Friday, July 16, 2010

PAS TAKUT LANGKAH MAYAT KARPAL SINGH

Kenyataan Karpal Singh dalam The Malaysian Insider pada 28 Jun lalu, bahawa Pas perlu melupakan hasrat untuk menjalankan pemerintahan secara Islam jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya ke-13 nanti.

Lupakan soal penubuhan negara dan pemerintahan Islam - Pas tidak layak bercakap lagi. Sebenarnya, Karpal sekali lagi mengingatkan Pas agar melupakan hasrat itu.

Selepas kenyataan peringatan dan ugutan Karpal itu, hanya Nik Aziz Nik Mat yang cuba memujuk Karpal dan meminta Karpal datang ke Kelantan kononnya inilah sisitem pemerintahan Islam yang dicita-citakan oleh Pas.

Islamkah pemerintahan yang diamalkan oleh kerjaaan Kelantan. Jika Islam , di mana pentujuk dan perbezaan dengan sistem pemerintahan kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno-BN.

Apakah dengan mengalakkan rakyat sendiri membina masjid - sperti kenyataan Nik Aziz sebelum ini kerajaan Kelantan sudah melaksanakan dasar pemerintahan Islam. Nik Aziz terlupa bahawa kerajaan islam sewaktu Tamadun kegemilangan Abasyiah, Umaiyyah dan Othmaniah serta kerajaan Islam moden hari ini - usaha menyatukan umat Islam sebagai tanda sebuah kerajaan Islam adalah membina masjid di setiap mukim.

Ini kerana masjid adalah asas kepada tempat untuk menyatukan umat, biar pun untuk sekali seminggu sewaktu menunaikan solat Jumaat. Lebih afdal - guna tempat berhimpun setiap solat fardu.

Juateru itu, masjid di gelar rumah Allah - kerana di situ bukan sekadar rumah ibadah, tetapi hakikat menyatakan rata bersatu dan merapatkan silaturahim untuk saling kenal mengenali bagaikan satu saudara seagama.

Masjid juga sepatutnya berfungsi untuk menyesaikan segalam permasalah sosial dan memiliki segala data rakyat termiskin dan miskin yang perlu dibantu, baik dari sumber wang zakat, derma, sedekah, malah sumbangan dari kerajaan.

Oleh kerana sistem pengurusan masjid kita tidak begitu terurus dengan baik - maka fugsi sebenar masjid hanya sekadar tempat menunaikan solat sahaja. Inilah silapnya kita.

Segala data kemiskinan rakyat dan permasalahan gejala sosial sepatutnya berada di masjid sebagai pengakalan data setiap mukim atau kampung.

hari ini, gereja mengalahkan fungsi masjid. Ada sesetengah gereja mengambil ruang 'kosong' ini untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada umat islam yang miskin. Akhirnya, biar berita itu tercetus, kita salahkan gereja kerana ambil kesempatan dari kemiskinan melayu islam.

Apakah di Kelantan, fungsi masjid sudah berjalan sejauh itu dan berapa banyak masjid yang menjadi fugsi sebenar untuk menyara anak yatim dari lebihan kutipan zakat setiap tahun.

Berapa banyak sumbangan setiap khariah setiap kali Jumaat yang dikutip. Berapa banyak pula hasil kutipan itu yang masjid derma untuk membantu anak-anak dikalangan golangan miskin untuk menyambung pelajaran.

Dasar Islam mana yang dipakai di kelantan, ketika kerajaan Pas sejak lebih 20 tahun dari arus pemerintahan kali ke-ll membina masjid. Soalnya, jika Pas melaksanakan dasar pemerintahan islam - masjid akan terbina lebih banyak berbanding sewaktu kerajaan Umno-BN memerintah dari 1978-1990 dulu.

Apakah dasar islam Pas yang akan ditunjukkan oleh Karpal Singh jika melawat kelantan dengan hanya menunjukkan wujudnya lesen arak dikeluarkan dan pelbagai lesen lain untuk keperluan bukan Islam.

Apakah karpal akan ditunjukkan Draf Undang-Undang Hudud Pas ciptaan seorang peguam Pas dari Kuala Terengganu yang dibayar kosnya lebih RM300,000 - yang sampai ke hari ini belum dapat dilaksanakan.

Yang lebih pelik, ketika wujud kerajaan pas di Kedah dan perak - mereka tidak tergila-gila untuk melaksanakan Hukum Hudud, tetpai lebih kepada satu kesinambungan corak pemerintahan yang ditinggalkan oleh kerjaaan Umno-BN sebelumnya.

Inilah realiti penipuan Pas. Apakah satu dasar pemerintahan Pas kononnya ingin melaksanakan pemerintahan negara Islam seperti di kelantan sekadar untuk menunjukkan setiap bangunan yang baru dibina mempunyai arca berbentuk 'kubuh' sebagai satu lambang negeri Islam.

Soalnya, benarkan pas sudah menjadi kelantan sebagai satu pemerintahan Islam seperti dicita-citakan. Apakah, dengan bersandarkepada Menteri Besar beergelar Tok Guru dari tokoh ilmuan islam - makan negeri itu secara automatik bergerlar negeri Islam.

Hakiaktnya, Pas terlalu banyak bercakap dan begitu celupar dalam setiap tutur bicara mereka. Sejak berkawan dengan DAP, pas tidak berani berdegar-degar bercakap lagi soal hukum Hudud, soal negara islam.

Pas tidak berani untuk menghapus lesen Judi di Selangor dan kilang arak terbesar yang ada dinegeri itu sekalipun berada dalam satu sekutu pemerintahan.

Hassan Ali yang sebelum ini berdegar-degar bercakap anti maksiat - kenapa tidak membatalkan setiap lesen sarang maksiat di Selangor, begitu juga Nizar sewaktu sekejap memerintah Perak.

Sebenar yang dicari oleh pemimpin Pas bukan sebuah pemerintahan Islam, tetapi mengejar satu kekayaan seperti yang berlaku dikalangan pemimpin Pas di Kelantan.

Rasuah berlaku setiap hari dikalangan pemimpin Pas dari hasil pemberian balak, tanah hutan, projek kecil Majlis kerajaan tempatan serta pembangunan projek berskala besar dari pemaju kaya.

hari ini, apabila karpal mencabar pas jangan terlalu bercakap soal negara islam, soal Hudud - pas terpaksa akur kerana mimpi mendapat undi kaum Cina akan tercapai sekali pun terpaksa mengadai maruah diri sebelum ini.

Siapa yang menuduh Umno kafir kerana berkerjasama dengan MCA, MIC dan parti kaum lain di atas nama Barisan Nasional. Hari ini, Pas tidak menjadi kafir kerana cakap-cakap dan tuduhan mereka sendiri apabila berkawan dengan DAP yang mula menutup mulut mereka bercakap soal Islam.

MCA. MIC dan parti lain yang berada dalam Barisan Nasional tidak pernah mengunggut agar Umno tidak bercakap soal pembangunan islam kepada umat melayu Islam. Segala dasar dalam pentadbiran kerajaan pusat berteraskan asas islam.

membantu rakyat termiskin - bukankah itu tuntutan islam. Membuka tanh rancangan untuk menempat golongan miskin tidak bertanah melanggar hukum islam. Siapa penghuni Felda sebelum kerajaan menempatkan mereka di tanah rancangan Felda, Felcra, Kesedar, Dara, Ketengah dan sebagainya.

Apakah hukum gantung dan bunuh kepada pengedar dadah dan penjenayah tegar itu bukan dari tuntutan Hukum Hudud. Apakah kita hanya melihat hukuman rotan 100 kali sebab kepada penjenayah zina dan potong tangan kepada pencuri jalanan baru disifatkan sahnya Hukum Hudud.

Islam itu terbuka luas, bukan sekadar soal hukum. Memasukan penjara kepada pencuri jalanan dan penjenayah degar sambil mendidik untuk berubah menjadi lebih baik - bukan dari sebahagian tuntutan Islam.

Bukan Islam mengajar kita bahawa - memaafkan itu lebih baik dari menghukum dan berdendam. Hukuman itu adlah jalan terakhir dalam keilmuan Islam, jika sesuatu itu sudah tidak terkawal lagi. Apakah kita mahu menidakan bahawa Allah s.w.t itu Maha Pengampun dan lagi Maha Penyayang kepada umatnya.


Allah s.w.t juga lebih tahu kepada siapa hidauyah mahu ditiupkan untuk berubah menjadi manusia sejati. Setiap kejahatan insan itu adalah sempadan bagi yang beriman sebagai tauladan dan sempadann kehidupan.

Jangan terlalu mudah menghukum dengan gelaran kafir jika orang tidak sehaluan dengan kita. Apakah kita sudah jauh beriman dari orang yang kita tuduh sedangkan Nabi Muhamad s.a.w tidak melakukan demikian.

Siapa kita dan sioapa pas pada hakikat sebenar. hari ini, jelas Pas terlalu takut untuk melangkah mayat karpal Singh dan tidak mahu terpisah dengan DAP.

Barangkali hasil dari cabaran karpal itu, timbul bibit kesedaran dalam jiwa Nik Aziz yang mula berlembut apabila ramai pihak mengajak Pas dan Umno bersatu demi kepentingan umat Melayu yang 100 peratus beragama islam.

Umno memang membela dan pembela Melayu. Membela nasib Melayu itu secara automatik memartabat Islam kerana Islam itu menjadi autan bangsa Melayu. Inilah yang dikatakan perjuangan yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Apakah kerana kita hebat memiliki 'ilmu Islam' maka kita boleh menjatuhkan hukum sesuka hati. jangan kerana setitik kuasa kita menjadi begitu ghairah untuk menyesat orang lain dengan palbagai kata nista dan membuat tuduhan buruk ke atas sesama Islam. Berfikirlah jika kita mengakui pengikut Umat Muhamad Rasullah s.a.w

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata