Saturday, January 2, 2010

ALLAH MILIK SEMUA

Kecoh berlaku dimana-mana selepas mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi Hakim Dato' Lan Bee Lau, memutus nama 'ALLAH' boleh digunakan oleh pihak Gereja Ketolik untuk menyebar risalah keagamaannya.

Semua umat Islam berhimpun untuk menunjukkan bantahan. Dalam Pas ada dua kenyataan berbeza berlaku. Khalid Samad yang bersipuh di Perlimen Shah Alam terselehang pandangan dengan Naib Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa dalam soal penggunakan nama Allah ini.

Khalid bersetuju dengan keputusan mahkamah dengan kenyataan bahawa nama Allah bukan milik ekskulusif umat Melayu islam sahaja, ia boleh diguna pakai oleh pemilik agama lain.

Nasaruddin pula mengajak umat islam bersatu kerana ia bersangukutan soal kerpecayaan atau Tauhid yang semenjak Islam samapai di bumi Melayu ini nama Allah itu adakah hak ekskulusif milik umat islam.

Dulu Nik Aziz pernah berkata, bahawa nama Allah itu milik semua agama dan di Timur Tenggah orang Krisitian pun guna nama Allah. Kita tunggu ulasan Nik Aziz kali kedua nanti jika ia mahu bercakap kepada wartawan.

memang nama Allah s.w.t milik semua agama. Tetapi, Gereja Ketolik boleh menggunakan nama Allah itu jika ia mengkaji dan menghalusi pengisian Injil dan ingatan Nabi Isa a.s bahawa dalam jarak 600 tahun kitab terakhir bersirah al-Quran akan turun sebagai wahyu terakhir kepada Nabi terakhir Muhamad s.a.w.

Kitab terakhir al-Quran harus dijadikan rujukan terakhir semua umat yang hidup dan merima Islam hakiki dengan mengiktiraf Nabi Muhamad s.a.w itu sebagai utusan Allah s.w.t yang terakhir dan wajib diikuti dan ditaati.

Kenapa kandungan Injil diputar belit, dihapus dalam bab-bab tertentu, manakala selebihnya dihapus untuk kepentingan pihak tertentu di zaman sebelum kedatangan ajaran Islam mutlak. Tidak dinafikan bahawa ajaran dari Kitab Turat yang dikhususkan kepada Nabi Musa a.s dan Kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s adalah wahyu dari Allah menerusi Jibrail, selepas Izazil disumpah menjadi Iblis.

Wahyu pertama kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s disempurnakan pada malam ke-6 bulan Ramadan, manakala Taurat kepada Nabi Daud a.s pada malam 21 Ramadan yang jaraknya antara satu kitab itu 500 tahun. Kemudian Injil diturnkan kepada Nabi Isa a.s pula diturunkan pada malam ke-12 bulan Ramadan yang jaraknya 1200 tahun.

Al-Quran diwahyukan pada malam 27 Ramadan kepada Nabi Muhamad di gua Hiraq yang jarak dengan Injil selama 600 tahun. Al-Quran kitab terakhir itu dengan jelas menyebut nama Allah sebagai Maha memiliki segala penguasaan alam fana. Allah adalah antara 99 nama asma Allah yang harus ditekuni oleh umat Islam kerana setiap satu memilik zat ke atas sesuatu kekuatan.

Kesemua dalam ketiga-tiga kitab itu jelas terkandung akan kehadiran nabi terakhir, Muhamad atau Ahmad Rasulullah sebagai penutup zaman dengan ajaran islam penyatuan kepada agama sedia ada.

Jadi Gereja Katolik boleh menggunakan nama Allah yang tidak beranak dan tidak diperanakkan itu dengan membubar ajaran Kristian dan memeluk ajaran Islam sebagai ajaran mutakhir yang mutlak seperti yang terkandung dalam kitab injil.

Jangan nanti usaha untuk mendapakat hak menggunakan nama Allah s.w.t itu untuk mengkristian orang Islam kerana nama Tuhan juga serupa. Inilah yang berlaku di Indonesia di mana begitu ramai orang Islam dimurtabkan atas alasan nama Allah juga digunakan dalam ajaran Kristian.

Mutakhir ini peranan iblis semakin berjaya apabila melihat umat islam berpecah belah dan berbunuh sesama sendiri. Sedangkan islam itu dianjur supaya bersatu hati, berganding bahu, mencari kekayaan ilmu dan harta dari setiap ciptaan Allah sw.t.

Hari ini dakwah politik begitu hebat dari dakwah Islam sebenar, malah pengakuan 'aku' lebih islam atas nama politik semakin merosakkan pemikiran umat islam di malaysia.

Perpecahana sesama umat Islam akan memudahkan racun-raxcun dan jarum halus untuk menggalakkan lalgi perpecahan baik dari dalam atau didalangi oleh pihak luar uantuk menghancurkan sebuah kerajaan yang cukup hebat memartabatkan uamt Islam di Malaysia ini.

Malaysia kini bukan sekadar diserang oleh Yahudi untuk menghancurkan ekonomi rakyat yang dianggap begitu cepat maju dan berjaya, kini ejen Kristian pula mahu menghancur dan mengelirukan umat islam dengan penggunaan nama Allah.

Oleh itu, marilah kita bermuhasabah bersama dan kektepikan agenda politik yang tidak akan berakhir hingga kiamat kerana kuasa yang penuh dengan dengai dan iri hati akan mempercapatkan lagi ke arah kehancuran dan kemusnahaan yang terbina sejauh ini.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata