Thursday, June 9, 2011

NEGARA KEBAJIKAN GANTI NEGARA ISLAM

Muktamar Pas berakhir sudah minggu lalu, menyaksikan golongan berilmu Islam yang digelar ulama oleh golongan asobiyyah PAS mula ditolak oleh kuncu-kuncu PAS yang mahu lebih bebas dalam mencatur gerakan politkk moden masa kini.

Dengan tersungkurnya puak ulama, maka PAS juga terpaksa menukar slogan dari memperjuangkan Negara Islam kepada negara Kebajikan. Pengertian kebajikan itu terlalu luas dan sejauh ini soal-soal kenajikan itu jelas tidak terlaksan oleh Pas Kelantan yng mendominasikan kerajaan lebih 38 tahun.

Kewujudan Pas memimpin Kerajaan Kelantan yang mejoriti rakyatnya beragama Islam sekadar satu wadah contoh yang diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t agar ditunjukkan dengan pembuktian - samaa ada apa yng diucap itu sekadar ucapan atau kebenaran.

Adakah Kelantan yang begitu lama dikuasai oleh PAS sudah menjadi negeri kebajikan. Apakah kerajaan PAS sudah begitu jauh membantu rakyat kelantan bebas dari belenggu kemiskinan atau membantu petani untuk lebih berdaya saing dengan imbuhan subsidi bagi mengurangkan bebanan hidup.

Kelantan adalah contoh berjaya atau tidak kerajaan Pas sebagai kayu pengukur kepada kewujudan negara Kebajikan. Adakan PAS sudah menunai sebuah janji untuk memberi bantuan RM300 sebulan kepada golongan emas yang daif seperti termaktub dalam minifesto.

Apakah kerajaan PAS akan menurunkan bayaran parking kenderaan yang anata termahal di malaysia atau memberi parking percuma sebagai takrif 'kebajikan'.

Sejauh PAs memerintah, adakah PAs tidak pernah menaikkan segala cukai, baik soal tanah, cukai pintu, cukai kepala bakul, sewaan kedai milik kerajaan negeri atau tidak menaikkan jualan harga rumah yang dibina oleh kerajan negeri, ketika PAS mempersoal soal kenaikan harga barang mutakhir ini.

Terlalu mudah untuk dua bibir yang tertutup melepaskana kata-kata ketika kita belum memnjadi penguasa. Tetapi teramat sukar untuk melaksanakan seribu janji apabila kita berkuasa seumapa kita berjanji memetik bintang dilangit sewaktu sedang enak bercinta, tetapi selepas menjadi suami isteri - hiburan kehidupan adalah kesusahan dan penuh dengan pertengkaran.

Mimpi yang pas janjikan tidak akan kemana. Purnama dilangit biru pun ketawa dengan kata-kata retorik yang tidak pernah berakhir dari mulut kalangan pemimpin PAS. Janji saja indah tetapi semua palsu.

Dulu janji hudud, janji negeri Islam, negara Islam, bercakap soal bersih sedangkan Ketua bersiah sebenarnya sudah tidak bersih dengan peristiwa jelas maslah moral yang berlaku di Bilik 121 Hotel Perdana hingga meruntuhkan sebauh rumahtangga yang begitu bahagia sebelum ini.

Soal bebas dari sudut teknikal di Mahkamah Syariah itu adalah keputusan 'tipuan dunia' yang semua pihak yang bertanggungjawab membeaskan kehinaan ini harus menjawab di alam akhirat. Bebas tidak semestinya tidak bersalah di mata ALLAH s.w.t kerana hakikat sebenar di tahan di dalam bilik secara berdua-dua dan bersaksikan manusia, bukan besi.

Ketika PAs menjanjikan keindahana negara kebajikan, apakah rakyat di negar aini buta bahawa bumi yang ingjak sekarang memiliki sebuah kerajana yang dipilih oleh rakyat yang sedar dan berrfikiran waran sudah melaksankan dasar kebajikan dalam usah menjulang martabat bangsa agar boleh hidup setanding dengan negara maju lain.

terlalu banyak hal2 kebajikana yang dialksanakna oleh kerajaan UMNO-BN dalam pelbagai ruang kehidupan manusia. Seawal bermula kejadian manusia, kerajaan sudah mengabdikan kebajikan seperti dfituntut oleh ajaran Islam agar menjaga janin dengan baik dan sempurna dengan mengadakan rumah bidan dengan kakitangan terlalih di setiap daerah, mukim hingga kawasan pendalam lain.

Pendidikan percuma, gula bawang, beras hingga kepada petrol dan gas. Tidak kurang RM2000-5000 setiap isi rumah dipenuhi oleh subsidi kerajaan. Subsidi itu adalah sedekah kerjaaan kepada rakyatnya dan itulah kebajikan yang dituntut oleh ajaran Islam bila kerajaan berpendapatan lebih besar selepas soal-soal rusan lain yang juga untuk kepentigan umum rakyat.

Subsidi itu sedekah untuk rakyat ketika kerajaan memiliki lebihan perbelanjaan hasil dari pelbagai keuntungan yang dikutip. Tetapi jika kerjaaan menghadpai masalah dengan keuntungan semakin mengencil..maka sedekah juga harus dikurangkan dan rakayt pula terpaksa menanggung sedikit bebanan dengan cara lebih berhemah dalam perbelanjaan lain.

Nilai2 ajaran Islam yang tersemat dikalangan umat Islam harus bijak diimplimentasi, bukan sekadar tahu bercakap tetapi jauh untk kenal erti rasa syukur kepada Allah s.w.t yang selama ini mempertahanankan kejayaan Umno-bN SEBAGAI KERJAAAN.

kejayaan Umno-Bn kekal sebagai peneraju kerajaan kerana kecintaan Allah kepada parti ini yang tidak pernah terhenti untuk memaju kejayaan kepada rakyatnya. Umno-Bn bukan sebuah kerajaan syok sendiri yang membiarkan rakyat hidup menderita ketika pemimpin hidup mewah. Hak dan pembelaan kepada rakyat tidak pernah terabai. Terada rakyat terpinggir.

Yang terpinggir cuma menteliti yang tidak memiliki renungan keinsafan mendalam. Jiwa mereka cuma penuh dendam dan penuh perasan benci hingga renungan kebenaran sengaja digelapkan seperti mata hati mereka.

Sebenarnya Pas, sudah lama bermimpi lebih dari angang-angan Mat jenin. Bila mereka sedar nanti, tangan sudah berbau 'tahi'...rupanya aku bermimpi berrkawan dengan sekadangan babi yang dulu di gelar komunis.

Komunis moden sudahmula berani melangkah dengan gerakan bersih di medan politik. Perasaan kebencian yang di bawa oleh DAP kini disambut ghairah oleh pas yang begitu teruja dengan kepetahan ucapan Nuar Brahim al-Juburi yang digelar oleh mereka sendiri.

Allah s.w.t memperingatkan umatnya bahawa sesatu pemimpin itu sesuatu dengan kaum itu. Jadi jika PAS yang selema ini bercakap bohong dan sukan memfitnah orang lain dengan pelbagai isu, jadi tidak hairan jika mereka berkawan semula dengan Nuar Brahim Al-Juburi - gelaran yagn beri oleh Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu Normah Al-khalwati.

Ini semua petujuk Allah s.w.t kepada mereka yang boleh menggunakan kata hati untuk merenung kedalam, kenapa Mat Sabu al-Khalwati dipilih untuk bergabung dnegan Nuar Al-Juburi. Al-Khalwati itu adalah gelaran yang diberi oleh Nuar Brahim kpada Mat Sabu selepazs di tangkap khalwati dengan Normah isteri kpada Al-Bokhori.

Nik Aziz kini tidak senang duduk dengan keputusan memilih Mat Sabu yang tidak ada pendidikan Islam dan tak pernah dengan Mat Sabu baca ayat2 quran dlam ceramahnya. Klau ada pun yang dihafal satu dua dalam ceramanya, begitu juga dengan Mahfuz, salhudin dan Husam.

Nika Aziz dan Harun Din malu tak tertanggung kerana suara dua ulama besar yang memengang syufaat dan kunci syurga agar memilih dikalangan ulama berpididlkan agar, kini sudah diingkari oleh perwakilan.

Kata2 n ucapan Nika Aziz cuma bahan ketawa dan untuk menyedap halua teliga, bukan lagi untuk ditakuti atau jauh untuk diikuti lagi.

Wajah2 baru kepimpinan PAS adalah golongan redikal dan bersedia menyanggupi apa saja kemahuan Nuar Brahi al-Juburi dan kehendak DAP asal boleh duduk di kerusi putrajaya, sekali pun perdana Menteri adalah dari DAP.

Inilah indahnya PAS yang hebat menggunakan nama Islam dari imej busuk pada hakikatnya. Islam cuma menjadi mainan mulut, bukan Islam bersih yang di simpul di qalbu. Mudah=mudahan Allah s.w.t lebih mengetahui untuk menyelamatkan negara ini dari puak2 yang penuh dengan kata2 palsu. Amin

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata