Tuesday, April 13, 2010

NAJIB DIBERI PENGHORMATAN OLEH OBAMA

Perdana menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, diberi penghormatan dari kalangan pemimpin dunia untuk berbincang dengan Presiden Amerika Syarikat, Obama untuk berbicara soal isu nuklear dan dunia Islam.

jika Malaysia tidak diiktiraf sebagai kerajaan islam, tidak mungkin Obama akan menjemput najib untuk membincangkan soal negara-negara islam dan meminta malaysia sekali lagi menjadi nadi untuk membangun semula negara Afganistan yang sudah lama hancur.

Penghormatan Obama kepada Najib begitu luar biasa dan secara tidak langsung mengiktiraf peranan Malaysia yang sering berjaya menjadi 'orang tengah' untuk mendamaikan pertikaian dunia Islam.

Rupanya pertemuan Najib-Obama bukan untuk menerima arahan untuk membantu membina semula Afganistan, tetapi najib sebenar sudah memberi laporan kajian yang dibuat untuk membentuk semula satu Afganistan yang baru.

Rupanya, arahan obama sudah lama berlaku dan pasukan petugas Malaysia yang dihantar ke Afganistan sudahpun kembali ke Malaysia untuk membuat laporan terpeinci dan sudah masuk Fasa kedua untuk diambil tindakan selanjutnya.

Inilah kelebihan sebuah kerajaan yang perihatin dan cekap dalam pengurusan untuk membela mereka yang teranyaya seperti di Afganistan dan Plestine. Ini semua hasil kejayaan pengurusan dan kecekapan politik mengurus kejayaan Malaysia dalam membina rakyat yang berjaya.

Harapan Amerika dari pemikiran Obama dari kebijaksanaan Malaysia begitu tinggi, termasuk harapan baru agar Malaysia menjadi jambatan penting dalam menyelesaikan krisis nuklear dengan Iran. Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan Iran.

Sebagai bekas negara bekas Pengerusi OIC yang begitu berjaya, Malaysia diharap menjadi 'payong' untuk mencari jalan membetul semula hubungan diplomati Amerika dengan negara-negara dunia Islam, selain hubungan perdagangan yang perlu diaktif semula.

Apapun, hubungan akrab Najib-Obama akan mencetus satu fenomena baru hubungan Malaysia-Amerika Syarikat yang selama ini dikelirukan oleh agen yahudi di Malaysia - Anwar Ibrahim - yang sering memberi satu gambaran salah tentang Malaysia.

Anwar tidak ada ekses untuk berhubungan dengan Obama, tetapi di Amerika sahabat Anwar adalah dikalangan Yahudi yang berpengaruh untuk menghancurkan dunia Islam dan ajaran Islam.

Justeru itu, Anwar bermatian mempertahankan penggunaaan kalimat Allah yang dituntut oleh gereja Katolik. Ini kerana yahudi mahu ajaran Islam menjadi lebih keliru hingga akhirnya ajaran islam menjadi satu ajaran yang lemah dan tidak lagi menjadi ajaran yang tertinggi berbanding ajaran agama lain.

Apapun, semoga Najib mendapat manfaat berguna hasil pertemuan dengan Obama, selain dapat menarik lebih ramai pelabur Amerika ke negara ini untuk kekal menjadi pusat perdagangan serantau nombor satu di rantau ini.

Obama sudah pasti akan membuat lawatan rasmi ke Malaysia dengan membawa delegasi besar yang akan kekal membentuk satu hubungan mesra 'politik dan perdagangan' yang kela berdaya maju masa depan.

Kepada Anwar, cukuplah menjadi 'musang berbulu' ayam yang mahu menghancurkan kemakmuran dan kestabilan politik kerana keinginan untuk menjadi Perdana Menteri tidak pernah tertulis di Loh Mahfuz.

Jika kita hidup dengan dendam, dendam itu akan membakar kematian kita sendiri. Dendam akan menjadi api yang membakar kita di neraka. Dendam akan membuat manusia hidup dengan berpedomankan Iblis untuk memnuhi impian menghancurkan umat manusia menjadi huru hara dan bertumpah darah.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata