Wednesday, May 12, 2010

EDITOR SUKAN MALAYSIA TIDAK PETRIOTIK

Setiap hari, ruangan sukan di setiap akhbar tempatan seolah kita berada di England. Ruangan sukan di Malaysia seakan sudah hilang nilai kesunanan Malaysia untuk ditonjolkan.

Liputan liga bolasepak Eropah mengambil tempat setiap hari dengan pelbagai cerita yang tidak perlu di hidang.

Editor sukan Malaysia seakan tidak perihatin lagi kepada nasib Liga Bolasepak Malaysia. Liputan sukan bolsepak Malaysia, seakan tidak mendapat tempat lagi.

Jika pun, mutu bolasepak Malaysia pada pemikiran editor sukan Malaysia berada ditahap lemah dan tidak bermaya, hakikatnya bolasepak Malaysia terus ada pengikut tersendiri.

Seandainya kekeliruan ini diteruskan, bolasepak Malaysia akan mati tanpa publisiti besar. Minta peminat sukan bolasepak akan terus meninggalkan stadium dan akhirnya sukan bolasepak akan berkubur.

Hari ini, Liga bolasepak Malaysia di serap dengan dua perlawanan setiap minggu. Tetapi, tidak ada akhbar memberi ruang publisiti kepada setiap skuad yang bertarung.

Dengan sikap editor akhbar tempatan yang lebih memberi ruang kepada perkembangan bolasepak luar negara, akhirnya mutu bolasepak Malaysia akan terus berkubur.

Oleh itu, Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sabrey Chik, bersama FAM perlu mengambil insentif untuk duduk dan berbincang semula dengan editor akhbar tempatan agar membuka ruang semula bagi menonjolkan publisiti kepad askuad bolasepak negeri.

Sebenarnya, di sudut lain - pengurusan FAM juga begitu lemah dan lebih syok sendiri. Setiausaha kerja FAM jika di pandangan sepintas lalu seakan manusia sombong yang hilang perancangan.

Mungkin kerana kurangnya pendekatan dari pengurusan FAM, berbanding zaman saya dulu yang begitu akrab dengan Dato' Paul Money - ruang untuk berita dan laporan bolasepak Malaysia begitu mendapat tempat di akhbar tempatan.

Kini, mungkin hubungan mesra itu sudah tidak wujud lagi. FAM kehilangan punca dan kesombongan pengurusan FAM dengan editor sukan membuat dunia laporan bolasepak tempatan begitu lesu.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata