Thursday, December 24, 2009

MACAM MANA BOLEH HILANG: ATM MALU BESAR

Kecoh sehari dua ini tentang kehilangan enjin pesawat pejuang F5E. Soalnya, kenapa kehilangan misteri yang sudah berlaku dua tahun lalu baru pecah. Berita awal, cuma satu enjin..tetapi tiba-tiba menjadi dua pula mutakhir ini.

Nilainya bukan sedikit dan dianggar mencecah RM 100 juta. Kepada saya, bukan nilai duit yang menjadi perkiraan, tetapi 'maruah' Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TUDM lebih mahal dari nilai duit sejumlah itu. 'Maruah' tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Lebioh memalukan kerajaan, kehilangan dua tahun lalu, tiba-tiba baru sekarang menjadi bising dan baru pula diserah kepada polis untuk siasatan terakhir. IO ajuga membabitkan Peguam Negara. Soalnya kenapa. Kenapa p[ula tidak dua tahun lalu.

Apakah, enjin yang nilainya puluhan juta itu jika ditemui masih dalam keadaan baik. Kenapa pula enjin ini boleh dijual untuk kegunaan siapa di Argentina. Kerajaan Argentina bukan negara komunis dan angkatan Tentera negara itu terpaksa pula membeli barang curi. Atau enjin itu dijual kepada anggota penganas yang berpengkalan di Argentina.

Kes kehilangan enjin pesawat TUDM ini sudah menjadi satu krisis misteri dunia. Soalnya, bagaimana begitu mudah komponen enjin yang sebegitu besar begitu mudah di bawa keluar dari negara ini. Pengkalan TUDM yang begitu dikawal rapi dan tempat-tempat rahsia tidak boleh di datangi oleh orang luar, termasuk anggota tentera yang tidak berkenaan, apa lagi orang awam.

Jika diukur kepada kehilangan ini, jelas kawalan keselamatan bawah jagaan tentera terlalu mudah dirempuh mnusuh. Tentera Malaysia sudah tidak amanah lagi untuk menjaga amanah yang diikrakan. Inilah yang dikatakan 'maruah'.

Lebih pelih dan aneh lagi, kehilangan enjin F5E milik TUDM, tetapi Pengilma TUDM ketika itu, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, kini ditebal pula menjadi Penglima ATM. Sewajarnya, beliau tidak layak kerana perlu bertanggungjawab atas kehilangan yang memalukan negara.

Azizan jika berada di Jepun, bukan sekadar meletak jawatan, tetapi membunuh diri demi maruah kebertanggungjawaban atas amanah jawatan, peribadi dan mamruh negara. Tetapi, di Malaysia yang terlibat dalam kehilangan misteri boleh terus memegang jawatan tertinggi.

Bukan setakat kehilangan enjin TUDM, tetapi satu siasatan juga perlu dilakukan atas kenderaan pegawai kanan TUDM Gong Kedak yang kemalangan ketika menyeludup mercun dari Thailand. kenderaan Toyota Fortuna itu rosak teruk dalam kemalangan dan berlaku penipuan dalam tukar ganti kulit model sama yang dibeli secara sendikit.

Sebenarnya, terlalu banyak 'perut ikan busuk' berlaku di pengkalan tentera jika ingin di dedahkan. Pengawai-pegawai kanan di pengkalan tentera yang mempunyai kuasa mengagih-agih projek mempunyai kroni-kroni masing-masing untuk berkongsi keuntungan dengan kontrakktor peribadi. Ini berlaku di mana-mana.

Ini belum diambil kira keruntuhan moral di kalangan pegawai-pegawai kanan tentera yang mengusung perempuan untuk bersuka dan berhibur di mes-mes pegawai, dari berkeroke hingga ke tempat tidur.

Soalnya, di mana Kagat yang diberi tanggungjawab untuk menghapus segala kemungkaran di kalangan anggota Tentera yang mejoritinya Melayu Islam. Masih ramai yang tunggang langgang dengan tahi arak.

Sudah waktunya, Menteri Pertahanan Dato' Zahaid Hamidi yang dikira lebih Islami membuat 'sport cek' di mes-mes pegawai bagi memulih masalah keruntuhan moral di kalangan pegawai tentera. bukan sekatat berkaroke, menagih arak, malah ada di setengah tempat sudah ada terbabit dengan dadah dalam bentuk biji mutakhir ini.

Memang, keselamatan negara sudah jauh lebih aman berbanding zaman daruratdahulu. Komunis dan musuh negara yang nyata sudah tidak mengganggu gugat keselamatan negara, tetapi kini anggota tentera terutama pegawai kanannya mula berperang dengan gejala sosial, TUDM lebih-lebih lagi. Pergilah ke Gong Kedak. Mungkin selepas datang 'Boss' baru, Faudzi, akan ada perubahan yang lebih islamik atau akan terus kekal seperti dahulu.

Tidak terkejut jika enjin pesawat boleh hilang kerana dunia hari ini dari bawah sampai ke atas semuanya ingin hidup mewah biar pun terpaksa mencuri dan rasuah. puncanya adalah kalangan anggota tentera ramai yang sudah mati nilai imam.

jika Malaysia di serang musuh, inilah golongan yang akan menjual segala maruah negara kerana ingin hidup selesa dengan tawaran jutaan ringgit.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata