Wednesday, February 3, 2010

NIK AZIZ : TINGGAL NEGERI UNTUK SOKONG ANWAR


Ramai terkejut apabila Dato' Nik Aziz Nika Mat, Menteri Besar Kelantan berada di Mahkamah Tinggi Kuala lumpur untuk memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim dalam pembicaraan kes liwatnya ke atas Saiful Bukhori, yang bermula semalam.

Terlalu jauh Nik Aziz pergi meninggal negeri hanya untuk sokong Anwar. Yang pelik, sebagai yang bergelar Tok Guru yang didakwa khasaf dan karamat di kalangan peyokong Pas, seakan tidak mendapat petunjuk dan hidayah atas kebenaran Anwar.

Nik Aziz sokong Anwar bukan kerana mendapat petunjuk Allah s.w.t, tetapi sokongan politik lebih besar yang namapak di hati Nik Aziz.

Tabir qalbu Nik Aziz masih lemah untuk mendapat petunjuk sebenar. Sebab itu, Nik Aziz banyak melakukan kesalahan dalam pentadbirannya terutama dalam kes menantunya dan banyak kes lagi yang sedang terbuka.

Ketika waktu melakukan 'suluk' dahulu, ketika itu saya sekadar seorang journalist biasa di Berita Harian Kuala Lumpur pada 1986-1991, satu gambaran jelas sudah pun ternampak dari beberapa peristiwa. Suluk kerohanian ini dilakukan di Ampeldeta dan Giri.

Peritiwa pertama, ketika pertarungan Ku Li dengan Mahthir - terbukti benar firasat ku bahawa Ku Li akan kalah tipis. Ketika pertarungan sengit itu, saya terpaksa mencuri almarhum ayahnda yang di kurung oleh puak Ku Li di Minmaland, Gombak. Almarhum ayahnada adalah perwakilan dari Pengkalan Chepa.

Ketika mengambil ayahnda, satu persoalan yang dilontar - 'dulu bukankah ... sokong Ku Li'.. Satu jawapan yang merayu saya lontarkan "Ayah perlu sokong Mahathir, bukan Ku Li... ini soal alam hakikat yang diajar oleh Gemulah Che Wa" - Ayah lebih arif apa yang diajar oleh gemulah Che Wa, malah sebelum ini ayah lebih tahu apa yang akan berlaku.

Ketika mencerita banyak hal, apa yang saya rasai...Ayahnada mula faham. Ketika di Minmaland, Annuar Musa juga berada di sana kerana ketika itu dia orang Ku Li yang dibawa balik atas tiket wakil pelajar Umno di England.

Akhirnya, ayahnda mengundi Tun Mahathir bersama tidak kurang lima orang sahabat-sahabatnya, termasuk Haji Sukri Ikan Linang. Itu bukan bermakna orang Kelantan belok atas perjuangan Ku Li, tetapi hakikatnya Allah s.w.t memberi firasat bahawa Tun Mahathir adalah pemimpin yang lebih baik.

Kenyataan saya bahawa Ku Li akan keluar Umno sekali lagi tepat. Ketika menjelang pilihanraya pada 1990, saya menghadap guru di Balai Bomba Belakang PWTC. " Satu ucapan diberikan, Kelantan akan kalah teruk dan tak satu kerusi pun Umno menang, tetapi negeri lain semua ok".

Hati sekaan tidak eprcaya, tetapi diminta oleh Guru agar melakukan 'ritual' edan minta pedoman dari Allah. Akhirnya, jawapan yang ditemui cukup membenarkan.

Sewaktu waktu, ketidari dalam penerbangan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, secara kebetulan duduk bersebelahan Ketua Wanita S46 Malaysia, Hajjah Illani. Antara kami begitu salaing mengenali. Entah kenapa tiba-tiba terdapat ilham bahawa - " hajjah, S46 akan bubar dan Ku Li akan menyertai Umno semula".

Hajjah Illani begitu bertegas - " Ku Li tidak akan menyertai Umno biarpun dia mati" Akhirnya, selepas satu tahun tiga bulan - ' Ku Li mengisytihar bubar S46 dan menyertai umno'.

Pada 1994, selepas balik dari Ampel -"Ketika sesi mesyuarat dengan menteri sebelah petang, salah seorang setiausahanya bergegas untuk pulang kerana dia setiap mangrib dan Isyak bersembahang jemaah di rumah Pak Syeikh (Anwar Ibrahim)'.

Pada ketika itu terkeluar satu perkataan yang lahir dari naluri hakiki : - "Untuk apa memuja orang yang tidak akan jadi Perdana Menteri". Lantas dengan nada marah - " kamu jangan cuba jadi Tuhan. Kamu apa tahu - Anwar kini cukup berkuasa dan selepas mahathir siapa lagi kalau tidak Anwar".

Jawapan saya ketika itu: - 'Pergilah dan tanda apa yang saya cakap nanti". Ketika itu hingga ke hari ini, tidak pernah saya terpandang sinar atau cahaya 'nur' di muka Anwar Ibrahim.

Ketika jiwa begitu resah, saya ke Mekah untuk mencari ketenangan apabila sudah bertahun berkahwin - tidak dikurniakan zuriat. Waktu dihabis bertafakur di baru menghadap hajarulAswad, persoalan zuriat terbening dengan satu pernikahan baru. Jodoh sudah tersurat bersama wajah indah dengan tiga zuriat yang cantik lagi bijaksana.

Selain gambaran untuk mencari nawaitu soal pilihanraya kepada seorang menteri, di mana saya salah seorang anak buahnya di Pejabat Menteri. Jawaban yang tepat adalah menang pada pilihanraya 1995 memang menjadi kenyataan.

paling akhir, peristiwa peribadi ketika kemalangan di merapoh sewaktu mahu pulang berhari raya pada 8 januari 2000. Ketika itu, sewaktu memandu datang tiga kali gambaran yang sememangnya tepat bahawa akan berlaku kemalangan dengan sebuah van.

Saya memberhentikan kereta dengan alasan untuk rehat kerana mengantuk. Isteri yang bimbang tidak sempat berbuka di Gua Musang, mendesak untuk membawa kereta. Saya menghalang, tetapi takdir Allah s.w.t untuk membuktikan kebenaran, selepas setengah jam -- kemalangan yang dibayangkan dari firasat hati berlaku tanpa terubah satu pun.

Kereta hancur dilangar van yang cuba memotong kereta di depannya. Saya bersama isteri tidak mengalami sebarang luka, kecuali anak lelaki yang berusia satu tahun dua bulan. Saya tidak sedar diri kerana bimbang anak sulung dari isteri kali kedua pergi menemui Allah s.w.t. Orang ramai mengamil masa lebih sejam untuk membawa kami keluar tanpa darah setitik pun.

Mungkin Allah s.w.t merestui apa yang saya salurkan kepada isteri, tetapi anak kecil tidak mampu menerima aliran spritual membuat mukanya terkoyak oleh cermin kereta.

Ketakutan itu, membuat saya begitu alam meninggal alam 'suluk'. Tidak ada siapa yang akan percaya apa yang kita ungkapkan kerana mendahuli masa, biarpun isteri kita sendiri.

Namun, mutakhir ini saya kembali mencari sesuatu yang mula hilang. Tuntutan untuk kembali ke Ampel dan Giri terpasa diulang kembali. Wasilah wali tidak boleh di biar berlalu. Mujurnya, Allah s.w.t masih tidak melupakan, ketika kita mula melupakannya.

Apa yang tertulis ini bukan untuk mempamerkan rasa bongkak, riak dan takbur. Gerak ilham itu sememangnya ada dalam diri setiap insan. Cuma cara dan kaedah yang sesuai perlu dicari untuk membangkitkan 'pancaran nur'. Jangan terlalu mudah mengatakan sesat kerana yang sesat itu adalah kita sebagai manusia, bukan ilmu Allah s.w.t.

Hari ini, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Anwar mula terdakwa. Harus kenapa kita harus terusung untuk memekit terlolong di mahkamah atas nama untuk membela Anwar.

Saya tahu, Mahkamah Tinggi Kuala lumpur bukan saja dipenuhi oleh penyokong Anwar, tetapi segala makneka mistik sudah bersimpan siur di mahkamah Tinggi. Terlalu bayak pawang, bomoh dan pelbagai cara digunakan untuk membebaskan Anwar.

Terlalu ramai orang alim berdoa untuk membaskan Anwar. hanya orang yang benar-benar qasyaf dan bernaluri jernih lebih mendoakan kemenangan atas kebenaran dakwaan Saiful. Renunglah airmuka Saiful, tanpa tanda biru di dahi pun tetap ada 'nur' yang bersinar.

Tanda biru di dahi itu sebenarnya bukan 'nur'. Cahaya Nur di muka itu akan menjadi cahaya yang berseri di muka dari qalbu yang bersih. Ini kena ingat bagi orang yang gila membuat tanda biru di dahi, kononya begitu kuatnya amal ibadah. Bersujud, bukan bererti menekan dahi sampai biru.

Bersujud itu adalah tanda perhormatan batin kepada Ilahi untuk memohon restu dan keredaanNya, bukan menyembahnya. Jika kita merendah diri kepada Allah sw.t, kita juga akan ikut merendah diri sesama manusia. Kita bebas dari riak dan takbur serta tidak mudah untuk menyumpah serah orang lain.

Ego manusia akan mati jika kita sudah terlalu dekat qalbu, hati, jiwa dan perasaan kita dengan Allah s.w.t.

Jika sesiapa ingin petunjuk dari kes yang berlaku ke atas Anwar, berpuasa tiga hari dan lakukan itiqamah pada tengah malam dan minta pada Allah memberi gambarannya. jangan kita menyesal kemudia dan membawa malu kepada diri sendiri kerana terlalu membuta tuli memberi sokongan yang bukan yang 'hak'.

Ketika memnulsi buku - Mahatihir Menangis, Melayu ketawa' - suluk itu yang mebawa segala kebenaran yang berlaku hari ini. melayu sebenarnya mudah 'naik angin' dari perkhabaran yang tidak jelas. Melayu Islam sebenarnya terlalu mudah di tipu oleh mainan perasaan.

Melayu terlalu suka diperlekehkan kerana lebih banyak mendengar dari mengkaji. Akhirnya, keputusan pilihanraya ke-12 hampir menjadikan Melayu anak tiri di bumi sendiri. Renunglah hakikat dalam hakiki.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata