Monday, February 15, 2010

ISU BUANG BAYI : IBU PERLU BELAJAR PEGANG PERUT ANAK

Isu buang bayi sudah sampai peringat 'jenayah berat' yang tidak boleh dimaafkan oleh masyarakat. perbuatan ini terlalu 'bangsat', sesat dan lebih jahat dari naluri Iblis. Iblis sendiri tidak buang anak-anak mereka, tetapi di biakkan untuk menggoda manusia.

Golongan buang bayi ini sebenarnya ' lebih dari sampah masyarakat', lebih jahat dan hina dari penangih dadah. Manusia seumpama ini sudah sampai keperingkat 'wajib' di sula, di baling batu (hukum rejam), bukan lagi di sebat.

Golongan ini sebenarnya jauh lebih hina dari haiwan peliharaan. Manusia bejat seumpama ini tidak layak lagi untuk di peliharan oleh insan yang bernama ibu bapa. Perbuatan jahat hingga membuat 'bayi' yang tidak bersalah wajar di hukum mati.

Terlalu hina manusia yang melakukan keseronokan berzina, kemudian membuang bayi, malah hingga keperingkat 'membakar' hangus bayi yang bersih dari segala dosa.

Lebih memilukan kejadian 'buang dan bakar' bayi yang berlaku di Kuala Krai Kelantan, bumi pemerintahan ulama terhebat di dunia. Kawasan Perlimen Pas pimpinan Dr Hatta.

Jika diukur dengan ceramah Pas setiap malam di pelusuk kampung, termasuk kuthbah Jumaat, menguasai madrasah, masjid - ceramah dengan tersembur setiap ayat alQuran - kejadian seumpama ini tidak mungkin berlaku di Kelantan.

Biarpun Pas berceramah setiap malam, sebenarnya mereka ini bukan mengajar manusia untuk berbuat kebaikan, tetapi lebih untuk melaga-laga manusia, kafir mengkafir sesama Islam, bukan mengajar anak-anak muda untuk menghayati ajaran islam dengan sebaik-baiknya.

Biarpun, kejadian seumpama ini menjadi 'sempada dan tauladan' kepada umat manusia untuk berfikir bertapa hinanya perbuatan itu. Bertapa ramai lagi manusia berdoa memohon kepada Allah s.w.t untuk mendapat zuriat selepas sekian lama berkahwin, tetapi manusia hina ini sebeigtu mudah membuang dan membakar bayai yang tidak berdosa.

Bayi kecil ini, jika terasa 'malu' kerana lahir anak luar nikah - letaklah di pintu rumah manusia berpenghuni agar boleh diselamatkan, sedangkan kucing yang dibuang pun masih ada insan yang boleh memberinya perlindungan dan makanan. Inikan pula anak manusia yang cukup sifatnya.

Tidak diketahui manusia jenis apa mereka ini. Sudahlah melakukan dosa awal dengan berzina untuk melazatkan hawa nafsu, kemduian pula menanggung satu lagi dosa dengan membuang atau membiar bayi itu meninggal.

Haiwan sendiri memelihara anak-anaknya, sekali pun segarang seumapam Singa, Harimau atau anjing liar. Tetapi, manusia ini jenis yang macam mana...mungkin lebih jahat dari Iblis.

Merenung jauh kepada isu ini, jalan penyelasian bukan terletak di tangan KERAJAAN. Tetapi, IBU BAPA memerlukan satu kesedaran baru dalam menangani isu ini.

Ibu yang lebih rapat dengan anak perempuan PERLU lebih peka untuk 'MERABA PERUT' anak perempuan waktu mereka tidur atau waktu bergurau senda. Mengandung ini, perubahan ketara adalah pada perut dan buah dadanya.

Tidak mungkin, ibu bapa tidak PERASAN akan perubahan bentuk fizikal anak-anak perempuan masing-masing, hingga boleh menjadi mereka begitu dajal sekali.

Jika ibu bapa masing-masing mengambil tahu hal ehwal dalam keluarga masing-masing, kejadian yang begitu kejam tidak mungkin akan berlaku, malah ibu bapa tidak akan menanggung malu dan aib dari perbuatan anak-anak sendiri.

Segala kejadian yang berlaku, jalan penyelesaian bukan terletak di tangan NGO, tetapi kesedaran ibu bapa itu sendiri sebagai 'ketua' keluarga.

Apa pun, isu pembuangan bayi ini terlalu jahat dan tidak boleh dimaafkan. hukuman paling layak adalah 'hukum penjara seumur hidup' atau 'gantung sampai mati'.

Kepada remaja, jauhilah perbuatan songsang dengan perlakuan zina kerana kenikmatan itu memang seronok hanya ketika itu sahaja, sebab iblis turut bergomol sekali. Akhirnya, kesan itu akan melekat dan menghantuai fikiran sepanjang hidup dengan penyesalan dosa yang tidak sudah.

Mereka yang berdosa besar ini akhirnya akan dibayar kesan dari kejahatan yang mereka lakukan. Ada banyak yang dibayar atas dunia - mati katak atas jalan raya, atau lepas kahwin nanti - bala apa yang bakal kita terima. Hakikatnya, kita akan terus dikejar rasa berdosa sepanjang hidup kita nanti.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata