APA DAH JADI DENGAN PAS
Kalut dua tiga hari kebelakangan ini apabila suara keramat soerang Tok guru yang tersanjung dan bakal penghuni Syurga teratas dalam senarai penduduk dunia selepas empat khalifah, Dato' Nik Aziz Nik Mat, yang juga mursyidul Am Pas mengesa dengan lantang agar satu EGM khas parti diada dengan segera bagi membuang `murtad' politik - Hadi Awang, Mustapha Ali, Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali yang dikatakan cuba membawa Pas bekerjasama dengan Umno.
Kejadian yang terlontar dari mulut Syurga Nik Aziz ini menampakkan keanehan dan berita luar biasa. Keluarbiasaannya, kenapa Hadi, Tok Pa, Nasa dan Ahsan perlu disingkar daripada takhta kuasa, sedangkan muktamar Pas baru sahaja memilih mereka.
Kenapa timbul semula isu Hadi dan pemimpin yang dituduh cuba mewujud satu kerajaan campuran dengan Umno, sedangkan muktamar sudah menolak cadangan itu sebulat suara. Pas sudah geli dengan Umno. Nik Aziz anggap Umno lebih dari babi yang haram lagi haram.
Lagi aneh, sejauh ini tidak pernah ada perundingan antara pemimpin Pas dengan Umno sudah berlaku. Kalau dalam diam, ia sukar diketahui. Tetapi untuk apa, Pas harus berkerjasama dengan Umno sedangkan Pas sudah hampir mengusai Malaysia.
Di Dewan Perlimen, bukankah ahli Perliman Pas melebihi anggota pakatan dari PKR dan DAP. Bukankah anggota DUN Pas di Perak lebih ramai dari DAP dan Pakatan. Apakah, rakyat Malaysia sudah mula `buta' bahawa Pas yang mengetaui Pakatan Pembangkang yang kini menunggu masa untuk memerintah Malaysia dan mengisytiar Malaysia Negara Islam kedua selepas Madinah.
Di Kelantan, lebih 20 tahun Pas memerintah bawah kepemimpinan Nik Aziz yang didahi sudah terlis `ahli syurga' pertama dari parti Pas dan kelima selepas Nabi dan empat khalifah, sudah pun menjadikan Kelantan negeri Islam contoh ikutan negara-negara Islam lain. Pemimpin-pemimpin negara Islam lain, termasuk dari Arab Saudi, Mesir, Libya, Plastine dan banyak lagi silih berganti melawat Kelantan untuk melawat dan mempelajari kehebatan kemajuan Islam di Kelantan.
Malah, beberapa pemimpin dunia Islam berkejar ke Kelantan untuk mengambil contoh Undang-undang Islam -Hukum huduh yang sudah dilaksanakan sehari selepas Pas memerintah Kelantan sejak 1999 lagi. Ramai lagi rombongan kalangan pegawai negara-negara Islam berkunjung ke Kelantan untuk mempelajari soal pengurusan sebuah Bandaraya Islam Kota Bharu yang begitu di kagumi.
Ramai pemimpin Paas Kedah, Perak menjadikan Kelantan sebagai contoh ikutan sebagai negeri Islam yang cukup hebat dalam segala bidang termasuk kemajuan ekonomi Islam, pembangunan sosio-budaya Islam. Kelantan kini menerima kunjungan lebih 4 juta pelancong pada tahun lalu yang memberi sumbangan ekonomi lebih 1.2 bilion ringgit.
Satu lagi yang aneh, kejayaan menarik pelancong lebih 4 juta yang memberi pulangan hasil lebih 1 billion ringgi, tetapi belanjawan untuk memajukan kawasan pelancongan cuma RM 3 juta, tidak sampai pun 10 peratus dari sumber hasil dari pelancongan. Inilah hebatnya, nilai kemajuan pemikiran pembentang budget negeri kelantan.
Selama Nik Aziz berkuasa di Kelantan, gejala sosial berada di tahap 1 peratus. Keruntuhan rumah tangga kurang dari 2 peratus, rakyat termiskin sudah 0.5 peratus. Kejayaan Nik Aziz memaju negeri Kelantan jauh lebih hebat kecapaian Tun Mahathir membina kemajuan dan kemakmuran Malaysia selama 22 tahun kekuasaannya.
Dalam kemelut Kelantan negeri contoh dan Nik Aziz juga satu contoh pemimpin terhebat membina kemajuan negeri Islam, kenapa Kedah tidak belajar dari Kelantan. Kenapa kemimpinan Pas di Perak sebelum runtuh, tidak berlajar dari Kelantan. Sepatutnya, Kelantan adalah role model terhebat untuk membangunan negeri Islam tersohor.
Kerana hebatnya, Nik Aziz yang diagongkan sebagai Tok Guru, maka suara Tok Guru menjadi keramat hidup. Apa kata Tok Guru, itulah yang wajib di ikuti dan di patuhi. Lawan Tok Guru, alamatnya orang itu tidak lama hidup atau tullah. Jika Tok Guru kata EGM, Pas kena ikut kata EGM. Ini suara Tok Guru yang tidka boleh dibantah.
Jika Tok Guru kata Hadi, Nasaruddin, Mustapa Ali dan Hasaan Ali perlu dipecat atau disingkir dari kepimpinan Pas, ahli Pas perlu ikut. Kalau tidak, kata Tok Guru bahawa orang yangmengundi Pas akan masuk syurga, nanti orang tidak percaya dan tidak boleh ikut.
Kalau Tok guru kata, berkerjasama sama dengan Umno adalah kafir kerana Umno itu kafir, tidak mungkin Hadi dan kunco-kunconya tidak takut kehilangan Syurga untuk mencarii lubang Neraka. Lebih baik berkawan dengan DAP, lebih cepat masuk Syurga sekali pun DAP secara terang-terang menolak Pas dalam soal menegakkan Hukum Hudud dan negara Islam.
Jangan malukan Tok Guru. Jangan tukar pula Syurga dengan Neraka. Tidak mungkin Hadi yang berlajar sampai ke Madinah, sanggup mengampingi Umno dan bekerjsama dengan Umno sedangkan beliau orang pertama mengkafirkan Umno. Cuba dengar Amanah Hadi.
Mustahil Nik Aziz boleh meleting dan begitu geram dengan Hadi yang juga berpendidikan agama macam Nik Aziz hingga mengarahkan Pas mengadakan EGM untuk menyingkir empat pemimpin ini. Tidak mungkin Nik Aziz terpengaruh dengan berita tidak benar yang hanya terlahir dari tulisan blog Prof Aziz.
Benar kata Nik Aziz bahawa itu adalah kehendaknya peribadinya, tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Tidak ada siapa yang boleh menasihatnya dalam soal mempertahankan maruah Pas kerana dia lebih tua dari budak-budak yang baru belajar tarbiah keilmuan politik Pas. Kata-kata Nik Aziz adalah kata-kata Tok Guru. Kata-kata Tok Guru adalah ilham bisikan dari Allah s.w.t. Kata-kata tok guru yang keramat lagi zuhud - kata sesetengah orang yang taksubi.
Ketika kecoh-kecoh berlaku, PAs tidak mungkin adakan EGM. Pemimpin Pas tidak boleh ikut kata Tok Guru biarpun kata-katanya adalah keramat hidup. Di Kelantan, kata-kata Tok Guru adalah fatwa yang harus diikut. Air tawar Tok Guru mengubti segala penyakit, cuma tok guru tidak boleh merawat penyakitnya sendiri dan terpaksa cari doktor di HUSM untuk merawatnya.
Inilah kelebihan Tok Guru politik. Apa yang orang lain buat, semua tidak betul dan tidak Islam. Kalau Tok Guru buat, tanam pokok timun cina pun, jadi timun cina Islam. Inilah lebih dan terisitimwanya Kelantan.
Bercukur anak, panggil Tok Guru belah mulut kononnya ambil berkat agar menjadi seperti Tok Guru. Tidak ada perangkaan ke, belah mulut yang tok guru buat - ada anak-anak itu sudah pun menjadi remaja sudah menjadi penagih pil kuda, penagih arak, kaki betina dan kaki lumba motor haram.
Kerana itu, dalam Islam sifat terlalu memuja dan mendewa-dewa tokoh dan ulama, apa lagi pemimpin seperti Nik Aziz yang begitu berpolitik dalam segala hal, sampai Syurga pun dijanji kepada orang Pas. Nik Aziz apakah sudah boleh dengar suara Jibrail ke atau pernah Mikraj ke langit untuk melihat kehidupan Syurga.
Jika Nik Aziz bersuara agar Pas mengadakan EGM untuk memecat kepimpinan Hadi dan kunco-kunconya, tidak akan berlaku, sebenarnya suara Nik Aziz orang dah letak kat punggung. Suara Nik Aziz sudah tidak diperdulikan dan tidak laku lagi kerana ia berkaitan dengan tuduhan dan maruah pucuk pimpinan Pas.
Pas pusat tidak akan membuat EGM. Tetapi, Nik Aziz perlu berani berdepan dengan mesyuarat Khas Pas untuk membicang tuduhan Nik Aziz. Nika Aziz perlu hadir untuk menjelaskan segala tuduhan terhadap Hadi, Nasaruddin, Mustapha dan Hassan kerana ia satu tuduhan dan membabit maruah pemimpin yang dituduh. Ia adalah juga satu fitnah jika tuduhan itu palsu tanpa bukti.
Nik Aziz perlu datang dengan membawa bahan bukti, bahawa kenyataannhya adalah benar demi kebaikan Pas. Nik Aziz perlu berterus terang biarpun pahit dan perlu berani berdepan dengan pelbagai bukti dalam sidang khas nanti. Jangan mahu lari, bila terjerat oleh kenyataan palsu. Nik Aziz, jika tersalah membuat kenyataan kerana terikut oleh adu domba orng-orang tertentu perlu meminta maaf secara terbuka bagi menghapus aib pemimpin kena dituduh. Ini baru boleh diiktiraf sebagai Tok Guru Nik Aziz yang gedeber - berani kata, berani tanggung.
Apapun, permasalahan dalam pas dan tuduhan yang mencakupi maruah dan keaibian puncuk pimpinan Pas terutama Hadi, kita akan tetap melihat sendiwaranya nanti. Namun, Umno tetap membuka ruang kepada Pas untuk berkerajsama demi untuk tidak melihat rakan seagama ditipu o;leh DAP dan Anwar Ibrahim yang bakal nazak tidak lama lagi.
DAP dan Anwar hanya ingin menggunakan Pas untuk berkuasa, bukan ikhlas dengan niat untuk berkerjasama. Lantaran itu, kerusi diperliman dari Pas begitu kecil. DAP dan Anwar cuma menggunakan Pas untuk berkuasa di Pulau Pinang dan mahu menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura ke dua. DAP dan Anwar akan menggunakan Pas untuk merampas Melaka bagi dijadikan Singapura ke tiga. Akhirnya, DAP akan menolak Anwar dan Pas untuk menguasai Malaysia dan menghina Melayu selamanya.
Ini yang bakal terjadi, jika Melayu islam itu tidak memikir nasib politik Malaysia yang sudah pun meletakkan Melayu Islam ke satu tahap begitu membanggakan berbanding seleum 1970an dulu. Sejarah tidak menipu dan sejarah adalah satu pedoman untuk mencipta satu kejayaan lebih besar untuk bangsanya. Melayu Islam yang berpecah, akhirnya Empayar Islam Melaka runtuh 500 tahun lalu. Pemerintahan Melayu yang hebat hancur dan umat Islam terkapai-kapai mencari kendiri bangsa, yang kemudiannya terbeloa semula kepuncak kejayaan selepas Malaysia Merdeka pada 1957.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata