Jika diperhatikan di mana-mana, seakan satu gerakan dilancar oleh membenci fahaman Wahabi, malah dikaitkan Wahabi ini dengan Dr Asri, selain tertunding jari ke arah bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim.
Apa salah Wahabi dan pertentangan ilmu hukum berbading fahaman lain. Apakah Wahabi sudah menghalal yang haram dan menghalalkan yang haram. Apakah Wahabi bercangah dengan wahyu Allah s.w.t dan sunah Nabi Muhamad Rasulullah.
Akhirnya ini, muncul seorang anak Kelantan bergelar Zamihah Mat Zain. Kononnya, pelajar ini pernah belajar di Jordan bersama Asri. Saya tidak tahu sejauh mana pencapaian diri Zamihah ini.
Jika pelajaran dan peperiksaan diulang-ulang, barangkali 'otak' tak begitu pintar. Saya difahamkan Zamihah ini adalah bukan setakat mirip perjuangan Pas, malah penyokong Pas sewaktu di Kelantan, Jordan.
Tetapi, bau Pas itu nampak hilang selepas diberi jawatabn dalam kerajaan, tetaoi hati siapa yang tahu untuk dia terus kekal menjadi pendokong perjuangan Pas.
Soalnya, kenapa Dr Asri di serang Zamihah. Apakah masalah peribadi di Jordan terus di bawa pulang ke Malaysia. Apakah kerana Dr Asri begitu menonjol dan begitu muda mewakili Perlis menjaga kemulian dan kesucian ajaran Islam sebagi Mufti, ketika Zamihah hilang terkebelakang.
Asri dituduh Wahabi dan cuba menyesatkan orang ramai untuk menerapkan ajaran Wahabi. Itulah serangan pertama Zamihah selepas Asri ditahan di Selangor oleh JAIS.
Sebenarnya, akhir-akhir ini diakan ada kecendurungan dan kegilaan baru dikalangan ilmuan Islam cuba mempertahankan ilmu masing-masing. Inilah kebodohan puak-puak berilmu yang begitu riak untuk mencari nama dan pengaruh.
Siapa akan sedia 'bertaruh' bahawa penyokong Wahabi akan berada di Neraka dan sesat. Siapa berani berkata semua aliran Sunnah Wal Jemaah akan masuk Syurga.
Saya bosan semua mula mempersoal tentang Wahabi, malah perlbagai dakyah lain. Adakah orang Wahabi tidak solat dan melarang orang bersolat, berpuasa, menunai haji dan sebagai amalan lain.
Dalam ilmu Islam ini, yang berbeza cuma kaedah, bukan dasar. kapal terbang tetap kapal terbang, kereta tetap kerert5a - cuma jenamanya lain dan keluarannya kilang berbeza (mazahab). Semua kenderaan itu pakai petrol, minyak hitam dan sistem aliran angin.
Tetapi, kalau satu proton kemalangan, apakah kilang yang salah. Bukan semua yang pendu kereta itu akan kemalangan.
Fahaman Wahabi tidak salah disegi hukum. Yang bertentangan adalah disegi kaedah dan cari pembawaan yang tidak diada-adakan.
Apakah salah tidak baca talqin, baca Qunut, tahlil dan bacaan yassin beramai-ramai. ini hanya satu kaedah, bukan hukum.
Saya dulu diajar baca Qunut ketika solat Subuh, tetapi selepas pulang dari Mekah, saya tidak lagi membaca Qunut. Apakah saya berdosa kerana tidak baca Qunut. Saya tidak diberitahu bahawa di Mekah dan Madinah, Iman tidak membaca Qunut.
Jika di depan Kaabah, iman tidak membaca Qunut. Ini bererti jangan kita bersoal pasal Qunut.
Jika ulama kita bertelagah secara terbuka dan mengaib sesama sendiri bukan atas perkara yang benar-benar hukum - inilah yang dikatakan 'bodoh' kerana ia boleh menghancurkan kemulian ajaran Islam itu sendiri.
Kepada orang lain, jika ulama sesama ulama bergaduh - tidak salah jika kehidupan umat islam biasa hidup tunggang langgang.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata