Tuesday, January 19, 2010

TAREKAT ISMAILIYAH: JANGAN MUDAH MENUDUH

Kelmarin, satu lagi peristiwa berlaku apabila Mursyid Tarekat Ismailliyyah, Mahmud Abdul Rahman, dipanggil untuk mengadap jawatankuasa Majlis Hal Ehwal Agama Islam Selangor, bagi menjelas isu penyebaran ajaran tarekat itu yang sebelum ini dusah diwartakan salah.

Barangkali pertemuan itu untuk terus membincangkan aliran tarbiah keilmuan tarekat yang mungkin mencakupi soal alam ghaib, pratik amalan, zikir dan wiridnya - jika terbukti berlaku perjalanan yang songsang pada pandangan golongan syariat, sebelum diharamkan secara total.

Tarekat ismailliyyah ini pernah manjadi nama besar tarekat yang dipanuti oleh guru-guru muktabar dan ulama besar pegasas pondok di Kelantan dan Pathani di awal perkembangan islam dahulu.

Sebenarnya, sudah terlalu banyak ajaran tarekat di negara ini sudah diharamkan daripada terus berkembang. Alasannya terlalu mudah kerana semua tarekat itu digelar sesat atau batil yang bertentangan dengan amalan syariat. Namun, pada hakikat sebenar ilmu ajaran tarekat itu tidak salah, yang banyak berlaku songsang adalah pembawanya yang ingin menjulang nama.

Sememangnya, amalan tarekat itu adalah pada asalnya wujudiyah 'kedalaman' kepada ilmu syariat yang diamalkan oleh umat Islam. Tarekat ini adalah satu cabang Ilmu Tasawuh atau Tauhid. Sebahagian besar mengelar ilmu tarekat ini - 'Ilmu Mencari Allah' secara lebih khusus bentuk pencariannya.

Golongan ini digelar 'Sufi' - 'orang yang membersih diri dari segala noda dan dosa dan cuma memandang akhirat semata-mata' pada ketentuan akhir perjalanan 'mencari'.

Pengeritan tarekat itu sendiri adalah 'IKATAN DIRI' dalam pencaian membersih qalbu. Tarekat ini cuma satu cabang untuk 'membuka pintu ilmu' dalam mencari pembersihan diri sebenar mencari alam 'Makrifat' dan 'Hakikat'.

Setiap tarekat adalah cara sendiri dengan kaedah pendekatan tersendiri yang diolah secara turun termurun dari pengasasnya sejak zaman awal Islam. Barangkali, dalam setiap amalan tarekat itu ada perbezaan antara satu tarekat lain.

Cuma mutakhir ini, tarekat sudah tersalah arah apabila ada guru musyridnya cuba memesong 'tata kerama' hingga menjadi satu pemujaan yang sebegitu taksub kepada musyrid (guru). Ada guru yang cuba mengambil kesempatan dari anak-anak murid 'bodoh - lurus bendul' yang berduit untuk mengikisnya secara terselidung atas beberapa syarat yang tidak termaktub dalam tarekat sebenar.

Tarekat itu sebenarnya cukup baik untuk diikuti dan diamalkan oleh setiap umat Islam kerana di dalamnya terkandung ilmu yang lebih luas nilai inti ilmu Islamnya, selepas terlalu lama memahami ilmu syariat. hakikatnya, ilmu syariat itu cuma kulit, tetapi sesetengahnya pula mahu mencari isi yang lebih baik dan kelazatannya yang hakiki.

Zaman seawal perkembangan islam di Nusantara, pengembangan Islam bersandarkan tarekat. kelantan yang suatu waktu dahulu terkenal dengan sekolah pondok dari guru-guru tersohor seperti Tok Selehong, Tok kenali, Tuan Tabal, To Bachok, Tok Ali Pulau Pisang dan ramai lagi kesemuanya bersandarkan kepada kelebihan ilmu Tarekat milik mereka.

Di Kelantan yang dikunjungi oleh murid sepenjuru Nusantara kerana ingin mendalami inti ilmu Islam yang banyak terdapat dari guru-guru keramah yang adaldi bumi Kelantan. Tareka Amadiyyah, Satariyyah, Ismailliyyah menjadi panutan utama guru-guru pegasas sekolah pondok.

Begitupun, ilmu 'rahsia' disebalik jubah tarekat itu tidak didedah secara terbuka kepada setiap murid, tetapi cuma ada murid pilihan yang tidak melebihi dari tujuh orang akan diajar secara sulit atau selepas waktu 12 tengah malam sepeti yang dilakukan oleh Tok Kenali, Tuan Tabal, Tok Selehong dan Tok Ali Pulau Pisang.

Ilmu mengenal Sirr disebalik tabir tarekat itu bukan ilmu sebarangan kerana ia bukan ilmu akal, tetapi hakikat kepada ilmu Jiwa. Cara amalannya juga berbeza dari murid-murid biasa dan cabangnya pula tergantung kepada kelebihan "akal dan jiwa' milik individi itu sendiri.

Amalannya pula bukan boleh dibuat sehari dua hingga sudah menampakkan 'kejayaan' sampai boleh bertemu jkhasaf para wali, roh wahdah wali, Syeh Abdul Khadir Jalaini atau Nabi Khaidir a.s.

Jika amalan tereka tingkat tinggi ini didedah dan di ajar tanpa memilih 'kematangan murid', inilah yang akan berlaku kecelaruan dan hujung akan bertemu dengan kesesatan yang nyata.

Jalan tarekat ini akhirnya akan menemui dua persimpangan - baik dan buruknya. Jalan zikir dan wirid yang yang dijadikan amalan wajib 'membersih qalbu' dalam setiap tarekat jika tidak diolah secara tertib akan lebih mendekatkan diri kepada hasutan Iblis.

Ajaran pengilmuan dalam semua tarekat tidak ada yang salah, tetapi yang menjadi 'bersalah' adalah cara dan kaedah yang dibawa oleh pengamalnya. Pengikut yang terikat dirinya dalam kelazatan ilmu taabiayah tarekat ini di wajib menenang fikiran dalam beristilah ' bersunyi-sunyi akal dan fikiran', sebab itu adalah yang bertapa mencari gua sunyi dan dinging.

Namun, ia boleh dilakukan didalam bilik di rumah sendiri - jika dirasakan di situ lebih selesa, aman dan nyaman. Justeru itu, Hamzah Fansuriseorang tokoh sufi yang mempersendikan tareka Martabat Tujuh mengatakan - 'Sudah terlalu jauh aku berjalan Mencari Allah - Ke Cina sudah, Ke Mekah sudah, akhirnya aku temui Allah dalam Rumah ku sendiri'.

Maksudnya, Allah itu boleh ditemui dalam rumah kita senidir asalkan kita ikhlas dalam pengamalkan peribadatan tanpa memikirkan soal ganjaran dari Allah s.w.t. jangan kita menghitung pahala dalam setiap amal ibadah kerana ia adalah haram. Yang penting setiap amal itu adalah kewajiban dalam beribadah dengan penuh ikhlas dalam lunasnya.

Bertarekat pula haru solat kerana 'rukud dan sujud' itu adalah wajib untuk mengolah diri merasa rendah diri dan ketakutan jiwa kepada Allah s.w.t maha Pincpta dan maha berKasih Sayang lagi Pemurah untuk mengampun segala dosa-dosa kecil mahupun besar.

Bertarekat juga diajar untuk berpuasa - agar dapat membersihkan darah-darah kotor yang terhasil dari makanan kotor yang di manakan mungkin dari sumber pendapatan yang tercemar. Hakikatnya untuk mensuci darah agar jantung (qalbu) menjadi lebih sempurna menerima hidayah jiwa.

Seawal tarekat, pengukit ditarbiah dengan ilmu mengenal diri dalam sifat kejadian manusia - mengenal pengertian sifat - TANAH, AIR, API, ANGIN -.

Namun, tindakan berlaku penyelewengan ke atas tarekat Ismailiyyah juga tidak diragukan jika Musyridnya, Mahmud Abdul rahman, 67, secara terbuka mengaku bertemu Nabi Khaidir a.s dan para Wali.

Di segi Hukum tarekat dan keilmuannya, ia tidak dinafikan. Tetapi, mendedahkan kepada pengetahuan umum hakikat rahsia untuk menarik minat agar dirinya di'taksubi' oleh pengikut melebih kasih sayang kepada ibu bapa adalah salah dan bertentangan.

Saya menjalani penghayatan ilmu tarekat sejak berusia 25 tahun dari apa yang ditinggalkan sebagai pusaka Ilmu keluarga.

Terlalu banyak benih yang indah berlaku, tetapi cukuplah sekadar untuk menghidup keyakinan yang lebih tinggi kepada ke Esaan Allah s.w.t kerana dalam menyebar ilmu indah sudah tentu ada yang menentangnya kerana kita bukan golongan yang hafiz al-Quran, bukan penghafal kitab-kitab yang memboleh manusia itu berijazah, master atau PhD.

Apapun kepada saya, jika ada manusia yang menjalani amalan bertarikat dan golongan syariat yang bercita-cita besar mahu bertemu Nabi Khaidir a.s pada waktu tertentu atau malam tunggal di minggu terakhir ramadan, ia cuma sekadar satu khayalan dari satu cerita dongeng - penglipurlara.


Jika bapak musyrid Mahmud Ismailiyyah mendakwa sudah bertemu Nabi Khaidir a.s, saya masih meraguinya jika ia benar-benar Nabi Khaidir a.s. namun, jika Bapak Mahmud dari kedah ini sudah bertemu dengan rohnya sendiri, kemudian dapat bertemu para wali - ia sebahagian dati titik awal mengenal Sirr.

Namun, yang penting dalam berilmu tareka sudah ada persefahaman bahawa tidak boleh dikalangan ahli tareka bertengkar soal tarekat siapa yang lebih baik, baik dari Ahmadiayyah, Ismailliyyah, Satariyyah, Muhamadiyyah, mahupun Naqsanbandiyyah. hakikatnya, kita mencari jalan yang serupa tetapi mungkin kaedah dan pendekatan yang sedikit berbeda.

Akhirnya, kepada pegawai majlis agama islam - jangan terlalu menunding jari bahawa keilmuan tarekat itu salah dengan begitu mudah. Barangkali adalah lebih baik, di kalangan pegawai-pegawai agama turut mendalami dan merasai alam tarekat biar terasa 'manis airnya, indah rupanya'. Yang bersalah itu manusia , bukan ilmunya.

Ingatlah, dengan membaca ayat-ayat Quran manusia boleh berbuat kebaik dan kejahatan dari ayat-ayat yang diamlkan. Yang salah itu adalah jiwa manusia yang mengabil ilmu bukan kerana keikhlasan diri, tetapi ingin menjadi lebih takbur apabila berilmu. Inilah yang membuat manusia itu sesat yang di gelar - sesat dalam cahaya Ilahi.

1 comment:

  1. adakah saudara tahu tentang tariqat yang di pelopori oleh seseorang guru yang menamakan sebagai Ayoh?

    ReplyDelete

Jangan Pandang Sebelah Mata