Saturday, December 18, 2010

WAJAH-WAJAH KEBENARAN MULA TERSINGKAT

Kelmarin kita masih tercari-cari erti kebenaran kerana kita terlalu banyak mendengar dari suara-suara yang kononnya membela kebenaran. Akhirnya, suara kebenaran itu yang menipu kita dan kita sudah terperangkap dari nafsu kemarahan. Yang ingin dijatuhkan tidak kesampaian, ia hanya sekadar bergoyang tetapi kini mula kukuh kembali.

Pastinya episod pilihanraya ke-12 lalu bayak meninggalkan kenangan dan kekesalan kerana kita lebih bertindak mengikut rasa, bukan mengikut resa qalbu kebenaran. Yang kita junjung dengan kemarahan hampir membakar sebuah negara yang dulu aman dan makmur.

Hari ini, kebenaran dari penipuan kononnya dari suara KeADILan mula tersingkap untuk menjadi segalanya tidak benar. Kebenaran yang kita anggap benar kini menjadi neraka dari penipuan kebenaran.

Kisah liwat Anwar Ibrahim sudah mula tersingkap satu persatu. Kepincangan yang berlaku dalam pemilihan Keadilan juga jelas penuh dengan penipuan. Anwar masih mencari seribu satu alasan untuk mempertahankan keTIDAKbenarannya.

Biarpun seghairah mana Anwar berkokok, pilihan kebenaran dari keserakahan perangai Lut adalah sebuah kota kawalan di Sungai Buloh. Tetapi, Anwar akan melarikan diri untuk mendapat suaka politik dari teman-teman Yahudi yang sejak dulu lagi disahabat baiknya.

Di Barat, budaya gay - 'main jantan berjantan' adalah lumrah biasa dan tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi, kepada Melayu juga tidak salah untuk berliwat - cuma yang salah apabila ajaran agama Islam yang dianuti oleh Melayu itu membuat Melayu tidak boleh berliwat aau melakukan segala kesalahan menentang hukum Allah s.w.t.

Hukum itu termasuk juga dengan menipu dan mempengaruhi pemikiran rakyat dengan segala bentuk fitnah kerana ingin berkuasa.

Sebenar sudah terlalu malas untuk membicarakan soal Nuar Brahim, begitu juga dengan peribal 'kekasih gelap merangkap madunya' Azmi Ali. Inilah tangan kanan dan kiri Nuar ketika membina kekuatan dalam Umno dulu. Inilah juga manusia yang menghancurkan Umno dengan memperkenalkan budaya politik wang untuk mempertahankan kuasa.

Apapun, mujur Allah s.w.t masih menganugerah kesinambungan pemimpin yang berwibawa, Dato' Seri Najib Tun Razak, untuk terus mempertahankan kekuatan bangsa terutama umat Melayu, kemakmuran ekonomi dan kesdatuan jiwa rakyat dengan pelbagai idea baru yang menampakkan begitu matang.

Kerna itu, kemunculannya kena pada ketika dan waktunya. Kemunculan Najib sebenarnya untuk membawa kebenaran dan menolak tanggapan buruk bahawa Nuar Brahim lebih benar.

Sidang Perliman yang dulu begitu licin dan tertib, kini bertukar menjadi satu 'kegilaan' yang jelas mencanggah adat. Kebiadapan jelas ketara seolah-olah kita diajar untuk tidak perlu menghormati sesiapa lagi dalma kehidupan ini. Perlimen itu adalah pengganti kepada RAJA Berdaulat - Yang Dipetua Agong.

Sepeker dilantik mewakili Agong untuk membincangkan segala permasalahan rakyat, bukan membicarakan soal peribadi. Kemulian dan kehebatan perlimen itulah sejak merdeka membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan kepada negara kita. Hari ini, segalanya mula tercemar oleh nafsu buas.

Perlimen sudah menjadi 'debat kedai kopi'. Perlimen sudah menjadi medan laga dan Perlimen sudah di sepah dengan najis kerangkusan peribadi, bukan bermatlamat untuk membela rakyat.

Akan banyak lagi perkara tidak masuk akal akan berlaku dan bakal di cetuskan oleh Nuar Brahim. Kepadanya, ruang untuk menjadi Perdana Menteri sudah tertutup rapat. Yang Nuar Brahim mahu adalah membakar hancur segala kemakmuran negara ini. Alang kepalang kalah, biar semua jadi Abu - inilah nafsu kegelojohan Nuar Brahim.

justeru itu, biduk sudah berlalu - kiambang pasti akan bertaut kembali. Kita tidak boleh terus menjadi manusia yang tertipu oleh suara kebenaran palsu dan apakah layak kita memuja pemimpin yang jelas tergolong dalam menolak ajaran AL-Quran - 'kaum lut'.

untuk itu, Melayu berlu bersatu dan kembali memberi kekuatan baru kepada kerajaan pada pilihanraya umum ke-13. Hanya ini kuasa politik yanbg kita ada dan kuasa ini yang kita berjuang menjadi merdeka dari penjajah demi untuk memlihat kita berjaya dan makmur.

Apakah hari ini, Melayu masih gagal dan kehidupan Melayu sama seperti rakyat di Manyamar, Kemboja dan beberapa negara yang jauh lebih dulu merdeka dari kita. Kita hru ingat, kejayaan yang kita kecapi hari ini kerana kebijaksanaan pemimpin, bukan tercipta dengan sendiri.

Banyak negara masih jauh mudur, bukan kerana kerajaan lemah, tetapi kerana pemimpin yang tidak bijaksakna. Jadi, renunglah ke langit, sedutlah udara nyaman dan fikir dengan tenang - apakah kita benar atau masih adalah kebenaran di sebalik kebenaran kita.