri sepaling tidaknya jika Pakatan berkuasa di Malaysia. Husam memulakan hubungan akrab dengan Anwar yang mendakwa beliau bakal menjadi Perdana Menteri dan akan menghalalkan undang-undang kebebasan gay dan lisbian jika memerintah, kononya atas nama kebebasan dan hak individu.

Kita menjadi samar dengan sikap Pas yang bermati-matian mempertahankan Pakatan Rakyat yang jelas membelakangkan martabat ajaran Islam dan umat Melayu Islam itu sendiri. Di mana nilai keinginan peribadi pemimpin-pemimpin Pas ini untuk masa depan sebauh parti yang begitu mengaku mereka pejuang Islam sejati hingga sanggup mengkafir Islam lain. Fikir La Sendiri.

Sunday, September 20, 2009

BALIK KAMPUNG: TERENGGANU HEBAT

Hari Raya Aidil Ftitri datang lagi. Selepas berpuluh tahun bermastautin di Kota Metropolitan Kuala Lumpur, Kota Bharu tetap menjadi pilihan anak-anak untuk meraikan hari mulia ini. Walaupun setiap hari kehidupan mereka terdedah dengan budaya kota raya, namun kemeriahan dan ikatan silaturahim sesama sanak saudara tetap kental di Bumi Saadong.

Setiap kali hari raya, suara ibu untuk beraya di Johor Bharu terbatal begitu sahaja. Sudah 17 tahun ibunya tidak pernah merasa di kampung halamannya meskipun pada hari raya haji sekali pun. Biarpun anak-anak lebih memilih Kota Bharu distinasi liburan, keraian, musim cuti sekolah atau ruang waktu agak panjang. Namun, satu yang paling menghairankan `anak-anak' kelahiran kota Kuala Lumpur ini tidak pernah menyentuh `BUDU' - sos bilis penambah selera hidangan nasi dengan ulam-ulaman, biarpun betah di Kelantan.

Budu kepada mereka terlalu jijik, apa lagi ingatan ibunya bahawa barang yang di `peram` tidak boleh di makan kerana haram, seperti anggur yang diperam. Sebenarnya, bukan soal haram atau hala tetapi ibunya memang tidak suka Budu. Tetapi, dalam peti ais tetap ada sebotol Budu milik peribadi saya. Tanpa Budu, makan jadi tidak seselera mana.

Lagi memelikkan, sewaktu di kota raya tidak seorang pun, malah sepatah pun terkeluar loghat Kelantan dalam pertuturan harian, sekalipun saya bercakap loghat Kelantan sesekali sekala agar `penurunan' budaya singgah di lubuk hati mereka.

Satu, kejutan apabila mereka rupa-rupanya mampu menguasai loghat Kelantan dengan baik bila sudah berada di Kota Bharu, kononnya untuk mengekalkan hubungan silaturahim sesama mereka. Sesekali terlihat jelingan ibunya, anak-anak menukar gaya bahasa. Yang di Kelantan pula terlalu pekat dengan loghat Kelantan dan bila bertutur bahasa baku juga loghat Kelantan tidak hilang. Apapun hari raya tetap memberi satu kegembiraan luar biasa kepada anak-anak.

Pertuturan di rumah di ibu kota lebih kepada Bahasa Melayu Johor, bahasa baku dengan bahasa Inggeris kesan dari didikan ibunya dan berkat pengajian sains dan matamatik dalam bahasa `orang putih' hasil kebijaksanaan dan daya fikir Tun Mahathir yang berpandangan jauh untuk membina satu bangsa Malaysia yang mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa pada masa depan.

Paling pelik, selepas 17 tahun ibunya masih tidak boleh bercakap loghat Kelantan biar pun sepatah, tetapi boleh menguasai bahasa Cina dan Inggeris dengan baik. Bila berkumpul, loghat kelantan bermaharaja lela, akhirnya kejutan budaya sering berlaku dan berakhir dengan mengurung diri.

Sebenarnya, pertembungan budaya antara Kelantan-Johor cukup menyukarkan. Dua negeri ini, mutakhir ini pun begitu kental dengan semangat kenegerian dalam keegoan masing-masing. Ego ini kadang-kadang mengancam kedamaian dan keharmonian alam berumahtangga. Mujurnya, anak-anak menjadi penyejuk yang kadang-kadang tetap hangat dan panas. Barangkali pertembungan budaya dalam keegoan diri adalah ujian jua dari Allah s.w.t. Jodoh itu adalah kententuan Allah s.w.t yang tetap ada hikmah membelah kehidupan.

Orang Johor kadang terbangga dengan pendidikan Islamnya sejak di sekolah rendah lagi. Orang Kelantan tidak terdidik sebegitu rupa, tetapi diberi pendidikan Islam secara tidak formal di luar sekolah bersandar dalam budaya keluarga masing-masing. Di Kelantan, solat dan al-Quran cukup dititik beratkan. Begitupun, orang Kelantan tetap dengan egonya sebagai orang yang kuat berpegang dengan ajaran Islam. Ego ini sukar di pecahkan dan pasti akan menjadi satu bom jangka jika tidak dirungkai dengan penuh kesabaran.

Di Kuala Lumpur, ada keanehan kerana ada orang Kelantan sanggup bergaduh mengatakan mereka kuat berpegang kepada ajaran Islam sekalipun tengah mabuk arak atau bergelar GRO. Mereka ini, balik undi Pas setiap kali pilihanraya kononnya untuk masuk Syurga. Inilah mungkinnya Islam yang ditaksubkan oleh Pas Kelantan sebelum ini. Malah, anak Kelantan yang menjadi 'kaki Golok' untuk mencari hiburan pun mengundi Pas kerana mahu masyuk Syurga. Fatwa Pas dulu, kini dan selamanya - undi Pas tiga kali masuk Syurga.

Hakikat Insan, ini fatwa Pas untuk mengelabui pemikiran rakyat Kelantan agar terus mengundi Pas sekalipun mereka gagal menjadi pemimpin yang baik untuk mengurus tadbir negeri menjadi lebih maju dan menjaga hal-hal kebajikan, pendidikan dan ekonomi untuk rakyatnya. Sebab itu, Kelantan jauh ketinggalan ke belakang di segi menifetasi pembangunan ketatanegaraan yang dianjurkan oleh Islam. Islam ada pencipta tamadun, bukan hidup dalam ketinggalan dari arus perdana kemajuan dan pemodenan.

Sebenarnya, bukan cerita anak-anak itu yang ingin saya jelaskan. Soal pokoknya, keputusan balik kampung saat akhir kerana arah tuju terbelah dua kali ini antara Johor Bharu atau Kota Bharu. Seawalnya, anak-anak di pujuk untuk beraya di Johor Bharu - mungkin terdapat pujuk rayu ibunya untuk pertama kali mahu menidakkan Kota Bharu. Anak lelaki tunggal yang cukup berpegaruh ke atas ibunya, biarpun baru berusia 10 tahun, membuat keputusan veto bahawa Kota Bharu pilihan yang tidak boleh di tolak. Jika menolak, maka tidak ada guna baju baru, persiapan besar setiap tahun, jika tidak boleh berhari raya di Kota Bharu. Yang lain akan mengikut jika keputusannya sebegitu.

Lalu keputusan akhir itu, membuat saya pula terpaksa mengambil kata putus - jalan mana harus di pilih untuk satu perjalan yang lebih selesa, tambahan pula anak bongsu berusia 3 tahun alahan dengan muntah-muntah setiap kali naik kereta. Sampai di Tol Bentong, naluri menghala perjalanan ke Kuantan satu lebuh raya baru yang begitu selesa dan menyusuri Kemaman, Paka, Kertih, Dungun, Kuala Terengganu, Permaisuri, Jertih hingga ke Pasir Tumbuh Kelantan.

Kalau dulu, jalan inilah yang paling dibenci kerana jalannya sempit dan berrliku-liku. Kini, biarpun jarak perjalanan ini perbatuannya bertambah lebih 260km berbanding jalan biasa Bentong, Gua Musang ke Kota Bharu, namun keselesan, ketenangan dan kedamaian bergerak pada waktu malam jauh mencuit perasaan. Anak-anak begitu gembira dan terhibur melihat keindahan negeri Terengganu di waktu malam yang kaya dengan `pencahayaan' dan bandar-bandar baru yang berdiri megah.

Rakyat Terengganu begitu bertuah mendapat pemimpin yang begitu bijak mengurus dan mentadbir negerinya. Cuma sekali kepimpinan kerajaan Terengganu berubah di bawah Pas cuma sepenggal, kalau tidak Terengganu akan kembali ke zaman suram. Jika zaman 1970'an hingga pertengahan 1980`an, Terenganu jauh tertinggal di belakang Kelantan. Sewajarnya, rakyat Terengganu bersujud syukur memiliki pemimpin bijaksana yang begitu bijak membangunkan negeri ,dan pencapaian ekonomi begitu rancak untuk membina rakyat maju dan berdaya saing.

Paling mengasyik, apabila melihat terbina dengan megah masjid yang besar dan selesa yang terbina sepanjang jalan. Inilah asas kepada pembangunan Islam yang nyata. Di Kelantan, kerajaan Pas tidak mampu membina masjid sehebat itu, malah masjid yang ada dan kini sudah terlalu sempit untuk menampung jemaah berjumaat adalah peninggalan kerajaan UMNO-BN yang hanya sempat memerintah selama 12 tahun. Tanya Nik Aziz, sejak Pas memerintah Kelantan lebih 22 tahun, berapa buah masjid yang sudah dibinanya, berapa buah sekolah agama dan pondok moden yang sudah terbina.

Sebagai anak Kelantan yang begitu taksub dengan keegoan negerinya, terasa malu di dalam dada. Lebih menyakitkan apabila si isteri mula mengtala `perli` bahawa orang Kelantan tak perlu semua ini pembangunan sebegitu kerana mereka sudah ada semuanya dalam Syurga. Orang Kelantan tak perlu pembangunan kerana di syurga semua sudah ada. Sebab itu, orang Kelantan menolak apa yang kerajaan persekutuan ingin majukan ditolak kerana Islam menolak pembangunan dunia, sebab di akhirat semua sudah ada.

Di Kelantan, menteri besar naik unta bukan kereta mecedes macam kita pakai. Mereka ikut sunah Nabi Muhamad s.a.w. Kereta mewah, rumah besar tidak diperlukan oleh pemimpin Pas kerana semua sudah ada di Syurga. Orang Pas tidak perlu jadi kaya keran kekayaan itu sudah tersedia dalam Syurga. Orang Pas tidak pernah rasuah kerana mereka ikut al-Quran dan Hadis Nabi. Orang perempuan Kelantan tidak bergaduh dan menggalakkan suaminya kahwin lebih dari satu kerana mereka akur perintah al-Quran. Mereka ini, tak tanam padi, tetapi tanam pokok kurma.

Syurga itu, cuma Allah s.w.t siapkan untuk orang Pas sahaja. Orang lain tidak boleh masuk. Sebab itu, orang Islam yang boleh masuk syurga cuma orang yang sokong Pas dan undi Pas. Orang Islam di negara lain, tidak boleh masuk syurga kerana yang alim cuma orang Pas. `Jika tak percaya, boboy tanya ustaz yang datang mengajar Quran kat rumah dan mengajar agama kat u all semua memang tertulis perkataan Pas dalam Quran' bentak seisteri yang semena-mena bercakap politik.

Tak tahu bila pula dia boleh main politik sedang dalam kepalanya penuh dengan hal-hal perniagaan bidang kecantikan dan baja kelapa sawit. Yang main politik cuma saya secara sepenuh masa, selain mengendali perniagaan kecil secara peribadi. Soal perniagaan kami pun tidak bercampur. Sesekali saja saya memberi nasihat dalam soal urusniaganya jika diperlukan.

Di Johor katanya, pelajaran hanya orang Pas sahaja yang masuk Syurga tidak di ajar di Sekolah agama. Dalam Islam diajar agar manusia perlu dibangunkan untuk menjadi `kaya' dalam segala-gala bidang kerana Islam itu ajaran ilmu terbaik. Umatnya juga perlu hebat dan menjadi yang terbaik untuk memimpin ummah sesama Islam dan ummah lain. Kalau kita miskin dan cetek ilmu, macam mana kita hendak memimpin ummah, sedangkan Nabi Muhamad s.a.w di utus sebagai Rasul untuk memimpin ummah, baik dalam ilmu agama dan pelbagai bidang lain.

Dalam Islam, pembangunan insan dan ketamaduan negara itu wajib. Nabi Muhamad s.a.w memajukan Madinah menjadi kota hebat dalam segala hal, bukan sekadar beretorik atas nama Islam sedangkan pengisiannya kosong. Islam tidak ajar kita `hipokrit' dan mendabik dada kita lebih baik dan hebat dari orang lain. Jika kita berilmu, kaya, kita kena membantu yang lain agar menjadi lebih baik dan juga berkemampuan, malah menjadi kaya.

Jika rakyat miskin dan negeri tidak makmur dan mewah, bermakna pemimpin itu tidak bijaksana sebagai pemerintah. Negara Arab yang tandus dan sudah di lawati jauh lebih maju, sedangkan mereka berada di padang pasir yang tandus. Di Kelantan, segalanya mencukupi, tetapi sayang tidak maju. Sendangkan, rakyat Kelantan lebih 95 peratus Melayu Islam dan memiliki semangat kebanggan diri yang hebat untuk dimajukan.

Ummah itu, bukan bermaksud `jemaah' yang besar, tetapi ummah yang ada dalam rumah tangga kita sendiri. Jika kita miskin, macam mana anak bini nak makan, nak pakai. Jika kehidupan rumah tangga kita `kaya' dengan harta, hati budi dan mengikut segala tuntutan ajaran Islam, ummah kecil ini akan menyemarak dan memartabatkan menjadi ummah yang lebih besar. Di sinilah hebatnya ajaran Islam yang sebenar.

Umat Islam perlu berlumba-lumba mencari rezeki sebanyaknya kerana Islam itu menganjurkan ummahnya berzakat dan bersedekah. Bukankah ini yang menjadi satu neraca timbangan terkuat di akhirat nanti. Orang yang bersedekah dan yang berduit dapat menyumbang dana untuk membina setidak-tidak satu surau yang selesa untuk berkumpul beribadah bersama dan begitu mulia sebagai `harta' diakhirat.

Berkumpul di masjid atau surau sudah di tuntut oleh Islam bagi merapatkan hubungan silaturahim umat Islam, bukan bergaduh dalam masjid kerana mendakwa aku lebih Islam dari jemaah lain. Akhirnya, orang makin jauh dari masjid. Bila bersyarah atas masjid, ruang untuk orang bertanya dan bersoal jawab ditutup. Yang datang cuma sekadar menjadi pendengar setia biarpun tidak faham. Bila bertanya, dianggap puak mana.

Bila mengajar, perkataan kafir dan perkataan menakut-nakut menjadi kata-kata utama, bukan memberi seranan terbaik dan penuh bijaksana. Habis, macam mana anak muda belia nak dekat dengan masjid. Lebih baik mereka ini merempit dan melepak. Budaya apa yang di bawa di Kelantan yang kini mereka ke masjid ke Selangor, Kedah dan Perak.

Pahala dan kebajikan dalam Islam ini berantai-rantai. Tetapi di Kelantan, masjid bukan untuk merapat hubungan mesra silaturahim, tetapi tempat mengumpat dan menabur fitnah. Agenda politik Pas lebih utama daripada berseruan ke jalan kebajikan dan kesempurnaan hidup sekampung. Orang pakai serban atas nama Pas menjadi penghasut agar sesama Islam bergaduh atas pegangan politik. Ini yang dikatakan bodoh dan Nabi Muhamad s.a.w tidak ajar pun.

Politik terwujud agar pemimpinnya mencari jalan untuk memajukan kampung dan kawasan yang di pimpin, bukan mengajar orang kampung agar mengadu domba, bergaduh. Kerana politik gaduh dan tuduh menuduh kafir sesama Islam, orang bukan Islam takut untuk mendekati Islam. Cuba tanya, Nik Aziz dan kerajaan Pas Kelantan, setakat lebih 22 tahun sudah berapa ramai orang bukan Islam memeluk Islam hasil `kebanggaannya' mengakui kerajaan Islam tulin.

Zaman Nabi dulu, kerajaan Islam terwujud berjaya menarik orang menerima ajaran Islam. Kerajaan Pas pula memerintah mengkafir orang yang sudah Islam dan mengabai tanggungjawab utama manusia sebagai khalifah Allah s.w.t menarik lebih rmaai bukan Islam menerima Islam.

Di Johor, rakyat menolak Pas kerana kerajaan yang ada menyediakan segala kemudahan untuk umat Islam beramal ibadah. Masjid selesa, pembangunan bertambah dan cukup tersusun. Jika tak ada pembangunan, rakyat tak ada kerja. Orang lapar, tidak akan berfikir soal agama. Mereka berfikir macam mana nak `mencuri' untuk makan. Akhirnya, negeri tak aman dan akan muncul lebih ramai oang-orang yang kufur dari yang benar-benar berimam.

Di negei daday awak - `orang lebih makan politik yang kononnya lebih Islam dari orang lain, dari ajaran Islam sebenar'. Mana boleh dengan undi Pas masuk Syurga, sedangkan Pas sudah menolak Syurga dunia yang di cipta oleh Allah s.w.t untuk hidangan kepada ummahnya. Dunia ini adalah Syurga awal, sebelum Syurga kekal di akhirat. Malah, Ada pula satru puak yang menakut-nakut ummah Islam agar jangan menjadi kaya kerana kekayaan itu akan membuat kita lalai dan mendekat ke Neraka.

Ajaran itu salah. Sepatutnya orang bertaraf guru, tok guru, alim ulama menggalakkan umat Islam berusaha kerana dan memerak fikiran dan tenaga untuk menjadi kaya dan menerusi kekayaan itu mereka lebih cepat masuk syurga jika menjadi manusia yang mensyukuri nikmatnya.

Lihat di Terenggnau tadi Boboy...negerinya cukup cantik. Tidak ada daerah yang nampak selekeh dan tidak nampak seperti bandar kepada satu daerah kecil. Malam sahaja kita tengok, masjid begitu besar dan selesa terdapat di sepanjang jalan. Setiap bandar di tiap daerah terbangung begitu tersusun dan indah. Lampu neon begitu bergemerlapan. Jika bandar di setiap pekan sepanjangan perjalanan ke Jerteh, sudah pasti setiap bandar di setiap daerah itu memberi pengaruh dan kesan ekonomi yang begitu besar kepada penduduknya.

Orang Terengganu yang mami jumpa dikalangan kawan-kawan yang datang ke Kuala Lumpur, sudah memiliki pendapatan yang begitu baik berbanding dulu. Dulu orang Terengganu mundur dan ramai miskin. Malah orang Terengganu, pula paling kurang menjadi penghijrah di Kota raya Kuala Lumpur, berbanding orang Kelantan. Orang Kelantan peliang ramai di Lembah Klang, sebab itu bila balik Hari Raya, jalan ke Kota Bharu begitu sesak. Sepanjang Hari raya, bandar Kota Bharu malah di Kelantan sesak teruk dan luar biasa.har

Mana pemimpin Pas nak letak muka. di Padang Masyhar esok, pemimpin yang gagal menjadi pemimpin yang baik untuk menyumpurnakan kehidupan rakyatnya akan di soal dan di humbang ke neraka. Apa lagi yang sekadar pandai bercakap, tetapi gagal membina satu ketamadunan umat secara berkesan.

Dahulu Terengganu begitu daif, termasuk rakyatnya begitu ketinggalan. Kini perubahan itu membuat rakyat Terenganu mula mengecapi hidup mewah. Kemewahan itu membuat martabat umat Islam begitu tinggi. Kesenangan itu, perlu kita lebih merendah diri agar nilai-nilai budi tersanjung untuk menarik orang bukan Islam dapat melihat itulah sebenarnya nilai hidup umat Islam yang diajarkan oleh Allah s.w.t.

Islam tidak menyuruh umatnya kaya tetapi sombong dan riak dengan kekayaan. Orang ini engkar dan hanya Allah s.w.t yang akan menghakiminya nanti, bukan kita. Kita cuma boleh berusaha membetul baik secara lisan atau berdoa kepada Allah s.w.t agar berubah menjadi lebih baik. Mami mahu kaya agar cita-cita mami membina sebuah surau atau lebih, malah masjid seumpama di laksanakan oleh anak-anak Al-Bukhary dari Kedah.

Berbanding, Kelantan yang melaung-laung hebatnya kerajaan Islam mereka. Kota Bharu dan Kelantan tidak berubah. Hala tuju hilang ke mana. Yang ada cakap-cakap retorik untuk menarik undi rakyat Kelantan dengan `cagarannya ada syurga`, sedangkan yang bercakap pun belum tahun di mana berakhir tempatnya. Yang menyeru syurganya masih entah ke mana, sama telahlah mereka ini pula begitu megah kerana serban selilit sudah berani menjanji syurga kepada orang lain, malah hebat memfitnah orang lain.

Banding, bandar Pasir Putih, Bachok dan Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang atau di mana bandar daerah di Kelantan, bandar mana boleh menandingi bandar-bandar daerah di Terengganu. Pemimpin yang terlalu cakap banyak dan suka melihat dan mencari kesalahan orang lain, tidak akan mampu mengubah hidup rakyatnya. Mereka hanya mampu memperkayakan dirinya dan kroni-kroninya saja. Jangan anggap pemimpin Pas terlalu bersih dari segala noda termasuk rasuah kerana hanya hebat bercakap soal agama. Golongan ini, jika salah langkah akan menjadi orang yang paling depan berada di pintu Neraka, kerana mereka tahu agama, tetapi memesong pemikiran orang lain semata-mata untuk kepentingan peribadi.

Kota Bharu apa ada, sebab itu mami tidak suka balik Kelantan. Tambahan pula musim perayaan begini. Puluhan ribu kereta yang pulang ke Kelantan, membuat segenap tempat menjadi tersumbat. Sebagai pemimpin kerajaan Pas Kelantan, mereka tidak boleh berbangga dengan kepulangan anak-anak Kelantan dengan kenderaan selesa dan mewah, kerana sebilangan besarnya mencari rezeki di bumi orang, sedangkan kita sekadar pandai bercakap tanpa memikir soal membina sebauh negeri maju dan begitu hebat sebagai tanda ketamadunan Islam moden.

Kerajaan Islam Madinah terbentuk dengan pelbagai pembangunan dan berkembang pesat hingga kini hasil perancangan oleh Nabi Muhamad s.a.w. Kerajaan Islam yang terbina selepas kewafatan Nabi, membina tamadun hebat dengan pelbagai kesan ekonomi, seni bina, teknologi dan sebagainya.

Kelantan apa ada. Yang terbina lebih besar adalah sumbangan kerajaan pusat dalam soal infasarana, masjid, sekolah, pejabat kerajaan persekutuan dan sebagainya. Sebenarnya, kerajaan Pas Kelantan adalah sebuah ~kerajaan yang sakit~. Bukan sekadar sakit untuk membina sebuah negeri yang hebat, tetapi turut menyakitkan rakyat dengan penipuan ajaran Islam untuk hidup selesa selepas memang pilihanraya.

Mungkin, rakyat Kelantan malas membaca, malas berfikir tetapi memiliki budaya suka menerima dan suka mendengar. Sebab itu, Islam cukup anti Fitnah kerana ia wujud dikalangan golongan umat Islam yang lebih suka menerima, mendengar dan malah berfikir, malah jauh untuk membuat rujukan dari kitab-kitab muktabar dan buku-buku yang di tulis oleh pemimpin hebat dunia Ialam.

Hakikat, dengar dan terima, kemudian sebar tanpa fakta. Apakah umat Islam akan terus begini selamanya, terutama di Kelantan yang diakui rakyatnya begitu hebat macam orang Johor, tetapi hidup dalam derita penipuan sebuah parti politik Islam yang sebenarnya munafik cara versi pembawaannya.

Bodohnya Pas, mereka boleh menerima DAP sebagai kawan, sedangkan secara jelas keinginan Pas untuk menjadikan Islam sebagai asas pemerintahan negara sudah ditolak dengan jelas hingga mencabar kesabaran umat Melayu Islam. Apa yang Pas cari sebenarnya, berjuang untuk membina sebah negarai Islam yang hebat seperti sedia ada atau sekadar ingin memenagi kkerusi pilihaanraya saja. Jawablah sendiri jika kita seorang yang berfikiran bersih.

Tuesday, September 15, 2009

SAMY VELLU UNDUR - MIC MANTAP SEMULA

Pemilihan MIC sudah berakhir di PWTC Ahad, lalu. Semua pemimpin sokongan Dato' Seri Samy Vellu di pilih oleh lebih 1400 perwakilan sebagai tanda setuju. Barangkali, tempoh kepimpinan Samy sudah berakhir kali ini. Samy perlu berundur dari mengemudikan MIC selepas Samy diundukan oleh rakyat di Sungai Siput 8 Mac 2008 lalu.

Jika dikaji menerusi ilmu politik, setiap pemimpin yang pergi - akan memberi nyawa baru dalam kepimpinan parti. Yang dahulunya tersisih da bawa kepimpinan Samy akan kembali memperkuatkan parti. Epik ini tidak boleh ditolak. MIC sudah dihukum oleh kaum India sendiri dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.

Tidak dinafi semuanya kerana terlalu lama Samy berkuasa dalam kepimpinan MIC. Jika Samy ingin mahu melihat MIC gagah kembali, Samy wajib berundur dan menjadi penasihat kepada MIC bagi memasti kepimpinan baru mencari kaedah terbaik membina kekuatan semula MIC. Yang muda menerajui MIC pun semua anak-anak buah yang dididik oleh Samy sendiri. Sepat terajang, langkah `puaka' Samy tetap akan digunakan dalam membina MIC baru nanti.

MIC silap jika menuduh pengaruh MIC lemah kerana kepimpinan UMNO lemah. Umno membuktikan memenangi banyak kerusi, tetapi MIC perlu akur kegagalannya mempertahan sokongan kaum India untuk mencatat kemenangan gemilang BN seperti sebelum ini.

Samy, jika berundur pun akan tetap dikenang oleh kaum India sebagai pejuang terwahid yang pernah mereka ada. Samy yang berjuang memartabat kaum India di Malaysia. Sejarah tidak akan menafikan semua itu. Selagi Samy tidak berundur, Samy akan dilihat sebagai `penyakit barah' yang akan terus diungkap oleh kaum India sendiri yang mula kecewa dengan cara tidakannya. Orang lain tidak mencerca Samy. Yang menghina dan mencerca Samy adalah kaum India sendiri.

Cuma malang, apabila ada perwakilan India mencemuh Tun Mahathir Muhamad di depan Samy dengan ungkap begitu hina. Mahathir adalah negarawan yang mencetus kebangkitan martabat kaum India , seperti yang dilakukan kepada kaum Melayu Islam di negara ini sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Mahathir tidak hanya membina kebangkitan umat Melayu islam sahaja, tetapi ruang kebangkitan maruah dan identiti kaum India terbina sebegitu rupa. Kaum India tidak hanya terpinggir di estet, tetapi kemunculan elit baru kaum India benyak berlaku dizaman Tun Mahathir. mahathir terlalu banyak memberi ruang kepada Samy untuk mewajahkan kehidupan kaum India agar tidak menjadi bangsa yang tertinggal dan terkuuurung dalam kasta yang rendah.

Tidak sewajarnya, kaum India terutama perwaklian itu menawar `selipar' sebagai anugerah kepada Mahathir yang terlalu banyak berjaya kepada kaum India. Mana nilai budi kitga sebagai manusia yang tahu agama. Kaum India juga kuat berpegangan kepada ajaran Hindu yang teerselit kalimah budi dan hidup harmoni. Budaya menghina orang lain tidak sewajarnya berlaku lagi selepas ini.

Mahathir sewajarnya menjadi ikon terhormat kepada setiap bangsa yang ada di bumi Malaysia ini kerana hasil pemikirannya selama 22 tahun berjaya meletakkan Malaysia dikalangan negara terhormat dan paling berjaya dalam pengaruh sosio-ekonomi dunia. Suara Malaysia sudah berkemuandang dan di dijadikan panduan dalam gerak kerja antarabangsa. Inilah anugerah Allah s.w.t dalam memilih pemimpin terbaik kepada Malaysia.

Kita dianugerah pemimpin yang baik seumpama Mahathir dan kita rakyat Malaysia berbilangan bangsa beerlainan agama dapat bersatu hati untuk sama-sama menjaga kesetabilan dan berkerja bersama mecipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Inilah yang hebatnya Malaysia, berbanding negara lain yang tidak pernah aman kerana perbezaan bangsa dan agama.
TADARUS AL-QURAAN : KENAPA ROSMAH DICERCA

Sewaktu menjengok blog - Ramli Kapak Jangok - kedapatan komentar mencerca Datin Seri Rosmah (First Lady of Malaysia) apabila beliau menyeru agar kegiatan tadarus al-Quraan atau membaca al-Quraan digalakan bukan hanya tertumpu sewaktu bulan Ramadhan saja. Kenyataan Rosmah itu dibuat di Pekan Pahang.

Terlalu hairan apabila salah satu komen itu datang dari umat Melayu Islam yang berada di Mesir. Hebatkah ilmu Islamnya apabila sudah mengali di Mesir hingga boleh membuat penghinaan sebegitu rupa.

Sewajar orang yang mendapat pendidikan ilmu Islam secara mendalam tidak membuat tomohan liar, malah harus melahirkan rasa syukur kerana golongan yang tidak mendapat pendidikan Islam secara formal mula membaca al-Quran, biarpun cuma berlaku di bulan Ramadhan. di mana nila hikmah dan bijaksana dalam berdakwah yang di ajar dalam al-Quran bagi mereka yang setiap hari membnaca dan mengamal ilmu al-Quran.

Sepatutnya, golongan yang lebih mendalami al-Quran tidak harus mencerca orang lain, tetapi lebih menzahirkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi taufik dan inayah agar golongan ini turut kenal dan membaca al-Quran. Sebab itu, saya kata ilmu Islam apa sebenarnya yang mereka perdalami hingga terlalu mudah menghukum orang lain. Apakah diri kita sudah semulia-muliannya apabila setiap hari membaca al-Quran. Bukan Allah s.w.t memperingatkan dalam al-Quran berulang kali bukan `Aku lebih tahu hati budi orang bertaqwa' - `Bukan kamu yang menjatuhkan hukuman kepada setiap manusia' - `Bukankah soal alam ghaib - termasuk soal syurga dan neraka itu urusan Aku, kerana manusia tidak tercapai akal untuk mengetahuinya kecuali orang-orang terpilih'.

Bacalah al-Quran dan fahamilah setiap yang diterangkan secara hati yang celik, bukan sekadar baca tanpa pengertian. Yang baca tanpa pengertian lebih mudah mencerca orang lain tanpa rasa takut, sedang Nabi Muhamad s.a.w tidak pernah mencerca umahnya sekali pun terbukti jahat. Nabi Muhamad membawa ajaran Islam yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepadanya agar menasihat bukan mengajur dengan sikap kasar dan keras. nilai Islam itu adalah hikmah dan bijaksana, bukan menghukum. Yang layak menghukum adalah Allah s.w.t.

Dalam hal mencerca Rosmah kerana membaca al-Quran, ilmu Islamnya belum cukup samapi ke qalbu. golongan ini sebenarnya masih buta natijah keilmuan Islam. Sepatutnya kita bersyukur kerana ada umat Melayu Islam mula membaca Quran. Mudah-mudahan, mereka akan temui sesuatu yang lebih bermakna untuk pegangan hidupnya.

Orang yang suka mencerca orang lain berbuat kebaikan adalah golongan munafik. Islam adalah agama dakwah dan mereka yang mencerca Rosmah sudah berapa ramai berjaya menarik bukan Islam menerima ajaran Islam.

Jika kerajaan Pas Kelantan mengaku hebat dan menjadi kerajaan Islam lebih dari orang lain, sudah berapa ramai kalangan bukan Islam menerima Islam sebagai pengikut ajaran Muhamad Rasulullah. Ketika kerajaan Islam hebat di Madinah dan menjadi contoh kebaikan dalam pelbagai bidang, kalangan bukan Islam begitu ramai sekali memeluk ajaran islam. Di Kelantan, tunjuk angka bilangan bukan Islam memeluk agama Islam sejak kehebatan Pas memerintah hingga sembahyang terawih pun di bawah khemah di tengah jalan, seolah-olah masjid yang selesa sudah penuh di segenap tempat.

Inilah yang dikatan nilai bercakap begitu megah. Hakikatnya perjuangan Islam sejati tidfak berlaku di Kelantan, sebaliknya sekadar slogan politik untuk menipu rakyat atas nama Islam. Apakah, sudah cukup dengan bilangan umat Islam yang ada hingga matlamat sebenar `dakwah' menarik bukan islam memeluk Islam sudah mula tersasar. Yang diutamakan adalah perjuangan politik untuk kekal menjadi `perasuah'. Jangan ingat pemimpin Pas di kelantan bebas rasuah sekalipun setiap kali berceramah di selang dengan ayat-ayat Quran. Inilah mungkinya golongan yang pertama tercampak ke Neraka kerana tahu ebgitu cukup ilmu-ilmu Islam tetapi masih berbuat kemungkaran, berbanding yang jahil.

Oleh, marilah kita bermuhasabah diri atas seranah Rosmah agar kegiatan bertadarus ini diteruskan bukan sekadar bulan Ramadan sahaja. Nilai baik perlu di puji, yang keji biarlah Allah s.w.t yang menilainya kerana di Mahsyar nanti, semua akan di hisab baik yang jaihil mahupun yang berilmu islam setingga puncak Everest atau seluas Laut Cina Selatan.