Tuesday, July 13, 2010

ISLAM TIDAK SAKIT: MELAYU TERLUPA SEJARAH

Pertamanya, kenapa hanya di Semenajung Tanah Melayu - bumi bertuah ini seorang bergelar Melayu itu menerima Islam sebagai agamanya. Di bumi Arab - yang bergelar Arab pun bukan semua yang menganuti ajaran Islam, sedangkan di situlah tempat turunnya keseluruhan para Nabi dan Rasul utusan Allah s.w.t.

Biarpun, di Jawa, China dan India berpuluh kali ganda penganut ajaran islam dari yang wujud di bumi Melayu ini, tetapi rahmat Islam itu membelit dalam kelompok bergelar Melayu.

Islam dan Melayu itu sebati. Tidak ada Melayu yang lahir di bumi Melayu ini akan bergelar anak Kristian, Yahudi atau Nasrani. Yang lahir itu akan tetap automatik bergelar melayu yang agamanya adalah islam biarpun ibubapanya ketagih arak, kaki zina dan pangih dadah atau tidak bersolat.

Sejarah itu sebenar cukup bernilai untuk dikaji. Islamnya seluruh bangsa bergelar Melayu bukan kerana dakwah dan peperangan yang memaksa Melayu di bumi Tanah Melayu ini bergelar Islam.

Islam itu menjadi sebati dengan bangsa Melayu kerana ketaatan mereka kepada al-Sultan yang memerintah mewakili bangsa Melayu. PengIslaman al-Sultan membawa kepada pengIslaman seluruh jiwa Melayu.

Islam hampir menjadi satu kuasa yang besar di negara China. Tetapi pembesar China cepat sedar pengaruh besar Bidak Cheng Ho yang menjadi kepercayaan Maharaja China ketika itu menghampiri pengIslaman Maharajanya.

Akhirnya, Cheng Ho di arah agar belayar untuk menjalin hubungan diplomatik China dengan negara-negara maju lain ketika itu. Cheng Ho yang hebat itu digelar Laksamana, maka Maharaja China terselamat dari memeluk Islam.

Jika maharaja China ketika itu berjaya diyakinkan untuk memeluk Islam, hari ini sudah pasti bangsa China akan menjadi penganut ajaran islam. Ini kerana kesetiaan bangsa China kepada Maharajanya begitu kuat. Ia tidak ubah seumpama bangsa Melayu yang setia kepada Al-Sultannya.

Pembinaan Tembok Besar China yang mengorbankan puluhan ribu bangsa China, adalah untuk menghalang serang puak Han yang beragama Islam dari menakluk dan menyebarkan ajaran islam.

Hari ini, al-Sultan yang menjadi pewaris kepada pengIslaman bangsa melayu mula dicaci dan di hina oleh bangsa melayu Islam sendiri. Ianya berpunca dari sengkita politik yang sering mendabik dada bahawa perjuangan mereka lebih betul hingga terlupa untuk melihat kewajaran sejarah.

Sultan melayu yang mengislamkan umat bergelar Melayu dan pengisian ilmu itu diteruskan oleh pendakwah dan ilmuan Islam atas arahan pentadbiran Istana. Islam dijadikan asas kepada pemerintahan kerajaan beraja ketika itu hingga ke hari ini.

Hari ini, Melayu yang mengakui diri mereka Islam mula bertelagah sesama sendiri. Kemunculan parti politik moden yang menjurus kepada kegiatan meraih kuasa untuk berkuasa hingga lupa budaya, adat malah membelakangkan soal dasar hukum islam itu sendiri.

Mengapa Melayu mudah lupa sejarah. Apakah perkelahian politik sejak Merdeka hingga kini akan menghancurkan perpaduan Melayu. Apakah Pas dan Umno bergaduh akan menguntungkan Melayu Islam. Apakah perkelahian politik ini akan menjadikan syiar Islam semakin bercahaya dan berkembang luas.

Sebenarnya, pertelingkahan soal politik Umno dan Pas lebih mendewasakan Melayu untuk terus memperkasakan kekuatan Melayu. Tetapi, jika Islam dibabitkan dan saling tuduh menuduh hingga ke tahap orang Islam pun di kafirkan - ia sudah menjadi perkara yang melampau.

Sudah terlalu lama Pas membawa isu mengkafirkan anggota-anggota Umno, tetapi umat melayu islam masih lagi mempertahanakan kerajaan Umno-BN. Isu kafir mengkafir ini tidak meninggalkan kesan besar kerana setiap umat Islam begitu matang berfikir untuk menilai kesempurnaan islam itu sendiri.

Umat islam tidak akan menjadi kafir dengan hanya berkawan dan orang kafir untuk membentuk sebuah negara yang aman dan kekal merdeka yang terisi dengan pelbagai pembangunan untuk kemakmuran rakyatnya sendiri.

Hakikatnya umat islam boleh berfikir bahawa di zaman nabi Muhamad s.a.w sendiri, banginda bersahabat dengan Yahudi dan golongan kafir lain demi menyakana keamanan negara Madinah.

Perjanjian Hudabiyah adalah inti kepada perlunya sebuah kesepaduan semua kaum jika ingin menjadikan negara yang tersisi dengan pelbagai bangsa itu aman dan maju. Justeru itu, Umno menjadikan asas Perjanjian Hudabiyyah itu sebagai asas kepada Kontrak Sosial pasca merdeka.

Hari ini, Malaysia muncul antara negara islam yang begitu pantas maju dan begitu aman damai yang diseliputi pelbagai kemakmuran sekalipun terisi pelbagai bangsa dan kelainan ajaran agama.

Inilah kebijaksanaan yang terjunjung oleh kecerdikan pemimpin Umno terdahulu yang kekal hingga ke hari ini. Melayu islam diutamakan untuk kekal mempertahankan satu Tamadun Melayu Islam.

Melayu islam itu dimartabat dan dijulang menjadi bangsa yang mula mengenal kehebatan diri, tanpa membelakang dan menidakkan hak bangsa lain. Bangsa lain juga dimartabat bersama tanpa ditekan dan dipinggirkan.

Adakah kerana kemajuan dan keselesaan hidup yang dicipta ruangnya oleh kerajaan Umno-BN membuat Melayu Islam mula lupa diri dan berfikir bahawa semua kejayaan itu kerana kehebatan dan bakat mereka sendiri.

Mutakhir ini, Melayu menjadi pertaruhan politik kuasa. Melayu menjadi sasaran perpecahan hasil dari pertelagahan pas dan Umno.

pas sedar isu kafir mengkafir tidak memberi kesan besar untuk meraih pengaruh besar untuk menjadi penguasa malaysia. Akhirnya, pas yang kononnya berjuang atas nama Islam hingga menidakkan perjuangan islam orang lain - tampil menggunakan modal 'FITNAH' untuk membusuk minda Melayu.

Kafir mengkafir diketepikan untuk menghalalkan Pas sendiri boleh berkawan dengan DAP dan PKR yang jelas menolak perjuangan Islam.

Justeru itu, pas kini mula terperangkap dengan dakyah yang dibawa sebelum ini. pas juga tidak boleh lagi untuk tampil dan mendabik dada untuk menjadikan Malaysia sebuah negara islam kerana DAP akan menentang dasarnya.

Realitinya, Malaysia sudah menjadi sebuah negara Islam. Umat islam dan bangsa lain juga turut makmur di dalamnya. Apakah pas akan terus mengadai nama islam dengan terus menabur Fintah di sana sini seolah-olah mereka bukan pejuang versi Nabi Muhamaad s.a.w.

lantaran itu, politik melayu islam akan hancur dan dihancurkan oleh pengolakan sesama Islam. Hingga sampai waktu, Melayu islam tidak perlu menangis jika kuasa politik dirampai oleh 'orang lain'. Fikirlah.....jangan sampai yang dikandung berciciran dan yang dikejar tidak dapat.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata