Sunday, May 30, 2010

JUDI BOLA: PAS SERANG RUMAH AWANG ADEK

Hebat Pas kerna berjaya mengajur protes 'judi bola' di depan rumah kediaman rasmi Awang Adek di Perupok, Bachok. Rumah itu, cuma menjadi tempat persinggahan hujung minggu apabila balik ke Bachok untuk bertemu rakyatnya.

Perarakan selepas selesai solat Jumaat di Masjid Perupok itu jelas haram dan solat jumaatnya juga mungkin haram kerana satu niat yang tidak betul.

Apakah Awang Adek yang meluluskan lesen judi bola, biarpun beliau adalah Timbalan Menteri Kewangan.

Perlu diketahui bahawa jika sesuatu lesen atau dasar kerajaan hendak dibuat, ia diputuskan oleh kebinet. Untuk orang yang jahil politik - Timbalan Menteri tidak boleh menghadiri mesyurat Kebinat Kerajaan Pusat, sekalipun menterinya bercuti atau ke luar negara.

Timbalan Menteri hanya menunggu arahan kerja Menteri sahaja. Jika menteri tidak memberi kerja mengurus Kementerian - Timbalan Menteri hanya boleh 'makan gaji buta'.

Dalam sistem Kebinet Malaysia, tidak ada Timbalan Menteri pun tidak menjadi masalah kerana bidang tugas Timbalan Menteri bergantung kepada Menterinya, bukan Perdana Menteri.

Begitu juga dengan tugas Timbalan Perdana Menteri yang diberi tugas-tugas khusus oleh Perdana Menteri. Sebab itu, Timbalan Perdanan Menteri ada tugas khusus memegang satu kemeterian.

Awang Adek bukan pelulus lesen judi bola dan kerajaan pun sendiri belum membuat keputusan mengeluarkan lesen judi bola.

Kenyataan Awang sekadar untuk mendapat perhatian rakyat agar tidak bersetuju dengan lesen judi bola yang diminta oleh satu syarikat judi di negara ini.

Jika mejoriti rakyat tidka bersetuju, maka lesen itu tidak akan dikekuarkan. Ia adalah sama dengan peraturan Majlis Perbandaran jika ada permohonan lesen jual arak. Ia diiklan di akhbar untuk mendapat bantahan awam, perlu atau tidak. Jika mejoriti tidka bersetuju, maka lesen tidak boleh dikeluarkan.

Soalnya kenapa Pas begitu 'gila' sampai tidak henti-henti berdemotrasi soal judi bola. Apakah di Kelantan sendiri sudah bersih dari hal-hal judi termasuk judi bola.

kelantan sebenar membiar perjudian haram dimerata tempat. Yang berjudi termasuk yang fanatik Pas sendiri. Ramai YB Pas Kelantan tahu tempat judi haram, tetapi kenapa membisu dan tidak melapor kepada pihak berkuasa.

Ramai pemimpin Pas di kampung tahu tempat berjudi, malah tempat kedai-kedai yang menggunakan khidmat GRO terutama di Tumpat, teapi kenapa tuutp mulut.

Kenapa harus menyerang rumah Awang Adek untuk berdemotrasi. Sebagai Timbalan Menteri, beliau cuma menjalankan kewajiban yang diarah untuk menjawab segala soalan di Perlimen sekiranya Menteri tidak dapat hadir.

Lebih baik Pas mengadakan demotrasi agar kedai judi dan arak ditutup di bawah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang turut didokong oleh Pas.

Inilah yang dikatakan, Pas ini parti sundal yang tidak kenal kawan mahupun lawan. Lebih baik Pas berdemotrasi di Selangor dan Pulau Pinang yang begitu banyak tempat judi, penjualan arak di merata tempat dan pusat maksiat.

Apakah dinegeri ini Pas halalkan untuk melakukan apa sahaja atas dasar Pakatan Rakyat. jangan jadi gila untuk mengajak orang lain turut jadi gila. Sebab itu, perjuangan Pas tidak pernah mendapat tempat dan direstui oleh Allah s.w.t.

Hari ini, Pas sanggup menerima apa sahaja keinginan yang dilakukan oleh DAP termasuk soal tuntutan penggunaan nama Allah s.w.t, bebas menjual arak di Shah Alam, malah usaha memurtadkan umat Islam.

Apakah kerana kuasa hingga Pas sanggup mengadai maruah dana nilai perjuangan islam yang dilaung sebelum ini. Kenapa Pas tidak lagi bercakap soal Hudud dan Negara Islam sejak 'berpeluk sakan' dengan DAP.

Pas kini sudah menjadi parti yang lebih 'murtad' dan tertelan ludah sendiri sejak menjadi sahabat akrab DAP. DAP kini begitu ketawa kerana dapat memperkudakan Pas.

Fikirlah umat Islam kerana tindak tanduk Pas lebih kepada membawa pengikutnya menujuk Neraka dunia dan neraka akhirat. Pas sudah jauh terpesong dari perjuangan suci sebenar, sebab itu Haji Hadi menunggu waktu untuk membawa Pas lari dari tekanan DAP.

Bahana kehancuran umat Islam sudah mula menganggu pemikiran Haji Hadi apabila begitu tetekan sejak bersahabat dengan DAP. Tunggu dan lihat jika Pas tidak lari dari mulut DAP. Isyarat sudah jelas kerana Anwar juga tidak pernah setia pada janji dengan Pas.

MIC: USAH CABAR, BERUNDURLAH DARI BN JIKA BERANI

Gerakan Anti Samy (GAS) diketuai oleh Mugilan, bekas Timbalan Ketua Saya Pemuda MIC yang dipecat oleh Samy Velu baru-baru ini, akhirnya berjaya menghimpun ribuan penyokong MIC yang bersetuju agar Presidennya berundur.

Saya sudah lama bercakap soal Samy. Rasanya terlalu malas kerana suatu waktu ahli MIC akan lebih sedar tentang tindak-tanduknya yang mahu menjadikan MIC milik peribadinya sendiri.

Dulu saya pernah rungkaikan bahawa Samy ibarat Raja yang mengusai MIC dan tidak akan turun sebelum mati. Akhirnya, krisis MIC yang bukan baru berikutan kuasa diktator Samy yang begitu tegar untuk memecat sesiapa sahaja yang menentangnya.

Hari ini, Setiausaha Agong MIC dipecat kerana membuat kenyataan agar Samy berfikir untuk berundur dari jawatan Presiden lebih awal. Jelas, siapa berani menentang Samy - maknanya hayat politik mereka akan berakhir.

Dulu Samy memecat Mandian Pandithan kerana melawan Samy. S,Subramaniam juga pernah diperlakukan sebegitu rupa. Malah ramai lagi pemimpin kanan MIC lain.

Biarpun, sasaran Mugilan untuk menghimpun 15,000 ahli MIC dalam perhimpunan GAS di The Mines, kehadiran yang cukup ramai yang dicetus dari orang yang kecil dari saya pemuda ternyata begitu berjaya.

Samy sudah mengarah agar pelbagai cara untuk menghalang kehadiran ahli MIC ke perhimpunan GAS yang dianjur oleh 'budak kecil' dalam MIC. Mugilan bukan CWC MIC, tetapi cuma budak kecil dari sayap kanan.

Tetapi, jika dilihat kepada semangat perhimpunan GAS itu, perhimpunan kecil di peringkat negeri akan berterusan sehingga Samy akan jatuh dan di malukan.

Tindakan Samy mempersoal ada 'orang luar' berada dibelakangan GAS - solah-olah masih menunding kepada Umno. Oleh itu, Samy mengajar anak kesayangan Vell Paari agar menghentam Umno sebagai orang dibelakang tabir kepada gerakan GAS.

'Hantu' Paari ini tidak akan berani membuat tuduhan ke atas Umno, begitu juga Ketua Pemudan MIC, T Mohan jika tidak mendapat tunjuk ajar dari orang 'kurang ajar', Presiden Samy Vellu.

Sayap Pemuda tidak akan berani membuat keputusan besar jika tidak mendapat kebenaran atau arah dari Presiden. Apalagi untuk melontar agar mengkaji semula kedudukan dalam Barisan Nasional.

Kepada saya, jika MIC mahu keluar dari BN - biarlah mereka berlalu secara terhormat. Pergilah dan bina kekuatan sendiri. Sebenarnya, terlalu banyak parti kaum India lain yang menunggu giliran untuk menyertai Barisan Nasional yang selama ini dihalang oleh MIC.

Keluarlah dari BN secara terhormat. MIC boleh bertanding atas berdera sendiri, termasuk di Sungai Siput dan Hulu Selangor. Atau MIC sudah siap untuk menyertai Pakatan Rakyat sebagai satu alternatif.

Soalnya, jika MIC menyertai Pakatan Rakyat - bolehkan tiga diktator - Kiat Siang dan Anwar Ibrahim berpadu tenaga dengan Samy yang lagi Maha diktator.

Kepada saya, lebih baik MIC keluar dari BN jika Samy masih manjadi Presiden MIC. BN tidak akan menjadi satu kerugian jika MIC keluar kerana parti India lain siap untuk bergabung tenaga, malah lebih kuat pengaruh berbanding MIC waktu ini.

Sebenarnya, jika MIC keluar - parti itu akan hancur di telan waktu dan pengikutnya akan lebih ramai meninggal parti itu.

Kebiadapan Paari dan Mohan begitu luar biasa. Orang dibelakang tabir keberanian itu adalah Samy, bukan Palanivel.

akhirnya, sudah waktu Samy pergi dan memberi ruang kepada muka baru untuk mengurus MIC dengan wadah baru. Terlalu lama di situ membuat semua orang muak dengan segala dasar tidak berubah untuk membina kepentingan umat India.

Orang muda bersemngat baru dan lebih tahu inspirasi orang muda untuk menjulang kewibawaan mesayarakat India di negara ini. Contohi Umno yang begitu bijaksana mengurus perubahan pemimpin kepada anak muda yang dibimbing sekian lama.

Setiap kali pemimpin berubah, kesegaran parti akan bertambah kuat kerana akan menarik lebih ramai pengikut baru yang lebih bertenaga. Inilah hakikat perjuangan dalam politik.

Kepada Mugilan, teruskan perjuangan ini jika dilihat tanpa Samy, MIC akan terus lebih berdaya maju dan hebat demi untuk memperkasakan perjuangan kaum India di negara ini.

Tuesday, May 18, 2010

JUDI OH JUDI: AWANG ADEK JADI MANGSA

Apakah mungkin kerajaan akan menambah lagi satu lesen perjudian - 'JUDI BOLA'sebelum bermulanya kejohanan bolasepak berprestij - Piala Dunia di Afrika Selatan pada Jun ini.

Sebenarnya, judi bola sudah lama berlaku dikalangan masyarakat seakan menjadi suatu 'budaya hidup' ala baru. Cuma ia tidak dilesenkan secara halal.

Di England, lesen judi bola memang dilesenkan, malah papan perjudian terbuka yang boleh berjudi segala jenis sukan yang berlangsung.

Hari ini, Dato' Awang Adek, di malukan seluruh Kelantan amnya dan selruh negara khasnya kerana membuat maklum balas bahawa 'kemungkinan' lesen judi bola akan diluluskan oleh kerjaan.

Awang Adek dihentam oleh Pas Kelantan dengan pelbagai bentuk fitnah kerana di Kelantan terutama Bachok, Awang ini perlu dilenyapkan dengan - 'Dosa Judi'. Yang pasti dengan derasnya fitnah 'Awang Lulus lesen judi bola ini' - dia akan kalah lagi jika bertanding pilihanraya nanti.

Lesen judi bola belum diluluskan, tetapi tidak dinafi akan diluluskan jika kegiatan haram ini berluluasa secara haram. Yang untung adalah 'teukeh judi' dikalangan jutawan cina dan yang akan papa adalah kaum Melayu yang sudah jadi kaki judi.

Di Kelantan, bila musim bolasepak bermula - kegiatan judi haram - judi bola ini bagi satu fenomena yang tidak boleh disekat-sekat.

Di Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok sebenarnya menjadi pusat kegiatan judi haram bolasepak. Bukan setakat judi bola, tetapi judi nombor ekor.

Bulan lalu, saya dikejutkan oleh pertanyaan kawan lama yang datang kerumah - kononnya mencari ' besi lama' untuk dipuja bagi mendapatkan nombor ekor.

Bukan setakat besi, tetapi busut atau 'pusu' pun dijaidkan tempat untuk membuat pemujaan mendapat nombor ekor. Kumpulan ini juga mencari 'permata kebal' kononnya boleh dijadikan bahan untuk mendapat nombor ekor yang tepat.

Paling menghairankan, saya kenal teman lama ini adalah 'orang kuat Pas' dan bomoh yang membuat ramalan nombor pun penyokong tegar Pas.

Memang saya memiliki banyak keris lama yang dihadiahkan oleh 'alam ghaib' sewaktu berada di jawa. Begitu juga dengan batu permata yang dijelmakan dari bunga dan pelbagai bahan lain.

Saya menyimpan semua itu sebagai kenangan, bukan untuk pemujaan atau mengharapkan kuasa luar biasa. Biarpun, semua besi yang saya simpan itu berpeluh dan berbau harum mengikut jenis besinya - saya tidak akan biarkan dipinjam untuk perkara 'pelik' begini.

Sewaktu di Kuala Lumpur kira-kira lapan tahun lalu - sebilah keris saya dipinjam kononnya untuk merawat pesakit oleh sahabat saya yang terkenal sebagai dukun. Tetapi, rupanya 'keris naga kembar' yang saya dapat di Datar Giri, Surabaya ingin dibawa oleh rakannya yang lain untuk pemujaan nombor ekor.

Sewaktu dalam perjalanan ke Banting - kedua tayar keretanya pecah di tengah jalan. Akhirnya, di hantar dalam keadaan tidak terkawal. Saya buat keputusan menghatar kembali ke tempat asalnya dan yang saya simpan cuma kembar 'jantan' sahaja hingga kini.

Dunia judi bukan satu perkara yang boleh disekat dan dihalang dengan mudah. hakikatnya, semua umat Islam yang mengaku Islam sejak kecil lagi diajar bahawa judi, arak, zina, mencuri, menipu dan menabur fitnah itu adalah perkara yang amat dilarang oleh ajaran Islam.

Hakikatnya, siapa yang boleh menghalang sedangkan Allah s.w.t yang begitu pemurah dan penyayang tidak mengambil nyawa mereka yang melakukan kesalahan. Inilah sempadan kejadian Allah sebenarnya untuk kita semua berfikir.

Saya cuba menyelidik kenapa harus ada judi haram di Kelantan, bumi yang Pas dakwa lebih Islam dari bumi lain. Islam di Malaysia ini cuma ada di kelantan - dakwa Pas.

Sebenarnya, kejadian judi haram di kelantan begitu tenat. Agen judi nombor ekor seakan ada di segenap kampung secara tersusut. hanya kaki nombor yang tahu di mana sarangnya.

Yang jelas - tidak ada siapa pun yang bermain judi haram ini sudah bertahun-tahun muncul menjadi orang kaya atau orang senang. Yang kaya hanya taukeh judi haram saja.

Sememangnya, lesen judi bola tidak wajar untuk diluluskan lagi. Kesan kepada sukan bolasepak negara sudah begitu ketara kemerosotannya gara-gara judi bola.

Judi yang menghancurkan kehebatan bolasepak negara. Seawal tahun 1990 an - ramai pemain bertaraf bintang ditahan kerana 'menjual' perlawanan sepanjang Liga berlangsung.

Hari ini, judi bola masih berlua-luasa dalam Liga Bolasepak Malaysia. Ramai pemain dipengaruhi dengan harga yang besar jika bermain untuk kalah atau untuk menang. Apa lagi jika negeri itu gagal memberi gaji yang setimpal atau bermasalah dalam bayaran gaji kepada pemain.

Dua tahun lalu, taukeh judi mempertaruhkan Kelantan untuk menang semua perlawanan di Stadium Sultan Muhamad Kota Bharu, tetapi kalah atau seri di tempat lawan. Ketika itu, apabila di kesan semua pemain import terbabit dengan 'pengatur judi' perlawanan. Ini kerana gaji mereka tidak di bayar atau di byar dengan begitu rendah.

Saya seawalnya pelik, keaedah apa yang digunakan untuk berjudi bola. Saya cuba mendekati beberapa orang tengah yang mengatur perlawanan. Akhirnya saya begitu faham cara kegiatan mereka.

Barangkali kesan daripada pemerhatian Awang Adek ini di Kelantan, yang mana bumi Islam dipenuhi dengan kegiatan judi haram - adalah lebih baik lesen judi bola di luluskan.

Ini kerana kalaupun setiap malam Pas berceramah, ia bukan soal ajaran islam yang dimomokkan tetapi lebih kepada perjuangan politik caci maki dan mencari kesalahan orang lain. Hakikatnya, judi begitu menebal di Kelantan.

Tetapi, Awang Adek cuma mewakili kerajaan untuk mengutarakan satu soalan 'subjektif' agar mendapat jawapan umum dari lapisan rakyat apakah membenarkan kerjaaan untuk meluluskan lesen judi yang dipohon oleh seorang teiko Cina.

Jawapan dari rakyat adalah - tidak boleh -, maka kerajaan akan menolak permohonan itu hasil dari jawapan rakyat. Inilah kebijaksanaan sebuah kerajaan rakyat jika berdepan dengan kemuslahatan.

Menolak secara 'totok' semesitinya tidak boleh kerana lesen judi bola yang dipohon hanya untuk yang bukan beragama Islam seperti lesen perjudian lain. Begitupun, sebagai sebuah negara demokrasi - Awang dipanggil untuk membuka ruang pertanyaan kepada umum.

Hari ini jelas bahawa umat islam menolaknya kerana ia adalah haram. Sebagai sebuah negara yang mejoritinya Islam, kerajaan membuat keputusan membatalkan permohonan itu.

Kesannya, kerajaan Barisan Nasional kelah di Sibu dalam pilihanraya gara-gara lesen judi dibatalkan.

Pilihaanraya di Sibu juga diatur oleh sendikit perjudian yang begitu berkuasa dari gabungan mafia Malaysia. Oleh itu, ramai pengundi takut keluar mengundi kerana semacam ada arahan.

Begitu juga dalam isu kekalahan memalukan Malaysia dalam cabaran Piala Thomas. Apakah, itu selayaknya pemain Malaysia bertarung dengan China di Separuh Akhir sedangkan sebelum ini secara individu dalam siri badminton dunia mereka begitu hebat atau jika kalahpun begitu bermaruah dengan tiga set.

Semua ini adalah gara-gara Judi oh judi - akhirnya Awang Agek jadi mangsa keadaan.

Wednesday, May 12, 2010

KES AMINULRASHID: TERINGAT SAHIDAN KASIM

Akhirnya Koperal (P) Jamain terpaksa menjadi `kambing' hitam politik apabila dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana di tuduh menembak mati remaja 15 tahun, Aminulrashid Hamzah, gara-gara melarikan diri dari sekatan polis pada jam 2 pagi.

Jamain bukan orang baru dalam pasukan polis. Amanah yang dipikul untuk menjaga keselamatan rakyat terutama di kawasan Shah Alam - umpama nyawa di hujung tanduk.

Apa lagi Shah Alam bukan lagi kawasan selamat seperti dulu. Hatta Kereta Perdana V6 milik Ketua polis Selangor pun di curi oleh penyangat dan kes pecah rumah bagaikan menjadi-jadi.

Soalnya, kejadian itu berlaku lebih jam 2 pagi...ketika manusia lain sedang lelap dalam mimpi kehidupan. Inikan pula anak-anak yang masih di bangku Sekolah.

Jamain kini dijamin oleh keluarganya dengan nilai RM10 ribu. Apakah selepas berkhidmat puluhan tahun - akhirnya terpenjara gara-gara menembak remaja bawah usia.

Ketika putaran pemikiran ini begitu ligat memikirkan nasib anggota polis yang menghadapi pelbagai cabaran, teringat pula secara tiba-tiba kepada bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Sahidan Kassim.

Suatu ketika dulu Sahidan dikritik kerana membawa idea -'Perintah Berkurung Remaja Bawah Umur'. Ramai yang tidak bersetuju dan menghetam idea gila Sahidan kononnya terkebelakang dalam dunia serba mencabar hari ini.

Jika idea Sahidan yang dilontarnya berikutan pelbagai gejala buruk berlaku di kalangan remaja termasuk kes buang bayi, dadah dan lumba haram, semestinya Amirulrashid masih lagi bernyawa dan Jamain tidak akan dihadap ke mahkamah.

Dari dulu saya menyokong idea bernas Sahidan. Biarpun Sahidan dilihat Menteri Besar yang 'gila-gila bahasa' dan semacam tidak serius - itulah idea orang berpandangan jauh.

Sahidan adalah arkitek kepada Perlis baru, biarpun tidak sehebat pencapain Tan Sri Rahim Tamby Chik membina Melaka Baru yang begitu luar biasa. Melak yang sepi kini menjadi tumpuan jutaan pelancong setiap tahun.

Sebenarnya ketika berziarah ke Perlis baru-baru ini, satu yang jelas - Perlis terlalu 'sunyi' tanpa Sahidan. Sahidan adalah 'jiwa' rakyat Perlis. Sayangnya, pemimpin yang sebegini akan terlalu cepat untuk di cantas.

Jika direnung kembali, idea Sahidan ini perlu diketengahkan semula dan 'gubal' Akta Perintah Berkurung ke remaja bawah umur demi masa depan remaja itu sendiri. Akta ini perlu dikuatkuasa ke atas ibu bapa dan denda perlu dikenakan ke atas ibu bapa jika melanggar perintah.

Hari ini, gelagat remaja begitu menjadi-jadi. Kadang dirumah 'pijak semut tak mati', tetapi bila di luar rumah mereka adalah raja kepada segalanya. Apa lagi dikalangan remaja yang kurang perhatian ibu bapa.

Cuma satu lagi pertanyaan 'ikhlas' dari hati sanubari, apakah benar tidak ada seorang pun keluarga Amrulrahsid yang anak remaja itu mencuri kereta untuk keluar rumah.

Amirulrashid mungkin dibekal dengan telipon bimbit untuk begitu mudah menghubungi rakan karibnya. Soalnya, kenapa begitu larut malam.

Kepada saya, semua ini adalah takdir dan ia adalah tauladan kepada ibu bapa seluruh negara agar lebih mengambil tahu soal anak-anak. Bukan dengan membiar tanpa sedar apa yang berlaku.

Terakhir, di harapkan Koperal Jamain akan dibebaskan dan terus menjalankan tugas sebagai anggota polis kerana kes ini adalah satu takdir dan bukan disengajakan.

KUKU BESI : SATU KENYATAAN BODOH

Siapa kata kerajaan Malaysia terutama di zaman kegemilangan Tun Mahathir Muhamad mengetuai pemerintaan negara selama 22 tahun ditunding sebagai era pemerintahan Kuku Besi.

Sejak merdeka, tidak ada pemimpin Umno yang menunjangi kerajaan Barisan Nsional memerintah secara kuku besi. Cuba cakap siapa pemimpin Malaysia sejauh ini yang bersikap kuku besi.

Tarif kuku besi yang dilontar oleh DAP selama ini terhadap pemerintah malaysia sebenar satu tuduhan terlalu 'bodoh' dan segaja diada-adakan untuk mencari simpati tertuama sokongan kaum Cina yang sudah lama menolak DAP.

Kalau di zaman Mahathir dikatakan kuku besi - Malaysia tidak akan maju sebegini rupa.

Tafsiran kuku besi - sebenarnya tidak difahami oleh pembangkang terutama DAP. Kuku besi adalah pemerintahan yang diboleh ditegur ajar. Tidak ada kebebasan dalam berpolitik.

Kuku Besi - hakikatnya jika ada pemimpin pembangkang yang menyelar kerajaan akan ditembak dan dikurung. Parti politik yang dianggap begitu tegar menyerang kerajaan dan dijangka boleh menang dalam pilihanraya akan dibatalkan dan dilenyapkan pegerakan mereka.

Jika kuku besi - berapa parti politik yang sudah dibatalkan pendaftaran dan berapa pemimpin parti politik yang dikurung semacam Nelson Mandela atau pemimpin di negara Afrika.

Sebab itu, yang bercakap soal kuku besi jangan merapu dan yang mendengar pula harus berfikir serta membuat kajian secara menyeluruh pengertian kepada tuduhan itu. Ini soal maruah pemimpin negara yang sudah terlkalu banyak berjasa.

Kita jangan ingat kejayaan dan kemakmuran setiap negara itu akan berlaku dengan sendiri tanpa wujudnya idea dari pemikiran bijaksanaan seorang pemimpin.

Terlalu banyak negara yang merdeka, apakah mereka begitu berjaya. Myanmar yang hebat dalam Sejarah dulu hari ini bagaimana kedudukan mereka. Banglades yang merdeka jauh lebih lama dari malaysia - begitu juga beberapa negara di Afrika, apakah mereka jauh lebih menikmati kemajuan dari negara ini.

Bagaimana kedudukan penghidupan rakyat di beberapa negara itu. kejayaan sesuatu bangsa itu bergantung kepada kebijaksanaan pemimpinnya untuk membina satu tamadun bangsa dan negaranya.

Jika menuduh kerajaan BN terutama di zaman Mahathir kuku besi, negara ini tidak maju dan parti politik tidak boleh wujud seperti hari ini.

Pemimpin DAP, PAS dan PKR boleh bercakap apa sahaja hingga sampai memfitnah maruah pemimpin, apakah mereka sudah ditangkap dan dikurung kerana semua itu.

Sebenarnya - orang gila saja yang menuduh pemerintahan Malaysia kuku besi. Sebenarnya, mereka yang menuduh jika boleh kuasa akan lebih bersikap kuku besi.

Lihat saja di Pulau Pinang - segala gerai milik peniaga kecil Melayu yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang habis di roboh tanpa alasan. Jika di roboh, kemudian diganti dengan gerai baru yang lebih selesa, ia tidak menjadi masalah.

Mungkin hari ini saya tidak ditakdirkan untuk menjadi pemimpin utama negara. Jika saya, kesemua pemimpin pembangkang yang membuat ruduhan liar, menabur fitnah hingga boleh merosak hubungan dan keharmonian kaum - 'mati' adalah hukuman sebenar.

Soal mahu dituuduh kuku besi atau sebagainya bukan masalah lagi kerana mereka membawa kemudaratan kepada umat yang ramai.

Itulah yang berlaku di Iraq era Shadam Hussin. Pemimpin yang cuba merosakkan keharmonian umum akhirnya dibunuh. Justeru itu, Shadam boleh memerintah dengan baik dan berjaya melonjak kejayaan Iraq di zamannya.

Membunuh seorang dua untuk menyelamatkan umat yang ramai dihalalkan dalam hukum islam. Ini bertujuan untuk memupuk kedamaian, keharmonian, kecemerlangan tanpa ganguan sabersif.

Seandainya saya ditakdirkan menjadi pemimpin - Nik Aziz akan saya buang terlebih dulu kerana ungkapannya boleh membuat orang sesat dalam beragama, memisah hubungan silaturahim kerana politik, mengkafir sesama Islam. Darahnya sudah menjadi halal jika orang ramai menjadi sesat.

Lim Kit Siang, Kaparl Singh dan Guang Eng harusnya di hukum pancung kerana bersikap 'menyalakan api perkauman' yang menjurus negara ini menjadi huru hara.

JUSTERU itu, Kit Siang dan Karpal menolak Hukum Islam kerana mereka tahu setiap perlakuan buruk yang boleh menyebabkan kepada satu mudarat besar kepada rakyat umum akan menjadi halal untuk dikenakan hukuman penjara atau hukuman mati.

Sebab itu, DAp menentang Pas yang sekadar bercakap soal Hukum Hudud, tetapi mereka sudah mengkaji lebih jauh dari hukuman islam itu. Mereka takut kepada hukuman yang boleh membawa mudarat besat kepada rakyat.

DAP begitu menentang ISA kerana ciri-ciri Undang-Undang Islam terkandung dalam ISA - menahan yang satu demi untuk menyelamatkan huru hara lebih besar dikalangan rakyat hingga boleh menganggu amal ibadah orang lain.

undang-undang Islam ini bukan hanya wujud di zaman Nabi Muhamad s.a.w, tetapi wujud sejak Nabi Adam dan Hawa a.s melahirkan keturunan di muka bumi. Islam itu sudah lahir bersama Nabi Adam A.s.

Islam yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w adalah mencakup segala yang terdahulu untuk manusia akhir zaman yang lebih moden dengan arus pemikiran dan budaya kehidupan baru hari ini.

Lantaran itu, sudah tidak ada Rasul lagi selepas Nabi Muhamad s.a.w, tetapi akan tetap ada wali yang berterusan untuk menjaga kemulian Islam itu hingga kiamat.

Justeru itu, Pas kini tersesat jalan dari kesesatan lama. Kesesatan kini lebih besart kerana dipengaruhi oleh DAP yang terang-terang menolak Hukum Islam dan negara Islam.

Umno sudah terlalu jauh menghidupkan dasar islam dalam pentabiran negara. Perubahan itu berlaku secara beransur-ansur selepas bebas dari jaminan British dalam tempoh kesusuaian selepas Merdeka.

Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 bukan kebebasan sebenar. British boleh merampas semula kemerdekaan itu jika berlaku hura kaum dan membatal kontrak sosial dalam tempoh 15 tahun merdeka.

Kerana itu, ketidakpuasan hati untuk melanggar Kontrak Sosial itu mencetus Peristiwa 13 Mei 1969 hasil dari perancangan teliti DAP - agar kemerdekaan negara ini di rampas semula oleh British.

Di selatan - bumi Temasik - Lee Kwan Yue begitu beria-ia membabas diri dari Malaysia kerana hasutan British yang tidak mahu bumi ini dikuasai oleh pemimpin Islam. British sudah berjaya memecah belah Pakistan dan India serta Bangladesh ketika itu.

Untuk menyelamatkan maruah Malaysia dan melayu Islam, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin melayu lain terpaksa mengorbankan Singapura daripada berlaku huru-hara lebih besar dan kemerdekaan Malaysia dirampas semula oleh British.

British juga yang mewujudkan negara Isreal untuk menjadi 'raja' menghuru hara negara-negara Islam sekitarnya. Akhirnya, British sedar kesilapan mereka dan kini tugas itu digalas pula oleh Amerika.

Oleh itu, kita tidak boleh berfikiran sekilas pandang, tetapi harus jauh merenung pada hakikat sebenar.

Soalnya kenapa Mahathir begitu berani menentang pengaruh British di zaman pemerintahannya. Ini kerana ikatan perjanjian 'merdeka bersyarat' sudah habis tempoh dari cengkaman British.

Mahathir mengIslamisasi segala dasar kerjaaan secara yang tersirat dari yang tersurat. Terlalu banyak pengaruh British dibuang secara berdikit-dikit hingga kita boleh berdiri setinggi ini.

Sebab itu, bila Pas beria-ia untuk mekasanakan pemerintahan islam di kelantan, saya ketawa. Soalnya, sduah lebih 20 tahun perintyah kelantan - apa undang-undangn Islam yang digubar dan dasar islam yang diubah oleh Pas kelantan.

Yang ada cuma cakap-cakap 'munafik' dari Pas. Yang ada di Kelantan tidak berubah satu pun. Dewan Undangan Negeri tidak pernah pun mengubah satu undang-undang atau dasar untuk menjadi negeri islam. yang ada cuma guna nama Islam, tetapi pengisian tidak ada berbentuk dasar.

Undang-undang dan dasar yang ada di Kelantan masih menguna pakai dari apa pindaan mengislamisai Kelantan sewaktu kerajaan Umno-Barisan Nasional dulu. Pas hanya bercakap politik, bukan pelaksana islam yang sebenar.

Jika diikut ilmu pengajian sains politik - Pas cuma pemain politik 'paria' yang sekadar bercakap atas nama islam, tetapi tidak menjadi pelaksana pada hakikat sebuah dasar kerajaan.

Sebelum menang di Kelantan pada 1990, Pas tuduh kerajaan Umno-Bn tidak Islam. Selepas seminggu dakwa pula kita sudah menjadi negeri Islam. Dasar apa yang digubal denganbegitu mudah mengiktiraf negeri islam.

Ini bermakna sewaktu Umno-Bn memerintah, negeri kelantan dengan segala dasar yang ada sudah pun sebuah negeri islam. Inilah yang dikatakan pemimpin Pas jauh lebih MUNAFIK.

EDITOR SUKAN MALAYSIA TIDAK PETRIOTIK

Setiap hari, ruangan sukan di setiap akhbar tempatan seolah kita berada di England. Ruangan sukan di Malaysia seakan sudah hilang nilai kesunanan Malaysia untuk ditonjolkan.

Liputan liga bolasepak Eropah mengambil tempat setiap hari dengan pelbagai cerita yang tidak perlu di hidang.

Editor sukan Malaysia seakan tidak perihatin lagi kepada nasib Liga Bolasepak Malaysia. Liputan sukan bolsepak Malaysia, seakan tidak mendapat tempat lagi.

Jika pun, mutu bolasepak Malaysia pada pemikiran editor sukan Malaysia berada ditahap lemah dan tidak bermaya, hakikatnya bolasepak Malaysia terus ada pengikut tersendiri.

Seandainya kekeliruan ini diteruskan, bolasepak Malaysia akan mati tanpa publisiti besar. Minta peminat sukan bolasepak akan terus meninggalkan stadium dan akhirnya sukan bolasepak akan berkubur.

Hari ini, Liga bolasepak Malaysia di serap dengan dua perlawanan setiap minggu. Tetapi, tidak ada akhbar memberi ruang publisiti kepada setiap skuad yang bertarung.

Dengan sikap editor akhbar tempatan yang lebih memberi ruang kepada perkembangan bolasepak luar negara, akhirnya mutu bolasepak Malaysia akan terus berkubur.

Oleh itu, Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sabrey Chik, bersama FAM perlu mengambil insentif untuk duduk dan berbincang semula dengan editor akhbar tempatan agar membuka ruang semula bagi menonjolkan publisiti kepad askuad bolasepak negeri.

Sebenarnya, di sudut lain - pengurusan FAM juga begitu lemah dan lebih syok sendiri. Setiausaha kerja FAM jika di pandangan sepintas lalu seakan manusia sombong yang hilang perancangan.

Mungkin kerana kurangnya pendekatan dari pengurusan FAM, berbanding zaman saya dulu yang begitu akrab dengan Dato' Paul Money - ruang untuk berita dan laporan bolasepak Malaysia begitu mendapat tempat di akhbar tempatan.

Kini, mungkin hubungan mesra itu sudah tidak wujud lagi. FAM kehilangan punca dan kesombongan pengurusan FAM dengan editor sukan membuat dunia laporan bolasepak tempatan begitu lesu.

ULANGTAHUN KE-64 : MELAYU TETAP BERSAMA UMNO

Semalam 11 Mei 2010, Umno sekali lagi meraikan ulangtahun kelahiran parti Keramat melayu yang ke-64. Usia ini sudah terlalu jauh untuk mematangkan perjuangan orang Melayu bagi meletakkan Malaysia dikenali ke pelusuk persada dunia.

Malaysia hari ini, bukan sekadar 'penonton' kepada setiap kemelut dunia tetapi kecekapan pemimpin Melayu yang lahir dari kekuatan pengaruh Umno bersama-sama dengan barisan pemimpin bukan Melayu yang berganding bahu sejak belum Merdeka pada 31 Ogos 1957, membuat Malaysia tampil sebagai 'pemain' profisional yang sering dijadikan rujukan untuk menjadi dunia lebih perkasa.

Umno menjadi teras kepada kehebatan Malaysia bersama rakan dari MCA, MIC dan parti-parti besar dari Sabab dan Sarawak yang bergabung atas naungan Barisan Nasional. Umno adalah nakhoda yang baik untuk kekuatan seluruh bangsa.

Dalam usia 64 tahun mendominasi pemerintahan Malaysia yang begitu berjaya, Malaysia kini menjadi sumber contoh kepada satu -perpaduan dan kehormonian pelbagai kaum yang menganut palbagai fahaman agama', di samping kemajuan pembangunan negara yang begitu pantas berbabding negara lain yang menikmati kemerdekaan dalam lingkungan usia sama.

kepada saya, asas utama kejayaan Umno terus kekal menjadi teras kepada pemerintahan Malaysia adalah - Islam menjadi pegangan dan rujukan - bagi menyelesaikan sesuatu isu besar.

Islam menjadi rujukan Umno yang mentarbiahkan umatnya agar hidup saling bersatu dan menghormati kaum lain yang berbeza fahaman anutan agamanya. Tolarasi beragama meletakkan kehidupan kaum begitu harmoni dan saling membahu untuk terus maju dalam meraih setiap rezeki yang Allah s.w.t kurniakan.

Di Amerika, biar pun mereka mendakwa lebih maju, demokratik dan menguar-guarkan kehidupan sama rata, - hidup rakyat mereka tidak sepadu rakyat negara ini. Mereka di Amerika tidak sebahu dan sikap tidak harmonis tidak boleh dicapai lagi hingga kini hanya semata-mata perbezaan warna kulit, sekalipun fahaman agama adalah sama .

Kehidupan 'orang hitam dan orang putih' di Amerika dan beberapa negara maju lain di Eropah tidak sehormoni kita di Malaysia. Mereka satu agama - kristian, tetapi hanya saling curiga kerana warna kulit.

Kebangkitan ajaran Islam dan penganutnya di Amerika dan Eropah kini begitu ketara hingga menjadi satu ketakutan kepada mereka. Biarpun jumlah umat islam di Amerika dan Eropah kecil, tetapi mereka begitu curiga hingga memberi pelbagai tekanan termasuk dalam soal 'pakaian'.

Golongan anti-islam terlalu lama untuk menghuru harakan Islam. Akhirnya, mereka tahu kelemahan besar umat islam adalah mempersoalkan soal pakaian. Pakaian akan menghancurkan adat resam dan budaya tradisi beragama umat Islam.

Kini, 64 tahun Umno mendominasi pemerintahan Melaysia dengan cukup berjaya terutama dalam melonjakkan Melayu hingga ketahap begitu sempurna dari segi kehidupan. Melayu keseluruhannya sudah jauh berjaya dan bebas dari belenggu kemiskinan ketara.

Melayu yang dilonjakkan oleh Umno tidak menjadi 'hamba' di bumi sendiri, kecuali kesan lonjokan kuasa ekonomi kerana Melayu sebenarnya - baru mula sedar untuk turut berperanan sebagai pemain ekonomi negara.

Dulu, Melayu takut untuk berniaga. Bila sebut berniaga - soal modal menjadi satu beban untuk difikirkan. Melayu tidak dilatih untuk menjadi peniaga. Melayu selepas Merdeka hanya diajar untuk menjaid pegawai kerajaan, bukan peniaga.

Melayu hanya didididk sebagai 'alibaba' dalam perniagaan sejak zaman penjajah. Melayu tidak berketurunan peniaga. Sebab itu, sampai hari ini - puluh ribu lesen perniagaan Melayu di daftar, tetapi cuma 10 peratus (10%) Melayu yang melaksanakan amanah dengan sendiri.

Sebahagian besar peniaga dan kontraktor Melayu mengambil jaolan mudah - 'menjual' projek untuk mendapat wang dengan mudah dan sekadar ingin hidup mewah tanpa kerja. Berbanding dengan kaum lain terutama kaum Cina yang berjaya dalam kecapaian ekonomi - mereka sanggup membeli segala projek kerana mereka gila bekerja'.

Setelah 64 tahun Umno memain p[eranan membela Melayu, jika Melayu masih lagi ada yang tertinggal dan gagal mencapai keinginan - Umno sebenarnya tidak salah. Yang silap adalah diri melayu itu sendiri yang masih dilingkakri hasat dengki, suka memfitnah dan suka membandingkan diri dengan orang lain.

Melayu yang ada - terlebih ramai Melayu yang malas. Melayu yang sekadar ingin hidup mewah tanpa bekerja dan berfikir. Melayu yang ada masih tidak tahu berterima kasih dari segala 'pemikiran bernas' pemimpin Umno yang berjaya meletakkan mereka setahpa kecemerlangan ini.

Kejayaan tidak akan tampil dengan sendiri. Jika Melayu islam yang kuat beragama - lihat melangkuai lingkungan negara lain yang sudah merdeka. paling dekat - kenapa terlalu ramai rakyat asing terutama dari India, Banglades, Indonesia dan Melayu selatan Thai membanjri malaysia sedangan mereka dari negara yang merdeka dan memiliki pemimpin hebat.

"Penghijrahan' pendatang asing yang sebegitu ramai di negara ini, membukatikan kehebatan pemimpin malaysia yang ditunjangi oleh Umno mencipta kemajuan hebat bagi negara ini.

Jika negara mereka maju dan berjaya seumpama Melaysia - sudah pasti mereka tidak datang untuk mencuri rezeki yang sebenarnya disediakan untuk rakyat negara ini. Rakyat Indoesia begitu ramai berhijrah sedangkan mereka memiliki pemimpin hebat.

Nilaiann ini adalah ukuran untuk kita bermuhasabah diri mencari kebenaran - apakah Umno dan pemimpinnya gagal meletakkan Melaysia begitu berjaya. Adakah Malaysia cuma 'syok' sendiri dengan sekadar memperkata kita hebat, sedangkan kita tidka pernah mendapat pujian orang lain.

Hakikatnya, Malaysia tidak pernah lekang dari pujian dunia, baik dari kuasa besar dunia Amerika, China, Jepun dan pemerintah dari Eropah. Apa lagi negara dunia Islam begitu meletakkan malaysia sebagai sebuah negara islam paling berjaya.

Kejayaan sejauh ini kerana Umno dan pemimpinnya menjadikan - Islam sebagai asas kepada teras pemerintahan Malaysia. Contoh dari perjanjian Madinah seawal Nabi Muhamad s.a.w berhijrah - itulah asas kepada termetrainya perjanjian 'Kontrak Sosial' pelbagai kaum yang membolehkan kita hidup aman damai sejauh ini.

Islam adalah asas kepada corak pemerintahan Malaysia yang tidak menoal dan menganak tiri kaum lain dalam pelbagai perkara. Terlalu banyak dasar Islam diserap dalam pentabiran negara, tanpa sedar.

Dalam hukum kanun jenayah pun - undang-undang islam turut diserap tanpa sedar. Hukuman gantung kepada penjenayah bersenjata dan dadah yang memberi kesan mudarat kepada umum - hukuman mati adalah salah satu hukum Islam.

Sepanjang pemerintahan Tun Mahathir Muhamad sebagai Perdana Menteri, terlalu banyak dasar Islam diserap secara tersurat di sebalik yang tersirat.

Yang pelik - ada pihak begitu beria-ia menolak Umno kononnya menolak undang-undang Islam dan dasar-dasar islam. Sebenarnya, golongan ini adalah puak 'munafik' yang sekadar mahu menjadi modal politik untuk memusuhi Umno.

Sebenarnya, setiap hukum Islam itu sudah ada dalam sanubari umat islam itu sendiri. Jika umat islam sedar soal hukum Islam, untuk apa lagi mereka memikirkan soal hukum yangh akan dijatuhkan ke atas mereka.

Sewajarnya, jika umat Islam sedar mereka itu sendiri yangh memikul tanggungjawab ke atas hukum Islam yang difardukan - umat islam akan hidup lebih aman damai - bukan purak peranda hingga terus mendokong hasat dengki dan fitnah yang tidak berkesudahan.

Justeru itu, Umno tidak akan kekal hidup mempertahankan maruah Melayu Islam di Malaysia, melonjak kehidupan Melayu islam hingga ke tahap begitu cemerlang jika Umno dan pemimpinnya tidak mempertahankan hukum islam.

Islam itu adalah asas utama kepada 'perkasa'nya Umno hingga ke tahap ini. Oleh itu, Umno terus kekal memerintah bumi malaysia kerana Allah s.w.t merestui keikhlasan pemimpin Umno yang mempertahankan maruah ajaran Islam. fikir dan renuglah bersama.

Ketika Umno sudah melonjakan dan mengharungi segala suka duka sepanjang usia 64 tahun, Dato' Seri Najib Tun Razak pula yang meneruskan kesinambungan perjuangan teras mempertahnankan maruah Melayu Islam.

Doanya, semuga Malaysia terus maju dan dihormati di persada dunia. Kerana Umno - 'Melayu Tak Akan Hilang Di Dunia'. Sewajarnya Melayu islam bersatu padu kerana itulah tuntutan ajaran islam dan bersama memperkasa Umno sebagai wadah tunggal membela Melayu islam Malaysia dan dunia islam lain.

Tuesday, May 4, 2010

PAS 'TERCEKIK' ISU RM4 JUTA

Pas kelantan kini 'tercekik' ibarat orang lekat tulang ikan ketika begitu gelojoh waktu makan. Tulang ikan ini terlalu halus dari jenis ikan 'parang' - dijuluk-juluk masih ada - melekat halus tetapi begitu menganggu keselesaan hidup.

Tindakan Kickdefella - 'Boy Husam' meletupkan isu RM 4 juta untuk mengerakkan satu kerja 'perang saraf' bagi menonjolkan imej Pas dan menyerang pak Lah serta kerajaan Umno-BN, kini bagaikan satu 'bom' yang bakal meninggalkan kesan kepada Pas.

Dulu Kickdefella begitu dipuji dan di puja oleh tokoh-tokoh Pas. Mereka begitu berterimakasih kepada Husam kerana 'bijak' memilih tokoh penulis yang begitu hebat. Ibu jari selalu diangkat kepada Kickdefella apabila terletup sesuatu isu.

Golongan munafikin dari pemimpin atasan hingga peeringkat bawah akan bergelak ketawa apabila Kickdefella menghentam Umno, Pak Lah dan Umno Kelantan. Ketika saat itu, Kickdefalla bagi tidak ada bagkul dan gudang untuk menyimpan ucapan terimakasih dan tahniah yang berleretan.

Kini, mereka yang pernah mengulur ucapan tahniah dan terimakasih itu - tampil untuk tidak kenal siapa 'boy Husam' ini. Mereka saling mencari lubang untuk menyorot kepala - seolah tidak tahu menahu apa itu Global Media Centre (GMC) yang Panglima Gerak Sarafnya diketuai oleh Kickdefella.

Apakah Nik Aziz tidak tahu atau Nik Amar Nik Abdullah pun tidak pernah tahu kewujudan GMC, lebih-lebih lagi Kickdefella. Jika hari ini mereka mengatakan tidak tahu - maka 'MUNAFIK' lah golongan ini.

Pejabat GMC hampir diserang oleh satu kumpulan kontraktor IT kerana tidak membayar hutang hasil kerja-kerja mereka yang begitu lama. Tetapi, kes ini diselamatkan oleh orang yang mengaku 'orang kanan' dari DUN Kijang. Hutangnya lebih ratusan ribu ketika itu dan ia amat 'menyakitkan' bagi pembekal Melayu yang bermodal kecil.

Saya mengambil tahu soal GMC ketika itu kerana saya terbabit secara khusus dalam Gerak Saraf Umno Kelantan. Saya cuma dapat mengurangkan tekanan dari akhbar Wasilah agar tidak terlalu berat menyerang Umno kelantan hasil hubungan akrab dengan tokoh akhbar Wasilah sejak lama dulu. Begitu juga tekanan dari akhbar saluran kedua Pas - Siasah.

Di Akhbar Siasah - saya pernah menyumbang beberapa 'tulisan' yang ditapis begitu rapi, tetapi pernah merasa bayaran dari pejabat Harakah. Oleh kerana tulisan saya begitu tajam yang tertunding kepada Pas - akhirnya diminta agar berhenti meneruskan sumbangan.

Saya menulis dan mengarap rencana bukan mengharapkan bayaran. Rencana saya cuma disiar dalam kolom khas di akhbar Buletin Rakyat. Buletin Rakyat meninggalkan kesan besar kepada saya kerana setiap ramalan saya menjadi kebetulan benar - dari pertelagahan Mahathir-Pak Lah (BN akan dipukul ribu besar), Samy kalah di Sungai Siput, Kelantan - jernih di Hulu keruh di muara.

Saya juga diarah tidak menulis untuk ruangan khas dalam Sinar Harian Kelantan kerana Pas mengungut untuk menyaman akhbar itu jika terus menyiar tulisan saya.

Hakikat dari yang berhakikat sememangnya sukar untuk diterima akal. Hari ini, Kickdefella melalui semua perjalanan itu ketika bersama dengan Pas.

Pas jangan ingat 'fitnah' itu halal sekali pun berdepan dengan musuh. Ini yang cuba diketengahkan oleh pemimpin Pas kepada Kickdefella. Rupanya Kickdefella lebih mengenal erti imam - bahawa memfitnah dosanya jauh lebih berat dari membunuh.

Tidak ada hadis dan ayat al-Quran yang membenarkan 'fitnah' sekali pun terhadap musuh kita. Yang peling kenapa golongan yang ditarbiah oleh Pas sahaja yang dapat menemui semua itu dari segala Hadis dan ayat al-Quran.

Nabi Muhamad s.a.w mengarahkan pengikutnya membakar unggun api pada waktu malam sebelum termeterai Perjanjian Hudabiyyah bukan satu kerja 'fitnah' untuk menakutkan musuh. Itulah adalah muslihat perang.

Hal yang sama dilakukan oleh Bendahara Tun Perak agar pengawal pantai Melaka menyalakan obor api yang diikat di semua pokok di tepi Pantai melaka agar tentera Siam melihat bertapa ramainya askar-aksar kerajaan Melaka. Justeru itu, Siam tidak melancar serangan secara membabi buta.

Pas jangan sesakali mencampur aduk ayat al-Quran yang mejelaskan kesah Nabi Khaidir a.s degan Nabi Musa a.s dalam kes merosakkan perahu, membunuh kanak-kanan remaja dan membentul dinding rumah anak miskin di kampung yang masyarakatnya begitu sombong dan kedekut.

Kesah Nabi Khaidir a.s dan Nabi Musa a.s tidak berbentuk 'fitnah'. Tetapi satu natijah 'keilmuan' dalam mencari 'keputihan qalbu' serta ciri-ciri keikhlasan serta kebersihan jiwa dari setiap amalan ilmu Allah s.w.t.

Jangan menipu dengan kesah Nabi Khaidir aa.s ini. Ini adalah kesah perbandingan untuk direnung oleh umat islam bahawa - bukannya orang seperti Nik Aziz yang dipuja oleh Pas itu yang lebih alim dan lebih tahu segala-galanya.

Hakikat dari ilmu ini, membuktikan bahawa jangan - 'kamu megah' dengan apa yang kamu ada kerana Allah s.w.t lebih tahu ukuran ketinggian ilmu setiap manusia yang diciptakannya.

Di kesah ini, ulama Pas kena belajar bermuhasabah diri dan jangan terlalu 'sombong' dan bermengah dengan ilmu yang ada, malah begitu mudah memperlekehkan orang lain.

Kenapa Allah s.w.t memerintah Musa mencari Khaidir untuk menimba ilmu. Sebenarnya. Musa ketika itu merasakan baginda sudah begitu tinggi dalam ilmunya kerana menerima Kitab Taurat, kemudian dilantik sebagai Nabi bertaraf Rasul. Siapa Khaidir..

Apa yang didedah oleh Kickdefalla dalam blog terbarunya begitu mengharukan saya. Mungkin benar golongan ini sudah jauh tersesat dari pengertian ilmu Islam yang sebenar dan pengajaran sebenar yang dikutip dari Al-Quran.

Hakikat dari hakiki sebenar - orang yang banyak ilmu itu cuma sekadar kulit buku yang terhiasa indah. Tetapi isi sebenar dalam mencari kemanisan ilmu adalah AMAL. Nikmatnya adalah dari AMALAN - baru dapat merasai nikmat kemanisan sebenar dari segala HIKMAH yang akan dibuka oleh Allah s.w.t.

Kerana itu, saya katakan bahawa jika berilmu - itu baru kulit. Apa lagi dengan ilmu yang digalsnya dirasakan terlalu banyak - tetapi hidupnya masih lagi mudah mengihina dan memfitnah orang lain - siapa mereka sebenarnya. Orang yang berilmu dan beramal soleh (ikhlas) akan takut dan mengalir air mata untuk memburukna orang lain.

Monday, May 3, 2010

NIK AZIZ TUDUH SULTAN SELANGOR BODOH

Isu mengharaman masjid di Selangor dijadikan tempat berpolitik atas titih Al-Sultan Selangor, Tuanku Sharifuddin Shah, terus dijadikan modal keritikan berpanjangan oleh Menteri Besar kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Sewaktu berceramah di Kampung Belukar, Tumpat Sabtu lalu - Nik Aziz terus mempersoal kenapa masjid diharam untuk bercakap soal politik. Cetusan itu dilampar dalam ceramahnya ekoran titah Sultan Selangor mengharamkan masjid dari dijadikan medan ceramah politik, terutama ketika pilihanraya kecil Perliman Hulu Selangor yang berakhir pada 25 April lalu.

Nik Aziz dengan nada 'pongoh' - marah di Kampung Belukar itu mengatakan -'BODOH', bodoh' orang yang melarang bercakap politik dalam masjid. Cuba perhati dalam siaran ceramahnya dalam Berita Astro -

'Bodoh' yang dilontar oleh Nik Aziz - memang dituju kepada Sultan Selangor, tertutama yang dihurai dari titah baginda agar orang yang tidak boleh menerima titah yang menjadi peraturan negeri itu - 'agar tidak usah datang ke Selangor'.

malah, dalam ceramahnya di Kampung Belukar itu - dengan nada katawa pula Nik Aziz berseloroh bahawa - kutbah jumaat akan ditukar menjadi ceramah dan ceramah jadi kutbah.

Dari analisis gaya Nik Aziz - jelas 'takbur' bergelumang di sanubarinya. Nik Aziz selalu bangga mengatakan Nabi Muhammad s.a.w pun berpolitik dalam masjid sewaktu hayatnya.

Memang Nabi Muhamad s.a.w berpolitik dalam masjid - tetapi apakah politik pecah belah dan mengkafir golongan Islam lain dalam masjid seperti yang dilakukan oleh 'juak-juak' yang berselindung di balik serban Pas.

Nabi berpolitik untuk mengajak umat Islam bersatu padu agar pahala 27 markah yang dijanjikan dapat dipenuhi oleh janji Allah s.w.t.

Berbanding dengan dakwah Pas yang mengkafir sesama islam dalam masjid, malah di mimbar kutbah Jumaat dengan nada sindiran atau berterus terang. Ini yang ditegah oleh al-Sultan Selangor.

Terlalu banyak bukti ada iman yang dilantik oleh Pas menggunakan masjid untuk mengkafir uamt Islam lain, kononnya dari puak yang tidak sebulu dengan faham parti Pas.

Di Kelantan, contoh ini dalam pengetahuan Nik Aziz - bekas iman masjid Bukit Marak dan di jemput mengajar di masjid Gong Dermin - terang-terang mengkafir orang lain. Akhirnya, bila sudah diserang 'lumpuh' - Pas pun tak ambil tahu.

Pas menguasai masjid untuk menghentam orang yang mirip kepada Umno. Jika dalam kuliah ada beberapa kerat penyokong Umno - lagi kuat di serang dengan kafir mengkafir, mengthoghut dan pelbagai hinaan lain.

Apakah Pas ingat mereka saja yang Islam di muka bumi ini. Sebab itu, suatu waktu dulu Nik Aziz dengan 'taqabur' mendakwa bahawa jika Nibi Muhamad s.a.w hidup kembali - negeri yang pertama akan disinggahi baginda adalah kelantan kerana permerintahan islam.

Kepada saya - memang betul, kelantan akan terlebih awal untuk disinggahi kerana ingin membetulkan 'kesesatan' yang diterbiah oleh Pas. Jelas , menyeleweng dari hakikat ajaran islam sebenar.

Setiap kali menjelang pilihanraya - ungkapan kafir mengkafir, thogurt dan pelbagai cacaian hinaan lagi kerap di bawa oleh Pas. Orang Islam lain begitu teruk pada pandangan Pas. Malah menjanjikan Syurga dengan mengundi Pas.

Hari ini, saya mahu mencabar Pas dan pemimpinnya - saya siap menunggu di akhirat dan lihat siapa lebih dulu memijak kaki syurga sekalipun saya tidak pernah mengundi Pas. Amalan saya cukup mudah - ikut yang Islam ajar dan segala suruhan Allah s.w.t.

Sebab itu, saya katakan jika Pas benar-benar membawa panji-panji perjuangan Islam denganbegitu ikhlas tanpa berselingkuh dengan fitnah memfitnah - sudah lama Pas memerintah negara ini kerana Allah bersama pejuang Islam yang berjiwa bersih - bukan hipokrit dan penuh rasuah.

Tembelang pas sudah banyak yang pecah. Laknat Alllah s.w.t sudah berada di depan mata mereka - gaya hidup dengan memfitnah, mengkhafir dan doa untuk menjahanam orang lain sememang kerja 'laknat' yang dibenci oleh Allah s.w.t.

Yang pelik - mereka ini mendakwa mengaji Quran - tahu pengertian dan terjemahan al-Quran. hebat mentafsir Hadis - tetapi apa yang saya baca tidak pernah bertemu dengan apa yang Pas tafsir.

Ini kerana mereka bukan tafsir secara ikhlas mengikut ajaran Islam, tetapi perjuangan politik mereka yang begitu sempit dan jumuk.

Gaya ucapan Nik Aziz, jika hidup di zaman selepas Rasulullah - sudah lama di hukum pancung. Jika Parti Pas ini bergerak di Arab Saudi - sudah lama riwayat Pas berakhir di simbah darah hukuman pancung kerana ia boleh menyesatkan orang ramai.

Saturday, May 1, 2010

NIZAR : JANGAN JADI PENIPU UNTUK POPULAR

Hilang ibu, manusia tidak jadi gila. Hilang anak - manusia tidak pernah 'hilang akal'. Tetapi apabila hilang jawatan - apa lagi jawatan yang begitu tinggi bertaraf Menteri Besar - masnuis tiba-tiba jadi gila. Begitulah kes yang menimpa Nizar, bekas Menteri Besar Perak.

Naiknya menjulang tanpa diduga, jatuhnya tidak pernah terfikir. Inilah yang dikatakan manusia gila - gila kuasa, gila pangkat, gila segala gila. Jika manusia yang ditarbiah oleh Pas, kononnya Islamik - kenapa tidak percaya Rukun Iman - Qado dan Qadar - suatu ketetapan Allah s.w.t biar dari mana kejadian ia berlaku.

Kini dalam kegilaan Nizar, satu fitnah paling 'bangsat' dilakukan oleh Nizar yang sanggup memfitnah Dato' Seri Najib Tun Razak - kononnya ucapan di Stadium Jalan Raja Muda Kampung Baru pada 1987 - 'Najib ajak bunuh Cina'.

Antara fitnah Nizar yang paling bangsat dari manusia paling bangsat ini - 'Keris Melayu sudah lama berkarat dan perlu dibasah dengan darah Cina'. Ini satu fitnah paling besar.

Di mana Nizar ketika itu. Apa sebenarnya yang berlaku ketika itu - kebetulan Najib adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Ketika peristiwa yang Nizar ungkit itu - saya berada di atas pentas (bukan di bawah pentas) ketika najib berucap. Perhimpunan keramat yang menghimpun puluhan ribu umat Melayu di Stadium Raja Muda itu begitu luar biasa.

Entah dari mana lautan manusia datang. Ketika cuaca terang benderang dari pagi hingga jam tiga petang - tidak menampakkan mendung akan mengubah rupa langit. Kenapa saya berada di atas pentas ketika itu.

Saya wartawan di Berita Harian Kuala Lumpur, tetapi adalah Jawatankuasa Biro Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu dan begitu rapat dengan Dato' Ibrahim Ali dan Dato' Kamaruddin Abdullah. Brahim Ali tahu kebolehan saya - penceramah Umno negeri Kelantan paling muda ketika itu.

Ketika di sekolah saya dilatih menjadi pemidato dan pernah menjadi Naib juara pidato peringkat negeri kelantan ketika Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri bagi memilih wakil negeri.

Saya Naib juara pidato Pergerakan Pemuda Umno Kota Bharu, tewas kepada juara ketika itu - Wan Hussin (Jasa Kelatan) sekarang. Saya tewas kerana terlalu muda - baru 20 tahun, tetapi diberi peranan besar dalam pergerakan pemuda oleh Almaruhum Dato' Ariffin Hamid (Pengkalan Chepa), kemudian pecah kawasan pindah ke Bahagian Kota Bharu bahawa Dato' Kamaruddin Abdullah dan Tuan Hashim Tuan Yaacob.

Saya tidak sempat menabur bakti di Bahagian Kubang Kerian kerana di arah untuk berpindah ke Perlimen Ketereh ketika itu Nilam Puri. Saya diarah mengetuai satu cawangan yang bermasalah kerana menentang Ketua bahagian, Tan Sri Annuar Musa.

Ketika itu cawangan itu akan mencalon seorang bertaraf Profesor untuk melawan Annuar. Cawangan itu akan mencukupkan kouta bagi membolehkan Prof Aziz bertading. Tidak ada siapa sanggup mencampuri urusan di cawangan itu kerana ketua Cawangannya adalah 'gedebe' - pernah bertetak di Kedai Menanti, Gunung dan lain-lain lagi.

Annuar sendiri takut berdepan dengan ketua cawangan ini. Tetapi, apabila di beri tugas - saya menjalankan misi saya tanpa sebarang kekecohan. Semua guna akal, hikmah dan bijaksana. Annuar terselamat dari serangan Aziz. Hari ini, Annuar lupa semua itu dan lupa segala-galanya.

Ketika itu, almaruhm Cikgu Hassan Isa - pernah menjadi orang kanan dan bekerja siang malam untuk menaikkan Annuar sebagai pemimpin, mengamuk mengatakan pemilihan cawangan itu tidak sah dan menyerang saya dengan maki hamun.

Ketika itu, usia saya baru 26 tahun, tinggal di Kuala Lumpur. Saya berdepan dengan almarhum Cikgu Hassan agar diam. Dia juga tahu perangai saya yang pernah bergaduh lawan dengan berbelas orang di Bukit Marak. Almarhum Cikgu Hassan juga ada hubungan darah dengan saya.

Itu kesah lampau yang tinggal sejarah. Sejarah 'remaja' dan sejarah menjadi 'budak suruhan'. Hari ini, jika ditolak oleh budak pun boleh rebah - apa lagi ditoal oleh tokoh-tokoh hebat yang berkepit dengan pemimpin bahagian Ketereh. Apapun, politik tidak ada dalam kamus politik hidup saya lagi, ia sekadar pemerhati luar untuk melihat orang yang begitu ghairah apabila musim bertanding sahaja.

Sejarah Stadium Jalan Raja Muda yang diungkit oleh Nizar yang cuba menfitnah Najib agar 'kaum Cina' membenci Najib adalah satu fitnah besar yang wajib di hukum secara undang-undang. Najib sendiri harus mengambil tindakan undang-undang ke atas Nizar.

Hari itu, Stadium Jalan Raja Muda menjadi tumpuan lautan manusia. Pergeseran sebenar apabila Ketua Pemuda MCA membangkitkan soal menghina Melayu. Satu penghinaa yang tidak boleh dimaafkan, apa lagi dari sekutu BN sendiri.

Soalnya, siapa yang mengarahkan perhimpunan Melayu anjuran Pergerakan Pemuda Umno itu, jika tidak Anwar Ibrahim. Anwarlah orang yang membenci 'Cina' sepanjang berkuasa dalam kerajaan kononnya dari tarbiah satu puak Islamik.

Terlalu ramai berucap dengannada berapi-api. Antaranya, Tajuddin Rahman dan Dato' Ibrahim Ali, sebelum Najib berucap. Anda akan tahu nada Ibrahim dan Tajuddin jika berucap. Bulu roma Melayu berdiri tegak - 'jihad' memang sudah terpanggil.

Kebetulan ketika itu panas terik. Tetapi, ketika Najib berucap - penuh emosi tetapi tidak pernah menyebut - 'basahkan keris Melayu dengan darah Cina'. Ketika najib tengah berucap - darah Melayu mula membakar dan bulu romo tidak turun lagi dari tegak berdiri - awan tiba-tiba menjadi gelap dan 'hujan lebat' entah dari mana hingga padang Stadium raja Muda di genggani air ke paras betis.

Kampung Baru dilanda banjir kilat dari 'hujan rahmat' anugerah Allah s.w.t untuk menyejukkan kepanasan 'hati melayu'. Saya di pentas hanya menjerit takbir - 'Allah Hu Akbar' yang disambut oleh lautan umat Melayu ketika itu.

Sehabis pertiwa penuh bersejarah dan 'bermisteri' akibat hujan lebat luar biasa - Polis terus melancarkan 'Oprasi Lalang' selepas magrib. Malam itu, Tajuddin, Brahim Ali ditahan. Najib bergegas ke Jakarta dan ketua pemuda MCA berjaya ke Australia(bercuti).

Ramai yang ditahan. Saya juga takut kerana berada di atas pentas - lari balik ke Kelantan tanpa mengambil cuti dari Berita Harian. Mana tahu, turut diISAkan. Ramai yang ditahan dalam oprasi lalang ketika itu.

Akhirnya, ISA yang menyelamatkan Malaysia dari huru hara kaum buat kali kedua. Tetapi, hakikat perhimpunan di Stadium Jalan Raja Muda sebenarnya bertujuan memberi penerangan dari krisis dari tuntutan melampau yang begitu menghina Melayu.

Operasi Lalang menyelamatkan keamanan negara. Hari ini, kenapa harus membangkit soal 'risis' ketika negara sudah mula berada di kemuncak kejayaan dan hidup aman selepas Peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Apakah dengan sikap Nizar membangkitkan fitnah luar biasa ke atas Najib, mengharapkan kaum Cina membenci Najib dan mahu menjatuhkan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional, tanpa terfikir akan mencutus satu lagi huru hara.

Nizar sendiri belum tahu akan terselamat jika berulang semula Perisitiwa 13 Mei 1969 - akan akan menjadi lebih berskala besar dan tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur. Ingat - jangan cuba bermain api jika tidak mahu bumi ini terbakar dan bersimbah dengan darah.

Berpolitik yang dituntut oleh islam adalah untuk membina kekuatan umah, menjulang kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat - bukan berpolitik untuk mengajak dan menarik orang agar beradu domba hingga boleh mencetus huru hara.

Jangan ingat melayu yang bersabar tidak boleh bangkit jika terus diguguat, tergugat hingga maruah mereka di bumi sendiri di hina dina tanpa batasan. Jangan sampai panggilan 'jihat' yang suci sampai sukar di kawal. Sabar - jangan sampai 'kepala' di pijak orang. Fikirlah...

KES AMINULRASHID SATU TAKDIR

Bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa anak yang masih remaja tiba-tiba dijemput untuk kembali ke alam baka. Inilah yang menimpa keluarga Almarhum seorang remaja, Aminulrashid yang baru berusia 15 tahun. Matinya kerana sebutir peluru dari Polis yang begitu bertanggungjawab memengang amanah untuk menjaga ketenteraman rakyat.

Saya mengambil sedikit waktu sebelum mengulas isu ini, selepas mendapati ada cubaan pembangkang untuk 'menjatuh' maruah polis. Soalnya, kenapa mutamkhir ini pembangkang begitu ghairah untuk menjatuhkan 'maruah' agensi kerajaan terutama Polis dan SPRM agar rakyat membenci agensi ini.

Isu beng Hok yang terjun bunuh diri dijadikan isu perkauman luar biasa dari kebiasaan. Kini muncul pula isu Almarhum Aminulrashid yang mahu turut diserat ke kencah politik.

Apakah polis jelas salah. Adakah kita lebih suka melihat polis mati di tembak dan membiarkan penjenayah seperti Kugan hidup bebas dan bermaharaja lela menganggu kehidupan bermasyarakat kita yang begitu selamat dan aman damai sebelum ini.

Adakah polis negara ini harus membebaskan penjenayah tegar seperti Bentung Kali, Kugan, Botak Chin dan Geng Botak, Geng Azhar hidup bebas, malah membiarkan polis mati di tambak - baru dikatakan polis kita hebat dalam menjaga keselamatan negara.

Ingat, saya tidak kata Aminulrashid penjenayah. Remaja seusia 15 tahun, cuma seorang anak kecil yang mungkin ada sedikit 'kenakalan' yang sekadar ingin bersuka ria dan menunjukkan 'kebolehan' kerana dapat memandu kereta, tanpa memikirkan kesan keselamatan diri sendiri.

Di zaman kita dahulu, untuk menghidupkan enjin kereta pun takut, apa lagi untuk cuba memandunya dalam usia begini. Ketika itu, kita hanya berani mengayuh basikal untuk ke sekolah.

Mungkin dulu lain dan sekarang ini jauh berbeza. Hari ini, ibu bapa akan rasa ghairah dan bangga bila anak sudah boleh memandu kereta dalam usia 12 tahun kerana itu adalah kejayaan dan keberanian bagi hidup mereka. Apa lagi jika anak-anak itu menunjukkan kecerdikan dan 'bijak' belajar.

Dari yang di dengar, Aminulrashid adalah pelajar pintar dan mesera alam. Tetapi, remaja ini juga memiliki 'kerendahan semangat' jika berdepan dengan tekanan dan sukar bertindak untuk mengawal diri.

Persoalannya, polis sudah menjalankan tugas rondaan dengan begitu beramanah dalam mengawal soal keamanan dan keselamatan rakyat.

Jam 2 pagi. Apakah dalam perkiraan kita masih kedapatan anak remaja seusia 15 tahun masih berpelesiran di jalan raya, sedangkan tuntutan utama adalah 'tidur' kerana masih terikat dengan alam persekolahan.

Polis sendiri tidak terfikir bahawa masih ada remaja seusia 15 tahun masih memecut kenderaan dalam keadaan merbahaya di jalanan - sedangkan disegi peraturan jalan raya - remaja seusia itu belum layak untuk mendapat lesen kenderaan hatta motosikal.

Polis tidak salah jika melepaskan tembakan keranan arahan beramaran agar berhenti dan menghentikan kenderaan tidak diperdulikan. Soalnya, kenapa kenderaan itu terus memecut tanpa menghiraukan arahan beramaran.

Jam 2 pagi, bukan jam 2 tengah hari - malam yang gelap. Apakah polis boleh nampak bayangan, siapa yang memendu kenderaan itu. zDalam keadaan terdesak demi keselamtan - wajar polis melepaskan tembakan beramaran. Tetapi, peluru tidak bermata untuk dijadikan 'pemutus' antara dua alam yang terkena Aminulrashid.

Segala yang berlaku adalah takdir - satu sempadan juga kepada ibu bapa lain agar lebih berhati-hati dalam mengurus anak remaja dan jangan terlalu ghairah membenar anak-anak memandu kereta atau motosikal kerana 'takdir tidak pernah memberitahu kita - apa sebenarnya akan berlaku'.

isu Aminulrashid cuba dipolitik oleh pembangkang dan cuba mengherat polis sebagai bersalah. kepada saya, polis boleh disabitkan bersalah jika kejadian itu berlaku jam 2 petang, bukan 2 pagi.

Jika Lim Guang Eng, Lim Kit Siang, Khalid Samad malah DAP mahu menyediakan peguam terbaik dalam kes Amarulrashid - terutama untuk menyaman polis - sebenarnya untuk apa.

Jika ada kenderaan berhenti dan berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan rumah 'puak gila publisiti pembangkang' ini pada jam 2 pagi - apakah mereka akan membiarkan kejadian itu tanpa membuat laporan polis itu menyiasat.

Apakah mereka ini yang masing-masing memiliki pistol tidak akan melepaskan tembakan jika terdepat gerakan mencurigakan berlaku di depan rumah mereka atau ada kenderaan mencurigakan mengekori mereka.

jadi cukuplah, komunis DAP ini cuba mengheret rakyat untuk membenci polis dan agensi kerajaan lain atas dasar 'mainan politi'. Cukuplah dengan isu 'gimik Beng Hock' yang cuba mengheret masyarakat cina negara ini membenci kerajaan.

jangan terus bermain dengan api, kelak terbakar tangan sendiri. Manusia diminta oleh Allah s.w.t agar bersabar, tetapi ada waktunya 'kesabaran' manusia itu ada batasnya. Jika keterlaluan - bahana 'hilang akal' tidak boleh terkawal lagi.

Almarhum adik Aminulrahid, bukan penjenayah biarpun mati tertembak oleh polis. Itu adalah satu takdir 'luar jangka' dan tidak terfikir oleh akal. Anak yang baru baligh ini lebih di cintai Allah s.w.t untuk memanggil pergi dalam usia muda. Anak-anak yang bersih ini akan memanggil ibu bapanya untuk hidup bersama di Syurga akhir nanti. Terimalah hakiat - Allah itu Maha lebih mengetahui setiap kejadiannya.

Kepada keluarga Aminulrashid, jangan muda terpengaruh oleh desakan pembangkang untuk menjadi isu ini agar rakyat membenci polis. Biarpun sedih, tetapi akan tetap ada rahmat yang tersembunyi.

Dalam kes begini, kita perlu kembali kepada Al-Quran - kesah Nabi Musa a.s dengan Nabi Khaidir a.s. Kenapa Khaidir membunuh remaja lelaki yang dipertikaikan oleh Nabi Musa a.s. Yang persoalkan perbuatan Nabi Khaidir a.s salam itu adalah Nabi yang utusan Allah s.w.t yang menerima risalah Taurat. Tetapi, Illmu Allah s.w.t itu akan menjadi lebih nikmat jika diamalkan secara ikhlas, bukan sekadar mencari dana menimba ilmu. Carilah hikamat di sebaliknya - wallahualam.