Tuesday, September 29, 2009

IBRAHIM ALI: HUSSAM WAJAR DIPERSALAHKAN

Kemelut pergeseran antara `Tok Wali' kepada pengikut-pengikut PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat dengan Ahli Perlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali, tercetus semula dengan lebih dasyat lagi ketika sambutan Hari Raya Aidil Fitri, baru-baru ini.

Ajaran Islam mengajur penganutnya agar saling maaf bermaafan pada hari mulia dan kemenangan itu, tetapi dalam Pas tidak di amal ajaran sedemikian. Tok Wali lebih berkuasa memberi pelbagai macam fatwa biarpun jauh bertentangan dengan ajaran Nabi Muhamad s.a.w. Hukum hakam yang diungkap oleh Tok Wali Pas ini jelas membelakangkan ajaran Islam.

Tidak benar jika khidmat kebajikan Brahim Ali kepada rakyat yang diwakilinya di Pasir Mas di anggap tidak mendapat pahala. Jika Brahim tak dapat pahala kerana dikatakan suka membuat kenyataan yang 'menghentam' Pas sejak kebelakangan ini. Kenyataan-kenyataan Brahim dituduh lebih mirip pro-UMNO dan tidak senada dengan Pas dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Pembangkang.

Brahim yang di martabat sebagai Adi Jagat Pasir Pas sewaktu berjuang dalam Umno, sebelum di bunag oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapha Muhamad, kerana dikatakan tidak begitu sebulu dengan corak kepimpinan Tok Pa.

Tidak ada orang tidak kenal stail Brahim, baik di kalangan orang politik atau rakyat biasa dikatakan 'mulut berus' atau 'mulut celupar' bila ada sesuatu yang tidak berlaga angin dengan cita rasa. Gaya politiknya satu fokos sahaja iatu `berlawan' dan pendekatan `memujuk, berdamai dan lemah lembut' tidak ada dalam kumus politik perjuangannya.

Sikap Brahim yang sentiasa ghairah dan suka buat sesuatu yang dianggapnya 'luar biasa' kerana sudah terdidik dengan kaedah politik lawan, politik demotrasi, politik tidak mudah mengaku kalah. Kekuatan pollitiknya tidak padam, malah tahu mencuri ruang untuk terus beratas di pentas teratas biar pun `melawan arus'.

Sebagai penganalisis politik Kelantan yang berada dari `dalam' dengan begitu dekat, saya tahu cara sepak terajang Brahim. Yang penting, orang yang menekannya dapat dikalahkan baik secara sedar atau tidak. Penyertaan Brahim dalam piliharaya umum ke12 lalu atas tiket Bebas berlambang Pas, juga untuk membuktikan kepada Tok Pa, bahawa dia tetap mampu berjuang untuk rakyat dan masih mendapat tempat di hati rakyat biarpun di pecat oleh Umno.

Brahim bijak mengatur langkah politiknya. Siapa akan terfikir Brahim boleh bertanding Bebas atas tiket Pas, sedangkan Brahim orang yang paling wahid hingga berani `maki hamun' Tok Wali Pas, Nik Aziz dalam setiap ceramahnya. Pemimpin Umno lain, baik Tok Pa atau Nuar Muasa, tidak pernah memaki hamun Tok Wali Pas dalam setiap ceramahnya, termzasuk dalam pertarungan hebat di Pengkalang Pasir, Pasri Mas pada pilihanraya kecil yang menyaksikan Brahim hilang wang pertaruhan tanpa bantuan Pas.

Nik Aziz pun satu begitu menadah kehadiran Brahim, kononnya akan memberi kekuatan kepada Pas pada pilihanraya umum lalu, sedangkan tokoh-tokoh Pas di Pasir Mas begitu ramai. Nik Aziz tidak perlu menyalahkan diri sendiri dan terpaksa menelan ludah sendiri bahawa Pas boleh berkawan dengan Iblis dan syaitan sekali pun asalkan Pas boleh menang dan kekalkan pemerintahan di Kelantan.

Hari ini, Nik Aziz melatahkan dan menghukum fatwa Brahim dengan begitu mudah. Ini baru Iblis dan syaitan kecil dari tindak tanduk Brahim, Nik Aziz sudah mengelabah. Bagaimana Pas akan berdenan dan iblis dan syaitan lebih besar dari puak DAP dan PKR yang tidak berminat langsung soal penubuhan negara Islam.

Sebenarnya, antara Nik Aziz dan Brahim Ali sama-sama 2 X 5. Nik Aziz yang patut di persalahkan oleh puak-puak Pas kerana tidak mendengar nasihat ramai agar tidak membiarkan Brahim Ali bertanding atas tiket Pas di Pasir Mas. Nik Aziz yang selalu menyokong kebenaran atas kehendaknya dengan alasan ---'ambo dah istiqaroh - Brahim pilihan hok ambo nampak untuk menang di Pasir Mas. Kata-kata lunak dengan penipuan Itiqaroh itu membuat pengikut Pas mengalah sepajnang waktu dalam soal pemilihan calon.

Lagu nyanyian - Itiqaroh - selalu dilagukan Nik Aziz bila Pas terkepit memilih calon. Bila Tok wali berturur, tidak siapa lagi berani membangkang. Kata-kata Nik Aziz adalah segala-galanya kerana Nik Aziz adalah ahli syurga yang dijanjikan di dunia lagi dan nantinya kuburnya akan kekal berbau wangi sebagai ahli syurga.

Dalam kes Nik Aziz-Brahim ini, sepatutnya pendepekatan kasih sayang antara anyah dengan anak-anak diguna pakai. Dalam satu keluarga, ada anak-anak yang keras kepala. Adakah kita akan menghalau anak-anak yang duhaka, bukan mengambil kaedah ajaran Islam dengan mendidik secara bijaksana. Di mana hebatnya kekuatan Islam dalam Pas jika mengunakkan kata-kata tidak beralas berdepan dengan Brahim.

Brahim itu 'darahnya' pun keluar biru. Rendam dalam laut pun, jiwa Umnonya tidak mati. Tambahan pula, rakan-rakan lamanya sewaktu dalam Exco Pemuda Umno Malaysia dahulu sudah menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Kawan lama adalah sahabat yang kekal biar pun ada yang singung dan menyingung. Kalau Brahim luka, tidak mungkin Najib akan biar luka Brahim menjadi barah, kecuali di beri ubat secara diam-diam. Begitu juga, Muhyiddin dan rakan-rakan yang sudah menjadi menteri dan timbalan menteri.

Sebenarnya, Nik Aziz yang buat silap besar dan jika hari ini beliau mengamuk untuk membelasah Brahim kiri kanan agar melepas jawatan, Brahim bukan sebegitu mudah melatah untuk mendengar kata. Malah, Brahim akan mengmabil kesempatan ini untuk bangkit dengan lebih ghairah dan 'bengkeng' melawan Nik Aziz dan Pas, serta Pakatan Rakyat yang semakin raput ikatannya.

Ketika Nik Aziz marah-marah pada awal hari raya dengan nada terlau kesal, Husam Musa terdiam tanpa kata. Husam sepatutnya melawan Brahim Ali. Husam adalah dalang 'memancing' Brahim untuk menyertai Pas dan bertanding atas tiket Pas di Pasir Mas. Bukankah Husam yang mengatur pertemuan dengan Brahim Ali di Hotel New Pasitfik, sebelum di bawa berjumpa Nik Aziz.

Husam sering menipu Nik Aziz dalam banyak hal. Lantaran itu, Nik Abduh anak kepada Tok Wali Pas Nik Aziz mengistyiar perang dengan Husam. Husam jjuga memalukan Nik Abduh yang kalah tipis dalam pertandingan Ketua Pemuda Pas Kelantan, awal tahun ini. Nik Abduh dengan kuncu-kuncunya tahu Husam bukan pemimpin yang baik dan sering memutar belit banyak perkara kepada anyahdannya, Nik Aziz yang menjatuhkan Husam dari memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas, sebelum ini.

Di Kelantan, Husam di pinggir oleh ramai pemimpin-pemimpin Pas kerana tidak begitu sebulu dengan main politik Husam. Husam membina kroni politik dan perniagaan. Banyak projek-perojek ekonomi berskala besar termasuk ladang kambing Japnapari di Pasir Mas, Ladang Rakyat yang semakin dikecilkan penerima keuntungan dan banyak lagi mula menghadapi masalah. Bermasalah berberapa projek-projek berskala besar adalah `disegajakan', kerana boleh mengambil kesempatan untuk membahagi-bahagi duit projek.

Husam yang bawa Brahim dan Dato' Rosli Ahmad bertanding atas tiket Pas. Husam juga yang mengetengahkan agat Dato' Rosli mendapat gelaran Sanator, ketika ramai lagi pemimpin Pas tulih yang lebih berhak. Husam yang mencaturkan Brahim bertanding di Pasir Mas kerana tertarik dengan kata-kata manis Brahim dan yang utama 'tawaran wang peribadi' yang begitu besar oleh Brahim kepada Husam.

Wang itu, kononnya untuk dibelanjakan dalam pilihanraya di Salor yang dikatakan Pas tergugat jika Husam bertanding di situ. Husam bukan pemimpin yang 'cakna' rakya, sebab itu Husam tidak kekal di satu-satu kawasan pilihanraya. Husam sering pindah randah dan beliau boleh berpindah ke mana-mana kerana dia yang buat keputusan akhir pemilihan calon sebagai orang kepercayaan Tok Wali.

Husam sepatutnya mencabar Brahim, bukan Nik Aziz. Tetapi, Husam tidak berani kerana bimbang Brahim akan mendedah segala habuan yang Husam dapat. Sebenarnya, gejala dalam Pas dikalangan pemimpin-pemimpinnya lebih hebat daripada tuduhan dalam Umno. Soalnya, berapa Husam dapat 'habuan' cuma Brahim yang tahu. Husam juga turut mendapat 'habuan' dari kelulusan projek Bandar Baru Pasir Mas yang masih dalam pembinaan di jalan Ratau Panjang yang dimiliki oleh syarikat Brahim Ali.

Brahim cerdik jika hendak membuka langkah dalam segala hal. Brahim memang pandai memasang perangkap politik. Segala cerita Husam raja rasuah, dalam poket Brahim. Lantaran itu, Husam tidak berani bersuara. Husam sekadar mengarah kroni politiknya, Zulkifli Ketua Pemuda Pas Kelantan yang berkokok melawan Brahim.

Husam juga yang memain peranan 'penasihat' utama kepada Nik Aziz membuka peperangan dengan Haji Hadi dalam soal `kerajaan campuran dengan Umno'. Husam bimbang peluang untuk memuncak untuk menjadi pemimpin kanan jika Pakatan memerintah Malaysia. Sebab itu, hubungan Husam dengan Anwar Brahim begitu akrab. Husam mencatur warna-warna menarik agar Pas terpaksa menelah jemuhan DAP yang menentang dasar Pas untuk mewujud sebuah kerajaan Islam di Perak, Kedah dan Selangor.

Di Perak Husam juga menjadi penasihat agar Menteri Besar Pas akur dengan semua permintaan DAP biarpun terpaksa mengakui ada 'Tanah Simpanan Cina' yang kuasa takluk selama 999 tahun. Inikah corak pemerintahan Pas untuk kekal berkuasa hingga mengadai maruah Melayu dan ajaran Islam yang dipanuti selama ini.

Husam yang menasihat Nik Aziz agar melarang Nasaruddin Mat Yasin yang mengalahkanya dalam pertandingan Timbalan Presiden Pas supaya tidak memijak bumi Kelantan gara-gara menjadi pengerak ke arah perundingan dengan Umno.

Kini Husam begitu berkuasa di Kelantan. Husam sekaan Timbalan Menteri Besar dan menyimpan cita-cita besar untuk mengganti Tok Wali Pas. Husam juga, bercita-cita untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri sepaling tidaknya jika Pakatan berkuasa di Malaysia. Husam memulakan hubungan akrab dengan Anwar yang mendakwa beliau bakal menjadi Perdana Menteri dan akan menghalalkan undang-undang kebebasan gay dan lisbian jika memerintah, kononya atas nama kebebasan dan hak individu.

Kita menjadi samar dengan sikap Pas yang bermati-matian mempertahankan Pakatan Rakyat yang jelas membelakangkan martabat ajaran Islam dan umat Melayu Islam itu sendiri. Di mana nilai keinginan peribadi pemimpin-pemimpin Pas ini untuk masa depan sebauh parti yang begitu mengaku mereka pejuang Islam sejati hingga sanggup mengkafir Islam lain. Fikir La Sendiri.

Sunday, September 20, 2009

BALIK KAMPUNG: TERENGGANU HEBAT

Hari Raya Aidil Ftitri datang lagi. Selepas berpuluh tahun bermastautin di Kota Metropolitan Kuala Lumpur, Kota Bharu tetap menjadi pilihan anak-anak untuk meraikan hari mulia ini. Walaupun setiap hari kehidupan mereka terdedah dengan budaya kota raya, namun kemeriahan dan ikatan silaturahim sesama sanak saudara tetap kental di Bumi Saadong.

Setiap kali hari raya, suara ibu untuk beraya di Johor Bharu terbatal begitu sahaja. Sudah 17 tahun ibunya tidak pernah merasa di kampung halamannya meskipun pada hari raya haji sekali pun. Biarpun anak-anak lebih memilih Kota Bharu distinasi liburan, keraian, musim cuti sekolah atau ruang waktu agak panjang. Namun, satu yang paling menghairankan `anak-anak' kelahiran kota Kuala Lumpur ini tidak pernah menyentuh `BUDU' - sos bilis penambah selera hidangan nasi dengan ulam-ulaman, biarpun betah di Kelantan.

Budu kepada mereka terlalu jijik, apa lagi ingatan ibunya bahawa barang yang di `peram` tidak boleh di makan kerana haram, seperti anggur yang diperam. Sebenarnya, bukan soal haram atau hala tetapi ibunya memang tidak suka Budu. Tetapi, dalam peti ais tetap ada sebotol Budu milik peribadi saya. Tanpa Budu, makan jadi tidak seselera mana.

Lagi memelikkan, sewaktu di kota raya tidak seorang pun, malah sepatah pun terkeluar loghat Kelantan dalam pertuturan harian, sekalipun saya bercakap loghat Kelantan sesekali sekala agar `penurunan' budaya singgah di lubuk hati mereka.

Satu, kejutan apabila mereka rupa-rupanya mampu menguasai loghat Kelantan dengan baik bila sudah berada di Kota Bharu, kononnya untuk mengekalkan hubungan silaturahim sesama mereka. Sesekali terlihat jelingan ibunya, anak-anak menukar gaya bahasa. Yang di Kelantan pula terlalu pekat dengan loghat Kelantan dan bila bertutur bahasa baku juga loghat Kelantan tidak hilang. Apapun hari raya tetap memberi satu kegembiraan luar biasa kepada anak-anak.

Pertuturan di rumah di ibu kota lebih kepada Bahasa Melayu Johor, bahasa baku dengan bahasa Inggeris kesan dari didikan ibunya dan berkat pengajian sains dan matamatik dalam bahasa `orang putih' hasil kebijaksanaan dan daya fikir Tun Mahathir yang berpandangan jauh untuk membina satu bangsa Malaysia yang mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa pada masa depan.

Paling pelik, selepas 17 tahun ibunya masih tidak boleh bercakap loghat Kelantan biar pun sepatah, tetapi boleh menguasai bahasa Cina dan Inggeris dengan baik. Bila berkumpul, loghat kelantan bermaharaja lela, akhirnya kejutan budaya sering berlaku dan berakhir dengan mengurung diri.

Sebenarnya, pertembungan budaya antara Kelantan-Johor cukup menyukarkan. Dua negeri ini, mutakhir ini pun begitu kental dengan semangat kenegerian dalam keegoan masing-masing. Ego ini kadang-kadang mengancam kedamaian dan keharmonian alam berumahtangga. Mujurnya, anak-anak menjadi penyejuk yang kadang-kadang tetap hangat dan panas. Barangkali pertembungan budaya dalam keegoan diri adalah ujian jua dari Allah s.w.t. Jodoh itu adalah kententuan Allah s.w.t yang tetap ada hikmah membelah kehidupan.

Orang Johor kadang terbangga dengan pendidikan Islamnya sejak di sekolah rendah lagi. Orang Kelantan tidak terdidik sebegitu rupa, tetapi diberi pendidikan Islam secara tidak formal di luar sekolah bersandar dalam budaya keluarga masing-masing. Di Kelantan, solat dan al-Quran cukup dititik beratkan. Begitupun, orang Kelantan tetap dengan egonya sebagai orang yang kuat berpegang dengan ajaran Islam. Ego ini sukar di pecahkan dan pasti akan menjadi satu bom jangka jika tidak dirungkai dengan penuh kesabaran.

Di Kuala Lumpur, ada keanehan kerana ada orang Kelantan sanggup bergaduh mengatakan mereka kuat berpegang kepada ajaran Islam sekalipun tengah mabuk arak atau bergelar GRO. Mereka ini, balik undi Pas setiap kali pilihanraya kononnya untuk masuk Syurga. Inilah mungkinnya Islam yang ditaksubkan oleh Pas Kelantan sebelum ini. Malah, anak Kelantan yang menjadi 'kaki Golok' untuk mencari hiburan pun mengundi Pas kerana mahu masyuk Syurga. Fatwa Pas dulu, kini dan selamanya - undi Pas tiga kali masuk Syurga.

Hakikat Insan, ini fatwa Pas untuk mengelabui pemikiran rakyat Kelantan agar terus mengundi Pas sekalipun mereka gagal menjadi pemimpin yang baik untuk mengurus tadbir negeri menjadi lebih maju dan menjaga hal-hal kebajikan, pendidikan dan ekonomi untuk rakyatnya. Sebab itu, Kelantan jauh ketinggalan ke belakang di segi menifetasi pembangunan ketatanegaraan yang dianjurkan oleh Islam. Islam ada pencipta tamadun, bukan hidup dalam ketinggalan dari arus perdana kemajuan dan pemodenan.

Sebenarnya, bukan cerita anak-anak itu yang ingin saya jelaskan. Soal pokoknya, keputusan balik kampung saat akhir kerana arah tuju terbelah dua kali ini antara Johor Bharu atau Kota Bharu. Seawalnya, anak-anak di pujuk untuk beraya di Johor Bharu - mungkin terdapat pujuk rayu ibunya untuk pertama kali mahu menidakkan Kota Bharu. Anak lelaki tunggal yang cukup berpegaruh ke atas ibunya, biarpun baru berusia 10 tahun, membuat keputusan veto bahawa Kota Bharu pilihan yang tidak boleh di tolak. Jika menolak, maka tidak ada guna baju baru, persiapan besar setiap tahun, jika tidak boleh berhari raya di Kota Bharu. Yang lain akan mengikut jika keputusannya sebegitu.

Lalu keputusan akhir itu, membuat saya pula terpaksa mengambil kata putus - jalan mana harus di pilih untuk satu perjalan yang lebih selesa, tambahan pula anak bongsu berusia 3 tahun alahan dengan muntah-muntah setiap kali naik kereta. Sampai di Tol Bentong, naluri menghala perjalanan ke Kuantan satu lebuh raya baru yang begitu selesa dan menyusuri Kemaman, Paka, Kertih, Dungun, Kuala Terengganu, Permaisuri, Jertih hingga ke Pasir Tumbuh Kelantan.

Kalau dulu, jalan inilah yang paling dibenci kerana jalannya sempit dan berrliku-liku. Kini, biarpun jarak perjalanan ini perbatuannya bertambah lebih 260km berbanding jalan biasa Bentong, Gua Musang ke Kota Bharu, namun keselesan, ketenangan dan kedamaian bergerak pada waktu malam jauh mencuit perasaan. Anak-anak begitu gembira dan terhibur melihat keindahan negeri Terengganu di waktu malam yang kaya dengan `pencahayaan' dan bandar-bandar baru yang berdiri megah.

Rakyat Terengganu begitu bertuah mendapat pemimpin yang begitu bijak mengurus dan mentadbir negerinya. Cuma sekali kepimpinan kerajaan Terengganu berubah di bawah Pas cuma sepenggal, kalau tidak Terengganu akan kembali ke zaman suram. Jika zaman 1970'an hingga pertengahan 1980`an, Terenganu jauh tertinggal di belakang Kelantan. Sewajarnya, rakyat Terengganu bersujud syukur memiliki pemimpin bijaksana yang begitu bijak membangunkan negeri ,dan pencapaian ekonomi begitu rancak untuk membina rakyat maju dan berdaya saing.

Paling mengasyik, apabila melihat terbina dengan megah masjid yang besar dan selesa yang terbina sepanjang jalan. Inilah asas kepada pembangunan Islam yang nyata. Di Kelantan, kerajaan Pas tidak mampu membina masjid sehebat itu, malah masjid yang ada dan kini sudah terlalu sempit untuk menampung jemaah berjumaat adalah peninggalan kerajaan UMNO-BN yang hanya sempat memerintah selama 12 tahun. Tanya Nik Aziz, sejak Pas memerintah Kelantan lebih 22 tahun, berapa buah masjid yang sudah dibinanya, berapa buah sekolah agama dan pondok moden yang sudah terbina.

Sebagai anak Kelantan yang begitu taksub dengan keegoan negerinya, terasa malu di dalam dada. Lebih menyakitkan apabila si isteri mula mengtala `perli` bahawa orang Kelantan tak perlu semua ini pembangunan sebegitu kerana mereka sudah ada semuanya dalam Syurga. Orang Kelantan tak perlu pembangunan kerana di syurga semua sudah ada. Sebab itu, orang Kelantan menolak apa yang kerajaan persekutuan ingin majukan ditolak kerana Islam menolak pembangunan dunia, sebab di akhirat semua sudah ada.

Di Kelantan, menteri besar naik unta bukan kereta mecedes macam kita pakai. Mereka ikut sunah Nabi Muhamad s.a.w. Kereta mewah, rumah besar tidak diperlukan oleh pemimpin Pas kerana semua sudah ada di Syurga. Orang Pas tidak perlu jadi kaya keran kekayaan itu sudah tersedia dalam Syurga. Orang Pas tidak pernah rasuah kerana mereka ikut al-Quran dan Hadis Nabi. Orang perempuan Kelantan tidak bergaduh dan menggalakkan suaminya kahwin lebih dari satu kerana mereka akur perintah al-Quran. Mereka ini, tak tanam padi, tetapi tanam pokok kurma.

Syurga itu, cuma Allah s.w.t siapkan untuk orang Pas sahaja. Orang lain tidak boleh masuk. Sebab itu, orang Islam yang boleh masuk syurga cuma orang yang sokong Pas dan undi Pas. Orang Islam di negara lain, tidak boleh masuk syurga kerana yang alim cuma orang Pas. `Jika tak percaya, boboy tanya ustaz yang datang mengajar Quran kat rumah dan mengajar agama kat u all semua memang tertulis perkataan Pas dalam Quran' bentak seisteri yang semena-mena bercakap politik.

Tak tahu bila pula dia boleh main politik sedang dalam kepalanya penuh dengan hal-hal perniagaan bidang kecantikan dan baja kelapa sawit. Yang main politik cuma saya secara sepenuh masa, selain mengendali perniagaan kecil secara peribadi. Soal perniagaan kami pun tidak bercampur. Sesekali saja saya memberi nasihat dalam soal urusniaganya jika diperlukan.

Di Johor katanya, pelajaran hanya orang Pas sahaja yang masuk Syurga tidak di ajar di Sekolah agama. Dalam Islam diajar agar manusia perlu dibangunkan untuk menjadi `kaya' dalam segala-gala bidang kerana Islam itu ajaran ilmu terbaik. Umatnya juga perlu hebat dan menjadi yang terbaik untuk memimpin ummah sesama Islam dan ummah lain. Kalau kita miskin dan cetek ilmu, macam mana kita hendak memimpin ummah, sedangkan Nabi Muhamad s.a.w di utus sebagai Rasul untuk memimpin ummah, baik dalam ilmu agama dan pelbagai bidang lain.

Dalam Islam, pembangunan insan dan ketamaduan negara itu wajib. Nabi Muhamad s.a.w memajukan Madinah menjadi kota hebat dalam segala hal, bukan sekadar beretorik atas nama Islam sedangkan pengisiannya kosong. Islam tidak ajar kita `hipokrit' dan mendabik dada kita lebih baik dan hebat dari orang lain. Jika kita berilmu, kaya, kita kena membantu yang lain agar menjadi lebih baik dan juga berkemampuan, malah menjadi kaya.

Jika rakyat miskin dan negeri tidak makmur dan mewah, bermakna pemimpin itu tidak bijaksana sebagai pemerintah. Negara Arab yang tandus dan sudah di lawati jauh lebih maju, sedangkan mereka berada di padang pasir yang tandus. Di Kelantan, segalanya mencukupi, tetapi sayang tidak maju. Sendangkan, rakyat Kelantan lebih 95 peratus Melayu Islam dan memiliki semangat kebanggan diri yang hebat untuk dimajukan.

Ummah itu, bukan bermaksud `jemaah' yang besar, tetapi ummah yang ada dalam rumah tangga kita sendiri. Jika kita miskin, macam mana anak bini nak makan, nak pakai. Jika kehidupan rumah tangga kita `kaya' dengan harta, hati budi dan mengikut segala tuntutan ajaran Islam, ummah kecil ini akan menyemarak dan memartabatkan menjadi ummah yang lebih besar. Di sinilah hebatnya ajaran Islam yang sebenar.

Umat Islam perlu berlumba-lumba mencari rezeki sebanyaknya kerana Islam itu menganjurkan ummahnya berzakat dan bersedekah. Bukankah ini yang menjadi satu neraca timbangan terkuat di akhirat nanti. Orang yang bersedekah dan yang berduit dapat menyumbang dana untuk membina setidak-tidak satu surau yang selesa untuk berkumpul beribadah bersama dan begitu mulia sebagai `harta' diakhirat.

Berkumpul di masjid atau surau sudah di tuntut oleh Islam bagi merapatkan hubungan silaturahim umat Islam, bukan bergaduh dalam masjid kerana mendakwa aku lebih Islam dari jemaah lain. Akhirnya, orang makin jauh dari masjid. Bila bersyarah atas masjid, ruang untuk orang bertanya dan bersoal jawab ditutup. Yang datang cuma sekadar menjadi pendengar setia biarpun tidak faham. Bila bertanya, dianggap puak mana.

Bila mengajar, perkataan kafir dan perkataan menakut-nakut menjadi kata-kata utama, bukan memberi seranan terbaik dan penuh bijaksana. Habis, macam mana anak muda belia nak dekat dengan masjid. Lebih baik mereka ini merempit dan melepak. Budaya apa yang di bawa di Kelantan yang kini mereka ke masjid ke Selangor, Kedah dan Perak.

Pahala dan kebajikan dalam Islam ini berantai-rantai. Tetapi di Kelantan, masjid bukan untuk merapat hubungan mesra silaturahim, tetapi tempat mengumpat dan menabur fitnah. Agenda politik Pas lebih utama daripada berseruan ke jalan kebajikan dan kesempurnaan hidup sekampung. Orang pakai serban atas nama Pas menjadi penghasut agar sesama Islam bergaduh atas pegangan politik. Ini yang dikatakan bodoh dan Nabi Muhamad s.a.w tidak ajar pun.

Politik terwujud agar pemimpinnya mencari jalan untuk memajukan kampung dan kawasan yang di pimpin, bukan mengajar orang kampung agar mengadu domba, bergaduh. Kerana politik gaduh dan tuduh menuduh kafir sesama Islam, orang bukan Islam takut untuk mendekati Islam. Cuba tanya, Nik Aziz dan kerajaan Pas Kelantan, setakat lebih 22 tahun sudah berapa ramai orang bukan Islam memeluk Islam hasil `kebanggaannya' mengakui kerajaan Islam tulin.

Zaman Nabi dulu, kerajaan Islam terwujud berjaya menarik orang menerima ajaran Islam. Kerajaan Pas pula memerintah mengkafir orang yang sudah Islam dan mengabai tanggungjawab utama manusia sebagai khalifah Allah s.w.t menarik lebih rmaai bukan Islam menerima Islam.

Di Johor, rakyat menolak Pas kerana kerajaan yang ada menyediakan segala kemudahan untuk umat Islam beramal ibadah. Masjid selesa, pembangunan bertambah dan cukup tersusun. Jika tak ada pembangunan, rakyat tak ada kerja. Orang lapar, tidak akan berfikir soal agama. Mereka berfikir macam mana nak `mencuri' untuk makan. Akhirnya, negeri tak aman dan akan muncul lebih ramai oang-orang yang kufur dari yang benar-benar berimam.

Di negei daday awak - `orang lebih makan politik yang kononnya lebih Islam dari orang lain, dari ajaran Islam sebenar'. Mana boleh dengan undi Pas masuk Syurga, sedangkan Pas sudah menolak Syurga dunia yang di cipta oleh Allah s.w.t untuk hidangan kepada ummahnya. Dunia ini adalah Syurga awal, sebelum Syurga kekal di akhirat. Malah, Ada pula satru puak yang menakut-nakut ummah Islam agar jangan menjadi kaya kerana kekayaan itu akan membuat kita lalai dan mendekat ke Neraka.

Ajaran itu salah. Sepatutnya orang bertaraf guru, tok guru, alim ulama menggalakkan umat Islam berusaha kerana dan memerak fikiran dan tenaga untuk menjadi kaya dan menerusi kekayaan itu mereka lebih cepat masuk syurga jika menjadi manusia yang mensyukuri nikmatnya.

Lihat di Terenggnau tadi Boboy...negerinya cukup cantik. Tidak ada daerah yang nampak selekeh dan tidak nampak seperti bandar kepada satu daerah kecil. Malam sahaja kita tengok, masjid begitu besar dan selesa terdapat di sepanjang jalan. Setiap bandar di tiap daerah terbangung begitu tersusun dan indah. Lampu neon begitu bergemerlapan. Jika bandar di setiap pekan sepanjangan perjalanan ke Jerteh, sudah pasti setiap bandar di setiap daerah itu memberi pengaruh dan kesan ekonomi yang begitu besar kepada penduduknya.

Orang Terengganu yang mami jumpa dikalangan kawan-kawan yang datang ke Kuala Lumpur, sudah memiliki pendapatan yang begitu baik berbanding dulu. Dulu orang Terengganu mundur dan ramai miskin. Malah orang Terengganu, pula paling kurang menjadi penghijrah di Kota raya Kuala Lumpur, berbanding orang Kelantan. Orang Kelantan peliang ramai di Lembah Klang, sebab itu bila balik Hari Raya, jalan ke Kota Bharu begitu sesak. Sepanjang Hari raya, bandar Kota Bharu malah di Kelantan sesak teruk dan luar biasa.har

Mana pemimpin Pas nak letak muka. di Padang Masyhar esok, pemimpin yang gagal menjadi pemimpin yang baik untuk menyumpurnakan kehidupan rakyatnya akan di soal dan di humbang ke neraka. Apa lagi yang sekadar pandai bercakap, tetapi gagal membina satu ketamadunan umat secara berkesan.

Dahulu Terengganu begitu daif, termasuk rakyatnya begitu ketinggalan. Kini perubahan itu membuat rakyat Terenganu mula mengecapi hidup mewah. Kemewahan itu membuat martabat umat Islam begitu tinggi. Kesenangan itu, perlu kita lebih merendah diri agar nilai-nilai budi tersanjung untuk menarik orang bukan Islam dapat melihat itulah sebenarnya nilai hidup umat Islam yang diajarkan oleh Allah s.w.t.

Islam tidak menyuruh umatnya kaya tetapi sombong dan riak dengan kekayaan. Orang ini engkar dan hanya Allah s.w.t yang akan menghakiminya nanti, bukan kita. Kita cuma boleh berusaha membetul baik secara lisan atau berdoa kepada Allah s.w.t agar berubah menjadi lebih baik. Mami mahu kaya agar cita-cita mami membina sebuah surau atau lebih, malah masjid seumpama di laksanakan oleh anak-anak Al-Bukhary dari Kedah.

Berbanding, Kelantan yang melaung-laung hebatnya kerajaan Islam mereka. Kota Bharu dan Kelantan tidak berubah. Hala tuju hilang ke mana. Yang ada cakap-cakap retorik untuk menarik undi rakyat Kelantan dengan `cagarannya ada syurga`, sedangkan yang bercakap pun belum tahun di mana berakhir tempatnya. Yang menyeru syurganya masih entah ke mana, sama telahlah mereka ini pula begitu megah kerana serban selilit sudah berani menjanji syurga kepada orang lain, malah hebat memfitnah orang lain.

Banding, bandar Pasir Putih, Bachok dan Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang atau di mana bandar daerah di Kelantan, bandar mana boleh menandingi bandar-bandar daerah di Terengganu. Pemimpin yang terlalu cakap banyak dan suka melihat dan mencari kesalahan orang lain, tidak akan mampu mengubah hidup rakyatnya. Mereka hanya mampu memperkayakan dirinya dan kroni-kroninya saja. Jangan anggap pemimpin Pas terlalu bersih dari segala noda termasuk rasuah kerana hanya hebat bercakap soal agama. Golongan ini, jika salah langkah akan menjadi orang yang paling depan berada di pintu Neraka, kerana mereka tahu agama, tetapi memesong pemikiran orang lain semata-mata untuk kepentingan peribadi.

Kota Bharu apa ada, sebab itu mami tidak suka balik Kelantan. Tambahan pula musim perayaan begini. Puluhan ribu kereta yang pulang ke Kelantan, membuat segenap tempat menjadi tersumbat. Sebagai pemimpin kerajaan Pas Kelantan, mereka tidak boleh berbangga dengan kepulangan anak-anak Kelantan dengan kenderaan selesa dan mewah, kerana sebilangan besarnya mencari rezeki di bumi orang, sedangkan kita sekadar pandai bercakap tanpa memikir soal membina sebauh negeri maju dan begitu hebat sebagai tanda ketamadunan Islam moden.

Kerajaan Islam Madinah terbentuk dengan pelbagai pembangunan dan berkembang pesat hingga kini hasil perancangan oleh Nabi Muhamad s.a.w. Kerajaan Islam yang terbina selepas kewafatan Nabi, membina tamadun hebat dengan pelbagai kesan ekonomi, seni bina, teknologi dan sebagainya.

Kelantan apa ada. Yang terbina lebih besar adalah sumbangan kerajaan pusat dalam soal infasarana, masjid, sekolah, pejabat kerajaan persekutuan dan sebagainya. Sebenarnya, kerajaan Pas Kelantan adalah sebuah ~kerajaan yang sakit~. Bukan sekadar sakit untuk membina sebuah negeri yang hebat, tetapi turut menyakitkan rakyat dengan penipuan ajaran Islam untuk hidup selesa selepas memang pilihanraya.

Mungkin, rakyat Kelantan malas membaca, malas berfikir tetapi memiliki budaya suka menerima dan suka mendengar. Sebab itu, Islam cukup anti Fitnah kerana ia wujud dikalangan golongan umat Islam yang lebih suka menerima, mendengar dan malah berfikir, malah jauh untuk membuat rujukan dari kitab-kitab muktabar dan buku-buku yang di tulis oleh pemimpin hebat dunia Ialam.

Hakikat, dengar dan terima, kemudian sebar tanpa fakta. Apakah umat Islam akan terus begini selamanya, terutama di Kelantan yang diakui rakyatnya begitu hebat macam orang Johor, tetapi hidup dalam derita penipuan sebuah parti politik Islam yang sebenarnya munafik cara versi pembawaannya.

Bodohnya Pas, mereka boleh menerima DAP sebagai kawan, sedangkan secara jelas keinginan Pas untuk menjadikan Islam sebagai asas pemerintahan negara sudah ditolak dengan jelas hingga mencabar kesabaran umat Melayu Islam. Apa yang Pas cari sebenarnya, berjuang untuk membina sebah negarai Islam yang hebat seperti sedia ada atau sekadar ingin memenagi kkerusi pilihaanraya saja. Jawablah sendiri jika kita seorang yang berfikiran bersih.

Tuesday, September 15, 2009

SAMY VELLU UNDUR - MIC MANTAP SEMULA

Pemilihan MIC sudah berakhir di PWTC Ahad, lalu. Semua pemimpin sokongan Dato' Seri Samy Vellu di pilih oleh lebih 1400 perwakilan sebagai tanda setuju. Barangkali, tempoh kepimpinan Samy sudah berakhir kali ini. Samy perlu berundur dari mengemudikan MIC selepas Samy diundukan oleh rakyat di Sungai Siput 8 Mac 2008 lalu.

Jika dikaji menerusi ilmu politik, setiap pemimpin yang pergi - akan memberi nyawa baru dalam kepimpinan parti. Yang dahulunya tersisih da bawa kepimpinan Samy akan kembali memperkuatkan parti. Epik ini tidak boleh ditolak. MIC sudah dihukum oleh kaum India sendiri dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.

Tidak dinafi semuanya kerana terlalu lama Samy berkuasa dalam kepimpinan MIC. Jika Samy ingin mahu melihat MIC gagah kembali, Samy wajib berundur dan menjadi penasihat kepada MIC bagi memasti kepimpinan baru mencari kaedah terbaik membina kekuatan semula MIC. Yang muda menerajui MIC pun semua anak-anak buah yang dididik oleh Samy sendiri. Sepat terajang, langkah `puaka' Samy tetap akan digunakan dalam membina MIC baru nanti.

MIC silap jika menuduh pengaruh MIC lemah kerana kepimpinan UMNO lemah. Umno membuktikan memenangi banyak kerusi, tetapi MIC perlu akur kegagalannya mempertahan sokongan kaum India untuk mencatat kemenangan gemilang BN seperti sebelum ini.

Samy, jika berundur pun akan tetap dikenang oleh kaum India sebagai pejuang terwahid yang pernah mereka ada. Samy yang berjuang memartabat kaum India di Malaysia. Sejarah tidak akan menafikan semua itu. Selagi Samy tidak berundur, Samy akan dilihat sebagai `penyakit barah' yang akan terus diungkap oleh kaum India sendiri yang mula kecewa dengan cara tidakannya. Orang lain tidak mencerca Samy. Yang menghina dan mencerca Samy adalah kaum India sendiri.

Cuma malang, apabila ada perwakilan India mencemuh Tun Mahathir Muhamad di depan Samy dengan ungkap begitu hina. Mahathir adalah negarawan yang mencetus kebangkitan martabat kaum India , seperti yang dilakukan kepada kaum Melayu Islam di negara ini sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Mahathir tidak hanya membina kebangkitan umat Melayu islam sahaja, tetapi ruang kebangkitan maruah dan identiti kaum India terbina sebegitu rupa. Kaum India tidak hanya terpinggir di estet, tetapi kemunculan elit baru kaum India benyak berlaku dizaman Tun Mahathir. mahathir terlalu banyak memberi ruang kepada Samy untuk mewajahkan kehidupan kaum India agar tidak menjadi bangsa yang tertinggal dan terkuuurung dalam kasta yang rendah.

Tidak sewajarnya, kaum India terutama perwaklian itu menawar `selipar' sebagai anugerah kepada Mahathir yang terlalu banyak berjaya kepada kaum India. Mana nilai budi kitga sebagai manusia yang tahu agama. Kaum India juga kuat berpegangan kepada ajaran Hindu yang teerselit kalimah budi dan hidup harmoni. Budaya menghina orang lain tidak sewajarnya berlaku lagi selepas ini.

Mahathir sewajarnya menjadi ikon terhormat kepada setiap bangsa yang ada di bumi Malaysia ini kerana hasil pemikirannya selama 22 tahun berjaya meletakkan Malaysia dikalangan negara terhormat dan paling berjaya dalam pengaruh sosio-ekonomi dunia. Suara Malaysia sudah berkemuandang dan di dijadikan panduan dalam gerak kerja antarabangsa. Inilah anugerah Allah s.w.t dalam memilih pemimpin terbaik kepada Malaysia.

Kita dianugerah pemimpin yang baik seumpama Mahathir dan kita rakyat Malaysia berbilangan bangsa beerlainan agama dapat bersatu hati untuk sama-sama menjaga kesetabilan dan berkerja bersama mecipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Inilah yang hebatnya Malaysia, berbanding negara lain yang tidak pernah aman kerana perbezaan bangsa dan agama.
TADARUS AL-QURAAN : KENAPA ROSMAH DICERCA

Sewaktu menjengok blog - Ramli Kapak Jangok - kedapatan komentar mencerca Datin Seri Rosmah (First Lady of Malaysia) apabila beliau menyeru agar kegiatan tadarus al-Quraan atau membaca al-Quraan digalakan bukan hanya tertumpu sewaktu bulan Ramadhan saja. Kenyataan Rosmah itu dibuat di Pekan Pahang.

Terlalu hairan apabila salah satu komen itu datang dari umat Melayu Islam yang berada di Mesir. Hebatkah ilmu Islamnya apabila sudah mengali di Mesir hingga boleh membuat penghinaan sebegitu rupa.

Sewajar orang yang mendapat pendidikan ilmu Islam secara mendalam tidak membuat tomohan liar, malah harus melahirkan rasa syukur kerana golongan yang tidak mendapat pendidikan Islam secara formal mula membaca al-Quran, biarpun cuma berlaku di bulan Ramadhan. di mana nila hikmah dan bijaksana dalam berdakwah yang di ajar dalam al-Quran bagi mereka yang setiap hari membnaca dan mengamal ilmu al-Quran.

Sepatutnya, golongan yang lebih mendalami al-Quran tidak harus mencerca orang lain, tetapi lebih menzahirkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi taufik dan inayah agar golongan ini turut kenal dan membaca al-Quran. Sebab itu, saya kata ilmu Islam apa sebenarnya yang mereka perdalami hingga terlalu mudah menghukum orang lain. Apakah diri kita sudah semulia-muliannya apabila setiap hari membaca al-Quran. Bukan Allah s.w.t memperingatkan dalam al-Quran berulang kali bukan `Aku lebih tahu hati budi orang bertaqwa' - `Bukan kamu yang menjatuhkan hukuman kepada setiap manusia' - `Bukankah soal alam ghaib - termasuk soal syurga dan neraka itu urusan Aku, kerana manusia tidak tercapai akal untuk mengetahuinya kecuali orang-orang terpilih'.

Bacalah al-Quran dan fahamilah setiap yang diterangkan secara hati yang celik, bukan sekadar baca tanpa pengertian. Yang baca tanpa pengertian lebih mudah mencerca orang lain tanpa rasa takut, sedang Nabi Muhamad s.a.w tidak pernah mencerca umahnya sekali pun terbukti jahat. Nabi Muhamad membawa ajaran Islam yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepadanya agar menasihat bukan mengajur dengan sikap kasar dan keras. nilai Islam itu adalah hikmah dan bijaksana, bukan menghukum. Yang layak menghukum adalah Allah s.w.t.

Dalam hal mencerca Rosmah kerana membaca al-Quran, ilmu Islamnya belum cukup samapi ke qalbu. golongan ini sebenarnya masih buta natijah keilmuan Islam. Sepatutnya kita bersyukur kerana ada umat Melayu Islam mula membaca Quran. Mudah-mudahan, mereka akan temui sesuatu yang lebih bermakna untuk pegangan hidupnya.

Orang yang suka mencerca orang lain berbuat kebaikan adalah golongan munafik. Islam adalah agama dakwah dan mereka yang mencerca Rosmah sudah berapa ramai berjaya menarik bukan Islam menerima ajaran Islam.

Jika kerajaan Pas Kelantan mengaku hebat dan menjadi kerajaan Islam lebih dari orang lain, sudah berapa ramai kalangan bukan Islam menerima Islam sebagai pengikut ajaran Muhamad Rasulullah. Ketika kerajaan Islam hebat di Madinah dan menjadi contoh kebaikan dalam pelbagai bidang, kalangan bukan Islam begitu ramai sekali memeluk ajaran islam. Di Kelantan, tunjuk angka bilangan bukan Islam memeluk agama Islam sejak kehebatan Pas memerintah hingga sembahyang terawih pun di bawah khemah di tengah jalan, seolah-olah masjid yang selesa sudah penuh di segenap tempat.

Inilah yang dikatan nilai bercakap begitu megah. Hakikatnya perjuangan Islam sejati tidfak berlaku di Kelantan, sebaliknya sekadar slogan politik untuk menipu rakyat atas nama Islam. Apakah, sudah cukup dengan bilangan umat Islam yang ada hingga matlamat sebenar `dakwah' menarik bukan islam memeluk Islam sudah mula tersasar. Yang diutamakan adalah perjuangan politik untuk kekal menjadi `perasuah'. Jangan ingat pemimpin Pas di kelantan bebas rasuah sekalipun setiap kali berceramah di selang dengan ayat-ayat Quran. Inilah mungkinya golongan yang pertama tercampak ke Neraka kerana tahu ebgitu cukup ilmu-ilmu Islam tetapi masih berbuat kemungkaran, berbanding yang jahil.

Oleh, marilah kita bermuhasabah diri atas seranah Rosmah agar kegiatan bertadarus ini diteruskan bukan sekadar bulan Ramadan sahaja. Nilai baik perlu di puji, yang keji biarlah Allah s.w.t yang menilainya kerana di Mahsyar nanti, semua akan di hisab baik yang jaihil mahupun yang berilmu islam setingga puncak Everest atau seluas Laut Cina Selatan.

Friday, September 11, 2009

UMNO PERJUANG SYIAR ISLAM: Kenyataan Dato' Seri Najib tepat

Dato' Seri Presiden Umno, Najib Tun Razak, sekali lagi menegaskan bahawa perjuangan Umno sejak awal penubuhan hingga saat ini meletakkan Islam sebagai wadah perjuang untuk memperkasa umah Melayu dan bangsa yang menjunjung langit bumi Melayu Malaysia ini. Umno meletakkan Islam sebagai asas untuk membina satu tamadun bangsa dan negara hingga muncul antara negara Isla tersohor di pelusuk alam.

Biarpun umat Islam di Malaysia tidak seramai jumlah umat Islam di Indonesia, kemampuan kepiminaan Umno yang menerajui pemerintahan Malaysia mengutip setiap inti dan isi kandungan al-Quraan dan Hadis untuk dijadikan panduan memajukan setiap Mangsa terutama umat Melayu di bumi Malaysia yang sudah pun 52 tahun mencipta kemerdekaan.

Erti kemertedekaan itu adalah `maruah' sesatu bangsa yang bebas dan bercita-cita memartabatkan setiap bangsa yang terhimpun di dalamnya dan bangsa lain yang datang menjadi penumpang (paling ramai bengsa Indonesia) kepada kemewahan, ke damaian dan kehormonian di bumi Melayu Malaysia ini.

Malaysia maju kerana terikat dengan panduan dan pedoman ajaran Islam. Bumi ini makmur kerana setiap perkara utama yang hendak dilaksanakkan dirujuk kepada ajaran Islam. kemak uran dan kehormonian kaum yang dinikmati sekarang ini juga berteras kepada paksi ajaran Islam yang tidak menghalang penganut agama lain melakukan amal ibadah masing-masing. Islam juga melarang umat Islam bergaduh, berperang dan berjihad dengan tidak bersebab, kecuali ajaran Islam sudah diinjak-injak denan begitu hina sekali. Ketika ini, wajib ke atas umat Islam bangkit untuk berjihad mepertahankan kebenaran.

Islam menuntut pemimpin rakyat membangung umah agar menjadi kaya raya dan bebas dari belenggu kemiskinan agar tidak terjerumus dalam kekufuran jiwa. Kekufuran jiwa itu boleh terjadi apabila terlintas difikiran glongan ini menidak kebesaran dan ketinggian pengetahuan Allah s.w.t dengan hanya berkata: `aku juga sembayang, puasa dan menunai kewajiban tunutan Islam, tetapi kenapa aku terbiar miskin, sedangkan orang lain yang lalai diberi kekayaan dan kesenangan'. Ini yang dikatakan kufur jiwa.

Masyarakat Felda seharusnya menjadi manusia paling akur dan sujud syukur kepada Allah s.w.t kerana `siapa mereka sebelum menyertai tanah rancangan Felda'. Mereka kini memiliki tanah dengan hasil masul kelapa sawit yang bernilai harganya. Jika tidak memliki pemimpin UMNO yang berpandangan jauh untuk membuka tanah rancangan besar-besaran tahun 1960'an dan 1970'an dengan membawa benih kelapa sawit dari Afrika, golongan peneroka tanah rancangan Felda ini nasib hidup mereka belum pasti sebaik sekarang.

Tidak ada siapa tahu kelebihan `kelapa sawit' ketika itu. Negara Afrika yang membekal benih kelapa sawit pun tidak begitu pepolar dengan kelapa swaitnya, ketika Malaysia hari ini muncul sebagai pengeluar minyak kelapa sawit dan getah (juga di bawa dari Afrika) yang utama di dunia. Bentuk kelapa sawit tidak ubah seperti spises `pokok tamar' yang ada di bumi Arab dan Afrika. Cuma kegunaannya berbeza. Inilah kelebihan anugerah Allah s.w.t kerana pemimpin Umno yang menerajui kerajaan juga adalah manusia yang terpilih untuk memakmurkan bumi Melayu Malaysia ini.

Di setap tanah rancangan Felda sudah wujud bandar baru yang tidak ketinggalan terbina masjid yang begitu bensar dan indah, selain mardrasah untuk kemudahan beribadah. Apakah ini bukan dari tuntutan Islam yang diajar oleh Muhamad Rasulullah atas arahan Allah s.w.t. Di mana lagi tidak kena kepimpinan Umno dalam soal memartabat syiar Islam.

Di Kelantan, suatu waktu dahulu kerajaan Pas cuba meniru program tanah rancangan Felda atas nama tanah rancangan TAKDIR. Nama pun benhebat (Takdir), tetapi pengisian kepada tanah rancangan ini cuma indah pada nama. Akhirnya, kegagalan itu membuat tanah rancangan TAKDIR diserah kepada pengurusan KESEDAR dan sebahagian lagi kepada Felda. Ini cuma satu perbandingan dalam soal pengurusan kepemimpinan yang begitu berbangga mengaku `aku lebih Islam'.

Lantaran itu, tidak terkejut jika Dato' Seri Najib sewaktu berbuka puasa dengan generasi Felda di Kedah begitu tegas mengatakan bahawa Umno adalah pejuang Islam tulin, biar pun tidak ada nama Islam pada lambang sebuah parti bernama Umno. Umno mendaulahkan Islam secara pegangan insan, tanpa perlu mendabik dada `aku lebih Islam dari orang lain'. Hakikat mengaku `aku lebih Islam' ini bersifat takbur dan menjual maruah diri di mata Allah s.w.t.

Bukankah Islam melarang penganutnya bersikap takbur. Manusia yang takbur itu adalah kawan iblis kerana iblis yang sering mengaku dia lebih dari segala-gala, sedang Allah s.w.t lebih tahu ketaqwaan setiap manusia ciptaanNya.

Najib hanya memperingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa selagi hayat Umno menjadi pemerintah, Umno tidak akan membawa rakyat pelbagai bangsa tergelicir dari panduan Islam. Bumi bertuah ini tidak akan hancur dan haru biru jiak Umno terus memerintah, tetapi mampu menjadikan Malaysia sebagai pencipta tamadum baru dunia Islam moden yang serba mencakupi.

Kerajaan pimpinan Umno sedari awal merdeka meletakkan pendidikan sebagai asas bina insan yang terbaik untuk membina umah yang berjaya. Bukankah Islam meletakkan `Iqrak' atau `baca' atau belajar itu sebagai wadah membina manusia untuk menjadi lebih berjaya, berpengetahuan untuk menilai kehebatan yang Allah s.w.t ciptakan. Umno menjadikan pendidikan sebagai agenda keutamam dalam membangun ulu albab dengan pelbagai kemahiran yang begitu tersusun, termasuk melahir tokoh ilmuan Islam, hafiz dan sebagainya.

Kenapa harus nalai-nilai kebaikan ini dikritik hebat di akhir-akhir ini seolah-olah Umno dan Barisan Nasional gagal membina satu gagasan bangsa dan negara yang cukup hebat selama ini. Nilai sukatan mana yang di pakai hingga minda muda mudi dirosak dengan pelbagai fitnah seolah-olah tidka ada satu kebaikan yang dicipta oleh kerajaan UMNO-BN sejauh pemerintahannya.

Sudah 52 tahun bumi Melayu Malaysia merdeka. Lihat ke dunia luar dan ukur sejauh mana dan di mana kita dalam meterjemah kemakmuran dan kejayaan hebat yang tersedia. Perbandingkan dengan akal yang bersih, kemudian fikir dengan akal yang sihat apakah Malaysia sudah jauh ketinggalan zaman berbandingkan negara lain. Kita maju, berjaya dan aman kerana dikurniakan pemimpin yang bijaksana untuk membina anak bangsanya. Jangan terlalu mudah berfikiran amarah kerana `sekor nyamuk kelambu di bakar'.

Rakyat Malaysia boleh memandang ke Iraq yang begitu hebat sewaktu pemerintahan Shadam Hussin, akhirnya apa jadi selepas `kelambu di bakar'. Rakyat yang dulu aman damai, makmur kini terus bersengketa dan hidup dalam ketakutan. Untuk beribadah pun ketakutan kerana bimbang masjid pun turut di bom tanpa sebab. Yang menghancurkan masjid dan membunuh umat Islam di Iraq adalah umat Islam sendiri yang sering mengaku `aku lebih Islam' dari yang lain. Inikah yang Nabi Muhamad s.a.w ajar dan perturunkan ilmunya kepada kita.

Selagi ada pemimimpin pembangkang yang bernafsu besar dan meletakkan `fitnah' sebagai mainan untuk mencapai puncak kejayaan, tidak terkejut suatu hari nanti bumi Melayu Malaysia ini juga akan hangus terbakar. Selagi kita melihat orang lain salah dan merasakan diri kita lebih bersih, sedangkan hakikatnya `ekor bergelimang dengan tahi' selagi itu Allah s.w.t tidak merastui golongan `mengaku lebih Islam' dari orang lain tidak mampu berkuasa.

Hari ini, Allah s.w.t sekadar memberi ruang kepada manusia untuk berfikir. Tiga buah negeri termasuk Perak yang dikuasai oleh Pas sebelum ini, apakah agenda Islam - soal hukum hudud, pemibinaan masjid didahulukan. Inilah yang dikatakan bercakap tidak sama dengan perbuatan. Di Perak, sewaktu Pas menerajui kerajaan - di mana nilai pentadbiran Islam diletak di atas. Yang didahulukan adalah pemberian tanah selama 999 tahun - ia secara tidak langsung menjadi tanah rizeb Cina.

Apakah di bumi Melayu Malaysia ini akan ada tanah sipanan Cina, selain tanah simpanan Melayu. Apakah Kota Madinah yang di buka dan di tadbir oleh Nabi Muhamaad s.a.w turut menganugerahkan tanah simpanan Yahudi atau Nasrani sewaktu pemerintahannya dan khalifah selepasnya. Apakah Nabi Muhamaad s.a.w dan khalifah selepasnya membenar `kuil-kuil' ibadah didirikan di kawasan umah Islam sebagai mejoritinya.

Nabi Muhamaad s.a.w tidak berpoliitik mengaibkan orang lain. Muhamad Rasulullah tidak berpolitik untuk memfitnah orang lain. Suruannya ke arah perpaduan dan menarik sebarapa ramai memeluk Islam atas sifat kebijaksanaan dan bertolorasi. Berbeza dengan politik parti yang mengaku lebih Islam dari orang lain, bukan lagi berdakwah menarik orang memeluk Islam - malah tidak ada pun dalam cabang perti politik ini untuk berdakwah menarik bukan Islam menerima ajaran Islam, sebaliknya menghentam dan mencaci maki umat Islam yang ssudah pun bersujud kepada Ilahi. Inilah nilai yang perlu di renung.

dalam politik Pas, ada satu badan mencipta fitnah, tetapi tidak ada satu badan yang digerakkan untuk menarik umat lain memeluk Islam. Sedangkan jika disoal, dengan mengah mereka berkata politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. ini yang membuat Islam haru biru dan keranah Pas ini membuat orang bukan Islam semakin berani menginjak-ijank orang Islam lain kononnya bukan sekutu Pas.

Cukuplah sendiwara politik murahan. Berpolitik bertujuan membela nasib hidup rakyat, bukan sekadar bercakap dan membuat fitnah sepanjang masa. Hebat sangatkah diri kita. Siapa kita untuk menghukum orang lain. Jangan sampai menjual maruah diri dan Islam demi untuk menenang pilihanraya semata-mata, malah kita juga sanggup menjuk-hak terisitimewa orang Melayu kepada bangsa lain demi untuk menang pilihanraya.

Apa pun, Dato' Seri Najib perlu lebih lantang menyuarakan kebenaran atas nama Islam sebagai wadah perjuangan Umno. Meja rundingan dengan Pas tidak perlu diwujudkan. Umno perlu lawan pas yang sudah jauh tersesat dari landasan perjuangan mereka. Mereka perlu di serang habis-habisan dengan pelbagai cara. Jika ajaran sesat dihapuskan, Pas juga adalah parti politik yang turut menyebar ajaran sesat yang suatu waktu ajaran Islam Pas lebih dipercayai dari ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. Semuga umat Melayu Islam berfikir secara waras, bukan mengikut perasaan yang dihasut oleh iblis.

Wednesday, September 9, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA


kepada semua.

Saya ingin menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya untuk semua rakyat Malaysia. Semuga Allah s.w.t akan terus merahmati keberkatan dan kerendahan diri sewakatu kita berpuasa sebagai satu amanah yang begitu mulia. Berkat doa dan ketaqwaan kita bersama, semoga Allah s.w.t akan menambah rezeki dan kerahmatan yang lebih berganda untuk umat Malaysia dan dunia ini.

Maaf zahir dan Batin

Putra7Gunung
PAS angkuh: UMNO tidak perlu beri muka

Biarpun umum mengetahui niat Presiden Umno, Dato' seri Najib Tun Razak begitu ikhlas untuk menghulur ruang perundingan dengan PAS, terutama dari bisikan nurani dalam keindahan ibadat puasa pada bulan Ramadan, ia di sambut oleh Menteri Besr Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat, dengan begitu angkuh.

Jika dilihat pada mata kasar, Nik Aziz tokoh agama Islam, tetapi jika direnung dalam tabir `mata hati' ia tidak ada apa-apa dalam mendaulahkan Islamiah. `mata hati' sekadar berkata, ia cuma sekoyang tok guru syariah yang angguh dan `ujubbiyah' yang jauh untuk sampai ke zuhud qalbu. Kesombongannya jadi main nafsu amarah yang masih segar menyesatkan aqali. Qalbunya masih berlumut. Dunia hidup dan politiknya dikuasai oleh nafsu amarah yang penuh dengan sifat ego, sombong dan bangga diri kerana tidak siapa yang boelh menjatuhkan kekuasaannya lebih 20 tahun di Kelantan.

Nik Aziz terlupa bahawa Allah s.w.t memberi ruang kepadanya untuk dibuktikan janji dan sumpah kepada Allah s.w.t dan rakayt untuk menjadikan Kelantan negeri yang berpaksikanundang-undang al-quran dan Hadis. Akhirnya, semua itu tinggal anggan-anggan sampai menanti hari kematiannya tidak akan kesampaian. Yang ada cuma slongan untuk `menghibur' hati awak-awak yang begitu taksub menanti hukum hudud dan kerajaan Islam.

Jika orang kelantan befikiran bersih, cuma renung apa perbezaannya kerajaan Kelantan di bawah Pas dengan kerajaan negeri-negeri lain. Sebut apa perbezaannya. Sejak memerintah Kelantan, berapa buah masjid yang sudah didirikan untuk mempertingkatkan syiar Islam. Berapa buah sekolah pondok yang wujud hasil usaha kerajaan Pas Kelantan. Berapa pula sekolah agama yang dibina untuk dijadikan paksi `pengajian jiwa' anak-anak muda remaja. Apakah di bumi Kelantan sudah bersih 1lumba haram', judi, meminum arak secara terbuka, berlepas hingga larut malam dengan bercampur gaul lelaki dan perempuan.

Islam gaya mana yang cuba ditonjolkan oleh Nik Aziz. Islam yang gah pada gaya sebutan yang pernuh dengan retorik atau Islam sejati yang diajar oleh Islam itu sendiri. Soalnya, layakkah Nik Aziz yang penuh ego dan emosi politik bergelar `tok guru'. Nik Aziz tidak ubah seperti Mua'miyyah yang membunuh musuh-musuh politik kerana tidak sebulu dengan resa politiknya. Mungkin, jika Nik Aziz hidup di zaman itu, cara sama akan digunakannya.

Nik Aziz mengamailkan politik total mciavelli. Ingat, Nabi Muhamad s.a.w tidak menjual politik ugut untuk mengajat kaum jahiliyah memeluk Islam dan menjanjikan syuarga. Tapi Nik Aziz kerana ingin `kuasa' menggunakan politik ugut menggunakan nama `syurga' dengan menyokong dan mengundi Pas. Jika Nik Aziz rasa dia salah seorang penghuni syurga yang boleh memberi syufaat kepada pengikut-pengikutnya masuk syurga - ini jelas dia jauh lebih sombong kerana mendahului `penghakiman masyhar'. kalau inilah kesombongan Nik Aziz, ia tidak ubah sama dengan guru-guru ajaran sesat lain termasuk yang pernah disebutnya sendiri - Ayah Pin.

Atas sifat kesombongan ini, Nik Aziz tidak layak untuk diajak ke meja perundingan. Lantaran itu, sudah cukup kepada UMNO membuka ruang kepada PAS untuk berunding. Berunding untuk apa. Apakah hari ini umat Islam sudah jauh sesat daripada ajaran Islam yang di ajar oleh Muhamad Rasulullah. Kalau ada yang sesat kerana terlalu terpegaruh dengan ajaran Islam berdominan politik Pas.

Umat Islam hidup aman damai dan mampu mengerja ibadah syariat dari fardu ain' dan fardu kifayah di bumi Malaysia ini sejak 52 tahun Merdeka berkat kurniaan Allah s.w.t kerana menganugerahkan pemimpin yang lebih memikirkan soal kebajikan dan keselamatan rakyatnya. Umno yang dianugerah pemimpin yang begitu cakna untuk memperkasa umat Islam menerusi dasar pendidikan bersifat keilmuan, jati diri dan islamisasi. Pembangunan untuk rakyat diperkaya agar menjadikan negeri ini maju dan setanding dengan negara lain, agar dunia luar turut memperakui bahawa dunia Islam memiliki satu tamadun yang begitu hebat dengan rakaytnya cukup makmur dan hidup dengan aman damai biarpun dalam rumpuan agama dan bangsa yang berbeza.

Umno masih memiliki kekuatan di mana-mana. kemelut pilihanraya ke-12 cuma satu fenomena biasa kerana rakyat terkeliru ada `musang berbulu ayam' yang mahu menghancurkan kehormonian bangsa yang sudah begitu lama hidup damai. Anwar Ibrahim adalah manusia `musang berbulu ayam' yang menjadi pengkhianat dan penghasut kerana inin melihat rakyat negara menjadi huru hara.

Anwar 'merasakan dirinya `maksum' dan sebersih manusia yang tidak ada dosa di negara ini. Yang jahat semua orang lain. Yang terbaik adalah cuma Anwar. Syaitan berwajah manusia ini bakal menjadi `dajal' besar jika negara yang terbina dengan aman makmur ini menjadi huru hara kerana untuk mereda sebuah dendam kesumat selepas langkah terakhir untuk menjadi kepala negara kecundang. Percayalah kepda takdir Allah s.w.t kenapa `kegagalannya' menjadi Perdana Menteri. Allah s.w.t lebih tahu siapa dan apa keinginan Anwar. Bumi Jawi ini tidak akan mungkin akan di kepalai oleh manusia `bertalang dua muka'.

Umno perlu memperkasa diri untuk menghadapi pilihanraya ke-13 kerana angka tunggal akan lebih memberi kemenangan besar kembali kebapda Umno. Rakyat terus memperhati gelagat pemimpin pembangkang terutama dari kalangan yang membawa Islam palsu ini.

Hari ini, Umno terlalu berlembut dan terlalu bertolak ansur dalam segala hal. Umno cuma berusaha mengkis segala serangan kerana memikirkan saudara seagama, seIslam. Tetapi, Islam menuntut untuk menyerang balas untuk menghampus kumpulan `munafik' yang boleh merosakkan perpaduan, keamanan sejagat, kedamaian dan kehormonian.

PAS dan Anwar Ibrahim bukan hebat. Umno perlu bangkit menyerang balas dengan menggguna pelbagai cara. Selama ini, martabat Islam yang hebat di bumi Malaysia dipertahankan oleh Umno parti Melayu Islam terbesar di negara ini, bukan Pas atau Anwar. Kesombongan mereka akan hancur jika Umno menyerang balas.