Sunday, December 13, 2009

NAJIB : WUJUDIAH FISABILILLAH

Minggu lalu, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, berlepas ke Bangkok untuk bertemu rakan sejawatnya, Abashit dalam usaha memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Thailand, selain agenda memperkasa kedudukan masyarkat Islam di Selatan Thai yang seakan hidup `sengsara dalam kemerdekaan'

Najib bukan ulama pewaris Nabi Muhamad s.a.w, tetapi insani Melayu yang menerima Islam sebagai wadah dakwah dan perjuangan ke arah membina satu umat Islam yang hebat dan makmur dalam kehidupan fana.

Najib juga bukan orang yang mendabik dada `lebih Islam dari Islam orang lain', tetapi memiliki naluri Islam yang kuat untuk memperkasa umat Islam biarpun bukan dari dalam malaysia sendiri. Najib cuma memiliki keIslaman yang menuntut setiap umat Islam itu adalah pemimpin untuk saling membetul dan memperingati antara satu umat Islam dengan umat Islam lain seumpama 'mencubit paha kiri, paha kanan pun ikut terasa' sakit cubitan itu.

Najib memiliki naluri yang besar sebagai pemimpin dari dunia Islam yang kini diiktiraf sebagai 'pembawa obor kecemerlangan' umat Islam di Malaysia, kepercayaan pemimpin luar untuk mempekasa umat Islam di bumi mereka dengan cara meminta pandangan dan nasihat dari Najib.

Bukan hanya Thailand meminta bantuan Malaysia bagi menyelesaikan kemelut krisis kepercayaan umat Islam di Selatan Thailand, malah Filipina jua meminta bantuan yang sama untuk krisis panjang soal pembebasan MORO di Selatan Filipina - Mindano.

Jika Najib bukan pemimpin Islam yang diiktiraf keIslamannya seantero dunia (kecuali Pas yang menuduh Najib kafir kerana memimpin Umno), mana mungkin Thailand dan Filipina meminta bantuan dan pandangan Najib. Jika sebelum Najib, Tun Mahathir diminta oleh Taksin dan Arroyo untuk menyelesaikan konflik panjang mereka.

Kejayaan BN-Umno yang menerajui kerajaan Islam di Malaysia hingga berjaya mencipta sebuah bangsa Melayu Islam yang begitu beermartabat, kini Malaysia di minta membantu menyelesai konflik. Inilah nilai dakwah Islamiah yang diajar oleh Allah s.w.t yang diperturunkan amanatnya kepada Muhamad Rasulullah.

Najib adalah pemimpin dunia Islam dalam pemikinan, selepas Tun Mahathir. najib baru mengambil alih teraju pemerintahan dan aliran daya fikir ke arah memartabat umat Islam bukan sahaja terbatas di Malaysia, malah ke seantaro dunia.

Kenapa Thailand dan Filipina tidak meminta bantuan pemimpin Islam dari Indonesia yang bilangan umat Islam paling ramai di dunia dan kenapa pula tidak terus kepada negara penjaga Kaabah untuk menyelesaikan konflik umat Islam di Thailand dan Filipina.

Inilah satu nilai yang perlu direnung oleh umat Melayu Islam. Adakan pemimpin Pas di kelantan mengambil berat dan menghulur bantuan kepada masyarakat Islam yang tertindas di Selantan Thailand. Jika hampir dengan piliharayan umum saja, menteri Besar Kelantan, Nik Aziz kerap ke selatan Thai konon untuk berdakwah dan merapat hubungan silaturahim.

Tetapi, hakikat kepada lawatan itu adalah untuk bertemu pengundi Islam rakyat Thai yang memilik dua kerakyatan untuk merayu undi dan memain sentiman agar menolong Pas untuk menentang puak kafir dari Umno. Selepas pilihanraya umum, lawatan itu tidak akan berlaku kerana bukan ada kepentingan politik.

Minggu lalu, umat Islam di selaatan Thai menadah kesyukuran dengan lawatan Najib bersama Abashit untuk menyelasikan segala konflik yang ada. Najib tidak boleh cxampurtangan dalam soal negara jiran, cuma sekadar memberi idea selain bantuan yang termampu mengikut syarat yang dibenarkan oleh pemimpin negara jiran.

Masyarakat Islam selatan Thai wajar bersujud syukur dengan kehadiran Najib yang dituduk kafir oleh Pas. Yang penting lontaran dari perbincangan hati kehati dengan Abashit akan membuahkan hasil biarpun bukan dalam satu jangka pendek.

Lawatan itu sebenarnya berjaya membawa sesuatu sinar baru kepada umat Islam di Selatan Thai. Tunggulah chayanya nanti dan berdoa, berusha dan bersabar menanti rahmat Allah s.w.t.

Najib tidak mampu berdoa macam Nik Aziz. Nik Aziz punya doa hebat membuat semua musuh politiknya pecah perut atau mati macam sundal. Nik Aziz punya doa memang di restui Allah s.w.t, sebab itu doa Nik Aziz lebih 30 tahun untuk perintah Malaysia sudah berjaya. Pas dah perintah Malaysia dan Pas sudah mendapat restu Allah s.w.t kerana sudah berjaya melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan - satu-satunya negeri dalam dunia Islam yang berjaya melaksakan hukum Islam 100 peratus. Semua ini berlaku kerana `berkat doa Tok Guru Nik Aziz' kata orang Kelate.

Doa Nik Aziz memang berkat di diterima Allah s.w.t, sebab itu Nik Aziz sentiasa sihat dan tidak pernah di rawat oleh mana-mana hospital di Malaysia kerana Allah s.w.t perkenan doa untuk kesihatan dirinya.

Soalnya, kenapa Nik Aziz terlepas pandang untuk mendoakan umat Islam Pelastine bebas dari cengkaman ganas Israel dan dapat menguasai kembali Baitulmuqadis ketika Pas juga beria-ia mengutip Tabung Derma Pelastine. Cuma satu saja nak tanya, apakah semua derma yang diperolehi atas Tabung Pelastine itu di serah untuk kepentingan rakyat Pelastine. Ini satu persoalan. Begitu juga Tabung Derma Mamali. Apakah wang Tabung Memali itu digunakan untuk menukar wajah kehidupan keluarga yang tertipu dengan dakwaan 'mati syahid'.

Najib terpanggil oleh Abashit untuk mendapat pandangan penelesaian kemelut di selatan. Biarpun, lontaran pandangan Najib soal kuasa-kuasa outonomi dalam hal-hal tertentu di tolak oleh mejoriti Perlimen Thailand, biarpun seawalnya Abshit menrima idea Najib, ia cuma sekadar satu perdebatan emosi.

Umat Islam di Selatan Thai tidak boleh tamak menuntut kuasa, jauh sekali untuk bebas dan merdeka. Ketentuan Allah sw.t patut di terima bahawa suatu waktu dahulu Pathani terkenal dengan kehebatan dunai Islam, tetapi dugaan Allah s.w.t agar umat Islam Petahani hidup di bawah satu kuasa bukan Islam ada rahsia di sebaliknya.

Sudah waktunya, umat Islam di selatan Thai bangkit dan membuktikan kehebatan Islam dengan berjaya dalam segala bidang. Mengeluh dan merungut bukan jalan penyelesaian. Mengeluh dan merungut akhirnya kita akan menyalahkan Allah s.w.t atas takdirnya. Umat Islam di Selatan Thai dahulu adalah cukup hebat dan kehebatan dan martabat itu perlu dizahirkan kembali untuk membuktikan bahawa Islam boleh berjaya biarpun hidup di bawah pemerintahan bukan Islam.

sebenarnya, tanpa sedar bahawa lawatan Najib cuba disbotaj oleh pihak tertentu. Barangkali kegagalan Cheng Peng untuk bertemu Najib dalam lawatan ke Narathiwat di sambut dengan dentuman bom selema dua tiga hari berturut-turut, tanda protes.

Tidak dinafi kunco-kunco Cheng Peng masih melata, tetapi caranya mungkin tidak seperti dahulu. Hari ini, gerombolan komunis dahulu tampil menjadi pedagang dan rakan subvesif luar jangka. Malah, mungkin ada yang terlibat dengan kongsi gelap dan pengedaran dadah untuk menjahanamkan anak muda Islam di Malaysia. Mereka ini berpengkalan di Naratihwat.

Sewaktu lawatan Najib di Selatan Thai, beberapa sepanduk bersentiman - 'PATAHANI ADALAH SEBAHAGIAN DARI MALAYSIA' dan 'KAMI MAHU MERDEKA BERSAMA MALAYSIA' tergantung untuk membuat kekalutan baru antara hubungan erat Malaysia-Thai.

Siapa yang cuba bermain api sentimen dari keikhlasan Najib untuk membawa era baru kepada umat Islam selatan Thai. Apakah ia dirancang oleh Cheng Peng, Anwar Ibrahim atau Pas. Jika dilihat sepandudnya, corak tulisan itu seakan dicetak di Malaysia dan di bawa ke Narathiwat. Sepanduk itu diturunkan oleh polis dan tentera Thai.

Apapun, usaha Najib dan Malaysia bumi Islam untuk meilhat umat Islam negara lain sampai ke benua Afrika adalah ikhlas atas nama perjuangan dan dakwah jihad Islamiah secara diplomasi. Muga umat Islam seluruh dunia lebih bermartabat jika kita saling bahu membahu ke arah kebaikan atas tuntutan ajaran Allah s.w.t yang satu.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata