Friday, July 16, 2010

PAS TAKUT LANGKAH MAYAT KARPAL SINGH

Kenyataan Karpal Singh dalam The Malaysian Insider pada 28 Jun lalu, bahawa Pas perlu melupakan hasrat untuk menjalankan pemerintahan secara Islam jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya ke-13 nanti.

Lupakan soal penubuhan negara dan pemerintahan Islam - Pas tidak layak bercakap lagi. Sebenarnya, Karpal sekali lagi mengingatkan Pas agar melupakan hasrat itu.

Selepas kenyataan peringatan dan ugutan Karpal itu, hanya Nik Aziz Nik Mat yang cuba memujuk Karpal dan meminta Karpal datang ke Kelantan kononnya inilah sisitem pemerintahan Islam yang dicita-citakan oleh Pas.

Islamkah pemerintahan yang diamalkan oleh kerjaaan Kelantan. Jika Islam , di mana pentujuk dan perbezaan dengan sistem pemerintahan kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno-BN.

Apakah dengan mengalakkan rakyat sendiri membina masjid - sperti kenyataan Nik Aziz sebelum ini kerajaan Kelantan sudah melaksanakan dasar pemerintahan Islam. Nik Aziz terlupa bahawa kerajaan islam sewaktu Tamadun kegemilangan Abasyiah, Umaiyyah dan Othmaniah serta kerajaan Islam moden hari ini - usaha menyatukan umat Islam sebagai tanda sebuah kerajaan Islam adalah membina masjid di setiap mukim.

Ini kerana masjid adalah asas kepada tempat untuk menyatukan umat, biar pun untuk sekali seminggu sewaktu menunaikan solat Jumaat. Lebih afdal - guna tempat berhimpun setiap solat fardu.

Juateru itu, masjid di gelar rumah Allah - kerana di situ bukan sekadar rumah ibadah, tetapi hakikat menyatakan rata bersatu dan merapatkan silaturahim untuk saling kenal mengenali bagaikan satu saudara seagama.

Masjid juga sepatutnya berfungsi untuk menyesaikan segalam permasalah sosial dan memiliki segala data rakyat termiskin dan miskin yang perlu dibantu, baik dari sumber wang zakat, derma, sedekah, malah sumbangan dari kerajaan.

Oleh kerana sistem pengurusan masjid kita tidak begitu terurus dengan baik - maka fugsi sebenar masjid hanya sekadar tempat menunaikan solat sahaja. Inilah silapnya kita.

Segala data kemiskinan rakyat dan permasalahan gejala sosial sepatutnya berada di masjid sebagai pengakalan data setiap mukim atau kampung.

hari ini, gereja mengalahkan fungsi masjid. Ada sesetengah gereja mengambil ruang 'kosong' ini untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada umat islam yang miskin. Akhirnya, biar berita itu tercetus, kita salahkan gereja kerana ambil kesempatan dari kemiskinan melayu islam.

Apakah di Kelantan, fungsi masjid sudah berjalan sejauh itu dan berapa banyak masjid yang menjadi fugsi sebenar untuk menyara anak yatim dari lebihan kutipan zakat setiap tahun.

Berapa banyak sumbangan setiap khariah setiap kali Jumaat yang dikutip. Berapa banyak pula hasil kutipan itu yang masjid derma untuk membantu anak-anak dikalangan golangan miskin untuk menyambung pelajaran.

Dasar Islam mana yang dipakai di kelantan, ketika kerajaan Pas sejak lebih 20 tahun dari arus pemerintahan kali ke-ll membina masjid. Soalnya, jika Pas melaksanakan dasar pemerintahan islam - masjid akan terbina lebih banyak berbanding sewaktu kerajaan Umno-BN memerintah dari 1978-1990 dulu.

Apakah dasar islam Pas yang akan ditunjukkan oleh Karpal Singh jika melawat kelantan dengan hanya menunjukkan wujudnya lesen arak dikeluarkan dan pelbagai lesen lain untuk keperluan bukan Islam.

Apakah karpal akan ditunjukkan Draf Undang-Undang Hudud Pas ciptaan seorang peguam Pas dari Kuala Terengganu yang dibayar kosnya lebih RM300,000 - yang sampai ke hari ini belum dapat dilaksanakan.

Yang lebih pelik, ketika wujud kerajaan pas di Kedah dan perak - mereka tidak tergila-gila untuk melaksanakan Hukum Hudud, tetpai lebih kepada satu kesinambungan corak pemerintahan yang ditinggalkan oleh kerjaaan Umno-BN sebelumnya.

Inilah realiti penipuan Pas. Apakah satu dasar pemerintahan Pas kononnya ingin melaksanakan pemerintahan negara Islam seperti di kelantan sekadar untuk menunjukkan setiap bangunan yang baru dibina mempunyai arca berbentuk 'kubuh' sebagai satu lambang negeri Islam.

Soalnya, benarkan pas sudah menjadi kelantan sebagai satu pemerintahan Islam seperti dicita-citakan. Apakah, dengan bersandarkepada Menteri Besar beergelar Tok Guru dari tokoh ilmuan islam - makan negeri itu secara automatik bergerlar negeri Islam.

Hakiaktnya, Pas terlalu banyak bercakap dan begitu celupar dalam setiap tutur bicara mereka. Sejak berkawan dengan DAP, pas tidak berani berdegar-degar bercakap lagi soal hukum Hudud, soal negara islam.

Pas tidak berani untuk menghapus lesen Judi di Selangor dan kilang arak terbesar yang ada dinegeri itu sekalipun berada dalam satu sekutu pemerintahan.

Hassan Ali yang sebelum ini berdegar-degar bercakap anti maksiat - kenapa tidak membatalkan setiap lesen sarang maksiat di Selangor, begitu juga Nizar sewaktu sekejap memerintah Perak.

Sebenar yang dicari oleh pemimpin Pas bukan sebuah pemerintahan Islam, tetapi mengejar satu kekayaan seperti yang berlaku dikalangan pemimpin Pas di Kelantan.

Rasuah berlaku setiap hari dikalangan pemimpin Pas dari hasil pemberian balak, tanah hutan, projek kecil Majlis kerajaan tempatan serta pembangunan projek berskala besar dari pemaju kaya.

hari ini, apabila karpal mencabar pas jangan terlalu bercakap soal negara islam, soal Hudud - pas terpaksa akur kerana mimpi mendapat undi kaum Cina akan tercapai sekali pun terpaksa mengadai maruah diri sebelum ini.

Siapa yang menuduh Umno kafir kerana berkerjasama dengan MCA, MIC dan parti kaum lain di atas nama Barisan Nasional. Hari ini, Pas tidak menjadi kafir kerana cakap-cakap dan tuduhan mereka sendiri apabila berkawan dengan DAP yang mula menutup mulut mereka bercakap soal Islam.

MCA. MIC dan parti lain yang berada dalam Barisan Nasional tidak pernah mengunggut agar Umno tidak bercakap soal pembangunan islam kepada umat melayu Islam. Segala dasar dalam pentadbiran kerajaan pusat berteraskan asas islam.

membantu rakyat termiskin - bukankah itu tuntutan islam. Membuka tanh rancangan untuk menempat golongan miskin tidak bertanah melanggar hukum islam. Siapa penghuni Felda sebelum kerajaan menempatkan mereka di tanah rancangan Felda, Felcra, Kesedar, Dara, Ketengah dan sebagainya.

Apakah hukum gantung dan bunuh kepada pengedar dadah dan penjenayah tegar itu bukan dari tuntutan Hukum Hudud. Apakah kita hanya melihat hukuman rotan 100 kali sebab kepada penjenayah zina dan potong tangan kepada pencuri jalanan baru disifatkan sahnya Hukum Hudud.

Islam itu terbuka luas, bukan sekadar soal hukum. Memasukan penjara kepada pencuri jalanan dan penjenayah degar sambil mendidik untuk berubah menjadi lebih baik - bukan dari sebahagian tuntutan Islam.

Bukan Islam mengajar kita bahawa - memaafkan itu lebih baik dari menghukum dan berdendam. Hukuman itu adlah jalan terakhir dalam keilmuan Islam, jika sesuatu itu sudah tidak terkawal lagi. Apakah kita mahu menidakan bahawa Allah s.w.t itu Maha Pengampun dan lagi Maha Penyayang kepada umatnya.


Allah s.w.t juga lebih tahu kepada siapa hidauyah mahu ditiupkan untuk berubah menjadi manusia sejati. Setiap kejahatan insan itu adalah sempadan bagi yang beriman sebagai tauladan dan sempadann kehidupan.

Jangan terlalu mudah menghukum dengan gelaran kafir jika orang tidak sehaluan dengan kita. Apakah kita sudah jauh beriman dari orang yang kita tuduh sedangkan Nabi Muhamad s.a.w tidak melakukan demikian.

Siapa kita dan sioapa pas pada hakikat sebenar. hari ini, jelas Pas terlalu takut untuk melangkah mayat karpal Singh dan tidak mahu terpisah dengan DAP.

Barangkali hasil dari cabaran karpal itu, timbul bibit kesedaran dalam jiwa Nik Aziz yang mula berlembut apabila ramai pihak mengajak Pas dan Umno bersatu demi kepentingan umat Melayu yang 100 peratus beragama islam.

Umno memang membela dan pembela Melayu. Membela nasib Melayu itu secara automatik memartabat Islam kerana Islam itu menjadi autan bangsa Melayu. Inilah yang dikatakan perjuangan yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Apakah kerana kita hebat memiliki 'ilmu Islam' maka kita boleh menjatuhkan hukum sesuka hati. jangan kerana setitik kuasa kita menjadi begitu ghairah untuk menyesat orang lain dengan palbagai kata nista dan membuat tuduhan buruk ke atas sesama Islam. Berfikirlah jika kita mengakui pengikut Umat Muhamad Rasullah s.a.w

Tuesday, July 13, 2010

PERPADUAN MELAYU: UMNO USAH JATUHKAN MARUAH RAYU PAS

Biarpun ajaran islam yang anunti oleh umat Melayu termasuk yang mendokong perjuangan Umno, mengajar agar umat Islam itu wajib hidup bersatu padu dan jangan bermusuhan sesama sendiri, tetapi hakikat untuk merayu Pas bersatu demi poltik Melayu adalah sekadar membuang waktu Umno sahaja.

Sememangnya islam mengajar kita bersatu, bukan setakat dengan umat islam semata-mata, tetapi juga dengan kaum lain yang bukan Islam.

bukan muda untuk mengajak orang sesat untuk besatu, biarpun untuk kepentingan melayu yang seratus peratus Islam. Ini kerana Pas sudah terlalu jauh mengkafirkan pengikut Umno tanpa alasan.

Jika alasan kerana bersahabat dengan bukan Islam, maka menjadi kafir - ia cuma satu dakyah sesat. Apakah Pas tidak bersahabat dengan bukan islam yang jauh menolak segala unsur islam diterapkan - DAP.

Pas sebenarnya buang tebiat diakhir-akhir ini selepas perjuangan atas nama Islam sekian lama. Merka berjuang untuk menghancurkan perpaduan melayu islam dengan isu kafir mengkafir.

Isu kafir mengkafir ini sebenarnya lebih bertujuan untuk menakut-nakutkan umat Islam agar menolak Umno dan memberi sokongan kepada mereka sedangkan hakikatnya - tidak menjadi kafir umat Islam seakilipun bersatu dalam mentadbir sebuah kerajaan selagi tidak membantah setiap dasar islam diserap dalam pentadbirannya.

Apakah selama ini rakan Umno dalam kesatuan tulin - Barisan Nasional menentang Umno yang menerajui kepimpinan malaysia menghalang pembinaan masjid, tilawah Al-Quran, sekolah agama islam, Universiti islam, tahfiz Al-Quran dan segala bentuk dakwah islamiah, cuti Nuzul al-Quran, perayaan Mulidul Rasul dan sebagainya lalgi.

Terlalu banyak yang diajarkan oleh agama islam diserap dalam setiap pentadbiran negara yang diketengahkan oleh pemimpin Umno.

Hari ini, Pas sudah memerintah kelantan lebih 20 tahun. Kononnya segalam dasar kerajaan pas sudah memenuhi hasrat Islam. Cuba buat perbandingan apa yang lebih di kelantan dan apa yang kurang dibuat oleh kerajaan Umno. Siapa yang lebih memartabatkan syiar Islam Pas atau Umno.

Pas sebenar tidak ubah dikalangan orang yang gila bercakap soal islam, tetapi hakikatnya perbuatan tidak berlaku begitu. Apakah memfitnah termasuk dalam hukum yang dibolehkan oleh islam.

Apakah islam menghalalkan segala bentuk fitnah sekalipun kepada bukan Islam. Jika Pas jawab boleh...ilmu islam mereka sebenarnya sekadar satu ilmu bodoh.

Pas sebenar sebuah parti politik 'nafsu-nafsi', bukan bermaruah islam, tetapi penghancur hukum hakam islam sebenar. Inilah yang dikatakan sesat.

Oleh itu, saya dari dulu dan selama-lamanya akan mempertahankan nawaitu bahawa Umno tidak perlu memujuk Pas untuk bersatu kononnya bangsa Melayu Islam perlu bersatu.

Melayu akan lebih bersatu jika setiap bangsanya boleh berfikir secara 'celik akal' - 'celik ilmu hakikat' untuk menilai dan membuat perbandingan terbaik setiap kebaikan yang dibawa oleh Umno dan apa yang dilaungkan oleh pas selama ini sudah dilaksanakan.

Jangan berfikir secara emosional. jangan kerana Pas menentang rasuah - pemimpin mereka tidak 'makan rasuah'. Golongan laknatullah yang bercakap orang lain rasuah, sedangkan kita juga terbabit dengan rasuah.

Sebab itu, terlalu mudah membuat kesimpulan bahawa orang yang kuat menuduh orang lain rasuah, menghina orang lain - mereka sebenarnya yang begitu ghairah melakukan segala kekejian itu.

Jangan ingat orang yang bercakap membaca segala ayat al-quran itu bersih jiwa raganya dan laim rohnya. Ingatlah, golongan munafik lebih ramai dikalangan orang yang berilmu Islam, kerana mereka seebenarnya mudah menjadi riak kerana ilmu yang ada sekadar ilmu - bukan sekudus amal yang sempurna.

mereka yang berilmu dan beramal - apabila menemui jalur keTuhanan akan lebi takut untuk mecaci dan mencerca orang lain, apa lagi untuk menabur fitnah setiap malam.

Perbandingan paling mudah - pemimpin Umno mana yang suka mencaci, memaki dan memfitnah pemimpin Pas. inilah perbandingan terbaik jika kita meletakkan ajaran islam sebagai syiar tertinggi dalam kehidupan kita, kecuali islam baka atau Islam sekadar kerana kebetulan kita dihantar mengaji di sekolah agama islam saja.

Oleh - saya merayu kepada pemimpin-pemimpin tertinggi Umno - cukuplah dan jangan sesekali merayu pas untuk bersatu atas nama ' bangsa Melayu perlu bersatu'. Melayu tidak mungkin dapat bersatu secara total jika ajaran islam cuma dijadikan perhiasan hidup, bukan pakaian batin.

Hakiakltnya - Pas bukan pejuang islam tulin, tetapi pejuang politik yang penuh 'dendam'. Merak seudah lama berjuang dan melaung segala slogan Islam - tetapi tidak dapat untuk mengusai politik kepimpinan Malaysia.

Islam yang Nabi Muhamad s.a.w yang sejati dalam tempoh waktu yang tidak panjang sudah berjaya membina kuasa Islam di segemnap penjuru alam. Inilah perbezaan Islam sejati yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w yang syiarnya mengetuk semua pintu hati manusia, bukan islam yang penuh kepincangan yang dibawa oleh Pas.

Jika Umno tidak memperjuang syiar islam menerusi versi politik sejak selepas merdeka - sudah lama umat melayu islam menolak perjuangan Umno. Hari ini biarpun seribu kekalutan dalam perjuangan Umno yang penuh suka duka - sokongan umat Melayu Islam terus kekal.

Inilah keramahnya perjuangan Umno. Jika kerajaan Umno-BN akan runtuh - ia sudah berlaku pada tahun 1999 ketika pertelagahan hebat Mahathir dengan Anwar yang dipecat kerana mengamalkan nafsu diwi-fangga - liwat.

Hari ini, pas pula menyokong perjuangan DAP dan PKR yang sedang menyiapkan 'keranda' untuk perjuangan umat Melayu. Kita boleh lihat - api perkauman yang dibawa oleh DAP begitu mula menghidupkan 'api'.

Jika Pas dan umat melayu yang mendokong PKR turut meniup 'api' menjadi lebih besar hingga boleh membakar - bukan hanya Melayu Umno sahaja yang akan terbakar - tetapi ingat seluruh melayu yang berpendapatan sederhana ke bawah akan terkurung dalam keranda DAP nanti. Tunggu dan lihat.....

ISLAM TIDAK SAKIT: MELAYU TERLUPA SEJARAH

Pertamanya, kenapa hanya di Semenajung Tanah Melayu - bumi bertuah ini seorang bergelar Melayu itu menerima Islam sebagai agamanya. Di bumi Arab - yang bergelar Arab pun bukan semua yang menganuti ajaran Islam, sedangkan di situlah tempat turunnya keseluruhan para Nabi dan Rasul utusan Allah s.w.t.

Biarpun, di Jawa, China dan India berpuluh kali ganda penganut ajaran islam dari yang wujud di bumi Melayu ini, tetapi rahmat Islam itu membelit dalam kelompok bergelar Melayu.

Islam dan Melayu itu sebati. Tidak ada Melayu yang lahir di bumi Melayu ini akan bergelar anak Kristian, Yahudi atau Nasrani. Yang lahir itu akan tetap automatik bergelar melayu yang agamanya adalah islam biarpun ibubapanya ketagih arak, kaki zina dan pangih dadah atau tidak bersolat.

Sejarah itu sebenar cukup bernilai untuk dikaji. Islamnya seluruh bangsa bergelar Melayu bukan kerana dakwah dan peperangan yang memaksa Melayu di bumi Tanah Melayu ini bergelar Islam.

Islam itu menjadi sebati dengan bangsa Melayu kerana ketaatan mereka kepada al-Sultan yang memerintah mewakili bangsa Melayu. PengIslaman al-Sultan membawa kepada pengIslaman seluruh jiwa Melayu.

Islam hampir menjadi satu kuasa yang besar di negara China. Tetapi pembesar China cepat sedar pengaruh besar Bidak Cheng Ho yang menjadi kepercayaan Maharaja China ketika itu menghampiri pengIslaman Maharajanya.

Akhirnya, Cheng Ho di arah agar belayar untuk menjalin hubungan diplomatik China dengan negara-negara maju lain ketika itu. Cheng Ho yang hebat itu digelar Laksamana, maka Maharaja China terselamat dari memeluk Islam.

Jika maharaja China ketika itu berjaya diyakinkan untuk memeluk Islam, hari ini sudah pasti bangsa China akan menjadi penganut ajaran islam. Ini kerana kesetiaan bangsa China kepada Maharajanya begitu kuat. Ia tidak ubah seumpama bangsa Melayu yang setia kepada Al-Sultannya.

Pembinaan Tembok Besar China yang mengorbankan puluhan ribu bangsa China, adalah untuk menghalang serang puak Han yang beragama Islam dari menakluk dan menyebarkan ajaran islam.

Hari ini, al-Sultan yang menjadi pewaris kepada pengIslaman bangsa melayu mula dicaci dan di hina oleh bangsa melayu Islam sendiri. Ianya berpunca dari sengkita politik yang sering mendabik dada bahawa perjuangan mereka lebih betul hingga terlupa untuk melihat kewajaran sejarah.

Sultan melayu yang mengislamkan umat bergelar Melayu dan pengisian ilmu itu diteruskan oleh pendakwah dan ilmuan Islam atas arahan pentadbiran Istana. Islam dijadikan asas kepada pemerintahan kerajaan beraja ketika itu hingga ke hari ini.

Hari ini, Melayu yang mengakui diri mereka Islam mula bertelagah sesama sendiri. Kemunculan parti politik moden yang menjurus kepada kegiatan meraih kuasa untuk berkuasa hingga lupa budaya, adat malah membelakangkan soal dasar hukum islam itu sendiri.

Mengapa Melayu mudah lupa sejarah. Apakah perkelahian politik sejak Merdeka hingga kini akan menghancurkan perpaduan Melayu. Apakah Pas dan Umno bergaduh akan menguntungkan Melayu Islam. Apakah perkelahian politik ini akan menjadikan syiar Islam semakin bercahaya dan berkembang luas.

Sebenarnya, pertelingkahan soal politik Umno dan Pas lebih mendewasakan Melayu untuk terus memperkasakan kekuatan Melayu. Tetapi, jika Islam dibabitkan dan saling tuduh menuduh hingga ke tahap orang Islam pun di kafirkan - ia sudah menjadi perkara yang melampau.

Sudah terlalu lama Pas membawa isu mengkafirkan anggota-anggota Umno, tetapi umat melayu islam masih lagi mempertahanakan kerajaan Umno-BN. Isu kafir mengkafir ini tidak meninggalkan kesan besar kerana setiap umat Islam begitu matang berfikir untuk menilai kesempurnaan islam itu sendiri.

Umat islam tidak akan menjadi kafir dengan hanya berkawan dan orang kafir untuk membentuk sebuah negara yang aman dan kekal merdeka yang terisi dengan pelbagai pembangunan untuk kemakmuran rakyatnya sendiri.

Hakikatnya umat islam boleh berfikir bahawa di zaman nabi Muhamad s.a.w sendiri, banginda bersahabat dengan Yahudi dan golongan kafir lain demi menyakana keamanan negara Madinah.

Perjanjian Hudabiyah adalah inti kepada perlunya sebuah kesepaduan semua kaum jika ingin menjadikan negara yang tersisi dengan pelbagai bangsa itu aman dan maju. Justeru itu, Umno menjadikan asas Perjanjian Hudabiyyah itu sebagai asas kepada Kontrak Sosial pasca merdeka.

Hari ini, Malaysia muncul antara negara islam yang begitu pantas maju dan begitu aman damai yang diseliputi pelbagai kemakmuran sekalipun terisi pelbagai bangsa dan kelainan ajaran agama.

Inilah kebijaksanaan yang terjunjung oleh kecerdikan pemimpin Umno terdahulu yang kekal hingga ke hari ini. Melayu islam diutamakan untuk kekal mempertahankan satu Tamadun Melayu Islam.

Melayu islam itu dimartabat dan dijulang menjadi bangsa yang mula mengenal kehebatan diri, tanpa membelakang dan menidakkan hak bangsa lain. Bangsa lain juga dimartabat bersama tanpa ditekan dan dipinggirkan.

Adakah kerana kemajuan dan keselesaan hidup yang dicipta ruangnya oleh kerajaan Umno-BN membuat Melayu Islam mula lupa diri dan berfikir bahawa semua kejayaan itu kerana kehebatan dan bakat mereka sendiri.

Mutakhir ini, Melayu menjadi pertaruhan politik kuasa. Melayu menjadi sasaran perpecahan hasil dari pertelagahan pas dan Umno.

pas sedar isu kafir mengkafir tidak memberi kesan besar untuk meraih pengaruh besar untuk menjadi penguasa malaysia. Akhirnya, pas yang kononnya berjuang atas nama Islam hingga menidakkan perjuangan islam orang lain - tampil menggunakan modal 'FITNAH' untuk membusuk minda Melayu.

Kafir mengkafir diketepikan untuk menghalalkan Pas sendiri boleh berkawan dengan DAP dan PKR yang jelas menolak perjuangan Islam.

Justeru itu, pas kini mula terperangkap dengan dakyah yang dibawa sebelum ini. pas juga tidak boleh lagi untuk tampil dan mendabik dada untuk menjadikan Malaysia sebuah negara islam kerana DAP akan menentang dasarnya.

Realitinya, Malaysia sudah menjadi sebuah negara Islam. Umat islam dan bangsa lain juga turut makmur di dalamnya. Apakah pas akan terus mengadai nama islam dengan terus menabur Fintah di sana sini seolah-olah mereka bukan pejuang versi Nabi Muhamaad s.a.w.

lantaran itu, politik melayu islam akan hancur dan dihancurkan oleh pengolakan sesama Islam. Hingga sampai waktu, Melayu islam tidak perlu menangis jika kuasa politik dirampai oleh 'orang lain'. Fikirlah.....jangan sampai yang dikandung berciciran dan yang dikejar tidak dapat.

Monday, July 12, 2010

ANWAR CIA & AGEN YAHUDI : SAYA CAKAP DAH LAMA

Akhirnya terdedah juga apabila penulis blog tersohor di Amwerika Syarikat, Elaine Meninel Supkis, tanpa berselindung mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim yang begitu dipuja oleh golongan 'ikut rasa' bukan 'ikut akal', jelas diasuh untuk menjadi agen CIA yang Yahudi berkepentingan didalam kuasa pemusnah dunia ciptaan Amerika itu.

Sebelum Elaine Supkis dedah, sudah terlalu lama - malah bertahun-tahun sejak serangan 'mata wang' oleh Yahudi Sorros, saya sudah mengatakan bahawa Anwar adalah agen CIA dan Yahudi.

Saya sudah lama mengelarkan bahawa Anwar Ibrahim ketika begitu berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri, di mana semua pemimpin umno ketika itu kecuali Tun Mahathir 'melutut' dan menjadi 'budak' Anwar, malah memuja Anwar lebih dari 'Dewa', saya sudah mendakwa bahawa Anwar adalah 'hipokrit' dan berlidah munafik.

Memang Anwar dicipta oleh Yahudi untuk menjadi pemimpin yang boleh mempengaruhi pemimpin Asia Pasifik serta fokus yahudi adalah menghuruhara dunia islam di Asia barat.

Anwar mempunyai rakan-rakan rapat di Asia Barat yang secara kebetulan juga tidak sehaluan dengan pemimpin kerajaan.

Anwar dicipta oleh Yahudi sebagai agen merka ketika Tun Mahathir dilhat begitu berpengaruh dan ketajaman fikirannya boleh mempengaruhi pemimpin dunia terutama dari benua Afrika.

Kebetulan ketika itu, Mahathir begitu menunjukkan kebencian kepada penguasaan Yahudi yang ingin mencatur segala kuasa ekonomi dan politik di setiap negara sedang membangun, termasuk Malaysia.

Anwar juga yang mempengaruhi kabinet agar membenar pemain kriket yahudi bermain di malaysia. Ini adalah satu pemecahan tradisi di mana malaysia tidak mempunyai hubungan diplomat dengan Isreal hingga ke hari ini.

Hubungan baik Mahathir dengan Fidel Castro dan menjalin hubungan akrab dengan Cuba dan Iran, membuat yahudi begitu membenci Mahathir. Langkah Mahathir memperkenalkan sistem kewangan islam, membuat yahudi yang menguasai bank-bank kapitalis rasa terguggat.

Lalu Sorros menyerang ekonomi Malaysia dan rantau Asean sekaligus dan yang membuka pintu serangan itu adalah Anwar yang ketika itu begitu berkuasa sebagai Menteri Kewangan.

Anwar begitu gembira ketika ekonomi Malaysia merudum sekelip mata selepas sekian lama berusaha meraih kekayaan untuk rakyat, kerana inilah ruang terbuka kepada Anwar untuk mendesak Mahathir berundur kerana 'bodoh' mengurus ekonomi negara.

Apapun, Allah jelas tidak sayang Anwar untuk mewarisi kepimpinan bumi keramat ini. Isu liwat dan 'kaki betina' - termasuk janda bernama Sharifah dari Singapura yang menjadi kegemaran Anwar akhirnya terdedah juga.

Siapa pula 'grago' yang pernah berkerja di Zaibi Motor di Bangsar milik bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Krai - itu semua 'pelempuan' kena tanya Dato' Nala rakan tenis dan penyedap 'penis' Anwar.

Hari ini, Elaine Supkis mendedah segalanya. Mungkin Anwar akan menyaman sahabatnya sebelum ini (Elaine yang sering berE-mail) bukan RM 100 juta macam dibuat kepada Khairi, tetapi mungkin RM 1 billion.

Ketika bertugas di Berita Harian, publisti Anwar lebih besar berbanding Mahathir. Ketika itu, saya hanya mencari sebab kenapa. Akhirnya, terjawab juga bahawa ketua Pengarang BH ketika itu, Nazri Abdullah, adalah sahabat terlalu akrab Anwar.

Anwar juga yang memain peranan agar sahabat akrabnya, Nazri agar membeli NSTP sedangkan ketika itu Nazri bukan pun bertaraf jutawan. Anwar berhasrat menguasai semua media yang akhirnya menjurus untuk menjatuhkan Mahathir.

Anwar juga membina rangkaian sahabat akrabnya menjadi 'jutawan segera' di setiap negeri untuk membantu menyalur sumber kewangan bagi membeli undi dan pencalonan bahagian untuk menjatuh musuh terakhir - Mahathir, selepas cubaan pertama memalukan Tun Ghafar berjaya.

Jika dilihat kepada gerakan politik Anwar, ia tidak ubah perancangan politik 'ala-yahudi'. Anwar juga mencetus gerakan 'membenci Mahathir' yang di salur perancanganya menerusi sahabatnya, almarhum Ustaz Fadhil Noor. Peranan membenci Mahathir yang digelar maha Firaun dan sebagainya di salur menerusi gerakan Pas.

Hari ini, gerakan menghasut rakyat untuk membenci pemimpin negara di kalangan Umno, terutama Dato' Seri Najib diteruskan oleh Anwar.

Semua ini berlaku kerana Anwar adalah manusia yang begitu bercita-cita tinggi dan kebentulan memiliki 'roh tipu daya' yang hebat milik iblis. Selagi tidak boleh menjadi Perdana Menteri, biarpun lumpuh Anwar akan terus berusaha.

Apapun, biarlah rakyat yang celik pemikiran jangan terus disesatkan oleh kemanisan kata-kata Anwar. Manusia penuh tipu daya ini lebih rela bumi Malaysia hancur jika cita-cita mahu menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian. Fikirlah....

ILHAM MELAYU KICKDEFELLA: MELAYU KENA FIKIR

'Menang Sorak, Perak Sudah Pernah Kita Gadai'

(Sila rujuk tulisan sahabat saya di blog Muqabalah bertajuk Kenapa Sampai Ke Situ, ianya amat menarik sekali)

Saya berada bersama YB Dato’ Husam Musa di dalam rangka lawatan rasmi ke Beijing pada awal Februari 2009. Sewaktu wakil dari Beijing Enterprise Development Corporation sedang memberi taklimat di hari terakhir lawatan sebelum kami menandatangani perjanjian sefahaman, talian handphone YB Husam tidak berhenti berdering. Tamat taklimat oleh orang besar BEDC, YB Husam memohon maaf di atas kebisingan telefon bimbitnya.

“I have to answered those calls….” lebih kurang begitu penjelasannya.

Perak sudah kembali kepada Barisan Nasional. Suasana dingin minus 6 dibawah paras beku di Kota Beijing tidak dapat menyamankan kami.

“Kita sembahyang hajat sampai ke Yemen…” Kata Husam kemudian, menjelaskan betapa sukarnya usaha untuk mendapat perkenan supaya YB Nizar Jamaluddin diangkat sebagai Menteri Besar Perak selepas PRU 12.

Ketika itu Husam adalah Naib Presiden PAS dan beliau ditugaskan menyelesaikan urusan penubuhan Kerajaan Campuran PAS, DAP dan PKR di Perak.

Setahun sebelum itu, jam 8.00 pagi, 9 March 2008, Husam membuat panggilan telefon kepada saya dan mengarahkan saya datang segera ke rumahnya. Lebih kurang jam sebelas pagi, Saifuddin Nasution Ismail tiba. Perbincangan berkisar kepada bagaimana menubuhkan sebuah kerajaan di Perak. Saifuddin dengan jelas di dalam pertemuan itu menyebut PKR tiada calon yang layak untuk dicadangkan sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, Saifuddin mencadangkan nama Dr. Zambry, YB BN yang menang di Pangkor. Saifuddin nampak yakin bahawa YB Dr. Zambry Abdul Kadir akan sertai PKR untuk menjadi Menteri Besar Kerajaan Campuran di Perak.

Di dalam mesyuarat yang sama, saya menerima SMS dari seorang tokoh perniagaan yang juga sahabat Husam. SMS itu di antara lain menyebut bahawa ‘Wang sudah ada untuk pembelian wakil-wakil rakyat BN’.

Saya tidak pasti sama ada wakil-wakil rakyat itu adalah termasuk Dr. Zambry tetapi daripada konteks mesyuarat hari itu, sefaham saya ialah wang tersebut untuk membeli Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional secepat mungkin.

Sehingga hari ini saya tidak pasti mengapa sms itu dihantar kepada saya. Atau sms itu dihantar kepada orang lain dan di salin kepada saya.

Sepekara lagi yang dibincangkan pada hari itu ialah kedudukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saifuddin menimbulkan persoalan sama ada jika Anwar diangkat sebagai Senator, apakah dia boleh dipilih sebagai Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun, segala pokok perbincangan hari itu tidak kemana kerana Saifuddin asyik mahu merujuk kepada Dato’ Seri Anwar di dalam segala hal.

Akhirnya, Husam bangkit membentang sejadah di ruang tamu rumah itu dan menunaikan sholat sunat tanpa berkata apa-apa lagi pada kami.

Hasil dari pembuangan undi pada 8 Mac 2008 untuk 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, keputusannya ialah BN UMNO dapat 27 kerusi DUN, BN MCA dapat 1 kerusi.

BN UMNO tewas 5 kerusi dan BN MIC tewas 1 kerusi kepada PAS menjadikan jumlah ADUN PAS ialah 6.

BN MCA tewas 14 kerusi, BN GERAKAN tewas 3 kerusi dan BN MIC tewas 1 kerusi kepada DAP menjadikan jumlah ADUN DAP ialah 18 semuanya.

BN UMNO tewas 2 kerusi, BN GERAKAN tewas 1 kerusi, BN MCA tewas 2 dan BN MIC tewas 2 kerusi kepada PKR. Ini menjadikan jumlah ADUN PKR ialah 7 semuanya.

Keputusannya, BN 28 kerusi, DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi dan PAS 6 kerusi. BN boleh menubuhkan kerajaan minoriti kerana pada ketika itu tiada platform yang mengikat ketika-tika parti pembangkang, tetapi memilih untuk menjemput PAS menyertai Kerajaan yang bakal ditubuhkan.

Secara rasminya, PAS menolak cadangan Kerajaan Campuran dengan BN, sebuah keputusan yang saya amat hargai pada waktu itu. Jika PAS menubuhkan Kerajaan bersama BN pada ketika itu, ia hanya akan menyukarkan semula usaha untuk menyingkirkan Abdullah Ahmad Badawi dari tampuk pemerintahan negara. Abdullah adalah masalah besar kepada Malaysia.

Abdullah sudah membawa petaka itu kepada rakyat Malaysia. Usaha yang boleh membantu menyelamatkan Abdullah adalah usaha yang belot terhadap keputusan pengundi pada 8 Mac 2008 itu. Pendirian Husam amat jelas dalam soal ini, dan saya bangga sekali.

Tetapi menyertai Kerajaan Campuran bersama DAP adalah satu matlamat singkat dan merbahaya kepada bukan sahaja PAS, tetapi kepada umat Islam dan orang-orang Melayu di Malaysia. Tersingkirnya Abdullah Ahmad Badawi sepatuntya membuka ruang penyatuan semula bagi orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai 59 buah kerusi Dewan Undangan Negeri. 38 kerusi DUN adalah kawasan di mana lebih 50% pemilihnya terdiri daripada orang-orang Melayu. Manakala 21 kerusi DUN nya mempunyai komposisi pemilih Melayu kurang daripada 50%.

Daripada 21 kerusi yang mana pemilih Melayu kurang daripada 50%, 19 daripadanya menunjukkan penguasaan pemilih Cina lebih daripada 50% dan kerusi-kerusi itu dimenangi secara total oleh Pembangkang.

Kawasan-kawasan tersebut ialah,

1.Pokok Asam dengan 75% pemilih Cina. DAP tewaskan MCA di sini. Majoriti 865 atau 6.04%.
2.Aulong dengan 58% pemilih Cina. DAP tewaskan GERAKAN. Majoriti 2,808 atau 17.51%.
3.Jalong dengan pemilih Cina seramai lebih 56.8%. DAP tewaskan GERAKAN. Majoriti 5,495% atau 31,18%.
4.Canning dengan pemilih Cina lebih 78%. DAP tewaskan GERAKAN. Majoriti 5,666 atau 25.13%.
5.Tebing Tinggi dengan pemilih Cina lebih 76.9%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 2,515 atau 21.07%.
6.Pasir Pinji dengan pemilih Cina lebih 88.9%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 6,339 atau 33.72%.
7.Bercham dengan pemilih Cina seramai 79.8%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 6,010 atau 30.48%.
8.Kepayang dengan pemilih Cina seramai 63.6%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 490 atau 3.32%.
9.Jelapang dengan pemilih Cina lebih 73.6%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 6,707 atau 35.29%.
10. Menglembu dengan pemilih Cina lebih 92.5%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 6,523 atau 32.47%.

11. Tronoh dengan pemilih Cina lebih 67%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 2,571 atau 15.96%.

12. Pantai Remis dengan pemilih Cina lebih 71.2. DAP tewaskan MCA. Majoriti 5,076 atau 26.22%.

13. Malim Nawar dengan pemilih Cina lebih 72.95. DAP tewaskan MCA. Majoriti 1,362 atau 9.54%.

14. Keranji dengan pemilih Cina lebih 79.2%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 4,435 atau 35.41%.

15. Sitiawan dengan pemilih Cina lebih 80.5%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 8,529 atau 52.38%.

16. Pasir Bedamar dengan pemilih Cina lebih 70.4%. DAP tewaskan MCA. Majoriti 7,914 atau 40.71%.

17. Sungkai dengan pemilih Cina lebih 56.5%. DAP tewaskan MIC majoriti 1,454 atau 12.94%.

18. Simpang Pulai dengan pemilih Cina lebih 64%. PKR tewaskan MCA. Majoriti 3,386 atau 18.21%

19. Teja dengan pemilih Cina melebihi 75.72%. PKR tewaskan MCA. Majoriti 175 atau 1.36%.

Bagi kerusi-kerusi yang pemilih Melayu kurang daripada 50% juga terdapat 2 kerusi campuran iaitu kerusi yang pemilih Cina dan pemilih India di gabungkan melebihi 50% komposisi pemilih di konstituensi tersebut.

1.Chenderiang dengan komposisi pemilih Cina 36.2% dan India 12.9% berbanding pemilih Melayu berjumlah 37.6%. MCA memenangi kerusi ini menewaskan PKR dengan majoriti 3,392 atau 29.47%.
2.Buntong dengan komposisi pemilih Cina 47% dan India 46.2% berbanding pengundi Melayu sebanyak hanya 6.1%. DAP memenangi kerusi ini menewaskan MCA dengan majoriti 5,315 atau 34.72%.
Negeri Perak adalah satu kes klasik untuk melihat bagaimana sebuah negeri yang pembahagian politiknya menunjukkan kukuhnya kedudukan Melayu, tetapi runtuhnya penguasaan Melayu kerana perpecahan sesama Melayu.

64% konstituensi-konstituensi di DUN Perak di kuasai oleh Melayu. Jumlah ini bersamaan dengan 38 kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini membuktikan secara politik, kedudukan Melayu di Perak adalah amat-amat stabil, sehinggalah PAS memilih untuk memberi kuasa pemerintahan Negeri Perak kepada DAP.

PAS meletakkan 21 orang calon DUN di dalam PRU 12 yang lalu. dari jumlah itu, 20 calon PAS berhadapan dengan calon BN UMNO dan 1 berdepan dengan BN MIC. 15 daripada calon PAS tewas.

PKR meletakan 14 orang calon di dalam pilihanraya yang sama untuk menentang BN UMNO. PKR berjaya menumpaskan calon Melayu BN di 2 konstituensi. PKR bagaimanapun berjaya merampas kerusi majoriti Melayu yang BN serahkan kepada MIC bila calonnya Jamaluddin Mohd Radzi menang di Behrang. Ini membawa jumlah ADUN Melayu PKR kepada 3.

Ini bererti gabungan PAS dan PKR memiliki sejumlah 9 orang ADUN Melayu selepas PRU ke 12. Maka 9 orang ADUN Melayu ini telah dipajakkan untuk menubuhkan kerajaan dengan 22 ADUN bukan Melayu dari DAP dan PKR.

Ini bermakna, Dewan Undangan Negeri Perak yang mengandungi seramai 36 orang ADUN Melayu, telah terpaksa tunduk kepada 22 ADUN Bukan Melayu yang 18 daripadanya dari DAP hanya kerana 9 orang ADUN Melayu.

Dayus mungkin tidak sesuai digunakan bagi menghuraikan kemelut waktu itu. Tetapi dalam suasana harian, tindakan itu adalah amat dayus.

Senario yang sama tidak mustahil akan kita lihat di dalam PRU ke 13 akan datang. Calon Melayu Islam, sudah tentu akan mengekalkan lebih kurang 130 konstituensi Parlimen yang di wakili oleh Melayu Islam sekarang. Tetapi kemungkinan kita akan melihat insiden yang sama berlaku seperti di Perak bila 130 orang Ahli Dewan Rakyat Melayu akan di kuasai oleh lebih 90 orang YB Bukan Melayu Bukan Islam. Ia tidak mustahil jika PAS berjaya merampas beberapa buah kerusi Melayu dari UMNO menerusi perang saudara antara sesama Melayu sesama Islam. Dan kerusi itu akan PAS berikan untuk menubuhkan kerajaan bersama DAP.

Perak pernah mendahului Negeri-Negeri Melayu lain di dalam menerima Residen Inggeris. Hanya Melayu yang dapat menjamin sejarah tidak berulang lagi. Jika Melayu mahu belajar dari Sejarah.

Dan di dalam kes Perak, saya sudah mendengar kegusaran dari dari segelintir pimpinan PAS kerana DAP sudah pasti akan meletak calon Melayu untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Perak dalam PRU akan datang. Pada waktu yang sama DAP sedang memindahkan pemilih-pemilih Cina di kawasan yang mereka fikir selesa ke konstituensi lain bagi memberi ruang untuk penguasaan lebih besar oleh mereka.

Ini bererti, jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak semula maka kita bakal berdepan dengan calon Menteri Besar DAP dari keturunan Melayu. Tidak juga mustahil, DAP akan meletakkan calon-calon Parlimen dari keturunan Melayu. Apakah kita juga akan mempunyai Perdana Menteri Melayu dari Parti DAP? Bukankah DAP adalah parti yang terbesar penguasaannya di dalam Pakatan Rakyat?

Saya merasakan masanya sudah tiba untuk UMNO dan PAS menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 di atas platform yang sama. Beberapa bulan atau mungkin tahun yang ada untuk menghadapi PRU itu boleh digunakan bagi merundingkan bentuk Kerajaan yang akan dibentuk."

Thursday, July 1, 2010

PKR HURU HARA DI SELANGOR & ANWAR PELOBI YAHUDI

Berlaku dua perkara besar dalam satu masa. Pertama soal pergolanakn politik PKR di Swlangor dan kedua adalah Anwar memohon maaf kepada Yahudi. Semuanya di atur oleh Anwar Ibrahim sebagai ketua pakatan pembagkang.

Isu pergolakan PKR di Selangor apabila Khalid Ibrahim selaku Pengerusi PKR yang kini dipecat oleh Anwar dan diganti oleh 'kekasih' gelapnya, Azmin Ali bukan satu perkara luar biasa sebenarnya.

Pergeseran itu segaja di atur oleh Anwar kononnya, Khalid gagal mengurus soal kepimpinan PKR dan Azmi paling layak - cuma satu wayang yang dicipta untuk mengelak dari rakyat membicarakan soal Anwar memohon maaf kepada Yahudi.

Antara Khalid, Azmin dan Anwar sebenarnya tidak ada pergeseran. Khalid cuma dijadikan 'kambing hitam' untuk rakyat membincangkan seolah-olah berlaku pergeseran dan Khalid mula ditolak oleh Anwar.

Jika Anwar tidak senang dengan Khalid, Anwar ada hak untuk melucutkan kedua-dua jawatan termasuk Menteri Besar Selangor dan memberi kepada Azmin. Itu tidak akan berlaku kerana Khalid masih diperlukan oleh Anwar untuk menghancurkan ekonomi Selangor.

Semalam, Selangor sengaja membuat satu perjanjian membersih Sungai Klang dengan nilai RM50 billion, satu angka yang begitu memeranjatkan. Apakah Selangor memiliki wang sejumlah itu untuk tempoh konsesi perjanjian berjalan bagi membayar kepada kontraktor.

Sebenarnya, jika dilihat kepada perjanjian itu - kerajaan Selangor mula merasai bahawa selepas pilihanraya ke-13 nanti, kerajaan PKR_DAP akan jatuh kepada BN semula.

Pwer4janjian RM50 billion ini akan disemak semula dan akan dibatalkan oleh kerajaan BN baru nanti dan kes ini akan berakhir di mahkamah dengan saman mungkin mencecah billion oleh syarikat konsesi membersih Sungai Klang itu.

Syarikat yang mungklin ada hubung kait dengan 'orang tertentu' dikalangan pemimpin PKR Selangor itu nanti akan memdapat habuan percuma jika perjanjian terbatal nanti.

Semua perjanjian itu adalah tunjuk ajar dari Penasihat ekonomi yang hebat dan pernah bersekongkol dengan Yahudi Soros menghancurkan ekonomi negara dalam sekelip mata.

Siapa kata Anwar hebat mencatur ekonomi negara. Anwar cuma manusia bercakap besar dan serba tahu. Manusia yang nombor satu becakap bohong di Malaysia adalah Anwar.

Pergolakan di Selangor menjadi fokos perbincangan penganalisis politik, termasuk kaum akademi dari semua Universiti. Semua melihat kepimpinan PKR Selangor berpecah dan Khalid seakan mula dipinggirkan untuk mengurus politik Selangor.

Sebenarnya, semua itu begitu bijak di atur oleh Anwar kerana bimbang pristiwa 'permohonan' maaf Anwar kepada kuasa Yahudi ketika kunjungan ke Amerika Syarikat pada 23 - Jun lalu terdedah.

Sememangnya, sejak awal lagi saya mengatakan Anwar memang Ketua ejen Yahudi untuk kawasan Asia Pasifik. Anwar juga diberitanggungjawab untuk mempengaruhi dunia Islam agar akur dengan segala kehendak Amerika yang dikawal oleh Yahudi.

Anwar terpaksa memohon maaf kepada Yahudi kerana dakwaan 'pencerobohan zionis' selepas berlaku rampasan kapal kebajikan dunia ke Gaza pada 31 Mei lalu. Sembilan warga Turki dibunuh oleh komando Yahudi Isreal.

Demi menarik perhatian rakyat Malaysia konon Anwar adalah pemimpin negara yang begitu anti-Yahudi, Anwar begitu beria-ia mengecam YahudiIsreal. Akhirnya, Anwar diberi amaran oleh Yahudi yang berpengkalan di Amerika Syarikat untuk menarik balik segala sokongan kewangan dan gerakan politik Anwar.

Anwar yang selama ini dibantu oleh Yahudi, ketakutan dan terpaksa berlepas ke Amerika untuk berlutut meminta maaf kepada Yahudi.

Manusia seperti ini sememangnya layak untuk berkawan dengan DAP yang sejak dulu untuk menghalau Melayu hingga tercetus Peristiwa 13 Mei 1969. Manusia seperti Anwar ini memang terlalu layak untuk bersekongkol dengan Pas kerana berperangai macam Yahudi yang suka mengkafirkan islam dan menghina umat islam.

Anwar mendakwa APACO sebagai ejen perniagaan Yahudi yang diberi peluang kerajaan untuk menjayakan gerakan 1Malaysia. Yahudi itu juga yang membiayai sumber kewangan mengerakkan aktiviti PKR, selain membiayai segala perbelanjaan pilihanraya kecil dan Umum sebelum ini.

Anwar adalah sahabat baik Soros yang memberi segala maklumat untuk menghancurkan ekonomi negara. Niat Anwar adalah untuk menjatuh dan memalukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri kononnya tidak bijaksana mengurus ekonomi negara.

Anwar gagal dalam perancangannya kerana Mahathir berjaya menangani semua itu, biarpun Anwar begitu tergesa-gesa untuk memimjam dari Dana Yahudi - IMF dan Bank Dunia.

Anwar anggap perancagannya akan berjaya untuk menyingkir Mahathir dan bertakhta sebagai perdana Menteri. Tetapi, Allah s.w.t lebih berkuasa untuk memilih orang beramanah menerajui negara.

Sebab itu, samapi hari ini Anwar begitu 'moroyan' kerana tersingkir dari jawatan yang selema ini begitu berjaya memberi kekayaan kepada dirinya sendiri serta kunco-kunconya bergelar jutawan.

Anwar sememangnya ajen Yahudi. Inilah yang Pas pilih untuk berkawan. hakikatnya, inilah qoda dan ketentuan Allah s,w,t bahawa orang yang berjiwa jahat hanya layak berkawan dengan kunco-kunco yang berjiwa jahat juga.