Tuesday, September 15, 2009

SAMY VELLU UNDUR - MIC MANTAP SEMULA

Pemilihan MIC sudah berakhir di PWTC Ahad, lalu. Semua pemimpin sokongan Dato' Seri Samy Vellu di pilih oleh lebih 1400 perwakilan sebagai tanda setuju. Barangkali, tempoh kepimpinan Samy sudah berakhir kali ini. Samy perlu berundur dari mengemudikan MIC selepas Samy diundukan oleh rakyat di Sungai Siput 8 Mac 2008 lalu.

Jika dikaji menerusi ilmu politik, setiap pemimpin yang pergi - akan memberi nyawa baru dalam kepimpinan parti. Yang dahulunya tersisih da bawa kepimpinan Samy akan kembali memperkuatkan parti. Epik ini tidak boleh ditolak. MIC sudah dihukum oleh kaum India sendiri dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.

Tidak dinafi semuanya kerana terlalu lama Samy berkuasa dalam kepimpinan MIC. Jika Samy ingin mahu melihat MIC gagah kembali, Samy wajib berundur dan menjadi penasihat kepada MIC bagi memasti kepimpinan baru mencari kaedah terbaik membina kekuatan semula MIC. Yang muda menerajui MIC pun semua anak-anak buah yang dididik oleh Samy sendiri. Sepat terajang, langkah `puaka' Samy tetap akan digunakan dalam membina MIC baru nanti.

MIC silap jika menuduh pengaruh MIC lemah kerana kepimpinan UMNO lemah. Umno membuktikan memenangi banyak kerusi, tetapi MIC perlu akur kegagalannya mempertahan sokongan kaum India untuk mencatat kemenangan gemilang BN seperti sebelum ini.

Samy, jika berundur pun akan tetap dikenang oleh kaum India sebagai pejuang terwahid yang pernah mereka ada. Samy yang berjuang memartabat kaum India di Malaysia. Sejarah tidak akan menafikan semua itu. Selagi Samy tidak berundur, Samy akan dilihat sebagai `penyakit barah' yang akan terus diungkap oleh kaum India sendiri yang mula kecewa dengan cara tidakannya. Orang lain tidak mencerca Samy. Yang menghina dan mencerca Samy adalah kaum India sendiri.

Cuma malang, apabila ada perwakilan India mencemuh Tun Mahathir Muhamad di depan Samy dengan ungkap begitu hina. Mahathir adalah negarawan yang mencetus kebangkitan martabat kaum India , seperti yang dilakukan kepada kaum Melayu Islam di negara ini sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Mahathir tidak hanya membina kebangkitan umat Melayu islam sahaja, tetapi ruang kebangkitan maruah dan identiti kaum India terbina sebegitu rupa. Kaum India tidak hanya terpinggir di estet, tetapi kemunculan elit baru kaum India benyak berlaku dizaman Tun Mahathir. mahathir terlalu banyak memberi ruang kepada Samy untuk mewajahkan kehidupan kaum India agar tidak menjadi bangsa yang tertinggal dan terkuuurung dalam kasta yang rendah.

Tidak sewajarnya, kaum India terutama perwaklian itu menawar `selipar' sebagai anugerah kepada Mahathir yang terlalu banyak berjaya kepada kaum India. Mana nilai budi kitga sebagai manusia yang tahu agama. Kaum India juga kuat berpegangan kepada ajaran Hindu yang teerselit kalimah budi dan hidup harmoni. Budaya menghina orang lain tidak sewajarnya berlaku lagi selepas ini.

Mahathir sewajarnya menjadi ikon terhormat kepada setiap bangsa yang ada di bumi Malaysia ini kerana hasil pemikirannya selama 22 tahun berjaya meletakkan Malaysia dikalangan negara terhormat dan paling berjaya dalam pengaruh sosio-ekonomi dunia. Suara Malaysia sudah berkemuandang dan di dijadikan panduan dalam gerak kerja antarabangsa. Inilah anugerah Allah s.w.t dalam memilih pemimpin terbaik kepada Malaysia.

Kita dianugerah pemimpin yang baik seumpama Mahathir dan kita rakyat Malaysia berbilangan bangsa beerlainan agama dapat bersatu hati untuk sama-sama menjaga kesetabilan dan berkerja bersama mecipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Inilah yang hebatnya Malaysia, berbanding negara lain yang tidak pernah aman kerana perbezaan bangsa dan agama.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata