Wednesday, February 10, 2010

MUZAKARAH UMNO-PAS : BERSIDANGLAH SELEPAS PILIHANRAYA KE-13

Ketika isu muzakarah dengan Umno yang diinginkan oleh Dato' Nik Aziz Nik Mat, masing-masing mengutara hujah termasuk dari kalangan Pas sendiri ada yang bersetuju dan ramai juga menentangnya termasuk dari kalangan pemimpin tertinggi Pas sendiri.

Ramai dikalangan pemimpin pas terkejut dengan putaran alam Nik Aziz yang secara tiba-tiba bercakap untuk bermuzakarah dengan Pas, ketika sebelum ini Bik Aziz begitu benci dengan Umno.

Umno adalah musuh utama Nik Aziz, bukan DAP sedangkan DAP yang selema ini menjadi penetang utama Pas yang bercita-cita untuk menubuh kerajaan Islam di malaysia. DAP yang menentang Pas untuk melaksanakan Hukum Hudud.

Bukankah Pas berdepan dengan karpal yang pernah mengutarakan : - 'Langkah mayat saya (Karpal Singh) dulu jika Pas mahu melaksanakan Hukum Hudud dan negara islam'. kenyataan itu, tidak pernah keluar dari pemimpin Umno.

Kini, Pas berpelukan dan berkasih sayang sebgitu erat dengan DAP, seolah-olah PAs sudah gelap mata kerajaan Umno-BN akan tertiarap pada pilihanraya ke-13 nanti.

Sebenar, Pas sudah tersalah congak. Pas tersilap membuat perhitungan jika merasakan Umno-BN akan kecundang. Pilihanraya ke-13 nanti adalah satu kemenangan paling besar untuk kerajaan Umno-BN jika dihitung dari angkap 'tungal'nya.

Semua menuasia politik termasuk dari Pas sendiri tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba Nik Aziz berubah untuk bermuzakarah dengan Umno, malah mengiktiraf pula Umno parti sesama Islam. Selama ini, Pas begitu beria-ia mengkafirkan Umno, bukan DAP dan PKR.

Apakah kerana isu royalti minyak yang dituntut oleh Kelantan. Jika kerana isu minyak, terlau mudah Pas mahu menjatuhkan maruah 'Perjuangan Islam' kerana ingin mendapat harta. Islam itu tidak boleh ditukar ganti dengan harta, apa lagi dengan royalti minyak.

Pas ini sebuah parti yang pelik tetapi benar. Hukum yang halal haram pun boleh di pinda-pinda. Jika dulu -'suara wanita itu aurad' dan dipertahankan mengikut hukum Islam yang mengharamkan suarat wanita diperdengarkan kepada bukan muhrim.

Akhirnya, qariah wanita Kelantan diharam menyertai tilawah al-Quran - bukan Akademi Fantasia-. Haram kerana suara itu aurad. Tetapi, wakil rakuat wanita dan guru halaqah wanita Pas boleh berceramah dengan pembesar suara di merata-rata tempat, malah terjerit-jerit dalam barisan panjang untuk menarik undi pada setiap kali pilihanraya.

Di situ halal bagi Pas, tetapi mengaji Quran haram kerana aurad. Namun, tiba-tiba Nik Aziz berubah fatwa untuk menghalakan semula qariah wanita Kelantan menyertai tilawah Al-Quran. Fatwa mana pula ni yang boleh berubah-ubah.

Nik Aziz mungkin terlupa bahawa - tidak ada jantan tiba-tiba terbangkit nafsu seknya ketika mendengar suara wanita baca al-Quran. Yang menjadi haram suara wanita itu, apabila ia memujuk rayu - seperti penyokong wanita pas yang menjadi perayu undi pilihanraya dengan terpekit melolong di tepi jalan. Ini yang haram kerana tidak ada kawalan.

Aurad itu apabila ia membawa kepada kemudaratan. Aurad atau 'rahsia' itu apabila terselak ia boleh membuat orang lain menjadi sesat. ia tidak ubah dengan Aurad dari tariqat.

Aurad dari tariqat itu tidak salah, tetapi kadang-kadang musyrid itu yang membawa ajaran tariqat itu yang boleh menyesatkan pelajarnya yang dungu dan mengikut secara membabi buta kerana takut untuk bertanya dan bersoal jawab.

kepada yang berlajar tariqat, guru itu cuma penunjuk jalan ke arah mencari cahaya Illahi, bukan Nabi yang perlu diletak dalam martabat yang sebegitu tinggi. Dalam mempelajari ilmu yang terkandung pada sesuatu tariqat itu perlu ada soal jawab agar timbul kefahaman yang sebenar.

Sebagai pelajar, kita perlu banyak bertanya dan besoal jawab kerana kita ini adalah murid. Biar orang anggap kita bodoh, tetapi itulah nilai sebuah ilmu, bukan terima membabi buta. Apa lagi jika guru itu sudah dipuja-puja, ia sudah jauh menyimpang.

Begitu juga dengan Nik Aziz. Jika kerana tarafnya sebagai Tok Guru, maka apa yang dicakapkan itu semua benar. Sebagai pengikut, kita perlu bertanya agar setiap yang disampaikan itu biar jelas dan tidak ada putar belit lagi.

Jika terlalu banyak putar belit, kita boleh menilai apakah sikap dan sifat sebenar seorang yang bergelar Tok Guru. Jika dulu haram, hari ini boleh dihalalkan pula - ini membukaktikan segala yang dicakap sebelum ini sekadar satu tipu helah yang akan membawa kita ke jalan kesesatan.

Setiap perkataan kita menjadi ikutan ramai, jika mereka ini menerima, mengikut dan mengamal sesatu yang salah - siapa yang akan bertanggungjawab apabila kematian tiba, sebelum kita membetulkan kesilapan kita yang lalu.

Sebab itu, dalam ajaran beragama tidak boleh berbelit-belit - sekali tidak boleh, di hari lain pula dibolehkan. Sebagai pengikut fanatik, bukan mudah guru lain untuk membetul ajaran yang sudah diyakini benar, apa lagi jika mereka ini menjadi 'pemuja' kepada guru.

Nik Aziz juga begitu. Hari ini, Nik Aziz bercakap ingin bermuzakarah dengan Umno atas dasar sesama Islam. Dulu Umno ini juga dikafirkan tanpa henti. Segala pengorbanan yang dilaksanakan oleh pemimpin Umno bagi membangkitkan darajt, kemulian dan jati diri umat islam di negara ini dihentam kononnya tidak Islam.

Umno yang membina masjid untuk memberi keselesaan umat Islam beribadah, dikatakan ketik dan rumah berhala. Tetapi, Pas sendiri ketika sudah 20 tahun memerintah kelantan - lima buah masjid pun tidak pernah di bina sedangkan sejak zaman Rasulullah lagi, pembinaan masjid itu adalah satu yang didahulukan.

Bukankah, masjid itu sebagai lambang sebuah pemerintahan Islam, bukan negara Islam. Masjid itu dijadikan lambang 'perpaduan' dikalangan umat islam. Di situ tempat berhimpun, tempat mengambil tahu dan bertanya khabar antara satu sama lain, bukan hanya tempat solat semata-mata.

Kerana itu, bersembahyang jemaah diberi ganjaran 27 kali ganda. 27 ganjaran itu kerana mengiktiraf kepimpinan (iman), bertertib dalam satu barisan tanpa memberi ganggungan kepada orang lain (bertolak-ansur), saling hormati menghormati, bertanya khabar jika ada sakit deman dan bertanya hal-ahl keagamaan kepada yang tahu. Inilah yang membuat ganjaran itu besar.

Justeru itu, jika Nik Aziz bertukar cakap kononnya untuk bermuzakarah dengan Umno, ia sesuatu yang baik jika lontaran kata-kata itu ikhlas dan tidak berbelit-belit lagi.

Tetapi, jika cakap Nik Aziz lebih kepada sendiwarta pilitik semasa, Umno perlu mengambil keputusan agar muzakarah itu dibuat selepas Pilihanraya ke-13 selesai. Percayalah, pas tidak akan kemana pun selepas pilihanraya ke-13 nanti. Hakikatnya, Pas di kelantan pun akan merudum jika Umno tidak lagi bersikap mencatas sesama sendiri.

Pas semacam mahu menyelamatkan diri dari bencana besar pada Pilihanraya ke-13 jika di lihat dari mood rakyat mutakhir ini. Jika dikaji dari segi sejarah pun, Umno-BN akan kembali kukuh dan meraih kemenangan besar setiap kali pilihanraya berangka 'tunggal'.

pas sudah pun mengesan kekurangan mereka yang mula ditoal rakyat kerana terlalu terikut-ikut dengan pemainan DAP dan PKR hingga segala hak keisitimewaan Melayu islam pun dicabar sebegitu rupa.

Mutakhir ini pula, gelagat DAP di Pulau Pinang, Perak dan Selangor (yang menghalal segala bentuk maksiat - hingga boleh menutup mulut Dr Hassan Ali), mula dijadikan ukuran perjuangan Pas bukan lagi - memperjuangkan islam, tetapi lebih kepada kepentingan politik tidak sihat yang akan merbahayakan Melayu islam akhirnya nanti.

Keghairahan Pas menjaga hati DAP yang menjadi dalang di sabalik isu tuntutan Gereja katolik menggunakan 'Kalimah ALLAH', Pas bukan lagi menjadi pembela kepada kesucian kalimah Allah, tetapi menghalalkan pihak Geraja kononnya demi kepentingan politikan Pakatan (DAP + PKR).

Jika bukan kerana ikatan dalam Pakatan, sudah pasti PAS akan membangkit semangat jihad agar rakyat dan Umat Melayu Islam bangkit menentang Gereja Katolik dalam isu Kalimah Allah ini.

Pas bukan lagi jaguh pejuang Islam, tetapi terpaksa tunduk dengan kesepakatan yang diketuai oleh DAP. DAP tahu Pas begitu mudah dicucuk hidung demi kuasa politik konon jika kerajaan Umno-BN jatuh - pemimpin Pas akan jadi Perdanan menteri seperti berlaku di Perak keran dalam Perlembagaan Malaysia juga di sebut Melayu Islam.

Kerana tergila-gila kuasa, Pas terus menjadi 'Pak Turut', Pandir dan Bodoh hingga Khalid Samad boleh ke gereja untuk menyokong isu Kalimah Allah atas dasar kesepakatan bersama dalam Pakatan.

Pas lupa, DAP menjadi dalang kepada kehancuran hingga Pas tidak boleh bersuara tentang hal-hal Islam seperti masa lau dengan tegas dan lantang termasuk isu 'murtad' yang manipulasi oleh Gereja sekian lama untuk menyesatkan umat Islam.

Pas jangan jadi terlalu dayus bila berdepan dengan DAP. Jangan ingat, gula-gula DAP itu terlalu manis, tetapi gula-gula DAP itu akan menghancurkan Pas di mata penyokongnya sendiri.

Cuba renung dan kaji ceramah-ceramah Pas sejak berkawan dengan DAP dan Pakatan. Apakah, mereka masih lagi berdegar-degar bercakap soal mewujud sebuah negara Islam, melaksanakan Hukum Hudud dan sebagainya lagi seperti sebelum ini. Siapa Pas sebenarnya.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata