Thursday, March 11, 2010

KICKDEFELA vs NIK AZIZ : DI MANA KEBENARANNYA

Rakan blogor tersohor, Kickdefalla diserang lagi gara-gara mendedah kesah 1001 malam Menteri Besar kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat. Kali ini, serangan itu bukan dengan 'kapak', tetapi dengan ugutan untuk menghancurkan batang tubuhnya menerusi solat hajat atau solat malam.

Sebenarnya, kata-kata ini terlalu ego dan jauh lebih sesat dalam mencari hakikat diri bagi umat Islam yang faham tentang ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Jika membaca blog Kick, luar biasa sebenar pemikiran sebahagian ahli-ahli Pas ini, macam orang cetek pengetahuan Islam. Ini hal yang ingin dibicarakan untuk kita berfikir bersama.

Saya tidak pernah belajar agama baik di pondok atau sekolah agama. Tetapi, sebagai orang Islam yang menjunjung perintah agar terus belajar dari pengertian wahyu Allah s.w.t yang pertama untuk Nabi Muhammad s.a.w - kita dituntut untuk mengaji secara formal atau tidak formal.

Pengertian dalam mencari ilmu Islam ini saya selalu sifatkan - 'Mencari Jalan Putih'. Ini kerana Allah s.w.t mencipta manusia itu dalam Tujuh Martabah Nafsu. Secara kebetulan, Nafsu Amarah yang dikuasai oleh Roh Haiwani dan Roh Jasmani ini terbentuk begitu besar dalam qalbu manusia.

Nafsu ini yang kuat mendorong manusia untuk melakukan kerja-kerja yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti berperangai bongkak, riak, menghina, menfitnah dan segala kejahatan lain.

Apa lagi, kalau solat itu dengan niat untuk menjatuhkan orang lain sekalipun meraka itu jahat atau bermusuhan dengan kita. Solat itu, adalah bernawaitu untuk mendoakan kebaikan kepada semua orang agar Allah s.w.t membuka pintu kesedaran untuk menjadi lebih baik, bukan bersifat menghukum atau mengaibkan.

Apakah dalam kehidupan ini, Allah s.w.t hanya 'teringat' kepada orang baik atau sempurna sahaja dan Allah s.w.t akan lupa kepada orang yang melakukan kejahatan.

Apa yang saya pelajari, Allah s.w.t tidak pernah lupa kepada semua makhluk yang bersifat baru yang DIA ciptakan, termasuk manusia baik atau yang jelek (hina atau jahat).

Tetapi, Allah s.w.t mengharapkan manusia yang faham erti ilmu Islam itu perbanyakkan doa untuk membolehkan Allah s.w.t mencampakkan taufik dan hidayah baru kepada satu perubahan manusia yang dikatakan jahat.

Jika anak-anak itu yang degil, jahat - maka terlebih afdal ibu bapa mereka yang mendoakkan sepanjang waktu solat mahupun tidak waktu solatnya, untuk memohon kepada Allah s.w.t memberi pengampunan dan hidayah perubahan dalam kehidupannya.

Ingatlah kita, kenapa Allah s.w.t membuka pintu hati kepada Syadina Omar Al-Khatab untuk memeluk Islam dan menjadi antara sahabat yang begitu dekat dengan Rasulullah. Bukankah berkat doa Nabi Muhammad s.w.t yang sampai kini menjadi ikutan kita - soal perangai, akhlak, amanah dan intraksi sosialnya dengan masyarakat.

Kenapa Nabi Muhammad s.w.t tidak memohon doa kepada Allah s.w.t untuk men'JAHANAM' Saidina Umar Al-Khatab kerana baginda antara paling tersohor untuk membunuh dan memusnah penyebaran Islam yang di bawa oleh Muhammad Rasulullah.

Doa Nabi Muhamad s.a.w itu jauh lebih dekat didengari dan disempurnakan oleh Allah s.w.t jika baginda mahu menjahanamkan musuh-musuhnya, baik untuk pecah perut atau menghancurkan.

Jika bercakap soal 'akhlak' Nabi, itulah yang saling dicakap dikalangan ilmuan islam untuk dijadikan contoh kepada kita, maka kita pun bertakbir dan mengiakan. Tetapi, hakikatnya kita jauh untuk mencontohi semua kelumit akhlak itu. Kita hanya pandai bercakap atas dasar kita ini orang berilmu islam dan belajar ilmu Islam, tetapi amalannya hakikinya di mana?...

Bukankah Nabi mengajar kita agar 'bersabar' dan jangan berdoa kepada Allah s.w.t untuk memusnahkan orang lain, tetapi berdoalah untuk kebaikkan mereka sekali pun mereka itu musuh kita.

Doa kebaikkan untuk orang lain termasuk musuh kita, lebih disempurnakan oleh Allah s.w.t kerana ia satu pengiktirafan bahawa - 'kita faham nilai keagamaan' yang sebenar. Kita tergolong dalam golongan manusia yang sabar, tabah menghadapi ujian dan sempurna dalam mengamal ilmuNya.

Harus diingat, jika kita mendoakan orang lain tarmasuk musuh kita agar Allah s.w.t menghancurkan dan mengaibkan mereka, Allah s.w.t akan terlebih dahulu meng'HUKUM' kita dari segala kejahatan yang kita tidak 'sedar' dan pernah kita lakukan.

Jika kita berniat untuk menjahanamkan orang lain dengan kehebatan solat-solat kita, sebenarnya tanpa kita sedar - 'kita masih berkawan dengan iblis'. Jiwa dan qalbu kita masih lagi menjadi sarang iblis dan syaitan biarpun ilmu kita setinggi langit. Hakikat yang benar, biar ilmu setitis air, tetapi biarlah amal setinggi langit jika mahu mencari keredaan Allah s.w.t.

Orang yang berilmu jika hebat 'beramal', jiwanya akan lebih dekat dengan sifat dan akhlak Rasulullah. Justeru itu yang digelar - ulama pewaris Nabi.

Kerana itu, sebelum ini saya suka jika pengikut Pas yang taksub beramai-ramai ke Stadium untuk Solat Hajat. Ingat jangan mempermainkan solat kerana Allah s.w.t menjanjikan Neraka kehinaan bagi orang yang mempermainkan solatnya.

Sebenarnya, dalam kehidupan manusia ini - Allah s.w.t lebih mendengar permintaan atau doa orang yang Ikhlas dan Lurus dijalannya untuk dimakbulkan.

Mutakhir ini, ulama saling mendabik dada kononnya mereka lebih hebat dari ulama lain. Ulama saling menjatuhkan dan memperkecilkan sesama sendiri semata-mata untuk mempertahankan kuasa diri. Yang dipertahankan itu bukan ajaran Islam, tetapi siasah politik yang kita dokong.

Aib mengaibkan dan ketaksuban pengikut akan membuat ulama itu akan menjadi lebih taqbur, riak kerana saling ada penyokong. hakikatnya, pada firasat saya - mereka yang berilmu ini apabila bergaduh - sebenarnya di mata Allah s.w.t, mereka ini tidak ada apa-apa pun.

Allah s.w.t menurunkan Islam yang terakhir kepada Muhamad Rasulullah dengan tujuan menghapuskan pertelagahan, menyatukan umat manusia, membetulkan akhlak yang hancur dan membina satu kehidupan menusia ke arah yang lebih baik dan sempurna.

Manusia ini dijadikan Allah s.w.t dengan sifat semulia-mulianya, tetapi manusia yang menjadikan dirinya sendiri hina dan tidak berakhlak, sedangkan segala garis panduan yang sebegitu lengkap sudah disediakan untuk dijadikan pedoman hidup.

Hari ini, di negara ini khusus nya di Kelantan - manusia menjadi berpecah belah bukan kerana berebut kek ekonomi, berebut tempat tinggal - tetapi berpecah kerana mempertahankan kuasa politik.

Mufti Perak,Dato' Haji Harunsani dikecam kononnya bercakap atas nama Umno bagi menarik Pas bersatu membina kerajaan perpaduan di Perak. Alasannya untuk satu kekuatan kepada Melayu yang 100 peratusnya Islam.

Harusani bukan bercakap atas dasar politik, tetapi berasaskan kepada tuntutan ajaran islam yang menuntut umat Islam bersatu padu jika keadaan itu sudah ketahap yang boleh menjejaskan keamanan dan kedudukan ajaran Islam dalam sebuah kerajaan.

Harusani bukan orang politik, tetapi orang keberadaan ilmu agama. Cuma kebetulan, beliau bertugas sebagai Mufti kepada kerajaan Umno-BN di Perak. Memang majikannya Umno, tetapi matlamatnya untuk Islam.

Disinilah salalu saya katakan bahawa Pas terlalu berpolitik dan terlebih taksub hingga lupa sebenar 'kesesatan' sudah menjadi rumah dalam qalbu. Jika jiwa di asuh dan ditanam dengan taksub, mereka akan menjadi 'buta' untuk mendengar pandangan orang lain, sekalipun orang itu juga berilmu Islam. Inilah yang dikatakan sesat.

Jika kita pengamal Islam sejati, jangan sampai boleh menghina orang lain kerana Allah s.w.t berulang kali memperingat dalam Al-Quran bahawa - 'Aku melihat orang bertaqwa', bukan orang berilmu atau orang berpakaian jubah, serban atau jiblat.

Saya terfikir juga, kenapa orang ini begitu hebat bercakap soal berpegang kepada al-Quran atau hadis, tidak memahami seruan Allah itu. Apakah, kita hanya pandai bermadah dan hanya kita fikir madah kita sahaja yang lebih indah dan terbaik.

Semuga Allah s.w.t terus memberi petunjuk yang terbaik kepada semua, sebelum jauh lebih tersesat dari cahayaNya. Bermuhasabahlah diri, semuga cahaya Allah akan memberi jawapan kepada satu kebenaran hakiki.

Harus diingat, jangan kerana satu kebetulan dari permohonan solat Hajat itu akan - benar-benar berlaku - kita tafsirkan kerana keramat Tok Guru yang mengimankannya. BUKAN... Allah s.w.t itu akan hanya mendengar orang yang sebenar-benar ikhlas dalam kelompok itu, tidak semestinya yang berserban besar, tetapi mungkin orang yang kita pandang terlalu selekeh. Inilah ilmu Allah s.w.t sebenarnya.

Muga kita dapat berfikir dan menjadi umat Islam sejati, bukan menjadi pengikut terlalu taksub yang akhirnya memalukan dan merendahkan martabat kita sendiri akhirnya nanti. Dalam mencari ilmu Islam sejati, jangan hanya kepada satu guru dan kena berani bertanya, bukan hanya sekadar menerima.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata