Sunday, September 20, 2009

BALIK KAMPUNG: TERENGGANU HEBAT

Hari Raya Aidil Ftitri datang lagi. Selepas berpuluh tahun bermastautin di Kota Metropolitan Kuala Lumpur, Kota Bharu tetap menjadi pilihan anak-anak untuk meraikan hari mulia ini. Walaupun setiap hari kehidupan mereka terdedah dengan budaya kota raya, namun kemeriahan dan ikatan silaturahim sesama sanak saudara tetap kental di Bumi Saadong.

Setiap kali hari raya, suara ibu untuk beraya di Johor Bharu terbatal begitu sahaja. Sudah 17 tahun ibunya tidak pernah merasa di kampung halamannya meskipun pada hari raya haji sekali pun. Biarpun anak-anak lebih memilih Kota Bharu distinasi liburan, keraian, musim cuti sekolah atau ruang waktu agak panjang. Namun, satu yang paling menghairankan `anak-anak' kelahiran kota Kuala Lumpur ini tidak pernah menyentuh `BUDU' - sos bilis penambah selera hidangan nasi dengan ulam-ulaman, biarpun betah di Kelantan.

Budu kepada mereka terlalu jijik, apa lagi ingatan ibunya bahawa barang yang di `peram` tidak boleh di makan kerana haram, seperti anggur yang diperam. Sebenarnya, bukan soal haram atau hala tetapi ibunya memang tidak suka Budu. Tetapi, dalam peti ais tetap ada sebotol Budu milik peribadi saya. Tanpa Budu, makan jadi tidak seselera mana.

Lagi memelikkan, sewaktu di kota raya tidak seorang pun, malah sepatah pun terkeluar loghat Kelantan dalam pertuturan harian, sekalipun saya bercakap loghat Kelantan sesekali sekala agar `penurunan' budaya singgah di lubuk hati mereka.

Satu, kejutan apabila mereka rupa-rupanya mampu menguasai loghat Kelantan dengan baik bila sudah berada di Kota Bharu, kononnya untuk mengekalkan hubungan silaturahim sesama mereka. Sesekali terlihat jelingan ibunya, anak-anak menukar gaya bahasa. Yang di Kelantan pula terlalu pekat dengan loghat Kelantan dan bila bertutur bahasa baku juga loghat Kelantan tidak hilang. Apapun hari raya tetap memberi satu kegembiraan luar biasa kepada anak-anak.

Pertuturan di rumah di ibu kota lebih kepada Bahasa Melayu Johor, bahasa baku dengan bahasa Inggeris kesan dari didikan ibunya dan berkat pengajian sains dan matamatik dalam bahasa `orang putih' hasil kebijaksanaan dan daya fikir Tun Mahathir yang berpandangan jauh untuk membina satu bangsa Malaysia yang mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa pada masa depan.

Paling pelik, selepas 17 tahun ibunya masih tidak boleh bercakap loghat Kelantan biar pun sepatah, tetapi boleh menguasai bahasa Cina dan Inggeris dengan baik. Bila berkumpul, loghat kelantan bermaharaja lela, akhirnya kejutan budaya sering berlaku dan berakhir dengan mengurung diri.

Sebenarnya, pertembungan budaya antara Kelantan-Johor cukup menyukarkan. Dua negeri ini, mutakhir ini pun begitu kental dengan semangat kenegerian dalam keegoan masing-masing. Ego ini kadang-kadang mengancam kedamaian dan keharmonian alam berumahtangga. Mujurnya, anak-anak menjadi penyejuk yang kadang-kadang tetap hangat dan panas. Barangkali pertembungan budaya dalam keegoan diri adalah ujian jua dari Allah s.w.t. Jodoh itu adalah kententuan Allah s.w.t yang tetap ada hikmah membelah kehidupan.

Orang Johor kadang terbangga dengan pendidikan Islamnya sejak di sekolah rendah lagi. Orang Kelantan tidak terdidik sebegitu rupa, tetapi diberi pendidikan Islam secara tidak formal di luar sekolah bersandar dalam budaya keluarga masing-masing. Di Kelantan, solat dan al-Quran cukup dititik beratkan. Begitupun, orang Kelantan tetap dengan egonya sebagai orang yang kuat berpegang dengan ajaran Islam. Ego ini sukar di pecahkan dan pasti akan menjadi satu bom jangka jika tidak dirungkai dengan penuh kesabaran.

Di Kuala Lumpur, ada keanehan kerana ada orang Kelantan sanggup bergaduh mengatakan mereka kuat berpegang kepada ajaran Islam sekalipun tengah mabuk arak atau bergelar GRO. Mereka ini, balik undi Pas setiap kali pilihanraya kononnya untuk masuk Syurga. Inilah mungkinnya Islam yang ditaksubkan oleh Pas Kelantan sebelum ini. Malah, anak Kelantan yang menjadi 'kaki Golok' untuk mencari hiburan pun mengundi Pas kerana mahu masyuk Syurga. Fatwa Pas dulu, kini dan selamanya - undi Pas tiga kali masuk Syurga.

Hakikat Insan, ini fatwa Pas untuk mengelabui pemikiran rakyat Kelantan agar terus mengundi Pas sekalipun mereka gagal menjadi pemimpin yang baik untuk mengurus tadbir negeri menjadi lebih maju dan menjaga hal-hal kebajikan, pendidikan dan ekonomi untuk rakyatnya. Sebab itu, Kelantan jauh ketinggalan ke belakang di segi menifetasi pembangunan ketatanegaraan yang dianjurkan oleh Islam. Islam ada pencipta tamadun, bukan hidup dalam ketinggalan dari arus perdana kemajuan dan pemodenan.

Sebenarnya, bukan cerita anak-anak itu yang ingin saya jelaskan. Soal pokoknya, keputusan balik kampung saat akhir kerana arah tuju terbelah dua kali ini antara Johor Bharu atau Kota Bharu. Seawalnya, anak-anak di pujuk untuk beraya di Johor Bharu - mungkin terdapat pujuk rayu ibunya untuk pertama kali mahu menidakkan Kota Bharu. Anak lelaki tunggal yang cukup berpegaruh ke atas ibunya, biarpun baru berusia 10 tahun, membuat keputusan veto bahawa Kota Bharu pilihan yang tidak boleh di tolak. Jika menolak, maka tidak ada guna baju baru, persiapan besar setiap tahun, jika tidak boleh berhari raya di Kota Bharu. Yang lain akan mengikut jika keputusannya sebegitu.

Lalu keputusan akhir itu, membuat saya pula terpaksa mengambil kata putus - jalan mana harus di pilih untuk satu perjalan yang lebih selesa, tambahan pula anak bongsu berusia 3 tahun alahan dengan muntah-muntah setiap kali naik kereta. Sampai di Tol Bentong, naluri menghala perjalanan ke Kuantan satu lebuh raya baru yang begitu selesa dan menyusuri Kemaman, Paka, Kertih, Dungun, Kuala Terengganu, Permaisuri, Jertih hingga ke Pasir Tumbuh Kelantan.

Kalau dulu, jalan inilah yang paling dibenci kerana jalannya sempit dan berrliku-liku. Kini, biarpun jarak perjalanan ini perbatuannya bertambah lebih 260km berbanding jalan biasa Bentong, Gua Musang ke Kota Bharu, namun keselesan, ketenangan dan kedamaian bergerak pada waktu malam jauh mencuit perasaan. Anak-anak begitu gembira dan terhibur melihat keindahan negeri Terengganu di waktu malam yang kaya dengan `pencahayaan' dan bandar-bandar baru yang berdiri megah.

Rakyat Terengganu begitu bertuah mendapat pemimpin yang begitu bijak mengurus dan mentadbir negerinya. Cuma sekali kepimpinan kerajaan Terengganu berubah di bawah Pas cuma sepenggal, kalau tidak Terengganu akan kembali ke zaman suram. Jika zaman 1970'an hingga pertengahan 1980`an, Terenganu jauh tertinggal di belakang Kelantan. Sewajarnya, rakyat Terengganu bersujud syukur memiliki pemimpin bijaksana yang begitu bijak membangunkan negeri ,dan pencapaian ekonomi begitu rancak untuk membina rakyat maju dan berdaya saing.

Paling mengasyik, apabila melihat terbina dengan megah masjid yang besar dan selesa yang terbina sepanjang jalan. Inilah asas kepada pembangunan Islam yang nyata. Di Kelantan, kerajaan Pas tidak mampu membina masjid sehebat itu, malah masjid yang ada dan kini sudah terlalu sempit untuk menampung jemaah berjumaat adalah peninggalan kerajaan UMNO-BN yang hanya sempat memerintah selama 12 tahun. Tanya Nik Aziz, sejak Pas memerintah Kelantan lebih 22 tahun, berapa buah masjid yang sudah dibinanya, berapa buah sekolah agama dan pondok moden yang sudah terbina.

Sebagai anak Kelantan yang begitu taksub dengan keegoan negerinya, terasa malu di dalam dada. Lebih menyakitkan apabila si isteri mula mengtala `perli` bahawa orang Kelantan tak perlu semua ini pembangunan sebegitu kerana mereka sudah ada semuanya dalam Syurga. Orang Kelantan tak perlu pembangunan kerana di syurga semua sudah ada. Sebab itu, orang Kelantan menolak apa yang kerajaan persekutuan ingin majukan ditolak kerana Islam menolak pembangunan dunia, sebab di akhirat semua sudah ada.

Di Kelantan, menteri besar naik unta bukan kereta mecedes macam kita pakai. Mereka ikut sunah Nabi Muhamad s.a.w. Kereta mewah, rumah besar tidak diperlukan oleh pemimpin Pas kerana semua sudah ada di Syurga. Orang Pas tidak perlu jadi kaya keran kekayaan itu sudah tersedia dalam Syurga. Orang Pas tidak pernah rasuah kerana mereka ikut al-Quran dan Hadis Nabi. Orang perempuan Kelantan tidak bergaduh dan menggalakkan suaminya kahwin lebih dari satu kerana mereka akur perintah al-Quran. Mereka ini, tak tanam padi, tetapi tanam pokok kurma.

Syurga itu, cuma Allah s.w.t siapkan untuk orang Pas sahaja. Orang lain tidak boleh masuk. Sebab itu, orang Islam yang boleh masuk syurga cuma orang yang sokong Pas dan undi Pas. Orang Islam di negara lain, tidak boleh masuk syurga kerana yang alim cuma orang Pas. `Jika tak percaya, boboy tanya ustaz yang datang mengajar Quran kat rumah dan mengajar agama kat u all semua memang tertulis perkataan Pas dalam Quran' bentak seisteri yang semena-mena bercakap politik.

Tak tahu bila pula dia boleh main politik sedang dalam kepalanya penuh dengan hal-hal perniagaan bidang kecantikan dan baja kelapa sawit. Yang main politik cuma saya secara sepenuh masa, selain mengendali perniagaan kecil secara peribadi. Soal perniagaan kami pun tidak bercampur. Sesekali saja saya memberi nasihat dalam soal urusniaganya jika diperlukan.

Di Johor katanya, pelajaran hanya orang Pas sahaja yang masuk Syurga tidak di ajar di Sekolah agama. Dalam Islam diajar agar manusia perlu dibangunkan untuk menjadi `kaya' dalam segala-gala bidang kerana Islam itu ajaran ilmu terbaik. Umatnya juga perlu hebat dan menjadi yang terbaik untuk memimpin ummah sesama Islam dan ummah lain. Kalau kita miskin dan cetek ilmu, macam mana kita hendak memimpin ummah, sedangkan Nabi Muhamad s.a.w di utus sebagai Rasul untuk memimpin ummah, baik dalam ilmu agama dan pelbagai bidang lain.

Dalam Islam, pembangunan insan dan ketamaduan negara itu wajib. Nabi Muhamad s.a.w memajukan Madinah menjadi kota hebat dalam segala hal, bukan sekadar beretorik atas nama Islam sedangkan pengisiannya kosong. Islam tidak ajar kita `hipokrit' dan mendabik dada kita lebih baik dan hebat dari orang lain. Jika kita berilmu, kaya, kita kena membantu yang lain agar menjadi lebih baik dan juga berkemampuan, malah menjadi kaya.

Jika rakyat miskin dan negeri tidak makmur dan mewah, bermakna pemimpin itu tidak bijaksana sebagai pemerintah. Negara Arab yang tandus dan sudah di lawati jauh lebih maju, sedangkan mereka berada di padang pasir yang tandus. Di Kelantan, segalanya mencukupi, tetapi sayang tidak maju. Sendangkan, rakyat Kelantan lebih 95 peratus Melayu Islam dan memiliki semangat kebanggan diri yang hebat untuk dimajukan.

Ummah itu, bukan bermaksud `jemaah' yang besar, tetapi ummah yang ada dalam rumah tangga kita sendiri. Jika kita miskin, macam mana anak bini nak makan, nak pakai. Jika kehidupan rumah tangga kita `kaya' dengan harta, hati budi dan mengikut segala tuntutan ajaran Islam, ummah kecil ini akan menyemarak dan memartabatkan menjadi ummah yang lebih besar. Di sinilah hebatnya ajaran Islam yang sebenar.

Umat Islam perlu berlumba-lumba mencari rezeki sebanyaknya kerana Islam itu menganjurkan ummahnya berzakat dan bersedekah. Bukankah ini yang menjadi satu neraca timbangan terkuat di akhirat nanti. Orang yang bersedekah dan yang berduit dapat menyumbang dana untuk membina setidak-tidak satu surau yang selesa untuk berkumpul beribadah bersama dan begitu mulia sebagai `harta' diakhirat.

Berkumpul di masjid atau surau sudah di tuntut oleh Islam bagi merapatkan hubungan silaturahim umat Islam, bukan bergaduh dalam masjid kerana mendakwa aku lebih Islam dari jemaah lain. Akhirnya, orang makin jauh dari masjid. Bila bersyarah atas masjid, ruang untuk orang bertanya dan bersoal jawab ditutup. Yang datang cuma sekadar menjadi pendengar setia biarpun tidak faham. Bila bertanya, dianggap puak mana.

Bila mengajar, perkataan kafir dan perkataan menakut-nakut menjadi kata-kata utama, bukan memberi seranan terbaik dan penuh bijaksana. Habis, macam mana anak muda belia nak dekat dengan masjid. Lebih baik mereka ini merempit dan melepak. Budaya apa yang di bawa di Kelantan yang kini mereka ke masjid ke Selangor, Kedah dan Perak.

Pahala dan kebajikan dalam Islam ini berantai-rantai. Tetapi di Kelantan, masjid bukan untuk merapat hubungan mesra silaturahim, tetapi tempat mengumpat dan menabur fitnah. Agenda politik Pas lebih utama daripada berseruan ke jalan kebajikan dan kesempurnaan hidup sekampung. Orang pakai serban atas nama Pas menjadi penghasut agar sesama Islam bergaduh atas pegangan politik. Ini yang dikatakan bodoh dan Nabi Muhamad s.a.w tidak ajar pun.

Politik terwujud agar pemimpinnya mencari jalan untuk memajukan kampung dan kawasan yang di pimpin, bukan mengajar orang kampung agar mengadu domba, bergaduh. Kerana politik gaduh dan tuduh menuduh kafir sesama Islam, orang bukan Islam takut untuk mendekati Islam. Cuba tanya, Nik Aziz dan kerajaan Pas Kelantan, setakat lebih 22 tahun sudah berapa ramai orang bukan Islam memeluk Islam hasil `kebanggaannya' mengakui kerajaan Islam tulin.

Zaman Nabi dulu, kerajaan Islam terwujud berjaya menarik orang menerima ajaran Islam. Kerajaan Pas pula memerintah mengkafir orang yang sudah Islam dan mengabai tanggungjawab utama manusia sebagai khalifah Allah s.w.t menarik lebih rmaai bukan Islam menerima Islam.

Di Johor, rakyat menolak Pas kerana kerajaan yang ada menyediakan segala kemudahan untuk umat Islam beramal ibadah. Masjid selesa, pembangunan bertambah dan cukup tersusun. Jika tak ada pembangunan, rakyat tak ada kerja. Orang lapar, tidak akan berfikir soal agama. Mereka berfikir macam mana nak `mencuri' untuk makan. Akhirnya, negeri tak aman dan akan muncul lebih ramai oang-orang yang kufur dari yang benar-benar berimam.

Di negei daday awak - `orang lebih makan politik yang kononnya lebih Islam dari orang lain, dari ajaran Islam sebenar'. Mana boleh dengan undi Pas masuk Syurga, sedangkan Pas sudah menolak Syurga dunia yang di cipta oleh Allah s.w.t untuk hidangan kepada ummahnya. Dunia ini adalah Syurga awal, sebelum Syurga kekal di akhirat. Malah, Ada pula satru puak yang menakut-nakut ummah Islam agar jangan menjadi kaya kerana kekayaan itu akan membuat kita lalai dan mendekat ke Neraka.

Ajaran itu salah. Sepatutnya orang bertaraf guru, tok guru, alim ulama menggalakkan umat Islam berusaha kerana dan memerak fikiran dan tenaga untuk menjadi kaya dan menerusi kekayaan itu mereka lebih cepat masuk syurga jika menjadi manusia yang mensyukuri nikmatnya.

Lihat di Terenggnau tadi Boboy...negerinya cukup cantik. Tidak ada daerah yang nampak selekeh dan tidak nampak seperti bandar kepada satu daerah kecil. Malam sahaja kita tengok, masjid begitu besar dan selesa terdapat di sepanjang jalan. Setiap bandar di tiap daerah terbangung begitu tersusun dan indah. Lampu neon begitu bergemerlapan. Jika bandar di setiap pekan sepanjangan perjalanan ke Jerteh, sudah pasti setiap bandar di setiap daerah itu memberi pengaruh dan kesan ekonomi yang begitu besar kepada penduduknya.

Orang Terengganu yang mami jumpa dikalangan kawan-kawan yang datang ke Kuala Lumpur, sudah memiliki pendapatan yang begitu baik berbanding dulu. Dulu orang Terengganu mundur dan ramai miskin. Malah orang Terengganu, pula paling kurang menjadi penghijrah di Kota raya Kuala Lumpur, berbanding orang Kelantan. Orang Kelantan peliang ramai di Lembah Klang, sebab itu bila balik Hari Raya, jalan ke Kota Bharu begitu sesak. Sepanjang Hari raya, bandar Kota Bharu malah di Kelantan sesak teruk dan luar biasa.har

Mana pemimpin Pas nak letak muka. di Padang Masyhar esok, pemimpin yang gagal menjadi pemimpin yang baik untuk menyumpurnakan kehidupan rakyatnya akan di soal dan di humbang ke neraka. Apa lagi yang sekadar pandai bercakap, tetapi gagal membina satu ketamadunan umat secara berkesan.

Dahulu Terengganu begitu daif, termasuk rakyatnya begitu ketinggalan. Kini perubahan itu membuat rakyat Terenganu mula mengecapi hidup mewah. Kemewahan itu membuat martabat umat Islam begitu tinggi. Kesenangan itu, perlu kita lebih merendah diri agar nilai-nilai budi tersanjung untuk menarik orang bukan Islam dapat melihat itulah sebenarnya nilai hidup umat Islam yang diajarkan oleh Allah s.w.t.

Islam tidak menyuruh umatnya kaya tetapi sombong dan riak dengan kekayaan. Orang ini engkar dan hanya Allah s.w.t yang akan menghakiminya nanti, bukan kita. Kita cuma boleh berusaha membetul baik secara lisan atau berdoa kepada Allah s.w.t agar berubah menjadi lebih baik. Mami mahu kaya agar cita-cita mami membina sebuah surau atau lebih, malah masjid seumpama di laksanakan oleh anak-anak Al-Bukhary dari Kedah.

Berbanding, Kelantan yang melaung-laung hebatnya kerajaan Islam mereka. Kota Bharu dan Kelantan tidak berubah. Hala tuju hilang ke mana. Yang ada cakap-cakap retorik untuk menarik undi rakyat Kelantan dengan `cagarannya ada syurga`, sedangkan yang bercakap pun belum tahun di mana berakhir tempatnya. Yang menyeru syurganya masih entah ke mana, sama telahlah mereka ini pula begitu megah kerana serban selilit sudah berani menjanji syurga kepada orang lain, malah hebat memfitnah orang lain.

Banding, bandar Pasir Putih, Bachok dan Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang atau di mana bandar daerah di Kelantan, bandar mana boleh menandingi bandar-bandar daerah di Terengganu. Pemimpin yang terlalu cakap banyak dan suka melihat dan mencari kesalahan orang lain, tidak akan mampu mengubah hidup rakyatnya. Mereka hanya mampu memperkayakan dirinya dan kroni-kroninya saja. Jangan anggap pemimpin Pas terlalu bersih dari segala noda termasuk rasuah kerana hanya hebat bercakap soal agama. Golongan ini, jika salah langkah akan menjadi orang yang paling depan berada di pintu Neraka, kerana mereka tahu agama, tetapi memesong pemikiran orang lain semata-mata untuk kepentingan peribadi.

Kota Bharu apa ada, sebab itu mami tidak suka balik Kelantan. Tambahan pula musim perayaan begini. Puluhan ribu kereta yang pulang ke Kelantan, membuat segenap tempat menjadi tersumbat. Sebagai pemimpin kerajaan Pas Kelantan, mereka tidak boleh berbangga dengan kepulangan anak-anak Kelantan dengan kenderaan selesa dan mewah, kerana sebilangan besarnya mencari rezeki di bumi orang, sedangkan kita sekadar pandai bercakap tanpa memikir soal membina sebauh negeri maju dan begitu hebat sebagai tanda ketamadunan Islam moden.

Kerajaan Islam Madinah terbentuk dengan pelbagai pembangunan dan berkembang pesat hingga kini hasil perancangan oleh Nabi Muhamad s.a.w. Kerajaan Islam yang terbina selepas kewafatan Nabi, membina tamadun hebat dengan pelbagai kesan ekonomi, seni bina, teknologi dan sebagainya.

Kelantan apa ada. Yang terbina lebih besar adalah sumbangan kerajaan pusat dalam soal infasarana, masjid, sekolah, pejabat kerajaan persekutuan dan sebagainya. Sebenarnya, kerajaan Pas Kelantan adalah sebuah ~kerajaan yang sakit~. Bukan sekadar sakit untuk membina sebuah negeri yang hebat, tetapi turut menyakitkan rakyat dengan penipuan ajaran Islam untuk hidup selesa selepas memang pilihanraya.

Mungkin, rakyat Kelantan malas membaca, malas berfikir tetapi memiliki budaya suka menerima dan suka mendengar. Sebab itu, Islam cukup anti Fitnah kerana ia wujud dikalangan golongan umat Islam yang lebih suka menerima, mendengar dan malah berfikir, malah jauh untuk membuat rujukan dari kitab-kitab muktabar dan buku-buku yang di tulis oleh pemimpin hebat dunia Ialam.

Hakikat, dengar dan terima, kemudian sebar tanpa fakta. Apakah umat Islam akan terus begini selamanya, terutama di Kelantan yang diakui rakyatnya begitu hebat macam orang Johor, tetapi hidup dalam derita penipuan sebuah parti politik Islam yang sebenarnya munafik cara versi pembawaannya.

Bodohnya Pas, mereka boleh menerima DAP sebagai kawan, sedangkan secara jelas keinginan Pas untuk menjadikan Islam sebagai asas pemerintahan negara sudah ditolak dengan jelas hingga mencabar kesabaran umat Melayu Islam. Apa yang Pas cari sebenarnya, berjuang untuk membina sebah negarai Islam yang hebat seperti sedia ada atau sekadar ingin memenagi kkerusi pilihaanraya saja. Jawablah sendiri jika kita seorang yang berfikiran bersih.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata