Sunday, August 8, 2010

BANJIR PAKISTAN: BALA ATAU MUSIM

Dunia hari ini tertumpu ke Pakistan yang secara luar biasa di landa banjir besar. Kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku di Pakistan yang terisi lebih 130 juta umat dan lebih 96 peratus adalah Islam.

Banjir yang tidak memberi tanda akan surut sudah masuk minggu kedua, malah semakin parah apabila lebih 2 juta penduduk sudah di pindah di kawasan selatan wilayah Sindh, satu wilayah yang begitu padat dengan penduduk. Amaran 'merah' terus diberi oleh jabatan Kaji Cuaca - menandakan banjir ini tidak akan berhenti dalam tempoh waktu terdekat.

Sebenarnya, apa yang sudah berlaku di bumi Islam ini. Jika dahulu beratus ribu penduduk Aceh kehilangan nyawa kesan dari Tsunami, banjir di Pakistan juga tidak ubah seumpama Tsunami yang kini sudah meragut hampir 2,000 nyawa. kesan lain, jutaan penduduk hilang tempat tinggal akibat di bawa arus deras.

Arus ini bukan setakat mengancam nyawa, tetapi membuat kawasan inii menjadi padang jarak padang terkukur dengan kemusnahan besar kepada hidupan dan pembangunan. Selepas banjir ini berakhir, ia memberi kesan sosial kepada penduduk islam yang rata begitu miskin.

Dalam sejarah Islam , banjir besar ini adalah satu 'hukuman' kepada pengikut nabi Noh a.s. banjir besar yang dihadirkan oleh Allah s.w.t adalah untuk membersihkan segala dosa yang tercemar oleh perbuatan manusia.

Itulah yang saya sifatkan, apakah banjir besar yang luar biasa melanda Pakistan ini kerana satu 'bala' atau kerana seringnya musim tengkujuh yang membuat pakistan banjir besar.

Banjir besar bukan setakat melanda pakistan, tetapi juga beberapa wilayah di negara China. Soalnya, kenapa terlalu luar biasa pada peradaban hari ini, terutama di Pakistan.

Jika banjir ini satu bala, itu bermakna satu pembetulan perlu dibuat. Jika Aceh dilanda Tsunami kerana keadaan di bumi itu sendiri sudah berlaku banyak perkara karut marut, Tsunami itu adalah satu amaran agar umatnya kembali kepada ilmu Tauhid tanpa menyengutukan yang lain.

Pakistan adalah bumi Islam yang kedua terbesar disegi jumlahnya dan kedua selepas Indonesia di segi bilangan penganutnya. Apakah, banjir ini juga untuk membersih beberapa fahaman yang karut marut dan 'tidak ada kesepaduan' dikalangan umat Islam sendiri.

Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah untuk kita berfikir dan mengajurkan kita bermuhasabah diri untuk kembali kepada ajaran tauhid yang benar.

Jika diperhatikana kepada kejadian ini, aia amat menakutkan. Apakah perkara seumapam itu hanya akan ebrlaku di negara lain, bukan di negara kita tercinta ini.

kepada saya, jika kita sudah melampaui batas dan mempunyai sikap diri yang angkuh serta sudah ada dikalangan ilmuan tinggi ajaran islam sudah saling hina menghina dan merendah martabat masing-masing , jangan ingat bala sebegini akan terlepas dari bumi ini.

Negara kita, saban tahun sering di landa banjir, sama ada secara bermusim atau di luar musim - banjir kilat. Kita tidak mahu musibah ini melanda kita dan diharapkan agar kita semua merenung secara 'hakiki' untuk terus bersyukur dan bersatu hati dikalangan kita.

Esok, sesatu yang kita tidka boleh 'membaca'nya. Namun, kepada saya 'air' adalah satu hikmah untuk membersihkan segala 'kekotoran' atau membersih dosa yang terkurung di muka bumi ini.

Selepas air itu berlaku, jika kita bersyukur - kita akan diberi kurnia dari segala rahmatNya.

Sebenarnya, kebimbangan ini seakan terkurung dalam pemikiran saya. Kenapa harus sesama ilmuan Islam saling tuduh menuduh dan memperlekeh ilmu aorang lain hanya kerana dianjur agar umat islam bersatu hati. Apakah ini ajaran islam yang diajar dan disampai kepada kita.

Adakah niat untuk mengajurkan agar umat Islam bersatu hati, berfikiran bijaksana dan berhikmah wajar ditentang dengan segala hinaan. Apakah Islam yang kita pikul saja yang betul dan orang lain semua salah.

Sewajarnya, ilmuan Islam perlu lebih berhikmah dan bijaksana. Jika ada satu permasalahan perlu duduk semeja dan berbincang dalam keadaan saling hormati dan menghormati. Apakah musawarah ini tidak diajar dalam Islam.

1 comment:

  1. mungkin kerana pakistan mebantu amerika mengempur taliban.

    ReplyDelete

Jangan Pandang Sebelah Mata