Monday, April 19, 2010

ZAID: AMARAN NIK AZIZ DARI MEKAH

Semalam, Menteri Besar Kerajaan Pas Kelantan, sudah memberi lampu hijau dari Mekah bahawa dia akan turun membatu Zaid Ibrahim di Hulu Selangor pada jumaat ini, sekembalnya pada Rabu ini.

Nik Aziz sudah siap untuk mematahkan hujah atas tuduhan ke atas Zaid - 'kaki botol dan kaki judi kuda'. Nik Aziz jika sihat akan turun di Hulu Selangor kerana Zaid mempunyai hubungan keluarga dengannya.

Zaid kaki botol dan kaji judi kuda' sudah lama dalam pengetahuan Nik Aziz kerana pada pilihanraya umum 2004 - isu itu yang dijaja oleh Pas dan Nik Aziz sendiri yang melihat setiap kain rentang di perlimen Kota Bharu tentang keburukan Zaid.

Gambar Zaid pegang gelas arak sudah pun tergantung di kain rentang Pas dan PKR di Kota Bharu pada 2004, selain dalam blog pro Pas dan PKR. Zaid mula di serang di sudut moral selepas di lantik menjadi Timbalan Pengerusi Umno Kelantan.

Apapun, kerana ibu Zaid pernah merayu Nik Aziz untuk melihat Zaid menang di Kota Bharu, Nik Aziz juga menggunakan 'orang-orang sulitnya' agar membantu Zaid agar menang. Ketika itu, Nik Aziz bertelagah dengan PKR dalam soal pemilihan kerusi untuk calon PKR.

Mengikut Setiausaha Akhbar Nik Aziz - mungkin 23 April Nik Aziz akan turut ke Hulu Selangor membantu Zaid.

Apakah soal sama Hudud yang dibuat oleh Zaid segaja diatur atas dasar politik anak beranak dengan Nik Aziz, bagi mempastikan Pas kekal memerintah kelantan apabila rakyat melihat Umno menentang Hudud.

Ketika menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan, Zaid juga tidak sebulu dengan Dato' Mustapha Muhamad, kerana beberapa pandanganhya diketepikan. tidak ada siapa tahu Zaid akan membawa kes Hudud ke mahkamah, termasuk Umno Kelantan dan juga Tun Mahathir Muhamad.

Mungkin zaid juga memhu mengemparkan malaysia dengan saman Hudud menerusi firma Guamannya sendiri Zaid & Co agar dilihat begitu berani untuk menyangah Hudud. Ini kerana Zaid lebih gemar melawan arus dalam perjuangan hidupnya.

Memang jika diteruskan sama atas kes Hudud itu, Zaid akan menang kerana ia memang bercangah dengan Pelembagaan Malaysia. Tetapi, sebenarnya Pas bukan berniat murni untuk menglaksanakan Hukum Hudud, ia cuma sekadar gimik politik.

Atas kesedaran itu, Zaid menarik balik saman kes Hudud di mahkamah kerana Pas sendiri mengakui kelulusan draf Hudud di Dewan Undangan Negeri sekadar untuk mengabui mata rakyat.

Hari ini, pas tidka lagi berminat bercakap soal Hudud, apa lagi ketika pakatan dengan DAP yang tidak senang jika Pas bercakap soal Hudud dan negara Islam. Inilah 'perjanjian Syaitan' baru yang dibuat oleh Pas dan DAP jika mahu kekal dalam pakatan haram mereka untuk menghancurkan pemerintahan Melayu untuk kesejahteraan semua rakyat berbilang kaum.

Untuk apa Nik Aziz mahu turun di Hulu Selangor. Apakah, untuk membela Zaid yang dikatakan sudah bertaubat.

Pada firasat saya, Nik Aziz akan membaca sebanyak mana ayat ql-Quran yang menjelaskan 'bab taubat' dan akan padamkan Zaid dengan cerita Syaidina Omar Al-Khatab - yang sebelum Islam adalah kaki arak tegar, malah berhasrat untuk membunuh Nabi Muhamad s.a.w lagi.

Pas suka cerita begini dan akan buat sendiwara pelbagai macam dengan segala ayat Quran dan Hadis serta cerita sejarah untuk menawan hati rakyat. Yang penting ada persamaan dengan 'bab taubat'.

Kepada Pas, apabila orang bertaubat - ia sudah bersih dan layak diterima serta di undi. Pas adalah parti yang menghalakan cara dari epik karangan Machiavelli.

Tunggu penjelasan yang akan saya buat - tentang ulama Michiavelli nanti. Ulama politik Pas menggunakan kaedah sama, tanpa perduli untuk menuduh orang lain kafir, memfitnah orang - sedangkan di puak mereka perlu dilihat begitu baik. Ulama Pas membawa fahaman ulama Khawarij yang begitu taksud menuduh orang lain kafir dan perbuatan mereka sahaja yang terlebih baik.

Begitupun, kesanggupan Nik Aziz turun ke Hulu Selangor memang dinanti oleh Zaid bagi menyambung 'hayat' politik di Hulu Selangor. Jika tidak Zaid terpaksa kembali ke Kota Bharu semula pada pilihanraya ke-13 nanti.

1 comment:

Jangan Pandang Sebelah Mata