Friday, June 11, 2010

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA: PAS SASAU

Muktamar Pas ke-56 berlangunsung di PUTIK, Pengkalan Chepa Kelantan bermula dua hari lalu. Yang di nanti setiap kali muktamar adalah ucapan dasar Presiden parti sebagai 'wacana memperkasakan intifadah perjuangan'.

Haji Hadi Awang adalah Presden Pas yang mengutarakan gagasan 'Islam Adil Untuk Semua' dan begitu tegar menyerang dan mempersalahkan kepimpinan Umno dan Bn secara total, kononnya selepas 53 tahun Malaysia merdeka, kerajaan pimpinan BN gagal membawa kebaikan, malah bencana kepada negara termasul soal perkauman.

Bila meneliti ucapan dasar Haji, ia tidak ubah seperti pelajar sekolah yang menasihat seorang guru. Pelajar menganggap mereka begtu bijak dan pandai lebih dari seorang guru.

Pas selepas berada dalam Pakatan Rakyat kini semakin tertekan dan 'bisu' dalam melontar keinginan membna sebuh negara islam, Hudud dan pelbagai lagi perkara momokan sebelum ini.

Ucapan Hadi tidak ubah seperti pisau yang menikam diri sendiri. Pas sebelum ini begitu beria-ia mehu melaksanakan Undang-undang Islam - Hudud. Tetapi, kali ini selepas seian lama begitu garang bercakap soal hudud - mengakui bahawa Pas tidak mampu untuk melaksanakannya.

Akhirnya, Pas mempersalahkan Umno-Bn yang menekan 'omongan kosong' politik Pas soal Hudud.

Hari ini, kenapa Pas baru mengaku ketika pilihanraya ke-13 kian dekat dan ketika begitu lena di buai mimpi bersama DAP dan PKR.

JAWAPANNYA terlau mudah. PAS tidak akan bercakap soal Hudud lagi kerana takut menghadapi tekanan DAP dan penolakan kaum Cina. Pas juga tidak akan bercakap soal membina sebuah negara Islam kerana nama "islam itu pantang untuk DAP'.

Ucapan dasar Haji lebih berkisar kepada soal isu perkauman dan menghentam UMNO-BN kerana masih gagal membentuk satu bangsa pelbagai kaum hidup bersatu padu.

Pas sebenarnya terlalu hipokrit. Seawal merdeka UMNO sebagai parti teras orang Melayu yang 100 peratus Islam mengambil iktibar dari Perjanjian Islam pertama - Hudabiyyah yang menytukan semua kolompok kaum untuk bersatu membina negara - akhirnya dikecam oleh Pas.

Pas mengkafirkan Umno kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC serta parit-parti lain bawah bendera Perikatan dan kini menjadi BN. Pas menolak Umno dengan palbagai tuduhan kafir 'berikat' dengan bukan islam.

Hasil kerjasama yang erat dalam Bn itu, Malaysia berjaya muncul sebagai sebuah negara yang begitu maju dan makmur tanpa huru hara kaum dalam tempoh 53 tahun merdeka, ketika negara lain yang seusia kemedekaan masih terkial-kial membina sebuah negara maju dan makmur serta aman.

Pas sebenar terlalu berbelit dalam isu ini.Hari ini, ketika mereka bertemankan DAP yang nyata menolak sebuah perjuangan Islam - Pas mengelak untuk mengkafir dan bercakap soal dasar Islam.

Pas menuduh Umno-BN gagal dalam sisitem pendidikan Islam. Pas perlu melihat sekeliling dan ahli-ahli Pas yang dikatakan begitu bijak pandai - adalah dari sistem pendidikan mana.

Apakah sistem pendidikan hari ini gagal. Jika Pas mengakui mereka hebat, sistem pendidikan mana mereka pakai. Jika sistem pendidikan mereka boleh melahirkan masyarakat bermoral - kenapa Kholila boleh hancur dan gejala rasuah dalam kepimpinan Pas sendiri berlaku.

Hadi sendiri jangan menafikan bahawa dirinya bersih ketika menjadi menteri besar Terengganu kerana dirinya juga terbabit dengan rasuah hasil pemberian konsesi balak.

Pemimpn Pas jangan ingat mereka begitu bersih dari hasil rasuah dan begitu mudah untuk menuduh orang lain terbait rasuah dan penyelewengan. Sebagai orang yang tahu banyak ilmu agama islam - melakukan adalah dosa yang berkali ganda bahananya.

Sebab itu, saya ketawa bila meneliti ucapan Hadi. Ucapan hadi sebenarnya menikam diri sendiri dan untuk mereka belajar menginsafkan diri sendiri.

Soal Pas menuduh Umno zalim ini bukan baru. Cari di mana kezaliman Umno dalam pemerintahannya. Apakah sudah ada pemimpin Pas di bunuh kerana mengkafirkan umno.

Golongan pemimpin Pas yang kononnya begitu tinggi ilmu Islam sebenar - bodoh mentafsirkan Islam itu sendiri. cari, renung dan fikirlah sendiri ....kerana Pas jauh sasar dan gila muyam di akhir-akhir ini.

Ingat - orang Islam itu pemimpin kepada kaum lain - bukan menjadi pak turut kepada bukan islam. itulah maruah islam. Umno yang menjadi teras umat islam adalah pemimpin kepada kaum lain, bukan pak turut macam Pas dalam Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata