Sunday, November 7, 2010

GALAS & ZAHID IBRAHIM : ILMU HUKUM UNTUK KITA

Pertama sekali, Maaf saya susun untuk semua yang menjejaki blog ini kerana begitu lama menyepi. Menyepi tidak bermakna mengalah dan mnelarikan diri dari tanggungjawab bagi menyemarakkan lagi santapaan minda kepada kita sekelian. Menyepi itu adalah ilmu dan selepas mendapat apa yang kita mahu - kita boleh melangkah semula.

Sewajarnya, saya terus membaitkan pandangan sewaktu pilihanraya kecil Galas, Gua Musang. Biarpun, saya menyepi dari menyentuh terlalu bayak perkara yang 'panas dan sensasi' beberapa bulan lalu, FIRASAT saya tidak lari mengatakan bahawa mejoriti kemenangan BN akan berada sekitar 1100 undi jika peratusan mengundi mencapai angka lebih 80 peratus.

Hakikat itu sudah diulas dalam ruangan FB bersama rakan-rakan yang bersama melontar idea bernas dan terkadang ada juga yang lebih emosi. Firasat saya sewaktu di PRK Manik Urai juga hampir menjadi kenyataan apabila saya sendiri menyerahkan nota kajiseliki pada hari pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin turun di Manek Urai bahawa BN akan menang di sekitar 150 undi, jika tidakberlaku masalah dalaman sepanjang kempen. Apapun, jika berlaku , BN akan tewas dengan mejoriti yang teramat kecil sekitara 50 -80 undi.

Di Manik Urai dan PRK Pengkalan Pasir, saya terlibat secara langsung untuk buat kajiselidik. Ketika malam terakhir sebelum hari mengundi keesokan hari mengundi, saya sudah memberi angka mejoriti BN kepada sahabat saya, saudara Haji Sayuti Omar bahawa BN akan menang paling tinggi 313 undi dan paling kurang 130 undi. Akhirnya, angka itulah yang tercatat dan BN menang.

Angka yang saya saya hulurkan kepada Exco kerajaan Pas Kelantan, Dato' Anwar Tan Abdullah, salah seorang sahabat yang begitu rapat suatu waktu dulu. Tetapi, kedua-duanya memberi angka Pas akan menang hampir 1000 undi mejoriti di Pengkalan Pasir.

Hari ini, ada satu ruang untuk kita berfikir secara matang dalam kes Galas dan pengunduran Dato' Zahid Ibrahim dari PKR. Jika kita memahami natijah kehidupan , inilah ilmu hukumnya.

Perletakan jawatan Zahid dari kesemua jawatan berkiatan PKR dan penarikan diri dari pertandingan jawatan Timpanan Presiden PKR yang masih berlangusng membuktikan satu lagi firasat saya menjadi realiti. Sebelum ini, saya sudah ulas berhubung Zahid dlm blog ini.

Kepada saya sbeelum ini, keputusan Zahid menyertai PKR adalah kemuncak berakhrinay dan bernasib malang dalam kerjaya politik. Terbukti langkah Zahid tidak kemana - ibarat jika berlari - berhenti sebelum peluh menitis kebumi.

Soalnya, kenapa semua ini berlaku. Segala-galanya kerana sesuatu yang kita buat itu jika meletakkan 'perasaan' di depan dan 'kemarahan' menjadi hasutan kepada suatu keputuan - ia tidak akan ke mana. Akhirnya, kita terpaksa menerima keaiban yang kita ciptakan sendiri.

Zahid adalah pemimpin yang hebat ketika mempimpin Umno Kota Bharu dan begitu berhemah dengan rakyat di bawah pimpinannya. Sebagai anak kampung, jiwa kekampungan dalam hubungan silataruahim membuat dia begitu popular di Kota Bharu.

Namun, kekalutan yang berlaku dalam bahagian Kota Bharu cukup memberi hiba kepadanya. Jawatan ketua bahagian terlepas kerana dakwaan politik wang sedangkan yang menuduh juga begitu banyak bermain politik wang. Ini kerana yang bertarung atas maruah diri' ketika merebut jawatan dalam parti adalah tokoh-tokoh yang wang ringgitnya sudah terlalu berlebihan untuk kemewahan dunia.

Soalnya, ke mana Zahid selepas ini. Selepas kecewa dengan 'penghinaan dan segala pengkhiaaaaaanatan' yang dilakukan oleh juak-juak kesayangan Nuar Ibrahim - tokoh yang sentiasa menasihat ke arah 'punak-ranah' - jangan terkejut jika Zahid berubah haluan kepada PAS.

Hubungan keakraban dan keluargaan Zahid dengan Menteri Besar kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat, masih kekal dan saling terjalin silaturahim biarpun Zahid adalah tokoh Umno dulu.

Malah kemenangan Zahid sebagai hali Perlimen Kota Bharu yang mengejutkan ramai penganalisis dengan mejoriti lebih 13000 undi ketika itu adalah hasil pertolongan Nik Aziz di belakang tabir kerana Nik Aziz marah bila PKR mendesak untuk bertanding di Kota Bharu.

Jika Zahid diterima oleh Pas dan diberi peluang bertanding di Kota Bharu menggantikan Wan Rahim yang kini dilihat tidak begitu pro-Tok Guru - sekali lagi Zahid akan mencatat sejarah politik tersendiri mengatasi rekod Dato' Ibrahim Ali.

Apa pun, pengisytiharan Zahid meninggalkan PKR membuktikan parti ciptaan hipokrit Nuar Ibrahim ini sedang menuju ke lubang 'kubur politik'. kehancuran sudah nampak di depan mata, apa lagi jika melarikan diri ke luar negara dengan mendapat perlinduan suaka politik kerana tidak mahu terkurung sekali lagi di Penjara Sungai Buloh.

Kes liwat Nuar Ibrahim akan berakhir satu kemenangan kepada Saiful. Bukan mahkamah yang membuat keputusan dari keAdilan ini, tetapi ini adalah hakikat dari hukuman Allah s.w.t yang akan menjerat leher pemimpin yang penuh dengan tipu daya ini.

Hari ini kekuatan Nuar cuma bergantung kepada dua anak emas yang dididik sebegitu lama - Saifuddin dan Azmin (madunya). Inilah manusia yang menghancurkan pemilihan PKR hingga menjadi kalut ribut. tangan-tangan ini juga yang menghancurkan keharmonian Umno dengan memulakan politik wang yang berlua-luasa ketika wujud Team Wawasan.

Azmin bukan setakat 'madu, tetapi kekasih' Nuar inilah manusia yang menjadi 'posmen' menghantar wang ratusan ribu kepada setiap ketua bahagian agar tidak mencalonkan Almarhum Tun Gafar Baba.

Apa pun usaha Nuar untuk menjatuhkan Tun Mahathir tidak berjaya menerusi kaedah sama 'menyebelih' Tun Ghafar. Lantaran itu, Nuar membuka pintu khazanan kepada Soros yahudi agar memunipulasi mata wang. Isu keruntuhan ekonomi malaysia ini akan menjadi senjata tekahir termasuk pendedahan isu kroni dan sebagainya.

Tetapi, Allah s.w.t tidak akan selalu merestui 'niat jahat' sesaorang itu, apa lagi jika ia membabitkan kemusnahan rakyat ramai. Hidayah Allah s.w.t kepada Tun Mahathir agar mencari xcara mengatasi segala permasalahan ekonomi dengan menolak bantuan IMF yang memang dimahukan oleh Nuar Ibrahim - Akhirnya ekonomi Malaysia berjaya dipulihkan dengan begitu berjaya dan mendapat perhatian dunia.

Nuar begitu beria-ia mahu mendpaat bantuan IMF kerana akhirnay akan membuka ruang kepada kolongmerat yahudi membeli dan menguasai bank-bank dan kuasa ekonomi stategik negara seperti apa yang berlaku di negara yang menerima kesan pinjaman IMF.

Kita tanpa sedar, kenapa beberapa Bank Malaysia dapat membeli bank-bank di Indonesia dan Thailand. Ini kerana IMF ingin menguasai dengan mengarahkan kolongmerat Yahudi untuk merampas bank-bank itu. Jadi, malaysia di minta untuk turutu mengemukakakn tender bersama atas dasar pertalian ASEAN. Kebetulan pulan, ekonomi Malaysia dan bank-bank Malaysia pulih terlebih awal.

Soal kekalahan Pas di Galas dengan undi begitu besar - ia bukan satu yang mengejutkan jika kita menjejak sejarah kawasan Dun itu. Apapun, Bn bukan memang kesemuannya dan Pas bukan tidak kalah kesemuanya.

Kekalahan Pas itu perlu dianggap satu rahmat untuk bermuhasabah diri danmengesan apakah punca sebenar dari kekalahan itu. jangan jadikan kekelahan itu sebagai satu cacian kepada orang yang menang.

Yang jelas, keputusan Pas bergabung dengan DAP memberi kesan besar rakyat menolak mereka di mana-mana sahaja, bukan saja di Galas. Kesannya, Pas sebelum ini begitu beria-ia mecemuh dan mengkafirkan Umno kerana berpakat dengan MCA dan MIC serta parti komponan lain yang bukan Islam.

Apapun , rakyat begitu menilai bahawa apa pun yang Umno laksanakan untuk kepetingan syiar islam tidka pernah mendapat bantahan dari rakan-rakan mereka dalam BN kerana mereka lebih arif itu adalah hak Umno ke atas umat Melayu islam.

begitupun, Pas tidak boleh lagi bercakap soal keinginan 'gila' mereka untuk melaksanakan Hukum Hudud dan negara islam kerana DAP sentiasa menentang. hari ini, malah di Galas Pas tidak pernah lagi bercakap soal hukum Hudud, negara islam. Ini yang menhairankan semua pendengar dalam setiap ceramah.

Rakyat yang diugut dengan pelbagai fatwa agar menyokong Pas mula faham corak mainan politik pas, bahawa mereka sekadar bercakap - tetapi sejak pas berkuasa di Kelantan dan Kedah - tidak ada satu pun yang dicakapkan soal ingin mentadbir secara islam. Selepas mengambil alih - sistem tetap sama seperti waktu BN memerintah.

Analisis terakhir, hukum hayat pakatan dan Pas mungkin tidak akan seghairan kemenangan Pilihanraya umum ke12 lalau. Jika ditafsirkan secara firasat - pakatan ini akan kalah teruk di mana-mana kerana keputusan rakyat yang membuat undi dalam keadaan 'marah' mula reda. Hari ini, rakyat mula menilai kepincangan dan bakaol memulih segala kesilapan lalu.

Dalam ilmu Hukum - buatlah sesuatu keputusan itu dengan tenang dan gunalah 'akal' yang bersih demi untuk masa depan bersama. Negara ini perlu lebih maju dan pemimpin Melayu islam perlu kekal menjadi penguasa. Apapun, Umno sudah terlalu banyak menyumbang untuk meletak Melayu ketahap begitu terbaik. Jika tidak percaya nasib Melayu, lihatlah cerita2 P Ramlee dan buatlah perbadingan - di mana tahap dan taraf klehidupan kita hari ini.