Tuesday, March 9, 2010

NIKAH & CERAI - BERTALAK TIGA

Semalam saya baru tiba dari Surabaya. Ingatkan disambut dengan satu wirana yang mengembirakan, tetapi berlaku pula satu kejutan luar biasa apabila KDYMM Al-Sultan Kelantan Tuanku Ismail Purtra al-Haj membuat satu kejutan dengan menceraikan isteri kedua, Toh Puan Elia Suhana dengan TALAK TIGA.

Bercerai talak tiga ini adalah satu yang luar biasa untuk satu-satu pernikahan. Umumnya, Talak Satu bagi membolehkan ruang berfikir dan merenung jauh untuk menyelamatkan satu hukum perkahwinan.

Bercerai tidak menjadi satu kesalahan dalam perkahwinan, tetapi ada waktu bertenang diberikan oleh Allah s.w.t dalam tempoh tiga kali suci bagi wanita. Inilah ruang untuk kembali muhasabah diri merungkai segala kesilapan dalam sebuah perkahwinan dan boleh kembali bertaut dengan satu azam baru demi untuk satu keluarga bahagia atau masa depan anak-anak.

Bagaimanapun, talak tiga satu perkara luar biasa dan hukum itu merujuk kembali sudah tidak ada lagi kecuali jodoh itu terlalu kuat dengan membolehkan wanita itu berkahwin secara ikhlas dengan orang lain, kemudian bercerai secara sah atas kalimah sebab dan musabab tertentu. Selepas habis edah, ia boleh berkahwin semula dengan suami yang asal.

Kaedah ini di gelar 'cina buta', tetapi hukumnya adalah salah kerana perkahwinan itu diatur untuk diceraikan. Hukum jika perkahwinan itu tidak ikhlas - ia boleh menjadi haram. Apa lagi jika janji di buat perkahwinan 'cina buta' itu tidak membolehkah lelaki mengauli wanita yang dinikahi.

Sekali lagi Kelantan dikejutkan oleh virasi penceraian tergis Al-Sultan Kelantan terhadap isteri keduanya. Satu pernikahan yang halal sebelum ini akhirnya menemui jalan perpisahan.

Pencerian ini pada firasat saya akan menyiksa kedua-dua pihak. Al-Sultan Kelantan juga akan lebih tertekan, apa lagi ketika kesihatan Baginda masih belum pulih sepenuhnya.

Apa lagi, Toh Puan Elia Suhana bekas anggota polis sebelum ini akan lebih tersiksa dengan hukum yang begitu berat dan tidak pernah terjangkau oleh akalnya sebelum ini. Toh Puan Elia tidak menyendeng untuk mengimpikan menjadi isteri Sultan kerana perwatakannya bukan jenis wanita 'gelenya atau gatal'. Inilah hikmah JODOH yang Allah s.w.t lebih tahu segala-galanya.

Soalnya, firasat saya pencerian itu seakan tidak sah biar pun di lafaz secara terbuka kerana seperti ada satu tekanan ke atas Al-Sultan. Lafaz secara paksa, terpaksa dan apa lagi 'dipaksa' oleh satu tekanan luar, bukan dari lubuk hati Al-Sultan masih boleh dipertikaikan. Hukumnya, tetap tidak sah dan pernikahan ini masih terus halal untuk selamamnya.

Apa sebenar kesalahan Toh Puan Elia Suhana ini, hingga terpaksa menerima aib dalam sebuah rumahtangga dengan talak yang paling dibencikan oleh Allah s.w.t - TALAK TIGA - seolah-olah bukan saja meruntuh sebuah masjid, tetapi berpuluh-puluh rumah Allah s.w.t. Siapa sebenarnya 'peruntuh' Rumah Allah s.w.t ini.

Saya tidak takut memperkesahkan soal kehidupan berumahtangga dalam pagar istana, kerana dalam dunia terbuka hari ini tidak ada apa lagi yang boleh disorot. Kini sudah tiga kehancuran dalam alam rumahtangga dalam istana Kelantan.

Kesemua kes alam berumahtangga Kelantan tersiar di media massa dan eletronik menjadi satu fenomena 'luar biasa'. Apa pun lebih targis adalah 'Talak Tiga' dari Al-Sultan, ketika Tunku Temenggung yang dihina dina dan diaibkan oleh isteri rakyat Indon - tidak pula dilafaz 'Talak Tiga' sedangkan kes itu lagi memalukan Istana Kelantan.

Kita melihat kes sama menyaman Tungku Temenggung dengan isteri baka Indon ini begitu luar biasa. Isteri baginda sudah 'nusus' - membelakang dan mengaibkan suami sendiri, lebih mementingkan keluarganya dari suami. Wanita nusus ini baka Indon yang mencari kesempatan untuk mengaut kakayaan Tunku Temenggung ini lebih layak menerima 'Talak Tiga', bukan Toh Puan Elia Suhana.

Hakikatnya, wanita apabila lafaz nikah diterima, - Syurga itu di bawah telapak kaki suami - bukan lagi keluarganya. Berbeza dengan lelaki yang berkahwin, - syurga itu tetap di bawah telapak kaki 'ibu' yang perlu dihormati dan diberi keutamaan dalam apa saja keperluan yang dibutuhkannya.

Dalam sejarah baka Raja, tidak ada Raja ditipu dan diaibkan oleh wanita, tetapi kebanyakannya Raja pula yang menipu dan memaksa wanita untuk menjadi wanita simpanan atau sekadar pemuas nafsu.

Saya tidak menghina istitusi raja dan saya amat mempertahankan kuasa intitusi Kesultanan Melayu yang ada. Tanpa Raja dan Sultan, umat Melayu tidak mungkin menjadi Islam 100 peratus hingga ke hari ini. Inilah yang membuat saya menghormati dan menjunjung kuasa Institusi Raja.

Namun, dalam kes bertalak tiga ini, ia mencakupi soal hukum Islam yang dipayongi sendiri oleh Al-Sultan sendiri.

Pokoknya Al-Sultan Kelantan tidak memelihara 'Selir atau gundik', jauh sekali memiliki perempuan simpanan yang haram di segi hukum. Al-Sultan Kelantan bernikah secara sah dan secara umum disuarakan sebagai poligami.

Biarpun, poligami itu bukan satu perkara 'wajib' dalam ajaran Islam, tetapi dihalalkan oleh Allah s.w.t dengan ganjaran yang sebengitu tinggi kepada wanita. Apabila seorang berjaya mengikhlaskan pernikahan suaminya dengan wanita lain dengan sebab pernikahan itu bukan keranaj nafsu semata-mata, Allah s.w.t sudah pun menyediakan tempat tinggalnya di Syurga kelak.

Bukankah dalam kehidupan umat Islam, lelaki dan perempuan - perjalanan terakhir yang diharapkan dalam hidupnya adalah 'syurga' Allah selepas khiamat. Dalam islam, wanita terlalu mudah mendapat 'syurga', tetapi juga terlalu dekat dengan Neraka.

Tidak salah Al-Sultan bernikah lebih dari 'satu' atau 'empat' sekali gus kerana waktu itu baginda sihat atas segala anggota badan dan memiliki kemampuan di segi sumber kewangan. Wanita yang dipilih memiliki ciri keibuan, kesempurnaan di segi iman, jelas bermuslimah dan lemah lembut untuk menjadi ibu keluarga.

Kenapa dalam hal nikah kahwin ini, semua Al-Sultan tidak boleh mencontohi Paduka Al-Sultan Brunei yang begitu hebat dan mengkagumkan. Kedua-dua isteri diiktiraf sebagai permaisuri dan gambar kedua-dua isteri dihiasa di setiap tempat awam. Inilah cotoh terbaik yang bersifat terpuji dan di puji oleh Allah s.w.t.

Tuanku Ismail bukan memilih wanita liar atau GRO yang boleh menjatuhkan imejnya di mata rakyat untuk dijadikan isteri. Wanita yang dipilih al-Sultan tidak menuntut Tuanku mencerai isteri pertama jika mahu memilikinya.

Kebetulan ia satu suratan jodoh yang sudah ditentukan oleh Allah s.w.t bahawa dia akan menjadi salah satu penyeri hidup kepada Al-Sultan yang sebelum ini tidak terfikir oleh pemikiran Toh Puan ke-ll itu sendiri.

Dunia sudah menjadi terbalik. Agama kini sudah dikelek di bawah ketiak. Semua manusia terutama wanita hanya tahu bercakap soal hadis dan Al-Quran, tetapi kenapa harus menentang poligami yang sudah tertulis dalam Al-Quran sebagai suatu yang halal dan bermarkah tertinggi bagi seorang wanita.

Jika setiap wanita menolak poligami ketika suaminya berkemampuan disegi segala-galanya, bermakna ia sudah memolak hukum Allah s.w.t. Menolak ilmu wahyu bermakna menolak kepercayaan kepada Allah s.w.t. Jadi siapa sebenarnya orang-orang sebegini.

Apapun, dalam soal kahwin lebih dari satu ini - ia satu fenomina yang sukar untuk diterima oleh isteri pertama. Malah lelaki sendiri tidak begitu berani untuk menghadapi kenyataan bahawa semua itu satu ketentuan Allah s.w.t yang tidak boleh dielak biarpun dikawal rapi atau 'queen qontrol'.

Bukan semua lelaki boleh berkahwin lebih dari satu, sekali pun ramai lelaki mengidam untuk berbuat demikian. Kenapa tidak, semua itu adalah ketentuan Allah s.w.t yang sudah pun tersurat dalam lipatan azali.

Al-Sultan Kelantan sendiri tidak terfikir untuk bernikah satu lagi. Apa lagi ketika semua maklumat terbocor bahawa baginda begitu 'mengeruni' permaisuri baginda, selain bagitu menyayanginya kerana begitu cantik, menarik dan menawan biarpun seusia kini.

Tidak mungkin seorang Raja akan takut bini. Raja akan tetap Raja yang berhak membuat keputusan sekalipun ada halangan.

Namun, Talak Tiga adalah satu luar biasa ketika Toh Puan Elia Suhana bukan bermukah dengan lelaki lain atau berselingkuh dengan kekasih lamanya atau nusus.

Apa pun, istana kelantan sejak kebelakangan ini tidak pernah reda dengan pelbagai kekalutan. Apakah kekalutan itu kerana Kelantan kembali di perintah oleh 'Cik Siti Wan Kembang' yang berwajah baru ini.

Namun, kepada rakyat Kelantan - Sultannya tetap hebat kerana sekurang-kurang pernah menjadi 'Lelaki Sejati' apabila berkesempatan bernikah untuk kali kedua ketika Cik Siti Wan kembang lena di peraduan.

Cuma doa rakyat Kelantan kepada Al-Sultannya agar lebih cepat sembuh dan pulih seperti biasa untuk terus memain peranan bertemu rakyat jelata, selain memain peranan untuk menyelesaikan segala kekusutan dalam istana agar kembali menjadi aman damai.

Begitupun, Toh Puan Elia Suhana kini sudah bergelar janda muda dan kini terus menjadi penganggur kerana kerjayanya hilang selepas menjadi isteri seorang Ketua Agama dan Penguasa jajahan takluk baginda. Yang jelas batin sudah telalu lama tersiksa dan di tambah dengan derita baru yang mengejutkan. Semuga Allah s.w.t memberi petunjuk terbaik untuk hidupnya.

1 comment:

  1. kenapa perlu menulis perkataan 'BAKA INDON'?
    indon ka melayu ka...
    sama saja......syurga dan neraka bukan untuk bangsa,tapi agama...

    ReplyDelete

Jangan Pandang Sebelah Mata